Tuesday, April 17, 2018

Misi menjejak Oppa Day 3: 1 April 2018 - Namsan Tower (N' Seoul Tower) & Myeong-dong Street

Nak naik ke Namsan Tower atau N' Seoul Tower bagi sape yang bergerak sendiri mungkin agak mencabar terutama untuk orang-orang yang tak fit macam aku.. hahaha.. Tapi kalau sape yang biasa exercise naik turun bukit bukau confirm rileks je. Nak ke Namsan Tower ni ada 2 cara. Pertama, naik train atau bus dan turun di entrance bawah Namsan Tower dan mendaki sampai ke puncak atau kedua, bagi yang nak kurang penat dan kurang mendaki, bolehlah naik cable car. Nak naik ke cable car pun berpeluh juga. So untuk mengurangkan penggunaan tenaga, boleh naik Namsan Oreumi Elevator. Kalau sape nak ke elevator ni, naik subway dan turun di Myeongdong station. Keluar exit 4.



Lepas dah keluar exit 4 jalan terus sampai nampak bangunan Shinsegae Mall Department Store. JANGAN cross jalan menuju ke Shinsegae tu, tapi terus je belok ke kiri bila sampai kat simpang empat tu.Jalan je terus sampai la nampak ada 7E kat sebelah kiri dan teruskan berjalan.

Jalan terus sampai simpang empat dan nampak
Shinsegae Department Store di depan.
Jangan lintas jalan tapi terus belok ke kiri.

Gigih mencari jalan guna Google Maps

Kalau nak kenal pasti, confirm akan jumpa Hoehyeong 119 Safety Center kat sebelah kiri. Jangan terus naik ke atas tapi jalan kat laluan pejalan kaki seperti gambar di bawah. Jalan tu memang mcm bukit so kena mendaki sikit. Tapi takdela nak mendaki susah payah sangat.



Sampai kat hujung akan jumpa Namsan Oreumi Elevator ni. Nak naik lift ni muat 20 orang je dalam satu masa. So kalau ramai tu pandai-pandaila beratur ye.
Elevator ke Namsan Cable Car

Bila dah masuk lift tu, jangan lupa pulak tekan button no. 2. Masa kitorg naik, lift tak bergerak-gerak dekat 30 saat sebab takde sape tekan. Memasing ingat lift tu gerak sendiri. 





Dah sampai bergambar dulu sebelum naik cable car.



Keluar je dari lift tadi, terus ke ke arah kiri. Akan jumpa entrance untuk naik cable car.



Sebelum nak beli tiket boleh singgah kedai tepi tu beli love lock untuk lock kat atas nanti. Tapi kalau tak nak beli lagi pun takpe. Kat atas akan ada kedai jual lagi. Kalau nak lock unik sikit bawala dari Malaysia. confirm lain dari yang lain.


Tiket untuk round trip dewasa 8,500 won = RM32 dan kalau nak naik seround je pun boleh dengan harga 6,000 won = RM 23. Kot nak merasa turun bukit sambil menghirup udara segar, bolehla ambik tiket one way je. 


Lepas dah beli tiket kena naik tangga setinggi 3 tingkat. Lift hanya untuk Priority sahaja. Mencungap juga la aku sepanjang hari. Patutla rasa lapar luar biasa ari tu.


Que untuk naik cable car
Pemandangan dari Tingkat 3.

Time untuk naik cable car.

View dari Cable Car

View dari Cable Car
Dah sampai.


Naik ke atas adalah kawasan menuju ke Tower. Sepanjang kiri kanan penuh dengan love lock yang ditinggalkan oleh pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia. Kat sini juga penggambaran drama Hwayugi atau A Korean Odyssey dijalankan.




Turun ke bawah sikit ada Soul Tower Plaza. Plaza ni ada 5 Floor. 




Kitorang tak naik ke atas Tower sebab kat bawah ni pun dah banyak benda menarik. Kalau nak naik boleh beli tiket entry 10,000 won dewasa = RM 37. Sebelum balik wajib tinggalkan memori kat sini. Kot-kot datang balik ke sini jumpa kunci yang ditinggalkan. Takde pasangan pun boleh je fefeeling letak love lock kat sini. Takde hal la. Aku try juga cari kunci yang aku letak 7 tahun lepas masa datang sini. Tapi nak mencari tu huhaiii... Lupakan je la.

Tempat penggambaran My Love From  Star

Abaikan huruf last yang salah tu. Ahaks!




Selasai kat sini, boleh patah balik ke tempat naik cable car tadi untuk turun balik ke bawah kalau beli tiket round way.


Destinasi seterusnya ialah Myeong-dong Street. Kat sini kitorg singgah lunch sekali. So sebelum nak sampai ke tempat lunch, cuci mata survey-survey dulu kiri kanan.




Inilah tempat makan tengahari kitorg. Busan Jib Halal. Betul-betul dalam kawasan Myeong-dong. Masakan dia memang terbaik. Tak dapat nak rasa pure masakan local Korea macam ni tau kat Malaysia. Tak payah cari lah. Memang tak sama. Semua jenis menu dia yang kitorang order memang sedap!!! Licin!!! Even side dishes dia pun terbaeekk!!!



Sotong Chilli

Ginseng Chicken Soup

Seafood Miso

Stir Fried Rice Cake @ Spicy Rice Cake

Side Dishes
Lepas lunch, aktiviti membakar kalori. So apa lagi jalan-jalan sambil shopping la. Kat sini banyak barang-barang kosmetik dan barang-barang penjagaan diri macam face care, hair care, foot care dan sebagainya. Kat tengah-tengah jalan pun tak kurang menarik. Ada yang jual stokin sepasang 1,000 won = RM 3.70. Ada jual aksesori, t-shirt dan macam-macam lagi. Street food pun banyak. Ada yang kita boleh makan contohnya buah-buahan dan lain-lain makanan yang kita yakin tak bercambur unsur-unsur meragukan. Yang penting yakin dan atas risiko masing-masing. Setiap kali beli cuba untuk bertanya. Dah puas hati baru beli dan makan. 

Street Food



Kalau datang Korea dan datang ke Myeong-dong rugila kalau tak borong barang-barang kosmetik. Sini brand yang sama ada di Malaysia jauh lebih murah harganya kalau nak dibandingkan. So selagi boleh borong, borong je la. Kecik-kecik ringan je sume barang-barang tu. Aku pantang je nampak Etude House mesti nak masuk. Geram je tengok lipstick-lipstick dia.


 


Tadaaaaa.. Antara hasil jalaan sepanjang aktiviti menjala di Myeong-dong. 






No comments:

Post a Comment