Thursday, December 12, 2013

Getaran Cinta Di Jiwa Part 6

Janji...

"Camna kau boleh pujuk dia? Ayat apa pula kau putar kali ni?"

"Hehehe... Ini Elin lah. Sekarang kau tak payah risau ayat apa aku guna. Yang penting, dia dah okay. Kita jalan-jalan, shopping shopping, cuci mata... Wow!"

Aku tersenyum. Bukan aku hairan sangat nak tau apa kaedah Elin gunakan untuk pujuk Lisa. Tapi sebenarnya aku dah tau trend rajukan dia. Kalau dah berkali-kali call atau SMS tak berlayan, kaedah terbaik, buat tak layan je. Dua tiga hari, dia mesti akan cari aku balik. Masa tu, memang dia akan buat macam takde apa yang berlaku. Lisa will always be Lisa.

Bunyi hon kereta mengejutkan aku dan menghentikan Elin yang sedang melantak mee goreng yang dimasak Fina pagi ini.

"Ahhh... Time aku tgh nyak la kau nak sampai. Dari tadi aku tunggu terhegeh-hegeh sampai perut aku pun dah minta tolong," Elin menghabiskan kunyahan yang terakhir.

"Tak payah nak membebel sangat. Cepat!" Aku menarik lengan Elin.

"Mi, kalau ko tak jumpa barang yang aku pesan tu, SMS aku tau. Balik kul berapa?" Fina menghantar aku dan Elin sehingga ke pagar depan. Aku menunjukkan tanda 'okay' pada Fina.

"Malam kot. Aku tak tau apa plan diorang ni," jawab aku sambil menyarung kasut.

"Ki...rang....nak...ba...tem..ni.." Elin bercakap dengan mulutnya yang masih penuh dengan makanan. Entah apa yang dia cakap, aku dan Fina pun tak faham

"Woi! Mulut penuh tak payahla bercakap. Buruk perangaila kau ni. Cheh! Pengotor!" Fina memukul lengan Elin. Mana tidaknya. Bersembur-sembur mee goreng dalam mulut dia. Dan Elin seperti biasa. Hanya tersengih-sengih. Aku dan Elin berjalan keluar dari perkarangan rumah dan masuk ke dalam kereta. Fina melambai kami dari pintu.

Perkara pertama yang aku tengok lepas masuk dalam kereta adalah riak wajah Lisa. Seperti yang aku jangka, dia macam biasa. Seperti takde apa yang berlaku. Macam muka orang bersalah buat-buat tak bersalah.

"Hai Mi. Rindunya kat kau. Berapa hari dah kan tak jumpa," Fina memeluk lengan aku. Dari cermin pandang belakang, aku nampak Elin tersengih kononnya tanda bangga berjaya memujuk Lisa.

"Bukan ada orang tu ke yang merajuk tak nak jumpa aku? X jawab call aku. Tak nak balas satu pun SMS aku. Sekarang ni, aku yang nak merajuk pulak. Penat lah!" Aku menyilang tangan memeluk bahu.

"Laaaa.. Handphone aku rosak lah. Sumpah! Aku tak tipu. Semua orang marah tak dapat cari aku," mukanya masih selamba tanpa menunjukkan sebarang reaksi seperti yang aku harapkan.

Aku mengeluh tanpa mereka sedari. Jangan selalu bermain dengan sumpah Lisa. Aku tak nak tengok kau dimakan sumpah. Aku bukan baru kenal kau. Dan saat inilah juga, Elin pandai memainkan peranannya. Ye, peranannya saat macam ni adalah SENYAP.

"Ha kenapa kau senyap je Elin? Sekarang ni aku pula nak merajuk. Pujukla aku pula. Kau kan pandai memujuk," sebiji aku bagi. Puas hati aku.

Elin menelan air liur. Wajah Lisa sedikit kelat.

"Aku dah faham perangai korang. Walau tak banyak, sikit pun. So tak payah lah memasing nak cover line  ye. Aku pun tahu korang dah faham perangai aku. Dari dulu aku dah cakap kan. Apa pun yang berlaku, apa pun masalah, kita bertiga kena sentiasa face to face," aku bersuara tegas.

Dah tiba masanya aku rasa aku kena control situasi ni. Bukan sekarang masalah yang kami bertiga akan hadapi. Tapi masalah yang akan datang ni. Suasana yang ceria tadi mula kelihatan tegang bila masing-masing mula mendiamkan diri.

"Aku ada satu benda nak cakap dengan korang berdua. Aku tau Lisa, yang kau dah tau siapa orang yang kitorang terjumpa hari tu masa kat airport," aku menghela nafas kecil.

"Dan aku tau sebab tu juga la kau marahkan aku dua tiga hari ni sampai menjauhkan diri dari aku kan,"

"Mana ada, handphone aku....,"

"Jangan bohong Lisa. Aku kenal kau. Aku kenal baran kau," aku memandang wajah Lisa.

Lisa terdiam. Stereng keretanya dipegang erat. Pandangannya jauh ke depan. Tapi aku tak pasti adakah pandangannya bertumpu ke jalan di depan atau sebaliknya. Bukan niat aku nak mengeruhkan atau mendownkan suasana. Tapi bagi aku inilah masanya yang terbaik. Kalau inilah mereka yang aku namakan sahabat, aku yakin diorang akan faham maksud dan keinginan aku.

"Ada hamba Allah  datang jumpa aku di klinik semalam, hasil daripada tindakan bijak pandai yang suka buat sesuatu tak fikir panjang tu," jelingan mata aku tajam ke arah Elin.

"Dia bawa satu hajat. Hajat besar katanya," aku melembutkan suara.

"Hajat??? Hajat apa?" Elin dan Lisa bersuara serentak. Aku yang tersentak dan terperanjat. Mak aiii.. Terkejut aku!

"Korang dengar sini eh. Ingat janji kita? Janji yang kita pernah buat lebih masa sekolah dulu? Lepas ni, walau apa pun yang terjadi, aku nak korang sentiasa ingat janji tu. Sebab janji tu lah yang akan memastikan kita terus bersahabat sampai bila-bila,"

Wajah Elin dan Fina suspen macam tengah tengok cerita thriller. Haishhh.. Patut ke aku cakap ni...?

Bersambung... (Malu)

Wednesday, December 11, 2013

Getaran Cinta Di Jiwa Part 5

Kenduri...

Tersengih-sengih. Lepas tu gelak2 manja. Eh! Kalau ikut hati aku ni, makan penampar jugak mamat ni karang.

"Alaaa.. Rileks la Amy. Aku datang sini pun bukan nak jumpa kau sangat. Tu haaa..." Pandangannya dilemparkan ke arah gadis tinggi lampai yang agak seksi dan errrrr... Rambut berkarat.

Aku buat tak nampak. Tumpuan aku hanya pada 'pesakit' yang sedang dalam rawatan. Preskripsi ubat aku tulis dengan cermat agar segalanya cukup dan tidak berlaku sebarang kesilapan. Dia terus memerhati segala kelakuan aku. Preskripsi ubat aku berikan pada Amar dan aku arahkan Zara untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. Sedikit pun lelaki itu tidak ku layan.

"Ermmm.. Cik Mariya?" Tanyaku lembut

"Ya, saya," gadis itu melempar senyumannya. Manis, tapi terselindung sedikit dengan solekannya yang agak tebal.

"Selalu ke Jesie cirit birit?" Sambil aku memerhati arnab betina yang sedang diberikan ubat.

"Tak. Ini kali pertama dia macam ni. tengok dia lembik semacam. So, that's why I immediately bawa dia datang sini. Luckily Zul tolong I," Mariya melemparkan senyuman termahalnya pada Zul. Okay babak ni memang nak buat aku loya. Tak sangka pula Zul ni sooooo kasanova.

"Okay cik Mariya, kami dah bagi Jesie antibiotik. For a few days kita letakkan Jesie dalam perhatian kami dulu. Sebab Jesie pun nampak macam a bit weak."

Mariya hanya mengangguk. Jesie dibawa ke dalam untuk diuruskan.

"Mar, you tunggu i dalam kereta okay. I settle everything for you," lembut nada lelaki ni dan Mariya menuruti.

Pandangannya mengekori langkah Mariya dan aku hanya melihat gelagatnya. Sebaik Mariya hilang dari pandangan, kepalanya terus tegak memandang aku kembali.

"So, Encik Zulhafiq Syakirin," aku melemparkan senyuman paling sinis.

"Ye, Cik Amiyana... Errrr.. Razak? Razali? Rafaie? Razif?" 

"Amiyana Razuan..." Senyuman sinis aku masih terukir. Zul mengangguk sambil menggaru2 dahinya walaupun aku yakin tak gatal pun sebenarnya.

"Macam mana boleh ada kat sini?" Soalan yang sekian lama terbuku aku lemparkan.

"Elin yang bagitau aku kau ada klinik kat sini. Kebetulan my friend punya pet sakit. Tu la yang aku datang cari kau ni," Zul tersengih lagi.

Kesekian kalinya, Nama Elin terkeluar dalam situasi yang sangat awkward ni. Tambah membara hati aku. Belum habis hal Lisa, Elin dah mula tambah masalah baru. Haiihh memang nak kena 'basuh' minah ni.

"Oooo your friend... Bukan girlfriend?" Sinis aku masih belum berkurang.

"Eh mana ada. Betul la tu kawan. Aku single lagi la," Zul mula nampak gelisah.

"By the waythis is not my clinic. Aku part of staff je kat sini. Sometimes aku mengajar di UPM hari yang ada kelas," kali ini aku bagi senyuman ikhlas.

"Wow! Kau pensyarah la ni. Hebat kawan kita," Zul nampak excited.

"So straight to the point, apa tujuan sampingan kau ke sini?" Aku cuba serkap jarang. Dari tadi aku dapat mengagak ada sesuatu yang lain ingin disampaikan. Zul mula tersengih lagi, dari poket seluarnya dia mengeluarkan handphone.

"Bak sini nombor phone kau. Aku ni sampaikan hajat dari kawan kita. Sementelah kita terjumpa balik tempoh hari, kebetulan dia ada buat kenduri sikit. Kenduri doa selamat. Adik sepupu dia baru balik dari Jerman. Baru habis study. Dia jemput korang ni dan harap sangat korang datang kenduri dia. Almaklumlah kita semua lama tak jumpa. Boleh gather gather," panjang lebar isi kandungannya.

"Kawan kita? Kau cakap pasal siapa ni?" Walaupun aku dapat mengagak siapa, tapi sengaja aku melemparkan soalan sedemikian.

Zul tersenyum. Dari air mukanya aku tahu apa yang cuba disampaikan. Aku faham apa dalam hati kau Zul. Tak perlu la kau nak berkias-kias sangat.

"Naim. Dia harap sangat kau, Elin dan Lisa dapat datang. As a friend... A good friend" ayat terakhir Zul sengaja dia highlightkan bagi usaha mencuba melembutkan hati aku.

Yes! Masalah baru telah tiba. Dalam kotak permasalahan ini, ada 4 serangkai yang perlu aku hadapi. 

                                Lisa - Naim - Zul- Elin

Dalam hati aku berkata... Nur Erlina Hasan!!!!!!! Siappppppp kau!!!!!!!

Bersambung... (Janji)

Tuesday, December 10, 2013

Getaran Cinta di Jiwa Part 4

Kunjungan...

Dah macam 'scene' kekasih pujuk memujuk dah aku rasa. Masuk ni dah hampir 40 kali rasanya aku 'call' tak juga berangkat. SMS? Lagi la tak berbalas. Haihhhh.. Merajuk sungguh ke pompuan ni? Insiden malam tadi merimaskan aku. Bukanlah aku nak salahkan sangat Elin tu. Tapi, kadang-kadang rasa geram pada dia membuak-buak. Bila dah terlajak, yang nak undur perahu semula tu, bukan dia, tapi aku!

Bahu aku disentuh lembut oleh seseorang. Fina melemparkan senyumannya.

"Dah order?"

"Belum. Macam...... Takde selera," aku menghela nafas yang panjang.

"Kau dah kenapa pula? Lisa lagi?" Fina mengangkat kening.

Aku mengangguk. Jelas kelihatan wajah Fina yang agak tak berpuas hati.

"Kadang-kadang aku tak faham macam mana korang boleh sabar kawan dengan dia. Kalau aku, dah lama 'blah' " Fina pandang aku dengan wajah yang serius.

Entahlah. Bukanlah aku ni jenis penyabar orangnya. Tapi atas dasar rasa sayangnya terhadap sahabat, aku masih terus bertahan dan terus bertahan. Lisa hatinya baik. Adakalanya lembut sampai mudah kesian pada orang lain. Cuma, hati dia macam ala ala rapuh. Setiap perkara perlu dijaga hatinya. Kadang-kadang letih juga. Tapi aku kenal dia bukan sebulan dua. Tidur sekatil, makan semeja, mandi ber.... Errrr.. Berasingan la... Gila nak mandi bersama? Fina tak faham semua tu sebab Fina x kenal Lisa sebagaimana aku dan Elin kenal dia. Aku dan Elin mula mengenali Fina 4 tahun yang lalu selepas kami ditakdirkan berkongsi rumah yang sama.

"Kan aku dah pernah cakap dengan kau. Aku boleh je tahan kawan dengan sesiapa pun kecuali yang jenis tikam belakang. Lisa tu dah macam adik beradik aku la," aku menguit-nguit meja.

"Suka hati kau la," Fina beralih memberi tumpuan kepada pelayan yang sedang mengambil pesanan makanannya.

Satu SMS masuk. Salam doktor, ada tetamu yang datang nak jumpa doktor. Dia kata sangat penting. BTW.. Lelaki... ;)

Berkerut-kerut sekejap aku membaca SMS daripada Zara. Sape pula la yang tetiber berkunjung ke ofis aku ni....?

Bersambung... (Kenduri)







Monday, December 9, 2013

Fasa baru semangat baru

Assalamualaikum w.b.t...

Mak aihhhhhh... Bersawang dh blog aku... Org kata kalau rumah x berpenghuni lama.. Ada je penghuni 'lain' menumpang.. Agak2 sini pun sama x? Hahahaha... Camtula tanda2 org busy.. Eh yeke?? Hehe...

Cam gitew ler.. Konon2 buat cerpen.. Sampai bab 3 tergantung terus.. Mmg xde mood nak sentuh sini... Org kata.. Idea x mari... Sedangkan fb twitter pun aku susah nak masuk... Bukan sbb busy keje.. Cuma busy hal kehidupan sendiri... Tapi xper.. Akan ku sambung cerpen ku yg x seberapa tu.. Tu cerpen zaman sekolah2 dulu.. Tulis dlm buku note jer.. Geledah2 bilik.. Terjumpa.. So mcm ala2 trend novel tgh hangat kat pasaran skrg ni.. Aku pun edit2 la ckit bagi ngam dgn trend masa kini.. Ecehh..

Check punya check.. Rupanya last sekali aku menulis bulan 5 tahun lepas.. Mak aihhh.. Kalau beranak.. Dh setahun lebih dah anak aku... Banyak kot suka duka sepanjang setahun lebih ni.. Dan yang paling terkini... Aku telah melangkah ke fasa baru yang bakal merubah masa depan aku.. Eh ye ke?? Haha.. Oooopppss!!! Nanti dulu... Fasa baru tu bukan maksudnya ke alam perkahwinan yer... Tapi fasa alam pekerjaan... Setelah hampir 8 tahun aku bersama rakan2 sekerja ku yg dulunya mula2 bersama di MDI kemudian Muzik Aktif dan bertukar nama ke TVi... Akhirnya aku ditukarkan ke tempat yang baru dan mengenali rakan2 baru di ehwal semasa...

Lain suasana di sini.. Bukan lain dari segi apa... Dari segi cara kerja dan struktur.. Yela.. Dulu masa di TVi.. Sume keje kitorg belajar.. Darila Penerbit ke buat surat menyurat sampai menghantar surat sume kitorg buat... Kekadang prosedur keje pun bertabur.. Asal siap dan siar je rancangan.. Selebihnya kitorg kurang pasti.. Hahaha.. Boleh??? Tapi kat sini.. Sistem keje agak teratur cuma ada la dlm hal2 tertentu x berapa teratur sgt.. Hahah.. Tapi itu sume akan berlaku di mana2 pun.. Sistem dicipta oleh manusia.. Kekadang manusia pun boleh confius dgn sistem yg diciptakan sendiri.... Cuma beban kerja tu nampak kurang sbb masing2 faham tugas dan tanggungjawab masing2 tanpa ada sebarang perasaan berkira...

Apa pun.. Walau mulanya hati x berapa rela dan sedih nak meninggalkan persekitaran kerja yg dah sebati dgn diri kita... Tapi bila kita fikirkan yg positif.. Kita akan redha dan yakin dgn perancangan yg dah Allah tuliskan... Semoga semua yg berlaku itu... Ada rahmat dan kebaikannya... Amin.... InsyaAllah ada lain perancangan menanti tahun depan.. Aku berharap semoga perancangan ini juga akan dilancarkan dan dipermudahkan Allah kerana aku rasa aku dh bersedia dan kuat hati aku utk melaksanakannya atas jalan Allah... Doakanlah bersama ye kawan2.. Amin...

Tahun depan akan bermulalah rancangan baharu (pergghhh guna bahasa kamus dewan k...) yg akan dilaksanakan oleh team aku iaitu FEMININ.. Sebuah rancangan bual bicara yg mengkhususkan kepada wanita2 masa kini... Banyak juga keje2 persediaan sedang berjalan sebelum siaran langsungnya tahun depan ni.. Semoga Allah permudahkan jua segala kerja2 kami ini... Amin...

Okeh.. Tu je setakat ni.. Tgkla bila tahun lagi pulak aku rajin nk menulis lagi.. Hahaha.. Assalamualaikum......