Wednesday, April 29, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 6 (DAY 5)

Selepas penat berjalan seharian semalam.. hari ni kami start menjelajah agak lewat... lepas sarapan bagai sume, dlm jam 10.30 baru kitorg gerak menuju ke destinasi utk hari ni. Pagi ni kitorg nak ke Odaiba. Odaiba ni kat area Selatan Tokyo.. satu area dengan Tokyo Tower. Kalau ikut jadual asal sbnrnya lepas ke Tokyo Tower smlm kitorg akan terus ke Odaiba ni sbb dah dekat. Tapi hari pun dh gelap.. kaki pun dah menggeletar, makanya Odaiba ni terpaksa dipindahkan ke hari ni. Jadual asal hari ni sbnrnya adalah utk shopping2 souvenir dan jalan2 cuci mata ke sekitar area barat Tokyo. Tapi tak mengapa.. yang penting kita pentingkan dulu.. yg tak berapa nak penting tu kemudian pun boleh masuk dlm schedule..

Odaiba ni mcm satu pulau kecil buatan manusia yg dikelilingi air ala2 mcm laut. Bandar Odaiba ni basically entertainment place.. tempat bersuka ria la pendek kata.. mcm2 ada kat sini.. ada gundam.. ada fun fair.. ada tempat ala2 mcm sunway lagoon, desa waterpark, taman tema.. semua yg berkaitan entertainment la ada kat sini.

Masa sarapan pagi tu dlm berita kitorg dpt tau yg Tokyo turun snow sikit walaupun time tu time spring. Walaupun tak faham sangat apa yg dorg cerita.. tapi melalui visual dorg ada tunjukkan yg certain2 kawasan Tokyo turun salji. Bila aku check weather kat fon.. memang betul.. Pagi tu cuaca agak sejuk sekitar 3-5 darjah celcius dan hujan bercampur salji . Memang kena pakai tebal sikit.

So bermula dari Koganecho station, kitorg menuju ke Yokohama station melalui Keikyu line.. Kat Yokohama kitorg tukar train dan maintain line yg sama menuju ke arah Aoto. Kitorg kena melalui 25 station sebelum sampai Sengakuji station. Dari situ kitorg kena naik train Asakusa line menuju ke Shinbashi station. Kalau korg naik train yg betul sbnrnya x perlu turun di Sengakuji.. train akan terus bergerak ke Shinbashi station secara direct. Kecuali kalau train tu announce yg kita kena tukar train (jangan bimbang sbb announcement tu ada dibuat dlm bahasa inggeris). Dari Shinbashi station, kitorg kena tukar train dan line ke Tokyo Waterfront New Transit Yurikamome. Pagi ni perjalanan agak lancar sbb kebiasaannya time mcm ni org dah berkurangan sbb masing2 dah punch in masuk keje.

Destinasi kitorg sbnrnya ialah Decks Tokyo Beach dan Aqua City Odaiba. Untuk ke Deck Tokyo Beach kitorg kena turun di Daiba station sbb itu yg paling berdekatan. Tapi kalau nak ke Aqua City dulu, seeloknya turun di Odaibakaihinkoen (station selepas Daiba station) sbb itu yg paling dekat. Tujuan kitorg ke Deck Tokyo Beach sbb nak masuk Trick Art Museum dan Madam Tussauds. Ada banyak lagi attraction lain sekitar situ. Tapi disbbkan nak kejar masa so aku pilih tempat yg paling best. Kat Deck Tokyo Beach juga ada Legoland, ada Tokyo Joypolis (mutual game main tembak2) dan ada indoor themepark. Disbbkan time tu dh mcm nak lunch time so kitorg settlekan dulu dua tempat ni sblm ke Aqua City sbb tempat lunch nanti di situ.

Tempat pertama kitorg ialah Trick Art Museum. Lokasi dia kat Island Mall tingkat 4 (4F). Harga tiket masuk seorang 900 yen (est. rm28). Sebelum masuk kitorg kena tunggu guide person dia utk explain kat kitorg cara nak memaksimumkan kepuasan kat situ. Dorg ada tukang guide yg boleh cakap omputih. Sblm masuk lebih dalam dia tunjukkan kitorg trick dan cara nak ambil gambar. So dari situ kita akan dpt idea utk buat kat gambar2 yg seterusnya. Kat sini ada pelbagai jenis trick gambar yg boleh diambil. Memang menarik. Boleh dikatakan setiap gambar kitorg nak try. Disbbkan aku dh pernah dtg sini, so aku takdela beriya sangat nak bergambar. Aku banyak tolong anak 2 itik dua org tu je bergambar. Tapi kalau ambil gambar kena dgn gaya dan cara.. mmg gambar yg dihasilkan tu sangat menarik. Kitorg tak lama sangat dlm tu. Dalam stgh jam mcm tu jer.


Lepas dah settle kat sini, kitorg terus menuju ke Madam Tussauds. Mula2 tu ingatkan lokasi dia kat 5F. Rupanya entrance dia kat 3F. So turunla balik kitorg ke 3F. Tiket masuk 2000 yen (est. rm60). Tapi kalau beli online dapat diskaun 500 yen so jadi 1500 yen je la. Lepas dah beli tiket, dorg bawa kitorg ke lif. Kat sini pun ada tukang guide yg akan explain dlm omputih. Dia hantar kitorg naik lif ke 5F (tempat kitorg sesat tadi). Buka2 je lif.. tu dia... Johnny Depp dh tunggu kitorg kat red carpet. So apalagi bergambar la.. ala2 mcm selebriti plak rasanya. Kat situ juga ialah photo spot. Akan ada staff dia yg ambik gambar kita.. so later2 kalau rasa cantik dan berminat nak beli gambar yg dia ambik tu bolehlah beli. Kat dalamnya plak ada mcm2 jenis star atau selebriti yg terkenal termasuklah dari negara dorg sendiri. Ada juga yg kitorg tak kenal. Antara org2 terkenal yg ada dlm tu mcm Lady D.. Obama... Beckham.. Beyonce... Katy perry.. Bill Gates.. Eisntein.. Pasangan brad pit dan angelina pun ada.. ramai lagi la.. Tapi yg paling menarik minat aku ialah Julia Robets. Sbnrnya aku tak sangka yg spot ambik gambar aku tu mcm ala2 real.. So nampak la gambar Julia Roberts tu bergambar dgn aku mcm org yg real.. hihihh.. sori kawan2.. tertipu sikit2.. heheh.. aku tau ada yg percayakannnn..kan kan kan..


By the way.. utk sesape yg tak tahu Madam Tussauds ni menatang apa.. tempat ni sbnrnya tempat patung2 wax selebriti2 atau orang2 terkenal sama ada yg masih hidup atau pun dah mati. Kebanyakan org masuk sini utk ambik2 gambar dgn org2 terkenal ni.. Almaklumlah nak jumpa mmg susahkan.. So bayar 200 yen dptla bergambar sesuka ati. Nak peluk ke nak cium ke.. nak duk atas riba ke.. takde sape nak marah. Lebih kurg sejam gak kitorg berlegar2 ambik gambar. Lepas siap sume.. kitorg melilau2 plak kat tempat souvenir. Dapat aku rembat satu mug.. Kat kaunter, staf dia tunjukkan gambar kitorg yg dorg ambik masa dgn Johnny Depp kat entrance mula2.. Oleh sebab aku rasa cun.. aku pun beli la.. Sbb nak jadikan kenangan terindah utk keluarga itik ni.. so aku pun belilah 3 keping.. itupun sbb dia bagi promotion kat aku.. Kalau beli sekeping gambar harga dia 1000 yen (est. rm30).. tapi kalau beli 3 keping dapat diskaun 700 yen.. so 3 keping gambar sekali dengan frame biasa dan sampul harga dia cuma 2300 yen (est. rm72). Nah hambek sorg satu gantung kat rumah. Lagi satu.. kalau beli gambar dia.. kat resit akan ada password utk download gambar dlm bentuk softcopy. Masuk laman web dia yg tertera kat resit tu dan masukkan password... tadddaaaaaa....

Lepas dah settle Madam Tussauds.. perut mesti dah lapar kan.. so kitorg pun terus menuju ke Aqua City Odaiba. Tapi sebelum ke Aqua City, Onie nak masuk Daiso sbb katanya nak cari Glove.. dah tak tahan sangat kesejukan sampai beku sume jari kaki jari tangan. So layankanla dulu permintaan dia.

Aqua City ni tak jauh pun.. Bangunan sebelah je dengan Decks Tokyo Beach. Sambil jalan2 ke Aqua City.. kitorg ambik gambar sikit2 sekitar deck dia yg berhadapan dengan bay. Sejuknya cuaca tak payah cakapla.. dengan tempias2 air hujan rintik2 yang menambah kegigilan kitorg.. tapi bergambar tetap nak bergambar. Benda wajib tu.. aku pula jenis yg tak suka berpayung2 ni... Bila lagi nak rasa hujan Tokyo kan.. rugilah kalau pakai payung bagai. Dari Decks ke Aqua kitorg berjalan lebih kurg 2 minit.
Bandar Odaiba

Asalnya aku nak bawa dorg ni makan kat The Oven (western meal). Tapi sbb aku terjumpa restoran Surabaya dlm map dorg.. so aku rasa lebih baik kitorg isi tekak dan perut memasing dgn nasi dan lauk. Takut lapar tak cukup tenaga sbb nak pegi tempat lain plak lepas tu. Restoran Surabaya ni Restoran Indonesia. So basically menu2 dia memang kena dengan selera kita org Malaysia ni dan yang penting Halal... Selain Surabaya ni.. korg boleh gak try Restoran The Oven yg aku sebut tadi. Tapi menurut Halal Navi.. hanya chicken je yg halal.. meat lain tak halal so kalau korg nak makan better order menu yg berasaskan ayam jer... korg boleh tanya pada staf restoran tu juga. Satu lagi restoran halal kalau korg nak cari makan ialah Khazana. Restoran ni restoran Pakistan/India so basically makanan mcm kebab, roti naan, nasi dan kari. Restoran ni bukan kat Aqua City.. tapi di Decks Tokyo Beach (5F). Kalau korg nak ke The Oven... boleh cari di Aqua City tingkat 6 (6F). Manakala Surabaya pula ada di Aqua City tingkat 5 (5F). Nak cari Surabaya ni agak tricky.. sbb restoran dia agak ke dalam. So kena cari satu2 melalui segala jalan atau lorong yg ada.




Disbbkan masa tu dah menghampiri pukul 3... so keadaan restoran tu mmg kosong.. hanya ada kitorg bertiga je duduk di satu sudut. Kitorg order nasi goreng dan ayam sambal. Rata2 harga makanan mmg 1000 yen. Air kitorg order mineral water.. tapi staf dia cakap (staf dia berbangsa Indonesia so boleh ckp indon/melayu) botol mineral dia sangat besar. So kitorg order sebotol dulu.. yer.. mmg besar.. boleh minum 2 3 org.. Lepas dah makan kenyang2.. kitorg terus gerak ke train station untuk ke destinasi seterusnya. Lepas ni aku nak bawa dorg ke Ueno pulak sbb dari smlm sibuk tanya bila nak pegi cari souvenir. Okay aku harap2 di Ueno dorg akan jumpa apa yg dicari.


Patung Liberty (yg blkg bukan yg depan tu)

Dari Aqua City kitorg menuju ke Odaibakaihinkoen station. Kira-kira 2 minit dari Aqua City. Sebelum ke station.. dorg sempat bergambar dgn patung liberty kat luar bangunan. Patung liberty ni ala2 mcm mercu tanda Odaiba juga selain patung Gundam. Di belakang bangunan Aqua City ni juga terletaknya bangunan HQ stesen TV antara yg terkenal di Jepun iaitu Fuji TV. Fuji TV ni TV swasta. Kalau TV govenrment kat sana ialah NHK. Sepatutnya dalam jadual kitorg akan ke NHK studio park kat Shibuya. Tapi tak sempat. Inshaa Allah kalau ada rezeki mungkin di masa lain.

Bangunan Fuji TV


Dari Odaibakaihinkoen station melalui line Tokyo Waterfront New Transit Yurikamome kitorg turun di Shinbashi station dan tukar line ke Jr line iaitu Tokaido main line menuju ke arah Kagohara dan akan turun di Ueno station. Time ni dah menghampiri jam 5 petang.. so suasana train agak crowded dan begitu juga dengan train yg masuk ke Tokyo. So most of the time kitorg tak dapat tempat utk duduk dan perlu berdiri di pinggir2 pintu atau bergantung harap pada tiang2 di sekeliling. Sesuatu yg amazing tentang org2 Jepun ni masa naik train. Dorg memiliki keseimbangan yg jitu sehinggakan ada sstgh drp dorg tak perlu memegang besi atau pemegang. Yang paling amazing tu.. boleh berdiri di tengah2 train tanpa bersandar atau pegang apa2 support sambil main fon atau membaca buku... kitorg ni sampai dua2 tangan kalau boleh nak peluk tiang. Keretapi jalan.. keretapi berhenti.. mcm nak tercampak rasanya kalau tak pegang apa2.

Sampai di Ueno aku bawa dorg ke arah Ameyoko Market atau nama panjangnya Ameya Yokocho. Market ni adalah antara market yg terkenal di sekitar Ueno. Kat sini sume barang2 basah.. segar sampai ke barang2 souvenir sume ada. tshirt.. makanan.. beg2.. kasut.. jam.. sume lah.. Disbbkan kaki aku makin sakit selepas bbrp hari bertahan.. aku lepaskan anak2 itik aku utk mencari brg2 yg ingin dicari di sekitar market tu.. aku pula singgah kejap kat kedai eletronik berhampiran market tu dan beli ole2 utk family aku. Kedai yg sama ni aku penah pegi masa last time aku dtg. Kat sini la mak aku belikan jam utk adik aku. Harga2 jam kat sini sgt berpatutan dan berkualiti.. so aku borongla utk seisi keluarga. Lepas aku dh settle hal aku kat situ aku lepak kat starbucks berhampiran station. Dari train station ke Ameyoko Market lebih kurg 3 minit je. So aku pesan pada anak2 itik.. cari aku kat starbucks ni lepas dorg dah settle. Disbbkan waktu tu waktu kemuncak org balik dari ofis... even starbucks pun penuh. Lepas dh dpt ruang utk duduk lepak sambil minum2 kopi panaskan badan.. aku melayan internet sementara menunggu anak2 itik habis bershopping.. lebih kurg sejam stgh.. akhirnya dorg kembali ke pangkal jalan. So kitorg terus bergerak balik ke Yokohama. Esok kitorg perlu keluar lebih awal utk ke Mt. Fuji. Perjalanannya lebih panjang dan berliku.. chewah!!
Ameyoko Market
So dari Ueno station kitorg naik JR line iaitu Takasaki line ke arah Odawara dan turun di Yokohama. Seperti biasa.. dari Yokohama kitorg kena keluar dari area JR dan tukar ke Keikyu line menuju ke arah Uraga utk turun di Koganecho station. Sama juga seperti malam2 sblmnya.. kitorg singgah ke kedai Aeon feveret utk beli brg2 keperluan makan esok pagi plak. So lets rest.. Esok Mt. Fuji plak!! yeayyy.. lagi 3 hari nak balik...!!



to be continued....