Friday, October 16, 2015

Sentap itu adalah........

Sentap??? Ramai yang x sukakan perangai2 kesentapan ni? Tapi cuba kita renung kembali diri kita sendiri... adakah kita tidak pernah sentap?

Sentap ada 3 kategori... kategori 1.. sentap.. tapi sentap hanya di hati.. tak terlihat dgn kata2 dan perbuatan.. apa yg mampu dilakukan hanyalah melemparkan senyuman manis pada org yg disentapkan dan meluahkan perasaan di laman2 sosial atau menulis dlm diari (ada lagi ke org tulis diari2 ni? Hihihhh..).. pendek kata.. layan perasaan sendiri..

kategori 2.. sentap.. tapi x kata apa2.. hanya dizahirkan dgn perlakuan atau perbuatan.. contohnya seperti menghempas pintu... menghentak kaki... melempar beg atau menarik muka dan berlalu pergi.. kategori ini mungkin tidak akan menegur org lain paling minimum stgh hari dan paling maksimum sebulan... namun tempoh kepanjangannya bergantung pada individu.. ada yg mencecah hingga 10 tahun lamanya...

kategori 3.. sentap.. tapi berterus terang.. x sampai seminit disentapkan... terus bgtau yg dia sentap dgn kata2 atau perbuatan tadi... org begini kadang2 tidak diterima masyarakat setempat kerana kemungkinan kesentapannya boleh berjangkit kepada org yg telah menyentapkan akibat ayat direct si mangsa yg bgtau dia sentap dgn kata-kata si pelaku.

jadi anda suka atau lebih rela dengan org2 dari kategori mana?

Sentap menandakan anda normal... jika anda tidak pernah sentap bermakna anda tidak mempunyai hati dan perasaan maka ia tidak normal sama sekali... namun begitu.. sentap perlu ada batasnya... jika anda sentap 3 atau 4 kali seminggu atau 3 4 kali sehari atau setiap 2 jam dlm sehari... maka anda kategori paling kritikal... perlu bertemu dgn pakar... masyarakat tidak suka bergaul dgn anda yg mempunyai kategori kritikal seperti ini kerana ia suatu gaya hidup yg tidak sihat... ingat... bukan anda sorg ada hati dan perasaan utk dijaga... org lain juga ada... juga jgn larang org utk sentap sekali sekala... kerana dia juga ada hati dan perasaan utk terasa dgn setiap pertuturan dan tingkah laku kita yg adakalanya melampau tetapi kita anggap hanya sbg gurauan... setiap perkara ada batasnya... kerana kita... manusia biasa yg tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan... jadi amalkan setiap kali bergurau dasyat... mohonlah maaf sesama sendiri menandakan kita tidak memaksudkan apa2 melalui gurauan2 tadi.. segalanya hanya rekaan semata2... dan kalau kita rasa dia tidak suka dgn gurauan tadi... jgn diulang atau disebut di masa hadapan...

berilah peluang kepada diri sendiri dan org lain untuk sentap... jgn dihina org yg suka sentap kerana kita pun tak sesempurna mana... belajarlah menjaga perkataan dan tingkah laku agar tidak di luar batasan... mungkin kita rasa kita bagus sangat sampai kita menghina dan mengata org2 yg kuat sentap di blkg mereka... ingat... kita mungkin ada buat kesilapan juga.. bukan semua org suka dan terima diri kita seadanya... sebaiknya sama-sama bersederhana dlm apa jua keadaan.. lebih baik untuk kita tegur org yg kerap sentap dgn cara terbaik dan berhemah agar dia tidak bertambah sentap... kadang-kadang kita tak sedar sikap kita boleh merimaskan org lain... tegurlah dia.. tapi dgn cara yg terbaik... kepada yg suka menyentap pula.. amalkan berfikiran positif... setiap kali sentap seboleh-bolehnya kawal perasaan dengan beristighfar atau berzikir.. kalau dah tak tahan sgt atau telepas sentap juga... limitkan kesentapan kepada 5-10 minit sahaja.. kemudian kembali seperti biasa ceria-ceriakan diri... hihihhh... marilah kita bersama-sama mencuba... mungkin kita boleh berubah menjadi yg lebih baik.. tidak sempurna... tetapi lebih baik dari yg sblmnya...

akhir sekali... jangan selalu sentap2 okay... sentap light2 jer sudahhhh!! we can do it!!!! Malaysia Boleh!!!!