Wednesday, April 18, 2018

Misi menjejak Oppa Day 4: 2 April 2018 - Nami Island & Namdaemun Market

Seawal jam 8 pagi kitorg kena ada kat meeting point untuk naik shuttle bas ke Nami Island. Bas dari Insadong akan bergerak jam 8.30 pagi so dinasihatkan berada seawalnya dan selewat-lewatnya jam 8.20 pagi.




Cherry Blossom yang sedang 
berputik di sepanjang jalan.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang sejam dari Insadong. Tapi bergantung pada keadaan trafik.  

Siapa nak beli tiket boleh beli kat kaunter ni. Kalau naik shuttle bus naminara tak perlu beli dah sebab dorg akan sediakan tiket ferry dan entrance sekali sebelum naik bas.

Kaunter tiket

Sebelum masuk bagi tiket, akak ni
dengan ramahnya tanya kitorg dari mana.



Berjalan dari pintu masuk pulau Nami hingga ke hujung ambil masa dalam stgh jam tanpa berhenti. Tapi di sekeliling pulau ada banyak hentian-hentian menarik so mungkin akan ambil masa sekitar 2 - 3 jam. Selain jalan kaki, boleh sewa basikal kalau nak jimatkan masa. Pulau ni sangat terkenal sebab di sinilah penggambaran drama Winter Sonata dan Iris dilakukan.










   

Sentap baca tajuk restoran ni.


Kat sini ada satu restoran halal iaitu Asian Cuisine yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dari Asia termasukla dari Asia Tenggara. Kalau rasa tak nak makan makanan Korea atau Jepun boleh order dari negara lain yang ada dalam menu. Nasi goreng pun ada, jangan risau. Harga dia pun suprisingly agak murah berbanding harga restoran sekitar Seoul.






  





Cenderamata dari My Halal TV1

Lepas makan kitorg terus jalan higga ke hujung pulau. Kat situ ada banyak spot-spot lokasi shooting Winter Sonata.






Tempat Hero dan Heroin 
Winter Sonata dating








Sampai ke hujung kitorg patah balik dan singgah kat Sonata Cafe beli Hotteok berintikan gula merah dan kacang. Memang sedap. Boleh try juga dia punya Sweet Potato Latte. 



Sebelum balik singgah dulu 
beli ole-ole buat kenangan


Nak keluar dari pulau kena patah balik ke arah pintu masuk tadi. Kalau beli tiket round way shuttle bus, pastikan jam 3.30 dah naik feri keluar dari pulau sebab bas akan bergerak pulang ke Insadong tepat jam 4 petang. Andai kata terlepas bas jangan bimbang. Boleh naik teksi dan turun di train station berdekatan.
  
Tempat tunggu feri untuk keluar dari pulau.
Pastikan ingat bas yang mana.
Jangan salah bas pulak.

Kitorg sampai ke Insadong semula jam 5 petang. Destinasi seterusnya ialah Namdaemun Market. Disebabkan kebanyakan kedai tutup awal so kitorg hanya jalan-jalan sekitar street dia. Tapi banyak juga benda-benda menarik yang dijual kat sepanjang jalan. 




Wajib beli sebab kat strawberi sini manis.


Tunggu bas untuk balik ke apartment