Sunday, June 19, 2011

Awas Cik Salmah!!!

Assalamualaikum w.b.t...

kata2 dan ayat2 yg aku taip ni bukan hanya utk cik salmah cik salmah di luar sana je... cik salman cik salman pun kena la ambik tahu juga.. bukan apa... utk renungan bersama...

dlm zaman.. dlm dunia... dlm abad yg semakin pelik dan jelek ni... amatlah seriusnya kita utk jgn sekali2 tidak mengendahkan peribahasa ini -'don't judge book by it's cover'.. walau pun kita2 ni sume selalu guna.. tapi rupa2nya mmg x sia2 omputih yg cipta statement ni... zaman skrg ni.. itulah yg mmg kita kena selalu amalkan walau di mana walau di saat mana pun...

dari sehari ke sehari aku perhatikan org2 di sekeliling... bukanlah nak kata aku ni dh hidup lama sgt sampai dh boleh kenal setiap peribadi manusia... mahupun mengatakan aku ni handal sgt membuat teori sendiri yg ntah betul atau tidak... no.. no... no.. aku cuma ingin memberikan sedikit pendapat dan luahan melalui pengalaman yg telah aku lalui selama hampir 28 tahun ni... sekarang ni... antara sedar atau x sedar.. ramai antara kita yg terlalu suka berpura2 dan hipokrit x bertempat... tidak mahu menunjukkan rupa sebenar walhal menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari menjadi 'dua alam'... ada pulak satu lagi jenis perangai yang kita x boleh jangka...wpun dia tunjuk peribadi sebenar dan itulah sifat2 dia... namun di sebaliknya rupa2nya sikap negatif dia adalah lebih dasyat drp org yg mmg dh nampak sifat kenegatifannya.. x faham??? xper2.. jap gi aku bagi contoh2nya...

ni yg aku nk highlightkan ni.... bukan tujuan nak mengata atau mebanding2kan... tapi ini realiti depan mata yg bukan sekali dua berlaku.. tapi dh berkali2 berlaku... dan melalui pengalaman silam aku yg suka menilai org ikut luaran ni... eloklah aku berkongsi dgn sume supaya jgn silap langkah cam aku ni ha... dan aku rasa dh ramai pun yg tau realiti dan hakikat ni... cuma kita ni manusia selalu mengulang benda yg sama...

yang bersongkok berketayap berserban bertudung labuh berlitup sampai dh serupa mumia... rata2 mesti kata org2 alim warak... yg tutur bicaranya sopan... tertib tersusun x meninggi suara... mesti ramai yg terpersona dan confirm dari hujung rambut sampai hujung kepala perfectly 100% SYURGA!!! cop sirim halal apa lagi?? sume cop ada... tiba2 yg pakai baju pun serupa x cukup kain... baju sendat mcm xde saiz... gelak ketawa hilaian mcm penghuni2 hutan... bertepuk tampar dgn laki pompuan... confirm dari hujung rambut sampai hujung kaki sume perfectly 100% NERAKA!!!! nauzubillah min zalik.. hurrmmmmm.... tapi mmg itulah hakikat sedara2 sekalian... (dh mcm ceramah umum plak ni)... pernah x kita terfikir tempat kita sendiri sebelum menilai dan melihat org lain...?? x salahkan kalau menegur...?? yesss... menegur tu satu kemestian... kadangkala bila menegur... kita sampaikan sesuatu yg sedap didengar... yg org boleh terima... dan apa yg kita sampaikan tu... sampai ke hati org yg ditegur tu.. biar dia menerima... berfikir... dan menilai kembali... bila berfikir dan menilai dgn hati yg tenang... insyaAllah pintu hatinya akan terbuka luas.... bukan dgn sindiran.. perli2an atau kutuk2an... confirmla ko mmg kena maki balik kan... andai kata bila kita dh tegur dgn sebaik mungkin... teguran tu x diterima secara cepat mahupun lambat... kita pun dh berusaha sebaik mungkin.. kita berserah dan berdoa je pada Allah bukakan pintu hati dia lambat laun nanti... tapi yg x perlunya tu... sudahlah x menegur... mengata belakang2... kalau kita rasa diri kita baik sgt... alim sgt... dan kita rasa kita confirm antara ahli2 syurga... fikir sekali lagi... adakah anda yakin dgn jwpn anda??? adakah kita tahu apa yg tertulis dlm buku amalan kita?? adakah kita tahu yg mana lebih berat?? amalan kanan atau kiri??? kalau masing2 x tahu... makanya x perlulah kita melabelkan seseorg itu sbg ahli neraka atau ahli syurga... kerana itu semua adalah urusan Allah s.w.t.... hanya Dia maha mengetahui kedudukan sebenar setiap org... adakah setap dari kita yg bermula dgn baik akan berakhir dgn baik juga...??? dan adakah kita semua pasti... insan2 yg sememangnya dh bermula dgn kehidupan yg buruk menjalani hidup yg buruk... pengakhiran hidup mereka akan buruk juga...??

bukan nak ceramah... sbb aku pun bukanlah tinggi sgt ilmu agama sampai layak nak bagi ceramah... tapi cuma nak berkongsi apa yg aku tahu... bila kita suka menegur org.... dan mahukan teguran kita diterima... kita perlu bertindak yg sama di sebaliknya... apabila ditegur org lain... terima teguran itu seadanya dan renungkan kembali teguran itu... kadang2 setiap teguran boleh membetulkan salah faham... jgn suka jadi org yg suka membuat komplen... mengkritik org... menegur dan membetulkan org lain... tapi x boleh menerima apabila dikomen dikritik dan ditegur kembali... sbb itu menandakan kita merasakan kita adalah sempuna... dan bila kita merasakan diri kita sempurna... kita adalah manusia yg paling angkuh.... hati2 bila menilai org... kerana kadang2 hanya dgn menilai org secara negatif... kita tercalon utk ke neraka...

satu lagi jenis perangai manusia yg aku rasa kita sume perlu hati2 ialah manusia 'dua wajah'... kita akan mengenali sifat dan perangai seseorg itu bila kita berkawan dgnnya setiap hari... wpun kita x akan mengenali diri dia 100%... namun... makin lama kita berkawan... kita akan semakin tahu cara dan perwatakan... level mood... dlm keadaan atau situasi apa berubaha kepada apa... benda yg disukai dan dibenci dan kisah2 silamnya kalau kita dijadikan antara org yg dipercayainya... melalui apa yg aku baca dan apa yg aku ketahui... manusia hanya akan menunjukkan sikapnya yg sebenar2nya hanya pada org2 yg paling dipercayai.... kerana itulah... antara org pertama yang paling kenal akan kita selain drp keluarga adalah rakan2 rapat... kerana dgn org yg kita percaya.. kita berani menunjukkan sikap2 negatif atau kelemahan kita... dan di situlah kawan memainkan peranan penting utk menegur sikap2 negatif terlampau... tapi bukan ini yg aku nak sampaikan sbnrnya... aku nak cerita mengenai org yg kita berkawan tetapi x serapat kwn2 yg dipercayai... org2 seperti ini lebih sesuai kita kenali dgn nama 'kenalan'... kenalan ni mungkin ramai di tempat kerja... di laman sosial mcm FB, twitter, ym dsb... kenalan nilah yg kita selalunya perlu berhati2... kerana pada mereka... kita bukan antara org2 yg mereka percaya.. maka mereka hanya akan mempamerkan sehingga 50-60% sahaja sikap sebenar mereka... itulah yg paling BAHAYA.... bila kita terlalu cpt menilai... kta akan nampak... si A pendiam orgnya... x bnyk ckp.. bila kita mengumpat2... si A diam je buat keja dia... x pandang kiri kanan... x ambik port... jeling2 pun tak... pendek kata... mmg x ambik kesah la... kita senyum... dia senyum... kita cakap 'hai'... dia pun kata 'hai'... bila minta tolong... dia tolong... x ckp apa pun... sibuk ke... x nak buat ke...rasa susah ke.... dlm hati kita... "baik betul A ni... suka menolong... aku sukalah berkawan dgn dia..." cuba tgk si B... dh lah tergedik2... menunjuk2... suka menonjol diri... kalau bercakap... dia sorg jer yg ada suara... ada mulut... kalau nak marah org... main lepas jer... kalau minta tolong... merungut2... tapi buat juga sambil membebel2... dlm hati kita "eeee.... mmg xde sapelah nak kwn dgn ko ni B..."

bayangkan itu tahun pertama mengenali 'kenalan2' ni... walaupun setahun kenal tapi sbb kita x rapat dgn mereka.. so kita x kenal mereka dgn lebih dekat... masuk tahun kedua kita akan nampak sesuatu... dan tahun ketiga akan lebih jelas lagi... tahun berikutnya... lebih nampak lebih nampak lebih jelas... dan akhirnya hingga satu tahap sama ada kita masih boleh bersama dgn org2 tersebut atau menjauhkan diri...

hakikatnya sbnrnya... setiap manusia ada kelamahan dan kelebihan... si A mmglah surfacenya nampak baik dan antara jenis2 manusia yg selesa dijadikan kawan.. tapi x ramai yg tahu... si A adalah antara jenis org2 yang suka merungut di blkg... nampak ikhlas sbnrnya tidak... suka memasang telinga namun berpura2 tidak mendengar... dan menyampaikan setiap gosip yg didengar kepada org lain... dan tidak tahu menyimpan rahsia... manakala si B... membebel adalah hobinya... kadang2 dia mmg panas baran dan suka merungut2 kerana stress... tapi itulah sikapnya yg dia berani tonjolkan... tapi apabila kita di saat kecemasan dan tiada siapa sudi membantu... si B adalah org pertama yg akan menghulurkan bantuan wpun kita x pernah cuba rapat atau berkwn dgn dia... dan B tidak pernah mengungkit setiap pertolongan yg pernah dihulurkan

akhirnya... siapa sbnrnya layak dijadikan kwn?? renung2kanlah... ini cuma contoh2 jenis manusia... tidak berkaitan dgn sesiapa pun yg hidup mahupun yg dh xde dlm dunia ni... just rasa nak share sbb dgn berkongsi.. aku dpt sentiasa mengingatkan diri aku juga supaya tidak tergolong2 dlm golongan2 yg ada dia atas ni sume... oh yer... berhati2 juga dgn jenis2 manusia ni...:

1. yg suka ckp x kisah... x kisah... x sentap... x sentap.... (sbnrnya adalah org yg paling kisah dan paling suka sentap)
2. yg suka membuka cerita yg x perlu ditanya... dan suka bercerita rahsia org lain yg telah diamanahkan pada dia utk dirahsiakan... (jenis ni mmg ular berbisa... ular sawa... mak pak sedara tok nek ular besar yg suka patuk dari belakang... jenis x leh simpan rahsia... mulut terbakar agaknya kalau x tutup sehari...)
3. yg diam jer.... bila minta pendapat... no komen... bila minta pendapat... no komen memanjang (berkemungkinan dia ni lalang... xde pendirian... dan hanya akan ikut arah tiupan angin yg mana lebih kencang... extra careful)
4. yg ckp lembut giler... manis jer ayat... kadang2 dia wujud depan kita pun mcm biskut kejap ada kejap xde... (sila berhati2 dgn jenis ni... kerana berkemungkinan dia suka membelai anda *kaum berlawanan dgnnya* dgn usap2an dan belai2an tangan anda sambil berbicara lembut dan menegur "x manis lelaki dan perempuan bertepuk tampar"...)
5. yg kononnya akan sentiasa ada di sisi tiap ketika diperlukan.. ke sana ke mari bila diminta... selalu mengambil berat dan akan keluarkan sponsor bila perlu... (jenis ni mmgla baik... tapi hati2 kalau dpt yg jenis merungut blkg2 dan mengungkit bila dia rasa dia x penting atau usaha gigih dia x dihargai.. pendek kata.. x ikhlas.....)
6. yg nampak mesra dgn semua org... friendly... peramah... rendah diri... x sombong.... (uuuu... paling BAHAYA antara sume2 di atas... sbb kadang2 org mcm ni... HIPOKRIT PALING BESAR... sbnrnya nk berkawan pilih bulu... kalau x suka sekali pandang tetiber nak menyampah2 kat sume org... dia jer perfect... org lain mcm sampah... ambil kesempatan??? huyoooo dialah raja/ratu....)

anda antara kelompok di atas??? wallahualam... minta Allah jauhkan kita dgn sikap2 dan sifat2 negatif... semoga aku dan kawan2 sume sentiasa beringat... amin...