Tuesday, December 19, 2017

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 3 (4 Disember 2017) - Yokohama Town & Move to Apartment in Suginami, Tokyo

Lepas check-out jam 10.30 pagi (di sini check-out biasanya jam 10 atau 11 pagi), kitorg simpan luggage kat lobi hotel dan menuju ke stesen Bandobashi untuk pegi ke Don Quijote Isezakicho. Don Quijote atau org kat sini panggil Donki ni mcm shopping mall kecik yg ada beberapa tingkat dan menjual brg-brg keperluan harian cthnya brg letrik, toiletteries, kosmetik kasut, beg, selipar dan macam-macam jenis brg lagi la. Semuanya ada. Paling best Donki ni buka 24 jam so nak pegi cari brg kul brp pun pegi la.

Tapi sebelum kitorg bergerak tu, Delivery man datang pick-up luggage-luggage family Uncle untuk dibawa transit sebelum dihantar ke Apartment di Nakano. Tapi dorg hanya akan dapat luggage ni keesokan harinya. So CT hanya tinggalkan 1 luggage untuk barang-barang yg penting sahaja. Kagum juga bila tgk kaedah dia nak bawa luggage-luggage ni semua. Memang nampak struggle. Bukan bawa van atau lori, tapi guna basikal je. Amazing!

Bawa luggage naik basikal je. Mampu???
Memasing kagum.

Dari stesen Bandobashi ke stesen Isezaki-Chojamachi hanya 1 stesen sahaja. Stesen Bandobashi ni takde lif so kena turun dan naik gunakan tangga. Cuma selepas melalui gate ke train je baru ada escalator turun ke bawah. Dari stesen Isezaki-Chojamachi kitorg berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke Donki. Nak cari satu-satu lokasi by walking bukan mudah. Kadang-kadang kalau tersilap jalan memang hazab nak kena jalan patah balik. So aku akan pastikan aku berada di kedudukan yang betul sebelum aku bergerak. Setakat ni tak pernah salah lagi jalan yang ditunjuk tapi kena bersabar dan ambil sikit masa untuk pastikan arah mana yang kita nak kena tuju.

Tenang naik train takde orang

Pmtu masuk Don Quijote @ Donki

Lepas bershopping kat Donki kitorg nak ke restoran semalam untuk lunch. Tapi dari situ nak mudah kena naik bas. Sbb masa aku cari train utk ke Motomachi-Chukagai macam tak jumpa pulak laluan. So utk elak dari memeningkan kepala, aku nak try naik bus juga. Donki ke stesen bas agak jauh juga dalam 4 minit jalan kaki. Tapi jalan-jalan sambil menikmati pemandangan kiri kanan apa salahnya kan. Satu masalah bus stop dorg ni, sume dlm kanji (tulisan jepun). Berbeza dgn train stesen ada juga perkataan rumi tu. Agak sukar nak mengenalpasti sama ada kita di bus stop yang betul atau laluan yang betul. So aku hanya berpandukan kepada nombor bas dan setiap kali bas berhenti aku akan tanya dan tunjuk nama bus stop yang aku nak berhenti kat fon aku tu pada pemandu bas tu. So kalau dia kata bukan, bukan lah. Kalau dia angguk atau kata ya, kitorg pun naik la. Tapi time tu aku tersilap side. Sepatutnya kitorg tunggu side satu lagi. Walaupun bas yg berhenti tu nombor dia dah betul, tapi laluan dia terbalik. So driver tu suh kitorg tunggu kat other side. Nasib baik bas yg kat sebelah tu delay dlm 5 minit. Kalau kitorg lambat je sikit pindah side, mmg kena tunggu lagi sejam la kot. Nak naik bas ni pun boleh pakai PASMO. So aku tunjuk je kas PASMO aku kat dia dan dia terus tekan-tekan bagi amaun. Aku suh dia kirakan sekali dgn anak buah aku yg 2 org tu. Senang kira sbb boleh tolak pakai Pasmo aku je.


Menunggu bas kat side yang salah


Dalam bas ke Motomachi-Chukagai


Ke bus stop berhampiran stesen Motomachi-Chukagai perlu melalui 6 hentian. Aku hanya memerhatikan tulisan kanji tu untuk memastikan yg laluan kitorg betul. Bila sampai di hentian, kitorg berjalan kaki ke restoran dalam lebih kurang 2 minit. Sesampainya kitorg kat restoran tu yg masing-masing tgh kelaparan ni, rupanya restoran tutup. Tapi Adly sempat jenguk kat pintu restoran tu dan kebetulan adik owner yg perempuan tu nampak kitorg dan bgtau yg mmg ari ni (Isnin) restoran dorg tak buka. Masing-masing rasa frust dan aku cakap kalau nak senang kena pegi makan restoran Khazana smlm yang dekat Queen's Square tu. Belum sempat kitorg nak bergerak, adik owner tu keluar semula dan ckp kat kitorg yg dorg cuma boleh sediakan satu je masakan, nasi goreng kampung. Tanpa membantah kitorg semua kata tak kisah asalkan dapat makan tanpa memilih-memilih. So dengan baik hatinya adik owner pun bagila kitorg masuk. Memang special la ari tu sbb restorang tu dibuka utk kitorg je. Rasa terharu tak terkata. Mungkin sebab dorg kesian tgk kitorg dah sampai depan pintu.  Walaupun hanya nasi goreng kampung telur mata, tapi rasa dia... memang perghhh!! sedap dan kenyang. Yang best tu dia masak bukan sekali banyak. Untuk 4 hidangan sekali masak. Betul-betul menjaga kualiti rasa. So 3 kali masak sbb kitorg semua total 11 orang. Ada yg dpt lambat sikit tapi tak kisah. Memang berbaloi menunggu.



Wajah-wajah kelaparan

Nasi Goreng Kampung terbaeekk!!!


Lepas makan sebelum balik, kitorg mengabadikan kenangan bersama tauke restoran. Terima kasih tak terhingga atas hospitality yang diberikan. Walaupun tutup sebenarnya, tapi still sanggup buka dan masakkan utk kitorg. Sebab tu la orang Asia ni baik-baik hati semuanya. After that, kitorg bergerak balik ke Hotel untuk ambik luggage. Ikut jadual sepatutnya kitorg kena bergerak dari hotel jam 2 petang untuk check-in apartment di Nakano dan Suginami. Tapi lewat sikit sebab kitorg sampai di Hotel jam 3 lebih. Hanya aku, Acap, CT dan adiknya Azizi yg ikut ambil luggage di hotel. Yang lain-lain kitorg tinggalkan di stesen Yokohama. Dari stesen Yokohama kitorg bergerak ke stesen Shinjuku. Kali ni kitorg perlu bertukar 2 kali train. Nak explain perjalanan kitorg ni payah sikit. Sebab setiap perjalanan mengikut waktu berbeza adalah lain-lain. Memang kena ikut actual time di google maps. Kalau awal-awal kita cari laluan masa jam 3 ptg, dia akan bagi laluan lain. Lepas 3 ptg dia akan bagi laluan train lain pulak. Jam 4 ptg punya lain pulak. Memang lauan tak sama sebab ada banyak train yg boleh connect ke tempat-tempat yang kita nak pegi. Tapi kalau kita nak maintain laluan yang sama pun boleh cumanya tak pasti brp lama kita kena tunggu train tu sbb setiap train yang sampai kebanyakannya arah dia tak sama walaupun line yg sama. So kena pastikan mana yang betul mudah dan ikut estimaton waktu yang sesuai. Google maps akan bagi kita train yg paling terdekat yg kita boleh naik immediately dlm masa bbrp minit. Rasa kalau train yg dia bg tu nak jalan lagi 2 minit tapi nak ke tempat tu perlu 5 minit, cari waktu lain so dia boleh bagi laluan yang lain. Haaa.. susahkan nak faham? Takpe nanti mesti lama-lama faham. Memang ambik masa sikit.

Dari stesen Yokohama kitorg naik JR. Stesennya sebelah je lepas keluar dari Keikyu Line. PASMO ni boleh guna mana-mana train company, so JR pun boleh guna PASMO. Kitorg turun di stesen Shinjuku, antara stesen tersibuk di Tokyo. Disebabkan time tu orang dah mula berpusu-pusu balik dari kerja, so perjalanan kitorg agak mencabar. Seterusnya, cabaran aku nak cari line ke Marunochi. Sbnrnya time ni aku salah percaturan. So disebabkan kesilapan aku tu, kitorg perlu berjalan jauh ke arah Marunochi line. Sampai jenuh menanya org 3 4 kali juga la baru jumpa Marunochi ni. Sbnrnya kitorg perlu turun di stesen Nakanosakaue. Sepatutnya aku kena search dari Yokohama ke Nakanosakaue. Tapi aku tersilap search satu-satu stesen. Dari Yokohama aku tersearch ke Shinjuku sbb aku tau kot mana pun kitog kena turun dan tukar train di Shinjuku. Tapi sbnrnya ada train dari stesen Yokohama yang boleh turun lebih dekat dgn Marunochi line. So silap aku ternaik JR line yg salah. Akibatnya dekat 7 minit juga kitorg terpaksa berjalan. Tapi takpe, kesilapan tu aku jadikan pengajaran dan aku dah faham permainannya. Dari stesen shinjuku (Marunochi) kitorg naik ke arah Okubo dan turun di stesen Nakanosakaue. Nak menyebut nama stesen ni pun payah. Sebenarnya ni bukan stesen yang kitorg perlu turun untuk ke apartment masing-masing. Tapi lebih kepada stesen pertemuan untuk kedua-dua family. Oleh kerana last minute decision, aku tak dapat carikan apartment yang berdekatan untuk family Uncle. So, yang terbaik aku boleh carikan adalah di area Nakano. Cuma laluan train kitorg tak sama. Apartment aku di area Suginami dan perlu turun di stesen Higashi-Koenji dan family uncle pula perlu turun di stesen Nakano Shimbashi. kedua-dua stesen ni trainnya ke arah yang berbeza. Umpama macam naik komuter ke Sentul dan Port Klang. Kalau nak jumpa kena sama-sama turun di KL sentral. Tapi antara stesen aku dan family Uncle, kitorg hanya perlu 2 atau 3 minit perjalanan je naik train. So tak jauh mana pun sebenarrnya. Kalau nak jalan kaki pun boleh dalam 15-20 minit.

Aku dan Acap bawa family uncle naik train semula ke arah Honancho untuk ke stesen Nakano Shimbashi. Family aku yg lain tunggu di Nakanosakaue. Dari stesen ni hanya 3 minit berjalan kaki ke apartment uncle. Mula-mula meraban juga nak ke arah mana. Tapi alhamdulillah percubaan pertama kitorg ke arah yang benar. Apartment family uncle 2 tingkat je dan di kawasan perumahan. Rumah dorg di tingkat bawah. So lepas kitorg dah selamat antar dorg 1 family cehck-in masuk rumah, kitorg naik semula train ke stesen Nakanosakaue. Lepas gather family aku, kitorg naik semula train ke arah Ogikubo dan turun di stesen Higashi-Koenji. Dari stesen ni aku dah tau nak ke arah mana sbb sblm dtg owner dah bagi aku video mcm mana nak ke apartment dari train station. Dari stesen ke apartment kitorg memang dekat sangat-sangat. Seminit je dah sampai. Di sepanjang perjalanan kitorg ada Family Mart dan juga 7-Eleven. 7-Eleven betul-betul je sebelah apartment kitorg.

Belakang kedai yg ada gambar kerbau tu
bangunan apartment kitorg.
Sebelah je dgn 7E

Entrance Building.
Nak masuk ke dlm apartment kena ambik kunci dalam postbox. Memang sistem AIRBNB biasanya akan guna self check-in. So memudahkan owner dan customer untuk adjust waktu check-in sendiri. Flexible. Takdela owner tertunggu-tunggu. Apartment kitorg ada 7 tingkat dan kitorg di tingkat 6. Setiap tingkat hanya ada sebuah rumah sahaja. So sangat-sangat privacy. Dan pintu masuk ke lif perlu ada kunci untuk masuk. Kalau pelawat datang, kena dail no rumah dan tekan loceng. Tuan rumah kalau ada kat dalam rumah akan bukakan pintu untuk pelawat masuk.




Ruang tamu
Rumahnya simple tapi selesa dan besar. Memang comfortable untuk kitorg bereenam. Exactly sama macam dalam gambar yang ditunjuk dalam laman web tu. Dari pintu masuk terus ruang tamu. Dapur di sebelah kanan dan meja makan di sebelah kiri. 2 bilik tidur dan bilik mandi sekali dengan toilet. Tapi bilik air ada pintu, so kalau ada yang tak tahan nak buat bisnes, yang tengah mandi boleh lock pintu bagi peluang org lain buat bisnes. Cuma yang kelakarnya, bilik air tu boleh buka kunci dari dalam dan luar. So agak bahaya juga kalau yg masuk tu orang-orang yang tak boleh dipercayai. Kalau duduk dengan kawan la. Kalau dengan family ok la kot. Dalam toilet juga ada mesin basuh dan sinki utk gosok gigi/cuci muka. Rumah ni lengkap dengan perlatan memasak. Selain tu ada iron, hairdryer, TV, toiletteries dan yang paling penting! Wi-fi! Sbrnnya rumah ni takde sediakan rice cooker. Tapi ownernya yang sgt baik hati, tetap provide kitorg dgn rice cooker. Siap baru beli lagi.  

Dapur.
Pintu sebelah peti ais tu ke toilet dan bilik mandi.

Bilik parents aku.

Bilik aku dan Yaya. *Abaikan yang bersepah atas katil tu*


Meja makan dan Sofa Bed.
Belakang tirai coklat tu ada pintu untuk ke balkoni.
Boleh sidai baju kat situ.
*Abaikan sekali lagi yang bersepah tu*
Respon dorg juga sangat bagus so bila ada masalah atau pertanyaan daripada aku, dorg akan jwb dengan pantas! Bilik hanya ada 2 dan katil pun dua sahaja. So aku dan Yaya ambil satu bilik. Satu bilik lagi mak dan ayah aku. So mana Adly dan dan Acap nak tido? Kat depan TV ada sofa. Kebiasaan di Jepun, sofa-sofa dorg dibuat dengan function seperti katil so kebanyakannya akan jadi sofa bed. Di situla sepatutnya dorg berdua tido. Tapi Acap rasa mcm payah nak buka tutup sofa tu so dorg kata tak kisah tido atas tilam yang disediakan. Lagipun tilam atau futon yang diberi agak tebal dan selesa. Memang aku dan Yaya pun landing gak atas tu sambil layan TV.


View dari bilik
Sesi memunggah barang-barang makanan dari luggage. Semuanya kitorg susun dan simpan dalan almari untuk kegunaan selama 5 hari lagi. Plannya ialah untuk masak breakfast dan dinner di rumah sahaja. Hanya waktu lunch kitorg akan makan di restoran-restoran sekitar Tokyo. Yang ni pun salah satu pengalaman mencabar juga. Sebab nak cari makanan halal kat Tokyo ni bukan mudah. Tapi jangan risau, sukar macam mana pun tetap ada. Yang penting perlu search dan search dan search.


Continue Day 4...

No comments:

Post a Comment