Wednesday, December 27, 2017

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 4 (5 Disember 2017) - Tokyo Disneysea

Breakfast Nasi Lemak Home made
Kitorg hanya bersarapan di Apartment sebelum bersiap untuk aktiviti pagi ni. Menu pagi ni disediakan oleh chef Rosnah (mak aku) dgn menu nasi lemak. Kitorg makan berat dan kenyang-kenyang sebab tempat yg kitorg nak pegi ni susah nak cari makanan halal. Jadual sepatutnya kitorg gerak jam 9 pagi. Memandangkan luggage yang delivery ke apartment Uncle dijangka sampai di antara jam 9 pagi dan 11 pagi, so kitorg hanya akan gerak selepas dorg terima luggage. Kalau tak nanti sampai takde orang pulak kat rumah.


Tunggu train ke Stesen Maihama



Pagi ni kitorg menuju ke Taman Tema terkenal di Tokyo iaitu Tokyo Disneysea. Last aku dtg ari tu aku ke Disneyland. Memandangkan pengalaman aku yang lalu, aku rasa Disneysea mungkin lebih mencabar untuk peringkat-peringkat usia macam aku dan adik aku. But still, budak-budak ni pun masih boleh main macam-macam game kat Disneysea. Disneysea ni hanya ada satu-satunya di Tokyo dan takde di negara lain yang ada Disneyland. So kalau korg ke Tokyo better la pergi Disneysea sbb Disneyland boleh pegi kat negara lain. Masa 1st time aku dtg aku tak berkesempatan nak ke Disneyland mahupun Disneysea sebab waktu tu time cuti, jadi kedua-dua tempat ni terlalu sesak dengan warganya. Sebelum tu, family kitorg dan family Uncle bergabung dulu di stesen Nakanosakaue. Untuk ke Disneyland atau Disneysea perlu turun di stesen Maihama. Jarak antara  stesen ni ke pintu gerbang Disneyland hanya dalam 3 minit berjalan. Tapi tu baru pintu gerbang. Kena jalan lagi dalam 5 minit untuk ke pintu masuk. Kawasannya termatlah besar.



Ke arah stesen Gateway Resort.
Sebelah kanan, shopping
area (IKSPIARI)
Untuk ke Disneysea pula, lagi la jauh. Kalau jalan kaki lebih kurang 15-20 minit. So kalau nak mudah, turun je dari stsesen Maihama terus cari arah ke Disney Resort Line dan naik dari stesen Resort Gateway. Aku ada terbaca kat satu laman web yang kata PASMO tak boleh guna untuk Disney Resort Line. So aku pun gigihla beli tiket utk 10 orang (kecuali Khayla sbb dia free). Setiap train sampai kat platform lebih kurang 3-5 minit bergantung kepada kepadatan penumpang. Trainnya berwarna putih dan tingkapnya berbentuk muka dan telinga Mickey Mouse. Ke Disneysea hanya 3 stesen dan train ni juga berhenti kat stesen Disneyland selepas stesen Disney Resort Gate. So kalau ada yang nak turun ke Disneyland pun boleh. Selepas stesen Disneyland, train ni berhenti di Bayside. Kat sini untuk sape yang duduk di hotel dan resort. Selepas stesen ni barula stesen Disneysea. Dari stesen ni ke pintu masuk Disneysea berjalan hanya 1 minit sahaja.


Membeli tiket ke stesen Disneysea





Tingkap train berbentuk
kepala Mickey Mouse







Untuk masuk perlu beli tiket di kaunter berhampiran. Tiket untuk dewasa sekitar RM270 dan kanak-kanak/remaja RM240 (12-17 tahun). Kalau bawah umur 12 tahun RM180 dan bawah 4 tahun free. Kalau ada parents yang warga emas atas 65 tahun pun boleh dapat murah sikit kalau beli tiket senior dlm RM250. Harga tiket Disneyland dan Disneysea adalah sama. Untuk rujuk harga semasa boleh klik laman web ni. http://www.tokyodisneyresort.jp/en/ticket/

Contoh tiket print atas A4.
Ini tiket Disneyland 2 tahun lepas
sebab aku lupa nak ambik
gambar tiket tahun ni. :p
Aku tak beli di kaunter sebab aku dah beli online. So aku hanya perlu print entrance tiket atas kertas A4 biasa lepas purchase online dan scan barcode kat kertas tu masa nak masuk. Print hitam putih pun takde masalah. Kalau rak reti nak scan, ada staf-staf yang akan bantu kita scan kan masa nak masuk tu nanti. Tapi sebelum masuk dorg akan buat pemeriksaan kat handbag atau beg yang kita bawa. So kalau nak mudah masuk, bagi kerjasama. Sampai je terus buka beg korang siap-siap. Oleh sebab Disneysea takde restoran yang halal kitorg dah packing roti sandwich siap-siap. Pengalaman yang lepas masa masuk Disneyland, sandwich lepas utk masuk ke dalam. Mungkin sbb makanan ringkas so dorg tak perasan sangat. Tapi rupanya family uncle bawa bekal nasi dalam satu beg. Mula-mula dorang tahan juga, tapi lepas dia bincang dgn supervisor dia agaknya, dorg lepaskan masuk. Mungkin sebab dorg faham yang kitorg susah nak cari makanan halal di dalam. So dorg beri kelonggaran. Kalau korg nak try, boleh cuba bawa bekal nasi. Tapi tak dijamin seratus peratus lepas utk masuk. Kadang-kadang ikut nasib juga. Tapi kalau makanan-makanan ringan mcm sandwich ke nugget ke maggi ke atau jajan ke, inshaaAllah boleh lepas.

Pemeriksaan beg sebelum masuk


















Lepas entrance, kami bergambar di sekitar globe besar yg ada tulisan Disneysea. Kebetulan masa tu ada Meet & Greet dgn karakter-karakter Disney. Kitorg terjumpa Donald Duck, Daisy Duck dan Goofy. Tapi dorg sume dah abis shift time tu so dorg terpaksa larikan diri dari peminat-peminat yang nak bergambar. LOL. Tiba-tiba aku dgn CT ternampak Minnie Mouse masih tgh buat Meet & Greet. So kitorg terus meluru ke depan Minnie. Kitorg tak sedar yang sebenarnya org tgh beratur utk tunggu giliran. Yang kitorg ni main redah je. So kena tegur dgn staf kat situ dan dia minta kitorg berbaris. Sbnrnya tak ramai pun org yg beratur. Jangka masa menunggu tu takdela lama sangat. Bergambar, hand shake sume pun paling lama dalam 5 minit. Tapi dgn yakinnya staf yg jaga tu ckp kat kitorg tempoh menunggu 40 minit. Saja nak bagi kitorg putus asa la tu. Tapi kitorg degil ckp takpe kitorg sanggup. Setiap org yang beratur akan diberi tiket. CT ambik satu tiket utk Khayla dan aku ambik 2 tiket utk Adly dan Yaya sbb masing-masing nak bergambar sorg dgn Minnie Mouse. Kalau nak cepat boleh terus ambik 1 tiket utk bergambar bertiga terus. Memang seperti yang aku jangka, sbenarnya kitorg hanya menunggu dlm 20 minit je. Tapi kebetulan sblm sampai giliran kitorg, Minnie dah abis shift so Minnie bertukar dgn Mickey Mouse. Lagi la best dapat main character kot. Sampai je giliran kitorg, Mickey sambut mesra budak-budak ni. Aku suruh Adly dan Yaya peluk Mickey. Tiba-tiba lepas dorg dah selesai, Mickey dtg kat aku sambil salam dan nak peluk juga aku. Kahkahkah. Tanjat gegurl. Tak tau nak respon apa masa tu so aku layankan je. Acap yang tengah jadi tukang ambik gambar pun tak semena-mena kena peluk juga dgn Mickey. Ceria sungguh sape yg jadi Mickey tu. Mesra melayan peminat.










Kitorg masuk ke dalam di mana terdapatnya semua jenis game mengikut tema. Kebanyakannya bertemakan air dan lebih thriller sikit daripada game-game di Disneyland. Jangan bimbang kalau bawa budak-budak. Ada game-game yang sesuai untuk dorg. Sebelum kitorg ke game-game tu, kitorg lepak kat depan Parade Show sambil lunch sandwich dan bekal nasi yg dibawa.

Khayla dan kawan baru dari Jepun


Benda pertama kitorg jumpa adalah train stesen kat area American Waterfront. Kitorg semua beratur hanya 10 minit untuk naik train ni sbb tak ramai org. Aku ingatkan train ni patah balik ke sini. Rupanya train ni one way je. Kitorg turun kat area Port Discovery dan terus main Aquatopia.

Train American Waterfront.
Game Aquatopia

Kemudian kitorg cari tempat utk solat memandangkan waktu dah hampir masuk Maghrib. Ada org ckp kalau nak solat minta bantuan staf-staf di situ. Dorg akan bagi satu tempat itupun kalau tempat tu kosong dan tak digunakan. Tapi aku malas nak tanya jadinya kitorg cari satu sudut yang tersorok dan tak ramai orang. Kawasan tu juga ada kerusi-kerusi so yang lain-lain boleh menunggu sementara.

Tempat kami berhenti solat.

Aku ambil kesempatan untuk beli churros bila kebetulan stall tu berdekatan dgn toilet yg kitorg pergi. Churros yg aku beli tu perasa oren sbb temanya Nemo & Friend. Kat sini setiap stall churros berlainan perasa. So nasib-nasibla jumpa yang mana. Dan tak semua stall jual Churros. Menurut org ramai yg dah berpengalaman, Churros halal dan boleh dimakan sbb dia takde bahan yang meragukan.

Churros sudah mari!



Masa kitorg tengah duduk kat situ, ada sorang staf bahagian cleaning bagi sticker utk sape yang 1st time datang. So dia tanya la nama Yaya sbb nak tulis nama kat sticker tu. Mak aku pulak pegi sebut nama aku, QAIRUL. Siap tolong ejakan. Masa org tu tgh tulis baru mak aku perasan yang dia salah sebut nama. LOL. Hasilnya, aku pun dapat sticker juga.....




Kakak pun dapat ok...

Terjebak!!!

Lepas selesai solat, kitorg berjalan ke arah area Lost River Delta. Adly dan Acap nak masuk Indiana Jones tapi tempoh menunggu 80 minit. So dorg terpaksa batalkan niat tu dan kitorg terus keluar area tu menuju ke Arabian Coast. Kat area situ kitorg main Caravan Carousel dan lepas tu kitorg tgk show kat Magic Lamp Theater. Shownya dalam bahasa Jepun. So layan je la walau tak faham sepatah. Org gelak kitorg pun buat-buat je la gelak. Lepas show kitorg ke Mermaid Lagoon. Kat sini kitorg main banyak games. Lebih banyak games kat King Triton's Concert. Kat sini juga la aku terserempak dengan Tok Wan aka Kobiran. Sbnrnya Tok Wan sampai dulu Jepun 2 hari sblm kitorg. Tapi dia turun di Osaka dulu dan masuk ke Tokyo sama tarikh dgn aku smlm (4hb). Kebetulan hari ni pun dia masuk disneysea. Kitorg ada juga berwhatsapp sblm tu tapi tak sangka dalam beribu-ribu org kat situ dan sebesar-besar tempat, dia boleh ternampak aku.

Belakang tu game lokasi Indiana Jones
di Lost River Delta


Belakang tu area game Arabian Coast.



Game di Mermaid Lagoon

Game di area King Triton's Concert


Lepas Mermaid Lagoon kitorg decide utk bergerak balik. Mula-mula nak tunggu utk show malam sbb ada bunga api. Tapi angin terlalu kuat malam tu dan teramat sejuk. So aku rasa maybe fireworks tu batal dalam keadaan angin yang kuat ni. Masa on the way ke pintu keluar kitorg sempat singgah Mysterious Island. Sekali tgk mcm dah xde org beratur. Rupanya bila Adly dan Acap turun ke tempat tu, tempoh menunggu masih lama. So kitorg teruskan berjalan mencari arah keluar. Sebelum tu, Acap sempat beli Churros perisa potato. Masa nak keluar tu sbnrnya aku sesat sbb aku confius arah jalan nak ke pintu yg kitorg masuk tadi. Jalan punya jalan kitorg jumpa balik Port Discovery. Kitorg terfikir, kalau naik train tadi semula, mesti akan balik semula ke arah American Waterfront. Demi menjimatkan tenaga berjalan, kitorg beratur naik train dalam tempoh 10 minit sahaja dan patah balik ke stesen awal-awal tadi. Dari situ dah dekat dgn jalan keluar. Masa sampai tu show dah start dan aku nampak fireworks. Ahhhh.. tak sempat kitorg nak tgk. Kitorg terus berjalan keluar utk elak jem lepas show. Ramai juga yang baru sampai dan masuk. Dorg buka sampai 10 malam. So ada yg beli Night Pass utk masuk time malam. Lebih murah tapi tempoh masa untuk berada dalam tu agak singkat.

Stesen tokyo Disneysea
Dari pintu keluar kitorg ke Disney Resort Line. Haaa time ni la aku suh adik aku test boleh guna atau tak PASMO kitorg tu utk access gate train. Memang ternyata sebenarnya boleh. Mungkin maklumat yg aku dpt tu salah atau dorg dah upgrade supaya PASMO boleh digunakan utk line ni. Tapi mcm biasa, Adly dan Yaya still kena beli tiket sbb half price. Dari situ kitorg naik train balik semula ke stesen Resort Gateway. Tapi cuma 1 stesen je sbb train ni berpusing 1 pusingan. So lepas Disneysea dia akan menuju ke stesen yang mula-mula tadi. Dari stesen Maihama kitorg tukar 2 kali train utk balik. Lepas naik Marunochi Line, family Uncle turun di stesen Nakanosakaue dan naik train ke arah Honacho manakala aku dan family meneruskan perjalanan sbb train tu memang terus ke Higashi-Koenji.





Balik memang memasing kelaparan, so singgah jap Family Mart beli telur, air mineral dan sedikit sayur-sayuran. Malam tu nasi dimasak oleh Chef Rosnah dan lauk-pauk dimasak oleh chef QB aka aku. :p


Comtinue Day 5...

No comments:

Post a Comment