Tuesday, April 14, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 1 (PRE-TOUR)

4 April 2015 adalah tarikh yang aku tunggu selama 4 bulan bermula dari bulan 11 2014. Kali terakhir aku ke Tokyo ialah pada tahun 2013. Tapi masa tu tak banyak tempat yang boleh pergi sebab kekangan masa dan pengetahuan. Lagipun ambik trip tour 3 hari.. so nak jalan-jalan ke tempat lain pun sangat limited. Kalau last time aku tak dapat pegi ke Tokyo Disneyland dan Tokyo Skytree.. Alhamdulillah kali ni dapat merasa ke dua-dua tempat walaupun ada sedikit halangan cuaca.

Bermula dari awal bulan 11 aku decide untuk beli tiket. Mula-mula hanya aku dan Onie yang merancang untuk bercuti ke Tokyo tapi hanya berdua rasanya macam tak best sangat. So kami pun jemputlah orang ketiga iaitu Lai sebab dia pun ada tanya-tanya pasal Tokyo macam berminat nak join pergi. Lepas Lai join aku tutup penyertaan sbb aku rasa bertiga dah cukup.. Ramai sangat kadang-kadang banyak 'kepala' so boleh memeningkan. Nak tak nak secara automatiknya aku dilantik sebagai tour guide/ tour leader / chiep (gelaran yg dorg bagi). So bermula lah perancangan dan persiapan aku membawa anak-anak itik ke negara orang. Mula-mula aku bercadang nak turun di airport Haneda sbb last time aku memang turun di sana. Kebetulan juga aku berkira-kira untuk tinggal di hotel area Yokohama, hotel yang sama aku pernah duduk. Sebabnya, selepas aku membuat beberapa survey, kos penginapan di sekitar area Tokyo agak tinggi berbanding Yokohama dan kebetulan aku bercadang untuk menjelajah sekitar Yokohama juga selain Tokyo. Jadi sepatutnya, airport yg terdekat dengan hotel kami ialah airport Haneda. Agak malang sbb masa tu tangguh punya tangguh, tiket ke Haneda dah agak mahal. So aku cuba tengok tiket yg turun di airport Narita. Agak murah berbanding Haneda dan setelah dikira-kira kos dari Narita ke Yokohama juga lebih rendah berbanding beli tiket turun Haneda, so aku buat keputusan utk beli tiket ke aiport Narita.


Dalam beberapa bulan sebelum berlepas, banyak benda aku survey termasukla tempat-tempat yang wajib pergi dan tempat-tempat yang boleh pergi tapi kalau tak pergi pun xper.. hahaha.. Termasuklah aku kena study line train, nak turun station mana, harga-harga tiket masuk tempat-tempat tertentu, tempat-tempat halal untuk makan dan aku juga kena study sikit-sikit ayat-ayat basic dan general utk digunakan kat sana.. nasib baiklah membantu juga sikit2.. kalau tak.. sepatah haram aku tak faham... 4 bulan sebelum, aku dah settle booking hotel siap2 supaya tak berlaku masalah kekosongan bilik. Bilik aku ambik untuk triple. Senang satu bilik, semua aktiviti boleh dibincang dan dibuat bersama. Memandangkan flight balik ke Malaysia awal pagi, so aku decide untuk bermalam sehari sebelum tu di hotel Narita. Aku booking untuk hotel di Yokohama dan Narita. 2 bulan sebelum berlepas, aku dah siap-siap beli tiket untuk masuk Disneyland supaya proses masuk ke taman tema tu akan berjalan lancar. Aku dengar, nak masuk ke Disneyland ni beratur panjang apatah lagi nak membeli tiket. So demi untuk menyenangkan diri dan rakan-rakan, aku pun belilah siap-siap online.

2 minggu sebelum cuti-cuti kami ni, aku cuba pula mengoogle pasal penggunaan internet. Rupa-rupanya kat sana kita x boleh pakai sim card dorg utk buat call keluar masuk. Sim card hanya boleh digunakan untuk data internet sahaja. Itupun ada sesetengah telefon tak support. Jadi banyak yang mensuggestkan untuk sewa handphone di sana kalau nak guna untuk buat call keluar masuk dan kalau nak guna sim card data, biasanya hanya telefon tertentu shj yg support. Aku cuba mengoogle lebih lanjut lagi. terjumpa satu laman web ni. http://www.rentafonejapan.com .
Laman web ni offer untuk sewakan handphone utk call in call out. Dia juga offer sewaan internet menggunakan pocket wifi. Fikir punya fikir aku rasa handphone utk call in out ni mcm x perlu sgt kot memandangkan skrg ni whatsapp pun boleh buat call selain skype atau wechat. So aku just rent pocket wifi. kelebihan pocket wifi ni pula, selain boleh bawa ke mana-mana, dapatlah kami bertiga ni berkongsi internet tanpa perlu membeli sim card yang belum tentu boleh masuk dalam telefon memasing... So aku pun order dan pihak rentafone ni kata akan send ke hotel aku. Sebenarnya kalau nak lebih awal, boleh minta send ke airport dan kita boleh collect di pejabat pos, Tapi aku rasa mcm malas so aku minta dia send ke hotel je. Urusannya sangat senang.. dengan harga rent yang diberikan tu, dia dh include harga rent, kos penghantaran dan kos hantar balik. Banyak juga soalan aku tanyakan pada org rentafone ni melalui email dan dia jawab satu persatu dengan puas hati. Katanyer, hari last pakai tu, just masukkan pocket wifi tu dlm sampul surat yg dia bagi dan masukkan dlm mana-mana peti surat. Sampul surat tu pun dia dh tempek setem siap2 so keje kita senang je.. dan satu lagi yang aku suka, dia hanya charge aku utk seminggu wpun aku guna lebih seminggu.. hehehe.. sbbnya aku balik awal pagi sabtu, so dia kata aku boleh guna sekejap sehingga pagi sabtu tu, tapi dia hanya akan charge aku guna sampai jumaat jer.. mmg best service dia.,. terbaeeekk.. Lagi satu, jangan bimbang untuk buat QA dgn dia.. sebab dia memang menggunakan bahasa Inggeris bukan bahasa Jepun.. hehehhh..

Silalah tengok dengan memusingkan kepala anda 90  darjah
seminggu sebelum berlepas, aku dengan excitednya telah memprint boarding pass pegi dan balik.. masa pergi, seat kami berterabur dan tercampak sikit. Biasalah teknik nak suh beli seat kan. Tapi akhirnya aku terpedaya juga untuk beli seat.. hahahaha.. bukan apa, aku beli pun sbb nak yg tepi tingkap memandangkan flight tgh mlm.. so lebih syahdu kalau dpt membuta sorg2 kat tepi tingkap. Bajet-bajet xde org kat seat sblh aku. Sekali ada mamat Jepun pulak duk situ... maka, mlm yang sepi itu aku dendangkan dia dgn bbrp buah lagu kegemaranku yg selalu ku nyanyikan setiap mlm.. hahahah.. naseblaaaaaa...



to be continued...

No comments:

Post a Comment