Monday, April 16, 2018

Misi menjejak Oppa Day 2: 31 Mac 2018 - Deoksugong Palace, Cheonggyecheon Stream, Gyeongbokgung Palace & Namsangol Hanok Village

Ke subway dari apartment kitorg dekat sangat-sangat. 10 saat je. Tapi nak ke platform.. hmmm... 10 minit gak la baru sampai kot. Lokasi pertama, kitorg nak ke Insadong-gil area. Nak bayar duit Shuttle bas ke Nami Island.

Subway Dongmyo station

Touch kad boleh tau berapa balance duit yg ada

Area Insadong-gil. Banyak kedai-kedai menarik. 






Kitorg kat sini kejap je. Nak bayar shuttle bas ke Nami Island utk 2 April (Isnin). Sbrnya shuttle bas ni boleh booking and bayar online. Tapi masa beli tu tak tau apa problem. So aku just email minta block seat. Tapi kena datang dan bayar sendiri kat ofis dia utk confirm tiket. 25,000 won =  RM 90 per person sekali dengan tiket ferry dan entrance fee Nami Island.  Nasib baik dekat dgn area Dongmyo dan dekat dengan lokasi seterusnya. Nak naik shuttle bas ni ada 3 tempat boleh naik. 1st sekali Insadong-gil yang dekat ofis dia ni. Then, kat Namdaemun dan satu lagi kat Myeongdong. Tapi kena inform pada dorg kita nak naik dari hentian mana.







Sempat borong stokin dulu sebelum ke lokasi next.
Murah-murah 1.000 won.
Dari Insadong ke Deoksugong Palace hanya 1 station. Turun di City Hall station. City Hall dan Deoksugong Palace betul-betul depan tempat exit subway. Tapi kena cari exit nombor berapa.


City Hall





Depan Deoksugong Palace biasanya akan ada Palace Royal Guard Changing Ceremony. Kitorg tak masuk istana ni. Just tunggu ceremony tu yang akan start jam 11 pagi. Kalau terlepas, jam 2 dan 3.30 petang akan ada lagi.



Palace Royal Guard Changing Ceremony



Kat tepi istana tu ada 1 lorong menuju ke taman yang sangat cantik. So gambar bonus la kat bawah ni.




Sepanjang jalan menuju ke Gwanghwamun Gate dan Gyeongbokgung Palace ada banyak tempat-tempat menarik dan salah satunya ialah Cheonggyecheon stream. Salah satu nature beauty di tengah-tengah bandar. Nak ke arah Gwanghwamun Gate, pastikan Deoksugong Palace di sebelah kiri dan City Hall di sebelah kanan. Terus jalan ke depan. Cheonggyecheon Stream akan berada di sebelah kanan.

Salah satu landmark.







Lepas Cheonggyecheon Stream akan jumpa pulak Admiral Yi Sun Sin atau Lee Soon Shin statue kat tengah-tengah antara dua laluan. Beliau ni Commander Navies masa zaman perang-perang dengan Jepun dulu. Sepanjang jalan ni memang akan ramai dengan orang sebab kat sini banyak tarikan. 


Jalan ke depan sikit akan jumpa pulak King Sejong statue. King Sejong ni merupakan Raja zaman Joseon Dynasty yang menjadi orang pertama mencipta Hangul Alphabet atau huruf-huruf tulisan Korea. Bukan setakat tu je, beliau juga excellent dengan pelbagai penciptaan dalam sains dan teknologi juga dlm bidang agriculture. Menjadikan beliau layak mendapat gelaran Sejong The Great. Kat depan Sejong ni ada Sejong Center. Tempat Running Man buat shooting episod awal-awal dulu.



Belakang tu celestial globe yang dicipta King Sejong.
Berjalan kaki sepanjang jalan tu memang tak merugikan sebab ada macam-macam benda yang menarik. Sampai ke hujung destinasi kitorg iaitu Gwanghwamun Gate dan Gyeongbokgung Palace.


Gwanghwamun Gate


Masuk ke Gyeongbokgung Palace perlu beli tiket 3,000 won = RM10. Tapi kalau tak nak masuk boleh bergambar je kat sekitar antara Gwanghwamun Gate dan pintu masuk palace.  

Ticket Booth




Gyeongbokgung Palace
 



Tourist dari Jepun. Comel-comel belaka.
Lepas abis tour kat Gyeongbokgung Palace perut masing-masing dah lapar. So nak pegi makan. Jalan paling dekat dan senang naik bas. Naik bas ni sebenarnya lagi best daripada naik train sebab banyak benda kita boleh tengok sepanjang jalan berbanding subway. Kalau naik subway menang tak nampak apa-apa kat luar sebab kebanyakannya underground. Cuma naik bas ni mencabar sikit kena pandai baca laluan mana, hentian sebelah mana dan nombor bas apa. Aku pun rujuk google maps je. Setakat ni google maps belum mengecewakan. Tepat dan betul. Cuma korang kena pastikan laluan tu laluan yang betul berdasarkan map kat tiang bus stop tu. Ala.. kacang je! Mula-mula memang akan rasa confius tapi lepas-lepas tu confirm dah terrer. Lagi satu naik bas ni best sebab tak sepadat train dan selalunya ada je seat kosong dapat duduk walaupun waktu tu waktu orang balik kerja. Kalau takde seat pun tak sepadat train so naik pun tenang je. Mungkin sebab tak ramai yang rajin nak tunggu bas. Ramai yang lebih suka naik train sebab nak cepat. So kalau nak rileks rileks tak kejar masa better naik bas je. Bolehla juga merehatkan kaki sekejap lepas berjalan jauh. Kalau train, harapan nak duduk selalu tipis. Kadang-kadang padat macam sardin. Kalau station nak berhenti jauh lagi haukkk. 







*Tips 1: Tips nak naik bas yang korang kena tau! Sebab benda ni aku tau lepas 5 hari naik bas. hahahah... 
Masa naik bas tu, touch T-Money korang kat mesin dan sebelum turun touch sekali lagi. Tujuannya untuk dapatkan diskaun. Kalau tak touch masa turun atau nak touch sekali je pun boleh cuma kita tak akan dapat diskaun penggunaan kad. Dia akan tolak harga biasa mcm bayar cash. Terpulang nak touch masa naik sahaja ke atau touch naik dan turun ikut kerajinan dan kesempatan. Asalkan jangan tak touch langsung sudahla.. kang tak pasal-pasal merasa lokap kat Korea. 

*Tips 2: Make sure korang tau nak turun kat mana dan alert dengan stop yang dia sebut (ada LED kat depan yang tulis 'this stop' dan 'next stop' dalam english). Cuma kadang-kadang kalau korang tak tekan button bell 'stop', driver tgk takde orang nak berhenti dan naik dia akan terus jalan tak berhenti. So kita akan terlepas stop. Itulah terjadi kat kitorg. So make sure korang tekan bell 'stop' tu bila yakin itu hentian yang korang nak berhenti. Kalau terlepas juga pun takpe.. turun je kat next stop dan jalan kaki sikit ke destinasi atau kalau jauh, naik balik bas arah bertentangan. Biasanya jarak antara hentian dia dekat-dekat je.

*Tips 3: Ada sesetengah hentian tak guna tulisan english dalam google maps. Tapi kat LED bas akan translate guna English. Kalau dapat baca tulisan hangul @ korea adalah satu kelebihan. Kalau tak boleh baca pun tak jadi masalah. Kenal pasti berapa stop sebelum hentian korg. So agak-agak je la dengan mengira. Good Luck! 


Lunch kitorg di area Samcheong-dong dalam 10 minit dari lokasi tadi. Tempat dia betul-betul celah lorong dan perlu naik ke atas. Senang nak terlepas kalau tak perasan. Kalau korang jumpa 'Boy London' kat sebelah kanan, restoran ni betul-betul kat lorong sebelum kedai 'Boy London' ni. 




Masa kitorg pegi time lunch so dalam menu tak banyak sgt dish. Maybe time dinner lebih banyak pilihan. Sebenarnya time tu craving Tteokbokki @ spicy rice cake. Tapi takde dalam menu. Walaubagaimanapun, menu-menu dia semua sedap dan berunsurkan local korean dish. Recommended! *orang kata Japchae dia sedap. Try la!



Stri Fried Chicken with Rice




Kimchi Pancake






Next destination ke Namsangol Hanok Village. Tapi tadi cerita tips pasal naik bas. Inilah antara kisah-kisah tragis sebab terturun salah hentian dan pastu naik balik bas yang sama dan turun kat hentian yang betul. Tapi hentian tu ada 8 hentian dan berpuluh jenis bas so dah jadi confius nak naik hentian nombor berapa walaupun tau bas nombor berapa. Nasib baik aku tau baca tulisan hangul so menyelamatkan keadaan juga. Kalau tak memang stranded kat Seoul Station sampai ke malam.



Seoul Transfer Station




Sampai hentian, satu hal nak cari mana lokasi Namsangol Hanok Village. Dalam 4 minit dari bus stop. Ternampak signboard 'Korea House'. Ingatkan ni tempatnya. Rupanya bukan. 'Korea House' ni restoran rupanya so kena jalan ke depan sikit dan belok ke kiri barulah nampak pintu gerbang Namsangol Hanok Village.

Korea House


Pintu Gerbang Namsangol Hanok Village

Namsangol Hanok Village ni banyak rumah-rumah tradisonal orang-orang bangsawan zaman Joseon Dynasty. Cantik tempatnya dan sebenarnya ada banyak aktiviti di sini. Tapi sebab kitorg sampai dah lewat petang so takde apa sangat. Orang pun dah tak ramai.

























No comments:

Post a Comment