Monday, January 31, 2011

Rahsia Puding Karamel Tersedap di Dunia... kui3..


boleh tak tetiber rasa nak share resipi ni dgn sume org... ramai gak yg tanya aku sblm2 ni camna nk buat... tiap kali tula aku kena buatkan utk dorg... haihhhh letih mak ayam... benda ni pun sbnrnya senang jer nk buat.. tapi tang gula hangus tu yg dtgnyerrrr M.A.L.A.S.S.S.S.S.... duhhhh.... lagi satu... tang mengemas yer tuan2 dan puan2...

baiklah rahsia di sebalik kesedapan puding ni adalah segala jampi serapah yg dibaca ketika membuatnya... kui3... astaghfirullah... xdelah... itu sume khurafat tu... ish3.... sbnrnya kalau nk sedap apapun mknn yg kita buat... kenalah membuatnya ikhlas dari hati.. mmg akan effect pada rasa mknn tu sendiri.. x caya..??? x caya sudahhh!!!! apapun... perlulah dimulakan dgn bismillah...

puding ni ramai yg kata x hanyir sbb rahsianya adalah terletak pada susu krimer pekat yg digunakan... kebanyakan org pakai susu cair... haaaa... tuan2 dan puan2 sume... susu cair itu adalah punca kehanyiran puding tersebut... errrrmmmm... dh mcm chef wan dh haaaa....

satu lagi... kebanyakan puding agak keras sikit sbb ada yg campurkannya dgn tepung jagung... tapi puding dari resipi saya ni sgtlah lembut sbb x perlukan apa2 tepung melainkan tepung custard dan dlm jumlah yg kecil sahaja... berikut adalah senarai bahan dan cara2 membuatnya.... jeng jeng!!!

bahan A:
1 cawan gula pasir halus
1/3 cawan air

cairkan gula sampai berwarna keemasan (api jgn kuat sgt nanti cepat hangus)... bila sume gula dh cair... tutup api... masukkan air sikit2 secara perlahan sambil kacau (utk elak gula melekat2...) terus kacau sampai dia likat dgn air....

bahan B:
7 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu krimer pekat (bukan susu cair... susu yg selalu guna buat teh tarik atau milo tu...)
1 sudu kecil tepung custard
1 sudu besar esen vanilla

pukul telur hingga kembang.... ketepikan telur...

dlm bekas lain... masukkan air, tepung custard dgn susu.... kacau sebati.... campurkan sume bahan ni ke dalam bekas yg ada telur tadi.... kacau sebati... masuk esen vanilla... kacau sebati....

masa nak kukus nanti... letak bahan A dulu dlm loyang pastu baru letak bahan B.... kukus lebih kurg 20 minit dgn api sederhana... dh tu nanti masukkan dlm peti ais... dh sejuk baru terbalikkan dari loyang dan makan.... :)

kalau ada apa2 pertanyaan... silalah bertanya... saya sudi berkongsi pendapat dgn anda... kalau x jadi... jgn salahkan saya... kerana nampak sgt anda mmg x reti masak... kui3... selamat mencuba!!!!!!


p/s: waaahhhhh.... apa ni?? dh mcm rancangan memasak ni.....

Friday, January 28, 2011

kisah di sebalik perletakan jawatan saya dalam NFC....

Selama beberapa ketika berlakon baik punyer depan sume org…. akhirnya aku merasakan sudah tiba masanya utk aku berhenti berpura2 dan berlakon…. Dh sampai lebih tahap pun tahap kesabaran aku nak menyimpan sume perkara ni…. Lgpun aku dh penat dari dulu berlakon dan berpura2 utk menjaga hati sume org kononnya dan demi nk menjaga hubungan sesama sendiri…. Dan aku juga terpaksa berlakon utk menjaga hati adik2 yg aku syg dan kawan2 yg tiada kaitan dgn perkara ini… dan lagi satu… aku dh penat utk menjawab setiap soalan yg dilemparkan pada aku setiap kali berjumpa dgn rakan2 sepejabat atau lebih khususnya rakan2 se ‘RTM’…. Hakikatnya aku sorg jer yg tahu apa yg aku pendam dan rasa bila setiap soalan berkaitan dipertanyakan kepada aku… dan demi ingin menjaga maruah dan air muka org lain… aku sekali lagi terpaksa berlakon dan berpura2 seperti tiada apa yg berlaku… hebat sungguh aku kan… kalau tercalon kategori pelakon terbaik… akulah pesaing terhebat agaknya… itu pun kalau dorg sume percayalah dgn lakonan aku sbb aku sendiri pun x tahu sama ada dorg dapat hidu atau tidak apa yg berlaku sbnrnya… so tujuan aku membuat pengakuan ini semua bukan nak mencari pasal atau membangkitkan isu… Cuma sekadar nak melepaskan diri daripada soalan2 yg membosankan dan yg menyakitkan hati utk menjawab… dan supaya selepas ini aku boleh menjawab segala2 soalan2 semua org dgn jujurnya tanpa perlu pura2… sbb aku x mahu ada kaitan walau sezarah pun dgn hal ini lagi… tapi aku terpaksa makan jugak sbb org tahu aku siapa dan hubungan aku dgn perkara ini…. So skrg I want to put full stop for it… keputusan yg aku buat ni juga adalah sbb kegagalan utk bertemu dgn org2 yg berkaitan demi menyelesaikan mslh yg dh lama tersimpan dlm hati masing2… so selepas ini aku x peduli lah apa yg korg sume nk ckp pun… kitorg dh lama bagi peluang…. Korg nk sgt sume org tahu… so terimalah seadanya…

Semua sedia maklum perletakan jawatan aku dlm nfc… dan semua sedia maklum (jika ada yg membaca notis di forumotion) perletakan jawatan aku kononnya sbb kesibukan diri dgn kerja dan kekangan masa utk menguruskan hal2 fc… tapi x semua sedia maklum sbb perletakan jwtn aku yg sbnrnya… mmg kerja menjadi salah satu sbb dan mmg dh lama pun aku nak resign tapi mengenangkan gathering… aku buat keputusan utk resign selepas gathering… ada bnyk mslh2 dalaman yg berlaku sblm2 itu tapi aku kuatkan diri juga demi semua org dan kerana tidak mahu menghampakan kepercayaan org2 yg telah memilih aku sbg presiden.. maka aku teruskan jua utk sedikit masa lagi…. Lama kelamaan aku merasakan bahawa adalah sgt tidak wajar kalau aku resign dlm masa yg singkat sdgkan ada bbrp bulan lagi sebelum akhir tahun… dan aku buat keputusan utk menghabiskan t/jwb aku sehingga akhir tahun dan dlm masa yg sama mencari pengganti aku utk tahun seterusnya… inilah pengalaman pertama aku menjadi presiden sebuah kelab peminat dan inilah juga pengalaman paling berharga buat aku… tak aku nafikan segala tugas2 hakiki aku sedikit terganggu sejak memikul t/jwb ini… berada dlm sebuah fc yg sgt aktif… membuatkan kerja2 di pejabat terganggu… bukan setakat memikul t/jwb menguruskan aktiviti2.. tetapi aku juga terpaksa menggalas t/jwb mendengar dan menyelesaikan mslh semua org… apa yg korg sume nampak indah sbnrnya x seindah mana pun… apa yg korg sume nampak seronok… x seronok mana pun…. Menjaga hati kawan2 adalah cabaran paling utama… mengawal org2 dlm pentadbiran fc juga adalah cabaran paling menggoyahkan… terutama kalau ada di kalangan pentadbiran merupakan org2 yg merasakan mereka tahu segalanya tentang fc dan kadang2 bertindak hilang hormat kepada jwtn org lain… sbnrnya aku rasa bersyukur sgt sbb dlm ketidakyakinan aku mengendalikan sebuah fc… aku dpt rakan2 yg banyak memberikan aku nasihat dan moral support dari blkg dan secara tersembunyi yg membuatkan aku lebih kuat dari sehari ke sehari… tapi apalah daya seorg manusia biasa seperti aku… bila rakan2 yg bnyk memberi sokongan kepada kepada aku pun turut menjadi mangsa keadaan pada kerakusan dan ketamakan org lain yg mahu memiliki sesuatu yg mereka tidak dpt selama ini… maka aku tiada jalan lain kecuali membawa keluar diri aku dari kekalutan itu…

Tak perlu menuduh kami semua dengki atau cemburu dgn apa yg korg dpt skrg ni… sbb apa yg korg semua dpt hari ni kitorg pun x hingin dan x mintak… org yg korg nak sgt tu… kalau korg nak tahu… bukan kitorg yg cari dia… dia yg cari kitorg… so xde apa yg kitorg perlukan dari dia skrg… sbb korg nak sgt… nah hambek kitorg bagi percuma… sesen pun kitorg x nak… bukan nak kata membangga diri… jauh sekali berlagak… tapi hakikat semua org tahu dan sedar… jgn bohong diri korg sume… korg tahu apa matlamat korg berada dlm fc… dan kita semua tahu siapa yg menjadi perhatian malah dialah sbb kenapa fc wujud… kalaulah xde perasaan hasad dengki ni semua… aku yakin nfc akan tetap unggul sampai masanya… dan x perlu juga sesaper pun pandai2 kata yg kami nak jatuhkan fc… sebuah fc takkan jatuh selagi tonggaknya masih kukuh… jika tonggaknya runtuh maka runtuhlah fc tu sendiri… x kan jatuh sesebuah tonggak jika hancurnya fc… tapi akan hancur fc kalau tonggaknya jatuh… so… perlu ker ada org yg nak jatuhkan fc..? brp ramai artis kat luar sana lebih maju tanpa fc yg berpentadbiran…? Mereka semua lebih berjaya dgn hanya fan base dan attitude yg baik… Apa yg penting tonggak tu sbnrnya… kalau tonggak tu sendiri yg membawa imej mencemarkan pada khalayak… apa lagi yg diharapkan…? Seorg artis yg pandai menjaga peminatnya akan bertahan hingga ke suatu tahap… menjaga ‘peminat’ yer… bukan kelab peminat… utk apa nak jaga kelab peminat kalau peminat sendiri lari? Jgn salah faham… maksud ‘peminat’ di sini buka kitorg yer… mungkin ada antara kami bermula dgn ‘peminat’… tapi kami ni dh anggap masing2 sebagai kawan… kalau org tu sendiri rasa kami ni cuma layak duduk kategori ‘peminat’ jer… terpulanglah… lagipun bukan kitorg yg ada dgn anda di waktu susah dan senang anda kan… kitorg ni hanya mengambil kesempatan jer… x ikhlas katanyerrrr….

Aku minta maaf pada sesape yg merasa tersinggung dgn kenyataan ini… aku tahu ramai antara korg sgt fanatik dan memuja dia… tapi hakikatnya kita semua manusia biasa… xkan terlepas dari kelemahan… maka ubahlah kelemahan diri kita dgn kerelaan sendiri… bukan bila ada ‘penyelamat2’ yg memberikan guideline… manusia akan melakukan sesuatu perubahan bila dia merasakan kesedaran… dan perubahan itu adalah dtg dari inisiatifnya sendiri… bukan bila disuruh oleh org lain atau bila kena ‘basuh’ dgn individu2 tertentu… itu lembu… yg hanya ikut tuannya bila dicucuk hidung… tuhan bagi manusia akal utk digunakan… bukan utk letak kat kepala sbg hiasan…

Maaf sekali lagi dari hati pada sesiapa yg x berkaitan membaca semua ini… xde niat nak memburukkan sesiapa… Cuma nk korg sedar hakikat sebenar dan ia boleh dijadikan sbg pengajaran di masa hadapan… aku pun ada kelemahan diri dan Alhamdulillah ada kawan2 di sekeliling bnyk menegur dan membuatkan aku berfikir mengenai kelemahan sendiri… dan bukanlah aku nak war2kan kehebatan aku sebagai presiden ketika waktu aku menguruskan pentadbiran fc dulu… xde apa pun yg istimewa sepanjang pentadbiran aku… dan aku akui bnyk kelemahan dlm setiap pentadbiran sewaktu itu… Cuma bila hal2 fc bercampur aduk dgn hal2 kwn2 dan aku rasakan ia bersifat peribadi… aku rasa serabut dan bebanan semakin memuncak… ada org hanya tahu minta org lain selesaikan mslh… tapi x penah nak ambil tahu dan sama2 selesaikan mslh tu… dan ada org marah kononnya bila aku dan yg lain2 tak tegur kelemahannya yg menjadi punca utama kenapa dia sering dipulaukan… tapi bila dikupas satu2 kami semua dituduh ‘tembak’ dia… sdgkan ketika bercakap dgn dia kami semua bercakap selembut yg mungkin demi nk menjaga perasaan dia… dan kononnya dia terima semua tu dan akan cuba berubah… sampai dh bermaaf2an sblm balik…. Tapi bila dia dh dpt org utk b/up dia… dia tuduh kami semua ‘tembak’ dia yer… dan korg semua yg baik hati ni sanggupkan ramai2 hentam YB sbb korg rasa yg kitorg hentam setiausaha a.k.a bendahari yg korg sayangi tu sblm ni…??? aku nk tanya sikit… apa mslh YB dgn korg semua…? Apa kesalahan besar yg YB dh buat pada korg semua…? YB ada kaitan ke dgn isu2 yg berlaku selama ni…? Oh yerrr… baru aku teringat… sbb YB memilih utk side kitorg dan bukan side adik kesayangan korg atau setiausaha a.k.a bendahari korg tu… sbb YB beria2 mempertahankan kitorg..? dan siapa ek yg suruh ‘bring their ass next time tu?” nak tanya sikit… siapa ekkkk yg berlagak sgt buat statement tu?? Oh yerrr… penasihat yg x berfungsi selama stgh tahun tu… yg tiba2 muncul dan konon2 nak jadi penyelamat menyelesaikan mslh semua org tu…?? So kenapa bila kitorg ajak jumpa ko x berani nak ‘bring ass’ ko tu??? Oh ya… Talking about taking side… sape sbnrnya yg taking side ekkkkk….??? YB or YOU????? Sejujurnya yer… kitorg x penah ada mslh dgn anda… dan kami semua terkejut… kenapa anda perlu nak masuk campur dlm hal ni…. Siapakah anda?? Oh yerrr… lupa… penasihat… yg baru nk menjalankan tugasnya…. Tahniah… akhirnya berfungsi juga…

Opssss…. Jgn persoalkan penglibatan YB dlm hal ni… YB masuk campur sbb hal ni mmg ada kaitan dgnnya… dan org semua jgn buat2 lupa yer bahawa semua mslh ini meletus akibat dari perbuatan bodoh seseorg… or dua org….???? isu mabul xkan menjadi isu besar yg membawa kepada isu2 lain kalau xde si bangang yg baik hati pegi ckp dgn makcik dia yg dia sendiri maklum ‘pembawa cerita’ paling hebat abad ini… dan kalau korg sume yg pandai2 ni nak tahu… isu mabul tu lah dan juga isu brunei menjadi punca dan kaitan kepada isu2 besar yg lain… ko pelik?? Ko tertanya2 apa kaitannya?? Haaaa… sbb tulah ko mmg pandai… bnyk benda pandai yg ko buat selama ni kan tapi ko ingat aku x tahu….??? ehhh helooo… jgn ingat kitorg x tahu apa yg terjadi dan apa yg ko dh buat selama hari ini… bnyk benda yg kitorg sume tahu tapi kitorg diamkan jer… jgn ingat kitorg bodoh mcm ko… fc ko hancur kononnya kalau xde setiausaha terbaeeeekkk ko tu kan… fine!! Ko lebih nak hadap setiausaha ko tu dari kitorg… ko nak satu??? Mmg ko dh dpt pun… Tapi ko dh hilang kwn2 baik ko yg lain… uppppssss… silappppp…. Bukan kawan… Peminat2 jer… tahniah sekali lagi….!!!! Kwn2 ko ni la… uppppssss silap lagi… peminat2 ko ni la yg x kira siang mlm support ko selama ni… wang ringgit, masa, tenaga…. Tapi ko x penah sikitpun terfikir dan hargai dorg sume ni kan…. Apa yg korg sume dh buat sampai YB sendiri sampai x nak dgr nama ko?? YB yg sygkan ko mcm adik dia sendiri… yg menatang ko bagai minyak yg penuh… yg cover keburukan ko dari pandangan org lain selama ni… dan ko sendiri x taukan YB penah b/up ko dpn kitorg… sbb ko hanya nak nampak apa yg ko nampak… tapi ko x nampak apa yg ko patut nampak!!!! apa yg ko dh buat pada dia sampai dia x nk dgr langsung nama ko ha??? Kalau dlm hati YB terkesan sampai mcm tu sekali… apatah lagi kitorg yg sipi2 ni… maybe ko lupa atau buat2 lupa apa yg dh dorg korbankan utk ko selama ke 3 tahun ni… or maybe ko x tau atau buat2 x tau….?? Tolonggggggglah jgn kata kitorg sume mengungkit… dan tolongggglahhh jgn pertikaikan soal keikhlasan kitorg semua… kalau kitorg betul2 nak mengungkit… kitorg boleh tuntut segalanya yg penah kitorg keluarkan utk ko…. Full list!!! Dan kalau ko nak persoalkan ikhlas x ikhlasnya kitorg selama ni dgn ko… apa faedahnya kitorg berhabis masa dan duit utk follow ko ke sana ke mari…??? Nk tumpang glamer ko??? Nak rasa bangga berkepit dgn artis??? Oh dear… sedar sikit aku dan edna ni bekerja di mana…??? Brp ramai artis yg lebih TOP dari ko dh kitorg jumpa dan kerja bersama… kalau nk cerita keikhlasan takat ni pun x kan abis… sebaliknya tanya sikit org2 ada skrg dgn ko tu setakat mana keikhlasan dorg… kalau ikhlas pun x guna tp asyik mengungkit… nak aku citer kat sini ke apa yg org2 sekeliling ko tu yg sgt ikhlas dgn ko tu dan yg sentiasa dgn ko susah dan senang tu penah ckp?? X payahla… memalukan ko dan sume org jer nanti… tapi jgn bimbang… ini bukan cerita rekaan… ada saksinya… dan ada buktinya… kalau ko nk tahu sgt aku boleh bgtau secara peribadi… tapi ada brannn ker?

X cukuplah setakat perangai memualkan yg ada ni… ditambah pulak dgn perisa perangai suka sentap menyentap dan perangai mengarah2kan org mcm ko bayar gaji semua org… belajar respek org dear… all the girls are not working for you… dorg x dibayar dan dorg buat sume ni atas sukarela… so kalau nk minta org buat kerja sukarela pun beragaklah…. Aku ingat aku dh keluar dari fc segalanya akan baik… tapi x sangka sampai ada adik2 aku yg dtg pada aku sendiri dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka… apa ni…??? Ko jgn ingat ko pegang dua jwtn penting ko boleh control everything…. Ko ingat sikit… fc bukan wujud kerana ko… dan fc jadi mcm skrg bukan kerana ko sorg… semua org sama2 menyumbangkan utk fc yg skrg… so jgn nk perasan cik akak yg ko lah segala2nya dlm fc…. Wpun ko one of the TEGARIAN… tapi ko kena sedar sikit ko bukan yg pertama seumpanya… sudah2la dgn perangai membosankan ko tu… ko bukan setakat membosankan kitorg ni…sume org pun ckp benda yg sama… dan ko x rasa pelik ke kalau sume org memperkatakan benda yg sama… jgn nak tuduh2 org lain menghasut or whatever yerrr… org boleh nampak dan rasa perangai ko tu…buanglah perangai ekslusif ko tu… dan tolonglah buang symptom2 ‘atasan’ ko tu… sedar diri sikit yg ko tu xkan jadi ‘atasan’ kalau bukan org2 ni yg cadang nama ko… kalau bukan dorg yg letak nama ko… ko tu NOTHING la….. kalau aku tau perangai ko camni… dari awal aku rejek ko dlm pentadbiran aku… ko sanggupkan ‘bunuh’ kwn2 ko yg cuba membantu ko utk berubah hanya sbb nakkan apa yg ko dpt skrg… ohhh menyesal betul ckp elok2 ngan ko ari tu… patut kitorg buat ko sampai menangis jer…..

Mungkin apa yg korg sume baca ni agak kasar… tapi aku betul2 minta maaf… bnyk kekesalan dari hati yg aku x kan dpt lupa sampai bila2… dan bila hati kawan2 aku turut merasakan yg sama… aku rasa berganda2 kekesalan tu… kadang2 aku rasakan dorg x spttnya terlibat dlm hal ni… kerana merekalah tulang belakang fc dan kerana merekalah aku dpt kwn2 seperti mereka… merekalah yg lebih dulu merasakan kekesalan pertama dan ianya berulang dan berulang hingga kali yg ketiga… tapi ada org masih belum dpt pengajaran yg lama… betullah kata org… EGO…. mungkin aku dh cipta sejarah menjadi presiden nfc pertama yg mentadbir paling singkat… dan mungkin juga tahun ni akan tercipta sekali lagi satu sejarah baru iaitu presiden paling kayu… maaf kalau perkataan ini dirasakan tidak wajar…. Kitorg tahu siapa sbnrnya yg bertindak dlm fc… dan kitorg tahu siapa sbnrnya yg berkuasa dan membuat keputusan… kitorg juga tahu siapa yg suka mendengar arahan siapa… dan kitorg juga tahu siapa yg takut dgn siapa…. X perlulah letak atas nama jer… sdgkan hakikatnya tugas lain dilakukan oleh org yg bukan spttnya… dan inilah lagi satu kekesalan lain yg aku rasakan… aku mempercayai dia seperti adik aku sendiri… dan aku harapkan dia akan membantu menjaga dan mengubah keadaan fc selepas aku meninggalkan fc… tapi bersesuaian dgn peribahasa melayu… “harapkan pagar… pagar makan padi…” aku harapkan dia menjadi neutral wpun memegang jwt penting dlm fc… tapi syg… kewajaran dia tersasar dan dia memilih yg lebih penting utk dirinya… mungkin itu yg dia nak dan tunggu selama ni… dari perasaan sayang perasaan benci semakin lama makin bercambah… maaflah… aku x boleh kawal perasaan benci yg dtg tu.. sbb aku paling benci dgn org yg mengkhianati kepercayaan aku… tahniah… anda telah berjaya memegang jwtn presiden itu skrg… silap paling besar yg aku pernah buat kerana menjadikan ko naib presiden aku dulu… tahniah sekali lagi… semoga anda berjaya membuat keputusan sendiri tanpa rasa takut…

Dan ni yg terakhir… kepada org2 yg mmg xde kaitan langsung selama ni dgn mslh yg berlaku… tolongggglahhhh aku nk ckp ni… jgn MASUK CAMPUR pada hal2 yg korg x jelas dan x tahu hujung pangkalnya… korg2 tu kalau setakat nak dgr cerita cuma dari mulut ADIK atau SEPUPU ko jer… x payahlah nak emo sgt dan x payahlah nk guna laman2 sosial utk meluahkan ke’emo’an org lain bagi pihak sbb korg tu sape??? Silalah sedar diri masing2… kitorg tau siapa sbnrnya dalang besar di blkg tu…

Kepada semua aku minta maaf dgn pengakuan ni… maaf aku hanya pada org2 yg x berkaitan dgn hal2 di atas… mungkin korg semua x tahu betapa besar maknanya fc pada aku, YB, edna, tokwan, tyra dan lain2… bila kitorg dgr hal2 yg tidak menyeronokkan berlaku pada adik2 kitorg kat dlm fc… hati kitorg rasa sakit juga… sayang pada sesuatu yg kita jaga wpun dlm masa yg singkat amat susah utk dibuang… mungkin di mulut kata x mahu dgr atau ambil tahu… tp hakikatnya hanya kami yg tahu betapa sygnya kami pada fc… dan dh sampai masanya kami putuskan segala memori kami bersama fc… kerana rasanya sehingga ke hari ni dgn segala peluang2 yg dh diberi kpd pihak satu lagi… masih tiada keputusan… apapun… terpadamnya nama nfc dari hidup kitorg bukan bermakna kitorg nak putuskan hubungan dgn sume org… kpd korg2 yg tahu atau tidak tahu perkara sbnr… terima kasih kerana bersikap neutral dan masih menganggap kami sbg kawan/abang/kakak/adik korg… hanya itu yg kitorg harapkan… bersahabat x perlu memilih… terima kasih sekali lagi kerana ikhlas berkawan dgn kami… sesuatu yg bermakna dpt mengenali korg semua… dan kepada sesiapa yg merasakan pengakuan aku ini bersikap agresif atau negatif… terpulanglah… masing2 ada personal opinionnya masing2… dan jgn jadikan ia sesuatu pegangan atau penilaian buat korg… apa yg penting dlm hidup ni korg kena sentiasa ingat.. jgn menilai sesuatu perkara tanpa mendengar dari kedua2 pihak.. benar atau tidak bukan kita yg putuskan… hanya yg mengalami akan memahami… aku sgt2 harapkan kita akan terus berkawan sampai bila2… J

Aku mohon maaf pada YB, edna, tokwan dan tyra kerana terpaksa meluahkan segalanya di sini… aku tau korg dh bnyk kali halang aku terutamanya YB… tapi ini perjanjian kita… masa yg dh diberi dh lama tamat… dan aku x mau simpan lagi segalanya dlm hati aku… aku perlukan space yg baru dlm hati aku utk korg… maaf juga moon mohon pada abg pojie sekiranya pengakuan ni mengguris hati abg pojie sedikit sebanyak… tapi moon dh pernah bgtau abg dan abg tau moon akan naikkan perkara ni suatu hari jugak… ikhlas moon katakan moon cukup hormat pada abg dan kerana rasa hormat itulah moon akan sentiasa bersikap professional selepas ini…kerja dan peribadi moon x kan campur adukkan… itu pegangan moon…

Sekali lagi aku minta maaf pada semua termasuk org2 yg aku sebutkan di atas di atas segala kesilapan dan kelemahan aku sepanjang pentadbiran… maaf pada semua di atas status2 atau apa2 jua pernyataan yg pernah korg baca dan membawa sensitiviti pada sesiapa… segala yg kitorg buat adalah utk sbb yg tersendiri… x kisah la korg nak buat pernyataan balas ke nak naik status ker nak apa ker… aku dh x peduli… lgpun aku dh remove korg sume dari hidup aku… dan selepas ini… aku berjanji tidak akan mengambil tahu segala hal berkaitan fc dan menaikkan pernyataan berunsur provokasi kerana aku dh kata apa yg aku nk kata wpun x semua aku nyatakan… selepas ini… apa jua pertanyaan yg aku terima…. Aku akan jwb sejujurnya…

Sunday, January 23, 2011

citer yg x abes...

sebenarnya niat aku nk cerita pengalaman ke lahad datu selama 3 hari... tapi ntah kenapa rasa cam malas lak nak update... kui3... so biar jerla day 1 tu...

anyway aku dan keluarga baru pulang dari bercuti di bukit fraser... satu pengalaman baru sbb aku mmg x penah jejak situ.. selalunya kalau nk gi tempat sejuk aku akan ke cameron atau yg paling dekat genting highland.. tapi kali ni membawa satu pengalaman baru lebih2 lagi bersama keluarga terkasih.... sejuk mmg sejuk... aku rasa lebih sejuk dari cameron.. sbb bulan 10 ari tu aku baru pegi cameron... mmg x sejuk... aku pakai selapis je baju pun... tapi yg bukit fraser ni... mmg gigil la wa ckp lu... kami sekeluarga duduk di rumah peranginan kerajaan.. seperti biasala nk cakap... mmg aku berbangga jadi pegawai kerajaan... murah, selesa dan cantik..

papepun... aku dh rasa lepak2 dgn family... next month insyaAllah aku nk pegi dgn kawan2 pulak... wei korg... aku dh block hujung bulan 2 ni.. harap2 sume okla... kalau x jadi xperla... aku pasrah... kui3...

jom attack fraser hill lagi!!!!!

p/s: malas nk letak gambar kat sini... sape nak tgk bolehla melawat FB ambo... http://www.facebook.com/#!/album.php?id=620852399&aid=262983

salam.... 1 Malaysia.... :p

Monday, January 10, 2011

Lahad Datu adventure - Day 1

hari pertama (7 Jan 11)

Inilah pengalaman kali pertama aku sejak bekerja di rtm selama 4 tahun… bukan tak pernah berjalan ke tempat org sblm ni… tapi ini adalah pengalaman pertama bekerja sebagai salah seorang team penerbitan di luar kwsn… bukan calang2 kwsn… kwsn pedalaman pulak tu… naik flight pun rasa lain… padahal bukan first time naik flight…

Seawal 5 pagi aku terpaksa membangunkan diri utk bersiap… separuh brg masih belum dimasukkan ke dlm beg sbb masih perlu digunakan pagi tu… wpun separuh brg dh dikemas mlm sblmnya… tapi masih rasa mcm x sempat jer nak siapkan pagi tu… mmg x sempat pun… spttnya nk bangun 4.30… tapi berangan2 tetap terbangun kul 5 lebih jugak… wpun aku siap tepat kul 6 pagi.. tapi mak aku yg dh menunggu awal kat luar rumah tetap membebel2 … padahal mmg dh janji nk kuar kul 6…

Sampai di rtm… aku tgk xde sekujur tubuh pun yg ada di sekitar2 tu… janji 6.30.. tapi akhirnya… sorg demi sorg yg sampai… 7.30 jugak bas bergerak wpun kami terpaksa berada di KLIA kul 8 pagi sbb flight kul 9.20 pagi… dgn membawa bas yg begitu rileks sekali… akhirnya kul 8.30 jugak kitorg sampai… sampai2 terus bergegas check-in beg dan ambik boarding pass… memandangkan flight pergi ni kami kena transit kat kota kinabalu (KK)…makanya dua lah boarding pass yg dibagi… dgn beg x berkunci aku campak jer beg aku utk check-in… ahhh gasak… sib baik xde brg penting dlm tu.. kalau nk ambik pun.. ambik jer la baju aku yg saiz2 besar tu… kui3… sesudah selesai segalanya… dgn begitu tenang kitorg pun berjalanlah menuju ke gate perlepasan… mak aihhh xde gate yg dekat sikit dia bagi.. nun di ujung bangunan… naper x bagi jer yg paling ujung terus… sampai2 kat gate terus boarding…

Kali ni sbb pengalaman yg lepas… aku dh berani tanpa segan silu minta extension belt… kui3… lantakla… yg penting keselamatan aku… nak malu buat per… yg paling best time makan!!! Kalau dh naik MAS tu… mmgla expectation tinggi kat bab2 makan ni… ada dua pilihan… mee goreng dgn ayam atau nasi lemak sambal udang… kalau biasanya… x kisahla apa pun mknn tu… bila ada ayam… aku akan ambik yg ada ayam… tapi sbb tahan lapar giler dari pagi… aku rasa cam nak belasah nasi lemak… dpt2 mknn terus bukak dgn gelojohnya… benda pertama yg aku nampak dan membuatkan aku teruja ialah coklat ferrero rocher… hahahahah… dlm bnyk2 flight yg aku naik… yg ni la aku rasa cam teruja sekali sbb Nampak coklat tu… 3 biji dorg letak dlm bekas mknn tu… dan yg paling mengujakan… itulah yg aku mkn dulu sblm sentuh benda2 lain… harap maaf gambar hanya diambil lepas aku dh melantak… sbb lapar sgt aku lupa nk ambik gambar… hahahahaha…. Pemandangan dari atas flight sgt2 lah cantik… kalau dh namanya KK mmg x pernah lari dari expectation… sgt indah… sesampainya di airport KK kami menunggu selama lebih kurg sejam utk naik flight seterusnya… dan flight ke lahad datu ni tuan2 dan puan2… adalah flight kecik yg muat hanya utk 68 penumpang saja dan dikenali sbg MASWings… sblum naik tu dh rasa2 cam x sedap hati jer.. almaklumlah kapal terbang kecik dan pakai kipas jer plak tu…

Naik je flight kecik ni… mula2 ok jer… alyah dan PR dia duk depan seat aku…. Tiba2 alyah menjerit… katanya baju utk show dia tertinggal kat fligh pertama tadi.. satu flight kecoh… sib baiklah akhirnya dorg dpt trace balik… dan baju dia akan dihantar ke lahad datu melalui flight lagi satu belah petang… perjalanan mengambil masa lebih kurg 50 minit.. tapi dlm masa 50 minit tu.. dua kali gak semua penumpang menjerit.. mana taknya…bila kapal terbang tu langgar awan… kapal terbang pun mcm wossshhh wooossshhh wossshhhh…. Perut rasa geli2 gitu… tapi perasaan tu agak cemas la… rasa cam goyang2 plak… hahahahah.. tapi Alhamdulillah kami sume selamat sampai… ada la jugak yg turun2 tu dh jadi mcm simptom2 pembawakan budak.. terus lembik kat kerusi… dh ambik luggage sume kami ramai2 naik bas yg akan bawa kami menuju ke felda sahabat… satu stgh jam dari airport… dlm bas apa lagi… sume membuta sbb penat… stgh hari atas kapal terbang jer… di tepi kiri kanan hanya pokok2 yg menemani pandangan mata kami…

Sesampainya kami di felda sahabat…kami dibawa terus utk check in di sahabat resort… tempatnya ok… selesa… dan katanya baru diupgrade so ada swimming pool blkg bilik aku… bilik kami mengadap laut… wpun rasa seronok nampak laut… tapi hakikatnya aku tau laut hanya tinggal laut sbb aku dtg utk bekerja bukan utk bersuka… x sempat nak berehat2 kami kena pergi recce tempat event yg akan dijalankan selama 2 hari ini… bersama kru2 muzikfm dan artis2 lain kami sume naik bas menuju ke lokasi… memandangkan hujan baru lepas turun.. maka tempat di sekitar lokasi agak lecak dan berair… sesudah tgk2 tempat… kami dibawa ke sebuah dewan kecik utk buat rehearsal dgn artis dan kombo orkestra rtm kota kinabalu… adala jugak shoot sikit2 utk bahan balik ke KL nanti…dlm lebih kurg jam 10 11 camtu kami balik semula ke resort… masa nak balik tula jugak tasha (PR alyah) baru pulang dari airport tawau ambik baju alyah... gelak sakan kami dgr cerita pengalaman dia menangis2 kat airport sbb pramugari tu kata dorg x jumpa baju alyah... pengalaman lucu plak jadinyer... hahahaha... tasha.. tasha... aktiviti selepas itu apa lagi… menganyam ketupat bersama boss aku k.ani dan juga hanif, alyah dan tasha .. berchapter2 mengumpat… hahahaha… lepas abis kami mengumpat sambil minum2 kat cafĂ©… aku balik ke bilik utk mandi dan berehat… k.ani pulak.. sambung mengumpat kat bilik alyah sampai 2 pagi… penat jugak menunggu dia balik balik sampai tertidor2 aku… esok dh kena bangun awal… haihhh sabar jer la….

Wednesday, January 5, 2011

miss the old us...

rasa cam dh lama lak kitorg x lepak2... padahal bukan lama sgt pun.. bbrp minggu lepas baru jer jumpa kot... tapi maybe rasa cam dh lama x jumpa sbb selalunya kitorg rajin kuar... lebih2 lagi dgn si edna... kalau sblm2 ni... rasa cam tiap2 mlm kuar dgn dia... kalaulah edna ni lelaki.. dh cm dating plak... ;p

abes nak wat camna... masing2 sibuk dgn kehidupan masing2... dlm ramai2 ni... paling susah sekali nak dating dgn yebeng... tapi semua terpaksa akur... kami faham situasi yebeng skrg kot... sbb tulah dia susah nak join kitorg... si shindong a.k.a tokwan pulak... dh lama lesap ke ipoh... tempat tumpah air liur basi dia... dgr khabar sekarang dh jadi busynessman berjaya... busy memanjang... sampai calling2 pun dh x nak nih... wpun... ari2 kot call edna tu boleh jer.. sentap seketika... huhh!!

aku pulak... sgt mencuba mencari ruang utk diri sendiri dan yg lain2.. kadang2 boleh jer redah wpun... tapi busy tetap busy.. lebih2 lagi skrg dah diberikan tugas dan tanggungjawab yang lebih bnyk... almaklumlah.. x brp nak perform tahun lepas... sume gara2 benda2 bodoh yg aku pegi layannn tu... so tahun ni... demi nak membalas sume kesilapan aku... tahun ni kena bagi all out utk jabatan... untung2 naik pangkat,,, kuik3... huk3...

tapi sbnrnya... kami x pernah lupa kot satu sama lain.. teknologi penghubung wajib.. walau camna pun... update tetap update.. kuik3.. sib baikla ada laman sosial FB dan twitter... waaahhh cam promote plak... dptla jugak berhubung dgn semah, shindong dan tyra secara virtual wpun kitorg asyik sembang pasal hal k-pop... ahhh.... layannn jerrr... kesah ker? tapi yg paling susah nak cari secara virtual... saper lagi kalau bukan yebeng.. nk x nak.. kenalah guna khidmat maxis atau celcom... atau... telekom...

tapi dlm ramai2 ni... yebeng jugakla yg paling susah nak kesan.. almaklumlah lebih busy dari biasa... PM pun x sebusy cam si yebeng ni kot... sesuai la dgn gelaran YB yg diberi.. kuik3... tapi... yg heran tu... kalau tetiber dtg pe-el dia nak tgk wayang... pandai plak cari masa... wah3... pastu demand lak tu.. nk tgk movie yg dia pilih jer... aku??? layannnnnn jer la.... wpun yg lain2 ni sume ala2 cam x puas hati... wahahahaha!!! aku kata..."kesian kat yebeng.. dia penat buat bajet.. buat cukai... sekali sekala dia nak release tension kita layan jerla pilihan dia" dan kemudian yg lain2 sume akan berbunyi begini... ahhhhhhhhhhh!!!!!!! skrg saper yg tension??? lps tgk wayang... yebeng release tension... kitorg plak yg tension sbb bengang bila tgk yebeng tido time wayang yg dia choose sendiri... masyaaaaaarakat.... itulah yebeng seadanya...

walau apa pun yg dh bnyk berlaku antara kitorg... walau bnyk kisah yg dh tercoret... walau perselisihan faham atau keraguan atau syak wasangka yg pernah wujud antara kitorg... hanya satu yg aku faham.... kitorg tetap akan jadi 'kawan baik'... selama mana?? wallahualam...hanya Allah yg maha mengetahui... tapi satu doa aku... biarlah tuhan panjangkan umur persahabatan kami... kalau boleh sampai masing2 dh tua dh berumahtangga dh berkeluarga dan sampai ke akhir hayat... amin.... seannoying mana pun kami antara satu sama lain... tapi aku rasa nilai mempunyai kawan seperti diorg ni adalah lebih tinggi drp ke'annoying'an tu... hahhh... menangis dewan bahasa tgk perkataan aku ni... hahaha.. annoying2 tu perkara biasa... layan jerrr... setakat annoying sikit2 tu... dh immune dah... wahahahahah!!!

2010 lah yg bnyk meninggalkan kenangan pahit dan manis.. dan bnyk mematangkan aku sedikit demi sedikit.. mengenal dunia luar... hakikat dunia sebenar.. susah senang berkawan, pembelotan dan segala2nya menguji kekukuhan persahabatan kitorg... ada bnyk penyesalan dlm tahun 2010 yg aku akan jadikan pengajaran dlm hidup aku selama2nya... soal kepercayaan... tanggungjawab terhadap tugas hakiki dan soal keikhlasan... namun bnyk mana penyesalan 2010 tu... sebanyak itu jugalah aku bersyukur kerana tuhan gantikan penyesalan itu dgn kegembiraan bila mengenali sahabat2 mcm yebeng, edna, tokwan dan tyra... satu2nya sahabat yg mengajar aku kehidupan sosial.. dlm bahasa omputihnya kehidupan malam... kah3... mcm jahat plak bunyinyer... xde pun... dorg x penah ajar pun benda2 pelik... sebaliknya... bnyk benda yg baik aku belajar drp dorg tentang soal kehidupan...

dan aku juga bersyukur ditemukan dgn adik2 comel dan cute yg bnyk membantu aku satu ketika dulu... yg tetap melayan aku seperti biasa walaupun aku sudah tidak ada kepentingan dlm mana2 organisasi lagi... kalau nak berkawan x perlu memilih... dan x perlu nak double standard... kt, adila, yani, ieien, deqsue, nora, ajoy... berkawan dgn korg mmg best kot... kalau jumpa x gelak sampai guling2 x sah... best kalau buli budak2 ni... terutamanya kt dgn adila... ajoy.. wpun baru kenal tapi aku rasa hang out dgn dia x bosan... nora tetap dgn ayat2 laser dia... at least xde pun antara dorg ni yg KILLING THE FUN... walhal... lebih matang drp sesetengah org yg merasakan dia terlebih matang... setakat umur pada angka jer yg besar tapi akal masih cetek... buat per? dlm hidup ni kena balance... kalau nak serius sepanjang masa... baik gi duk hutan jer... x payah hidup di kalangan 'orang'... x penah dgr ke quote ni?? "laughter the best medicine???" patutlah asyik pressure memanjang... silap2 x lama lagi kena antar wad gila... kerut kat muka pun makin bnyk aku tgk... hurmmmmmmmm....

terima kash juga Allah kerana mempertemukan aku dgn kawan2 baru yg aku kenal secara x sengaja di Brunei... dpt tambah kenalan baru... atok a.k.a jimmeh wpun aku dh kenal dari awal.. tapi x penah kenal secara dekat... bila dh kenal.. haaaa hambek ko... sekepala ghupenyerr... begitu jugak dgn buur, ayah pin, brazil dan imam poyos... sumenyer tuhan temukan dalam satu insiden yg sbnrnya agak pahit... tapi itulah org kata hikmah Allah.. dlm pahit2 tu... akan ada manisnya.. syukur dpt kenal korg sume.. syukur syukur syukur... sbb bnyk kegembiraan yg aku perolehi drp Allah utk menutup penyesalan tu...

azam tahun 2011!!! nak build up semula kerjaya aku... nak terus kukuhkan persahabatn kitorg... dan nak mendekatkan lagi diri aku dengan yg maha Esa... rasa sblm2 ni dh mcm makin jauh pulak... maybe ini masanya utk aku dekatkan diri padaNya... insyaAllah... hope for the best... no more 'MOON'!!! no more okay!!!!! actually aku benci kot nama tu... call me bahyah ok... bahyah.... kui3... Qairul Bahyah Abd Rahman akan kembali dgn semangat yg lebih jitu... waaaaahhh gitewwww... ;p

p/s: lps ni saper panggil aku moon... aku zasssssssssss sorg2!!! ;p (peraturan ini hanya tertakluk kepada yg faham sajer... ahahahahaha!!!)