Saturday, May 19, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 3

Gaduh...


Kelat gila wajah Elin. Sekejap-kejap dia memandang aku. Sekejap-kejap dia memandang Fina. Fina buat tak layan dan aku masih mengeraskan muka. Insiden yang berlaku dalam kereta tadi benar-benar membuatkan aku bengang pada Elin. Kalau tak kerana mulut dia yang laju tu, hal sebegini tidak akan berlaku.

"I'm sorry lah Mi. Sungguh aku tak sengaja. Aku excited bila lepas jumpa Zul tadi," Elin memuncung.

"Mi... Janganlah marah aku. Aku menyesal ni," Elin cuba memujuk aku lagi. Dikuis-kuisnya lengan Fina dan memberi isyarat supaya Fina membantu dia memujuk aku.

"Eh, aku tak campur," Fina terus mengembalikan fokusnya pada TV.

Aku masih berkeras. Hati aku masih panas dengan perbuatan Elin. Sejelas-jelasnya Elin lebih tahu tentang segala hal yang berlaku antara aku, Lisa dan Naim. Tetapi, dia jugalah yang mengusutkan keadaan.

"Mi.. Kesianlah aku. Betul aku tak ada niat pun. aku terrrrrrcakap," usahanya berterusan untuk memujuk aku.

"Banyakla kau punya tercakap! Kau ni kan, selalu sangat macam ni. Selalu cakap tak berfikir. Lepas dah cakap baru nak fikir. Nak buat apa? Dah terlambat. Kau dah tahu situasi tu. Tak boleh ke untuk kesekian kalinya kau diamkan mulut tu dan jangan cakap apa-apa. Sebab kau, Lisa dah tarik muka, tak nak cakap dengan aku, tak nak angkat call aku. Kau fahamkan perangai dia," aku cuba memperlahankan nada suara sedikit demi sedikit.

Bukanlah terlalu marah aku pada Elin. Tetapi sedikit sebanyak perasaan geram tu menguasai diri. Sejurus saja selepas pertemuan aku dengan Naim dan Zul, aku telah mengingatkan berkali-kali pada Elin supaya jangan bercerita hal pertemuan kami pada Lisa. Sesuatu yang sangat terlarang apa yang berlaku ketika itu. Bila mana aku dan Lisa masing-masing tahu tentang hal perasaan masing-masing pada Naim. Mujurlah sebelum Lisa tiba, Zul dan Naim telah beredar kerana perlu bergegas ke Pulau Pinang malam ini juga. Tetapi kerana terlalu gembira bertemu kekasih lama, Elin terlepas cakap dan menyebabkan Lisa sentap. Aku faham perangai Lisa. 11 tahun berkawan dengan dia, tak pernah sekali pun aku akan menyebut nama Naim di depan dia. Lisa memang kuat cemburu. Menyebut nama Naim walau sekali pun dari mulut aku boleh membuatkan dia berhenti bercakap dengan aku selama seminggu. Selepas kami tamat persekolahan, bukan sahaja aku, bahkan Lisa juga terputus hubungan dengan Naim dan sejak dari itu kami tidak pernah betemu. Ya, mereka bercinta waktu kami bersekolah dulu. Tetapi aku sendiri tidak tahu sejak bila mereka putus. Mungkin sebelum kami tamat sekolah atau selepas itu aku sendiri pun tidak ingin ambil tahu. Cukup aku hidup dengan dunia aku dan tak perlu aku tahu tentang hal peribadi mereka berdua.

"Habis sekarang macam mana ni? Aku rasa bersalah sangat ni. Nanti aku tak boleh tidur tau fikir hal ni," Elin seolah-olah hampir menangis.

"Masa kau bercerita tu, tak ada la pula kau terfikir kau boleh tidur ke tak malam ni?" aku berkata sinis.

Elin menundukkan mukanya. Fina menoleh dan memberikan isyarat matanya kepada aku. Fina menggeleng-geleng meminta aku berhenti dari terus menyiksa Elin.

"Apa yang dah berlaku, kita tak boleh nak rewind balik. Betul tak?" aku mula cool.

Elin mengangguk-angguk perlahan sambil wajahnya masih menunduk.

"Lisa tu marah tak lama. Esok okay la tu kot dia. Esok pagi-pagi kau pergi office dia, kau belikan dia nasi lemak Mak Jah yang dia suka sangat tu. Kau pujuk dia, kau explain la apa benda pun kat dia sampai dia okay balik. Aku tak nak tahu sama ada pujukan kau berhasil ke tak. Aku cuma nak, bila aku call dia petang esok, dia dah okay. Sekian, wassalam!" aku terus bangun dan menuju ke bilik.

Sebelum aku menutup pintu bilik, aku sempat menjeling ke arah Elin. Tergelak kecil aku tengok keadaan dia ketika itu. 'Alahai... Kesian kawan aku....'

bersambung.... (kunjungan)

Thursday, May 3, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 2

Pertemuan....

Hampir sejam aku menunggu. Dah dua trip penumpang yang keluar dari balai ketibaan. Tapi bayang Lisa masih tak kelihatan. si Lisa ni sesat ke?

"Mi, mana Lisa ni? Dah bercicit aku tunggu ni," Elin mula merungut. Elin juga merupakan salah seorang teman rapat aku. Aku, Elin, Lisa dan seorang lagi kawan akrab aku, Fina, merupakan sahabat baik sejak kami di bangku sekolah lagi. Membesar dan melalui pengalaman hidup bersama-sama, membuatkan kami rapat dan sentiasa selesa bersama.

"Aku rasa la kan, Lisa ni salah flight ni. Tak pun, dia salah tempat tunggu beg. Haa!! Entah-entah, beg dia tak keluar-keluar kot. Ini mesti beg dia dah tersalah masuk kapal ni," Elin memulakan teori-teorinya. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

"Eh, Mi..Mi..Mi.. Ko nampak tak dua lelaki yang kat Gate 4 tu? Macam kenal pula," Elin memuncung ke arah yang dimaksudkan.

"Mana? Siapa?" aku tercari-cari lelaki-lelaki yang dimaksudkan.

"Tu ha... Tu.. tu.. tu.. Dorang macam pandang kita je. Alamak! Dorang macam nak datang sini je," Elin mula menggelabah. Kedua-dua lelaki itu semakin menghampiri kereta kami.

'Tuk tuk!' Tingkap cermin sebelah Elin diketuk oleh salah seorang lelaki itu. Dalam perasaan yang bercampur baur, Elin mula menurunkan cermin sedikit.

"Erlina Hashim kan? Elin? Kau tak kenal aku ke?" Lelaki itu seperti dalam kegembiraan.

"Zul? Zulhafiq Syakirin bin Mohammad Fatah??' Amboi sampai nama penuh Elin menyebutnya. Secara perlahan-lahan aku mula cam pada lelaki ini. Zul, antara punca masalah aku masa zaman sekolah dulu.


"Haaa!! Ingat juga kau kat aku. Tak sangka kau masih ingat nama penuh aku."


"Mestilah ingat. Boyfriend lama," Elin mula gedik-gedik.

"Apa dia?" Zul merapatkan mukanya ke cermin yang masih dibuka suku.

"Eh, tak ada apa. Tak ada apa. Heheh.." Elin merenyih gedik lagi. Kali ini, Elin mula membuka pintu dan keluar dari kereta.

"Mi, Keluarlah. Ni Zul la. Budak sekolah kita dulu. Eh, Zul! Kau ingat lagi tak pada Amy?," Elin memandang Zul dan seraya memandang aku. Kemudian dia memandang lelaki di sebelah Zul itu.

"Eh, yang sebelah kau ni macam......" Elin seolah-seolah terkedu seketika.

Ketika itu juga aku sedang membuka pintu dan mula keluar dari kereta. Tatkala itulah aku baru terperasankan lelaki kedua yang berada di sebelah Zul.

"Amy? Amiyana? Kau dah makin cun la sekarang. Dasyat.." Zul membeliakkan matanya sambil melihat aku dari atas ke bawah.

Wajah aku yang sedang melemparkan senyuman, mula berubah. Aku tak sangka, di sini dan dengan cara ini aku akan menghadap perkara ini. Berdiri di depan aku sekarang bukan hanya salah satu punca masalah aku, tetapi punca kepada segala punca masalah aku yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Naim Hamidi, budak lelaki yang pernah aku suka masa zaman-zaman sekolah dulu. Zaman cinta monyet. Dialah cinta pertama aku, dan dialah orang pertama yang menolak cinta aku, membuatkan aku terluka hingga mengubah segala kehidupan aku hingga ke hari ini.Tak pernah aku duga yang aku akan bertemu dia sekali lagi. Apa perasaan aku ketika ini aku pun tak pasti. Gembira? Kerana dapat bertemu dengan orang yang pernah atau masih aku cintai? Marah? Kerana aku sudah tidak mahu melihat mukanya lagi seumur hidup aku. Sedih? Kerana luka lama berdarah kembali? Entah? Aku tak tahu nak berperasaan apa dan aku tak tahu bagaimana nak menghadapi saat ini. Kaki terasa lemah dan wajah terasa kebas. Dalam hati hanya terdetik kata-kata ini. AKU BENCI KAU NAIM!!!

Bersambung... (Gaduh)

Wednesday, May 2, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 1

Tugas...

Letih pula rasa hari ni. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Memang tugas seperti ini berat. Tapi sememangnya, tugas inilah yang aku impikan sejak dari sekolah lagi. Doktor haiwan atau doktor veterinar. Macam best tak kerja aku? Hahahaha. Dikelilingi dengan haiwan-haiwan yang comel memang sangat menghiburkan hati. Walaupun kebanyakan yang datang ke sini dalam keadaan berpenyakit, tapi itu semua tidak menghalang untuk aku lebih menyayangi makhluk Allah yang dicipta selain manusia ini.

"Doktor, semua barang-barang di luar kami dah kemaskan. Semua patient pun kami dah masukkan dalam 'wad' masing-masing," Zara, pembantu aku tiba-tiba muncul di pintu.

"Okay, thank you Zara. If you guys nak balik dulu, just go on. Saya ada sikit lagi nak selesaikan. Oh, jangan lupa pesan kat Amar periksa stok ubat hari ni. Dia syif malam ni kan?"

"Yup! Nanti saya pesan pada dia," Zara melemparkan senyumannya. Aku hanya mengangguk.

'I.. I Love you like a love song baby... I.. I love you like a love song baby... I.. I love you like a love song baby.. And I keep hitting repeat-peat-peat-peat-peat-peat...' berserta vibration handphone aku mengalunkan lagu Selena Gomez. Tertera 'unknown caller' di skrin. Siapa pula ni?

"Hello," aku menjawab.

"Assalamualaikum wbt," suara seorang wanita mula memberikan salam.

"Waalaikumussalam wbt. Siapa ni?" Jawab aku malas-malas.

"Hoi! Baru seminggu aku out-station, kau dah lupakan aku?"

"Errrr...." siapa pula la ni. Serious aku tak tahu.

"Mi... ni Lisa lah!!" keras suaranya.

"Adoiiii... Hahahahaha. Kau ke Lisa? Kenapa suara kau lain ni?" aku ketawa kecil.

"Aku demam la Mi. Seminggu dah ni. Kau jadi tak datang jemput aku? Ingat tau, Flight aku pukul 9 malam ni. Jangan lambat tau!"

"Eh, aku tak pernah lambat. Aku cuma risau Flight kau yang lambat atau beg-beg kau yang beranak pinak tu yang lambat."

"Alah, kalau lambat pun bukan salah aku. Bukan aku yang bawa kapal terbang tu," jawab Lisa selamba. Eh, loya buruk pula dengan aku minah ni.

"Yerla, aku datang jemput kau malam ni. Tapi, apa habuan aku?"

"Haaa.. Kalau untuk best friend aku mesti ada punya. Aku tak pernah lupa, " Lisa ketawa manja.

"Oklah aku dah nak boarding ni. Karang tak pasal-pasal nama aku kena announce. Bye, Assalamualaikum," Lisa terus memutuskan talian.

"Waalaik..." tak sempat aku membalas salamnya. Memang huru hara la pompuan sorang ni. Tak habis-habis dengan out-station dia. Hampir setiap minggu dan yang menjadi mangsanya siapa lagi? Aku la, yang kena menghantar dan menjemput dia di airport. Segala fail-fail aku tutup dan letakkan di sudut meja. Aku mula mengemas barang-barang dan masukkan ke dalam beg tangan. Malam ni, aku ada part time job lain. Apa lagi? Jadi supir cik Halisa Mazliela Abidin.


bersambung.... (Pertemuan)

Friday, April 13, 2012

Rasa yang tak terlihat...



Semalam... 13 April... genaplah setahun pemergian abang/Qairil meninggalkan kami sekeluarga...terasa masih baru lagi perkhabaran di awal pagi yang aku terima setahun lepas bermain di minda.... masih jelas dan masih kekal dlm ingatan aku saat2 dan perasaan yg hadir waktu itu... dan kerana itulah... hingga sekarang aku masih fobia utk ke ofis awal pagi seperti selalu...

selama setahun... banyak yg telah berlaku.. dan satu2 kenangan sewaktu membesar bersama arwah x dpt aku lupakan... walau bnyk kekesalan dlm hati tapi aku anggap ia satu perkara yg boleh menghalang aku dari terus bersyukur kerana Allah memberikan aku peluang utk mengenali dia, membesar bersama-sama dia dalam satu keluarga dan memiliki dia sebagai seorang abang sulung... setiap perkara yg berlaku adalah perancangan dari Allah dan setiap ujian itu jugalah yg akan menguji betapa kuat atau lemahnya iman seorg hambaNya... selama setahun ini jugalah banyak perasaan di hati yg x dpt terluah dan x dpt diperlihatkan...

Mungkin ramai yg nampak luaran... tapi sbrnya Allah juga yg maha mengetahui... Aku jarang menyebut pasal arwah dlm setahun ni... bukan kerana aku mahu melupakannya.. atau bukan kerana aku mahu menghilangkan kesedihan atau kerinduan.. bukan juga kerana aku x sayang dan sudah lama meninggalkan kesedihan atas pemergiannya... tapi kerana aku mahu setiap saat... doa2 ku sampai kepadanya... kerana hanya dgn mendokan dia di dlm hati... aku akan sentiasa menerima ketentuan ilahi...

aku adalah seorg yg jenis malu utk mengekspresikan emosi di depan kwn2 dan keluarga aku sendiri.. sbb itu aku lebih selesa utk beremosi sendiri... dan aku selesa dgn keadaan itu... hanya Allah tahu betapa kuatnya kerinduan aku kepada arwah sbb selama arwah masih hidup... aku banyak mensia2kan hubungan kami... tapi aku x mahu kata menyesal atau terkilan...kerana itu adalah tanda2 manusia yg mengingkari qada' dan qadar Allah... namun hati tidak akan menipu... kerana hati adalah yg paling ikhlas dan telus... mulut boleh berbohong... wajah boleh menipu.. tapi hati tetap sama...tidak akan berubah... setiap kali ketika balik dari ofis slps tol upm... aku akan melalui simpang ke upm.. dan setiap kali itu jugalah aku akan mengingati arwah... kerana jarak yg membezakan kedudukan aku dan tempat arwah bersemadi... ketika itula aku akan terfikir.. "ohh.. di situlah dia berada..." setiap kali aku pulang lewat dari bekerja atau keluar dgn kawan2... ketika aku parking kereta di depan rumah... aku akan teringat.. di waktu inilah arwah paling risau tentang aku yg selalu pulang lewat dan jarang memaklumkan kepada mereka di mana lokasi aku kalau balik lewat... dan aku sentiasa mengabaikan setiap teguran dia... setiap kali aku pulang ke rumah... dan tiada seorg pun di rumah.. ketika itulah perasaan aku lebih kuat kerana selalunya pada ketika ini.. arwah akan berada di rumah dan ke hulu ke hilir antara dua rumah kami... setiap kali aku melalui pintu yg menghubung antara dua rumah kami... setiap kali itulah aku akan terpandangkan ruang tamu dan bilik arwah di mana tempat arwah selalu berada... segalanya mengingatkan aku tentang dia... 28 tahun... segala yg rutin.. segala yg terbiasa... takkan mungkin dpt dilupkan dlm masa setahun.. dan x kan mungkin dpt dilupakan hingga akhir hayat aku...

selama 28 tahun aku menyebut nama ini setiap hari... "Qerel"... tapi selepas pemergiannya.. nama itu jarang aku sebut... dan sesungguhnya aku sangat rindu utk memanggil nama itu kembali... aku tetap akan sayangkan dia sampai bila2...

al fatihah... Qairil Anwar Abd Rahman 29 disember 1980~13 April 2011

Thursday, December 29, 2011

Puiiii Puiiii Puiiiiiiiiiiiiii!!! (last tu aku bagi lebeh ckit)

x sangkakan cepat tul masa berlalu... kita dah pun di ambang 2012... perkara yg aku paling nak buat next year adalah... mencari ruang ibadah yg lebih baik insyaAllah... rasanya mcm dh bnyk benda2 yg patut aku cari dan dalami kurg aku dapati dlm tahun ni.. tahun2 yg lepas apatah lagi... wahhhh.. dh mcm berpantun pulak jah haaa... yang pastinya.. bila ada program baru tahun depan.. keje akan bertambah dan kami akan terus busy hinggala aku dpt surat transfer.. hahahahaha... makanya.. dapat ke x aku jalankan yg wajib sdgkan bnyk yg sunat aku tinggalkan kerana masa...? wallahualam.. hanya masa juga yg akan menjwb...

ada bnyk kelemahan diri sbnrnya yg aku nak cuba baiki dan atasi sbb sbg manusia biasa kita x lepas dan lari dari perasaan hati... benda negatif, kekotoran, ketamakan, kemarahan.. sumenya perkara biasa.. mungkin sbb nasihat dari org yang aku hormati (wpun kami sebaya... deeeeee) aku rasa banyak perkara yg betul yg diperkatakan... bila aku tgk balik aku rasa kami pernah ada persamaan... mungkin sbb tu dia bnyk bagi aku nasihat dan teguran.. dan bila aku fikir teguran dan nasihat tu.. aku rasa bnyk benda negatif dlm diri aku... so usaha aku adalah utk mengurangkan rasa marah dan bnykkan bersabar... cuba berfikiran positif dlm setiap aspek dan cuba mengawal baran kerana 'diam' ada bnyk nikmatnya.. dan 'diam' juga adalah senjata paling hebat utk menewaskan kejahatan... deeeeee... aku tulis skrip drama keee?? tapi dlm diam x diam tu ada juga mslh lain kan? ntahla bila nak abes.. lari dari sini.. sana kecoh... lari dari sana.. sini kecoh... lari dari sana dgn sini.. dua2 kecoh... puiiiiii sgt.. apa lagi la...

aku terbaca satu karangan yg sangat menyayat hati... (puiiiiii!!!!) OMG... sedih sangat baca sampai menitis air mata jah!!! aku ingat org bodoh jer yg x paham... rupa2nya org yang pandai pun bengap jugak... biasala tu... nak minta simpati follower2 dia la konon... come on la... follower ko bukan stupid mcm ko... dipendekkan mukadimah... mcm ni la senang jer nak citer... ko ni memang luculah!! mmg tu yg aku nak kata sgt.. kalau ko masuk raja lawak mega... juri pun meleleh air mata sbb gelak tgk kelucuan ko... ko tulis mcm2 kat blog ko menyalahkan kpop kononnya penyebab sesorg unfollow ko... ehhh come onla... hal kpop tu hal lama la sengal... ko x pikir ke knp 'org' yg ko maksudkan tu unfollow ko... ko x penah try ke pikir dalam2?? knp mesti menyalah kan benda lain sdgkan punca utama adalah sbb diri ko sendiri... ko x penah cermin ke diri ko.. refleks diri ko... selama ke hari ni ko bermain tweet2 tu... ko rasa apa yg ko tweet tu best2 ke sume??? ko x terfikir ke org annoying n irritating dgn tweet ko yg suka membangga diri sendiri tu?? ko penah sedar x apa yg ko tweet is all about yourself... deeeeeee.... ko rasa ko artis ker? semua org nak tahu apa ko buat setiap jam setiap minit setiap saat?? dan kalau tweet ko jenis merendah diri xper... tapi ko x sedar tweet2 ko tu sgt membangga2... alaaaa.. aku pun x kata aku perfect.. kadang2 aku pun ada tweet something yg bagi aku sgt membanggakan... but sekali sekala aku rasa sume manusia akan berperasaan sebegitu.. but please la bukan selalu... tu namanya perasan lebey beb!!! aku penah juga terfikir.. benda2 mcm ni kadang2 akan buat kita riak... bila benda dh jadi riak... you know yourself la... ko bukan x belajar agamakan? please la... jgn asyik nak fikir diri ko dh cukup bermuhasabah... kalau ko bertweet nk hentam org tu ala2 cara baik jerkan.. x payah hipokritla... come on la... whatever yg aku saying ni... it's the same thing dgn apa yg ko rasa skrg kan??

bbrp minggu lepas kecoh bila ko meroyan kat twitter yg ko rimas n annoying dgn kwn2 aku yg tweet pasal kpop kan?? ehhhh tolongla... ko fikir twitter tu ko yg punya ker?? ko ada share partner ke sampai org lain x boleh nk tweet apa yg dorg suka...?? kalau ko rasa yg dia mengannoyingkan and mengirritatingkan dgn tweet2 kpop dia tu... ko x penah terfikir ke ko pun lebih kurg sama.. bezanya sbb ko x tweet pasal kpop.. tapi ko tweet pasal diri ko yg perasan bagus tu jer kan... mmg betul pun quote yg korg2 ni suka pakai yg kononnya apa yg kita tulis pasal org refleks diri kita... so??? ko ke aku ke dorg ke kami ke?? it's the same thing la.. dunia berputar bulat... pakai akal la sikit lembab!! another thingkan.. ko ni mmg jenis yg suka masuk campur hal orgkan?? lebih2 lagi hal yg x direct pada ko pun.. disbbkan org sekeliling ko kena hentam.. ko pulak yg lebey2 pastu ko jugak yg meroyan x sudah2 kat twitter tu... anyway.. kes ko dulu dgn budak2 kpop tu pun... mmg aku log out dari twitter aku sbb annoying dgn keter'over'an ko yg deeeeeeee.... over la sgt...

by the way.. sesuka2 aku pada kpop pun aku x la fanatik sgt... x la seteruk adik beradik ko dgn kwn2 dia yg sangap tu... deeeee.... bagi aku.. aku layan all kind of music... tamil ke venezuela ke jepun ke hindustan ke thailand ke sume aku layan.. yg penting music tu best n kena dgn jiwa... tolongla jgn hidup dlm dunia orthodox... aku kerja kerajaan... aku kerja di channel kerajaan... dh tentu2 di sudut hati aku in any way pun aku akan sentiasa support local music... tapi ko jgnla jadi tipikal sgt kenal satu jenis music atau satu jenis kelompok jer... keluar dari dunia semak ko tu... hayati keunikan music.. music itu luas... dari mcm2 jenis music ko dpt belajar bnyk perkara dan ko dpt bnyk idea... jgnla jadi mcm org x berpelajaran.. come onla... satu kebebasan la siapa nak suka genre music apa pun... siapa nak suka artis mana pun... jgnla sbb ideologi ko... org lain nk ikut sama dgn fikiran sempit n kolot ko... kalau ko heboh sgt nak kata diri ko tu support local artis... knp ko x support kelompok yg sepatutnya betul2 layak dipanggil local artis...?? kenapa ko x support lagu kaum org asli sekali?? aku bet ko pun x penah dgn asyikfm seumur hidup ko kan?? aku dgr... sbb aku suppport sume jenis lagu yg kena dgn telinga aku... so?? ko nak panggil local sgt?? haaaa itu baru betul2 local... ko rasa music kita betul2 music kita ke? think again... jgn jadikan statement aku ni statement seolah2 menentang local artis.. no... aku x penah ketepikan local artis... bagi aku.. kita patut bangga dgn produk sendiri sbb ada certain2 nya boleh pegi jauh dan betul2 talented... sokong dgn hati.. bukan dgn perasaan... kalau benda yg nyata terima hakikat.. jgn nafikan... jgn hipokrit!! tapi ko bukan sape2 utk halang org lain utk minat benda lain... citarasa manusia berbeza... kalau aku kata kpop tu best... itu opinion aku... samala juga kalau benda yg aku rasa x best tu ko kata best... melenting plak bila kena sindir2.. pandai plak kata pendapat masing2 citarasa masing2... puiiiiiiii laaaa... benda camni pun ko masuk campur sdgkan sindiran tu x tuju kat ko pun.. tapi ko yg terasa lebey2 apahal?? ntahla ko ni sedar atau x sume yg ko tulis tu bukan setakat membuatkan kwn2 aku terasa.. tapi kwn2 ko juga... sbb manusia sempit akal mcm ko ni... selfish... hanya fikir diri ko jer yg betul.. eeee... mmg ini betul2 paling annoying pasal diri ko buat aku... puiiiiiiiii!!!

so... be careful je la lepas ni yer... bila ko kena serang dgn budak2 kpop nanti... jangan plak kejang jari jemari ko nak menaip tweet ko tu yer... dan penuhkan timeline ko dgn ayat2 penuh perasaan ko tu... at least kwn2 aku masih follow ko sbb dorg boleh terima dgn apa yg ko tulis... tapi aku... aku unfollow ko dgn satu niat jer... x nak menambahkan keannoyingan yg sedia ada dan terus berfikiran negatif pasal ko... so lebih baik aku x nampak... hati tenang.. sama2 x menyakitkan sesama sendiri...tapi ko x faham.. sbb ko lembab... ko ckp kpop plak penyebab org unfollow ko... so sad la ko ni... kpop tu hal remeh jer... aku bukan jenis org yg nak 'buang' org sbb hal remeh temeh tu... aku cuma x nak annoying aku berterusan... kalau ko sendiri dh keluar statement "if x sanggup baca apa yg aku tweet unfollow je aku senang citer".. dh tu?? bila org unfollow ko... kepoh satu malaya... ko ni mmg ckp x serupa bikin la... sesuai la ko duduk kelompok belah sana tu... sama jugak.. bnyk sgt kata2 tapi tindakan xde... puiiiii!!!

camnila... aku sbnrnya dh letih tgk korg ni sume... sbb tu la aku unfollow sume 'org'... aku x nak dh continue benda2 bodoh ni sume... resolution paling senang satu jer.. kalau korg sume x sanggup nak terima kutukan kritikan kejian kitorg pada artis korg ke pada diri korg ke.. pleasela aku merayu sgt2 'release' kitorg dari diri korg... unfollow ke remove ke block ke whateverla... then korg x perlu tgk or baca benda2 yg menyakitkan hati... apa yg kitorg tweet.. xde sape ada hak utk halang... apa yg kitorg fikirkan.. apa yg kitorg rasa... itu hak kitorg.. kalau kitorg nak mengata ke nak ckp sumbang ke... itu pandangan kitorg... samala juga bila korg nak mengata atau mengutuk artis lain yg korg x suka... perasaan peminat2 dorg still sama dgn perasaan korg... bukan hati korg jer penting.. sume manusia setara... so please la .. stop la benda2 bangang ni... get lost la kalau x nak ada kaitan dh dgn kitorg sume okay... FB.. twitter.. anyway... just get lost!! korg nak terus sangap dgn diri korg teruskanlah... so aku dh bagi warning... if korg still nk follow n tgk apa yg berlaku lps ni... up to u... jgn sampai ada yg meroyan sorg2 mcm gay dh la... terutama yg dh bnyk ludah2 tu... mmg bestkan jilat ludah sendiri... yuccckkkk!!! please la aku harap benda2 ni sume stop bila masuk tahun baru ni...

anyway... slmt tahun baru... pada sume kpoppers yg ada terbaca blog manusia otak sempit tu.. kita fikir positif jerla... it's only an act to support and protect local artis maybe... maafkan jer la dia... my mum said... org yg memaafkan hatinya sgt mulia... see u guys around next year.. happy new year 2012!!!! ;)

Tuesday, November 8, 2011

Seoul Hunter Day 4: Pakar MBM mula tunjuk belang+kunci yang ditinggalkan...


bbrp hari cuti... rasa malas plak nak sambung citer... haha... tapi nak x nak... dh masuk ari ke-4 pun... so ni la nk sambung citer kat sana...

hari ke-4... kitorg dh pun berada kat Seoul... setelah dua hari berturut2 kat kwsn lain... kitorg kebali ke Seoul utk abeskan tour kitorg kat area2 sini.... so ari pertama di Seoul kitorg dibenarkan utk berkumpul 9.30... so dlm 8.30 tu dh boleh turun bfast... mcm biasa sesudah bangun tu bersiap2... kitorg agak awal siap... demi menjaga reputasi dan x nak mengulang kelewatan hari sblumnya... kitorg memang betul2 ready awal... lebih2 plak kali ni kitorg x perlu mengemas brg utk check-out... so persiapan tu agak lancar la... lewat... kali ni kitorg diminta utk berkumpul kul tapi yang meng'annoying'kan sangat2 bila dua pakar MBM (dudong ngan abg ramzi) dtg ketuk bilik kitorg dlm kul 7.45 pagi... masa tu kitorg dh nak siap... tapi cuma nak tinggal last touch la org kata... dua2 ekor ni... ketuk2 pintu kitorg kata kitorg dh lewat sbb kena kumpul kul 8... sume org dh berkumpul kat bwh... kononnya tinggal kitorg jer yg x turun lagi... aku mmg hangin betul... telinga aku blum pekak lagi... aku dengar Gina kata smlm 8.30 turun bfast... dan yg lagi aku hangen tu... jam kat tgn aku blum kul 8 pun lagi... memang sgt nak mengMBM org la dua malaun ni.... eeeee.... gerrrraaaammmm!!!

kali ni aku siap dulu.... lps aku dh siap tu aku pun keluar dulu sementara tunggu si semah x siap2 lagi... padahal dia bangun mandi siap dulu drp aku... masa aku keluar tu aku ingat mentor dgn protege MBM dh turun... rupanya dorg masih ada kat luar depan lif lepak2 dgn sorg student Malaysia... ingat x masa day 3 aku citer ada satu rombongan budak2 sekolah kat putrajaya duk hotel yg sama... kesian giler aku tgk budak sorg ni... kena goreng dgn pakar2 MBM berdua ni... mcm2 dorg MBM kan budak ni... aku dengor jer leeee... sambil terkekek2... itu baru sorg... dtg plak 4 5 org budak2 ni lagi baru balik dari bfast... siap kena panggil duduk ni... yg sorg tu form 4 skolah lain2... yg lain2 tu form 5... budak2 yg innocent n lurus ni percaya jer bulat2 apa dorg ni goreng... yg best tu... abg ramzi kata dudong ni bekas cikgu kat sekolah dorg... kena buang sbb ada skandal dgn bekas pengetua... hahahahaha mcm2... yg lagi kelakar tu... kuar2 jer dorg dari lif... aku kata kat dorg... haaaa... abg ni bekas cikgu kat sekolah korg dulu... nama dia cikgu kobiran... bagi salam.... "Assalamualaikum cikgu!!!" wakakakakakakaka!!!!! ye ye ooo jerbebudak ni sume bagi salam kat dudong... mmg mendapat sume kena MBM dgn dorg termasuk dgn aku sekali.... punya la lama menunggu si semah sampai sempatla aku join MBM jugak....

dh siap sume tu kitorg pun turun la kat level 2... bfast dulu... sampai2 jer tgk mknn... sgt menghampakan... ada cereal dgn roti bakar jer... mana kenyang??? dh la nak berjalan satu hari... tapi redha jerla... makan cereal pun cereal la... demi nak melaksanakan sambungan projek MBM dorg tu... abg ramzi dgn dudong cari plak port sebelah meja budak2 sekolah tadi.. kali ni yg lain plak... dh sudah kat atas tadi... dia sambung MBM balik.... tgh bfast pun boleh lagi... aku tgk budak2 ni mcm makan nasi goreng... so aku ingat tadi ada nasi goreng tp disbbkan kitorg lambat turun nasi goreng abes... aku tgk lagi... sume org dpt nasi goreng... so aku tertanya2 mana nasi goreng... aku tanya la budak2 ni mana dorg dpt nasi goreng... budak2 ni kata... dorg x order pun... waiter kat situ yg antar kat dorg... mmg sume dpt... nanti dia antar kata dorg... mula2 aku ingat dorg MBM kitorg... aku tanya dorg balik.. korg ni ckp betul2 ke atau korg plak MBM kitorg?? aku siap marah dudong... sbb dudong dgn abg ramzi suka sgt nak MBM budak2 ni... aku ingat budak2 ni nk MBM kitorg balik... last2... waiter kat situ keluar bawa 4 pinggan nasi goreng... hahahahaha... betul rupanya ckp budak2 ni... lihatlah betapa jujurnya dorg... insaflah wahai pakar2 MBM... hahahahahaha...

lps dh bfast tu kitorg pun turun la berkumpul kira2 9.20 pagi... sbb sume org turun dgn awalnya dan selesai bfast dgn awalnya... makanya... awalla kitorg berkumpul... tgh berkumpul tu sempat lagila 2 malaun ni sambung MBM budak2 ni... yg hebatnya ada sorg budak ni bawa ipad... sorg jerla... yg sorg lagi kata mak dia x kasi bawa ipad.... nanti hilang... korek punya korek... rupa2nya.. yg bawa ipad tu... bawak ipad mak dia rupanya... dan mak dia sbnrnya adalah cikgu yg ikut rombongan tu sekali.. chehh!!! patutla mak bagi bawak ipad yer...


journey kitorg di Seoul bermula di sekitar kawasan Blue House... sblum sampai ke Blue House tu kitorg sempat lalu kat area berlakunya penggambaran filem City Hunter... ingat x masa Lee Min Ho baru balik Korea dia pergi satu tempat ni... kat situ dia ternampak Park Min Young... haaaa kat sini la lokasinya... sampai kat Blue House kitorg bergambar kat landmark dia yg terkenal kat situ... masa aku pegi dulu winter... so tgkla beza suasana dlm gambar di tempat yg sama... posisi sama plak tu... hihihi... kat situ ramai betul bodyguard2... aku x tau la bodyguard ke atau pegawai keselamatan ke... maybe sbb dorg x nak org luar masuk ke kwsn2 tertentu yg dilarang...













lps bergambar2 kat area Blue House... kitorg bergerak plak ke Istana... sbnrnya kitorg nak pegi 2 istana... tapi satu istana tutup so kitorg kena la pegi ke satu lagi istana... istana yg tutup tu aku pernah pegi dulu... tp istana yg kitorg pegi ari tu... aku rasa aku x pegi lagi yg ni... so merasala aku dua2 istana... masa kitorg sampai tu kebetulan plak dorg baru nak start buat pertunjukan... konon2 perbarisan askar2 zaman dulu2 dgn berpakaian panglima... memang best la show tu... siap dgn kuda sume... lps tu kitorg sume masuk ke dlm dan melawat2 sekitar kwsn istana... adalah sikit2 info yg Gina kasi kat kitorg membuatkan kitorg faham bbrp struktur pembinaan istana kat situ... kat situ jugala selalunya dorg buat penggambaran filem2 zaman dolu2...























lepas istana kitorg bergerak plak ke Itaewon utk lunch... kali ni lunch kat kedai Arab plak... so ayam x de... makan daging jerla... haha... lepas lunch tu... kitorg dibawak plak ke Seoul N Tower atau kat sana dorg panggil Namsam Tower... dlm bahasa korea... Nam tu maksudnya south atau selatan... N tu simbol ke pada 'Nam'.. so maksudnya 'Seoul' 'South' 'Tower'... nak ke tower dia lebih kurg cam nak pegi menara KL jugakla... cuma bezanya... kita kat malaysia boleh lagi naik n park kereta sampai ke atas... tapi warganegara korea... dorg kena park kat parking area bwh pintu masuk... dan kena mendaki bukit yang sangaaaaaaaaaaattttttttt tinggi dan agak jauh... wooohhhoooo... aku x taula camna dorg ni boleh hidup... maybe sbb dorg ni sihat makan sayur2 kimchi ari2 n maybe sbb kwsn geografi negara dorg mmg berbukit bukau so dorg sgt terbiasa bab2 daki mendaki ni... kata Gina... disbbkan kitorg ni tourist n foreigner... hanya tourist luar shj dibenarkan naik sampai ke atas... kiranya kitorg beruntung la... agaknya kerajaan korea takut kalau sume tourist kena menapak mcm rakyat dorg.. xde tourist nak naik atas tu... hahahaha... lebih2 yg dh tua2 gigil lutut cam aku ni... ;p

naik atas tu pun x la atas sangat... bas kitorg kena parking kat bawah ckit sblum sampai ke tower tu... dlm 200 meter kot kitorg kena berjalan naik ke atas... okay... ni kira mencabar la bagi aku yg mmg sangat membenci aktiviti mendaki ni kan... lepas pengalaman broga tahun lepas... aku menyesal giler dan rasa mcm x percaya diri sendiri camna aku leh sampai ke puncak broga tu... even mount sorak pun aku x naik... ni nak suh aku naik ke tower atas tu... huhuh!! nak x nak aku kena ikut gak ahli2 rombongan.. tatkala sume ahli2 dgn Gina sume dh jauh ke depan... aku dgn berusahanya sambil mengah2 tolak kaki dgn badan sendiri naik ke atas.. nasib baikla ada sorg kakak ni ngan husband dia... jalan slow2 ckit... dorg ada berenti2 sambil ambik2 gambar dulu... so ada gak la aku kwn berjalan sama2 naik ke atas... kebetulan akak ni pun comel2 gak cam aku.. hihi... so sama2 la kitorg mendaki sampai kat puncak tu... ada la dlm lewat 15 minit kot aku sampai dari dorg... semah ngan dudong yg mmg dh hilang dari penglihatan aku tadi.. aku x tau kemana plak dorg pegi... aku terus naik ke level 1 dan pergi ke tempat letak
mangga2 atau kunci yg kebanyakannya couple2 tinggalkan... matlamat aku time tu sbnrnya nak cari kunci khuntoria couple punya... tapi kunci2 dia mak aihhhhhh!!! sampai subuh pun blum tentu jumpa.. kalau nak cari mmg ambik masa... tapi dgn masa limitednya... pastu plak kunci2 tu sume nampak sama lebih kurg jer... so aku kena lupakan benda tu n settlekan misi aku yg sbnr2nya ke situ... utk tinggalkan kunci kat situ aku kena beli kunci dan tulis something atas mangga yg aku beli tu... semah yg sampai awal dari aku dh ada kat dlm kedai dan tgh cari kunci2 yg sesuai... lps pilih memilih gaduh2 ckit.. kitorg pun belilah kunci yg sesuai dan berpadanan... memandangkan kitorg dua org ni single so x payah la nak cari kunci couple sgt... just nak tinggalkan mesej jer kat situ... hopefully aku dtg semula ke situ dan dpt tgk balik kunci yg aku tinggalkan...

oleh sbb aku boleh menulis tulisan hangul... so aku pun tulis la dlm tulisan tu atas kunci tu... aku tulis... "anneyonghaseyo... I'm bahyah... Saranghaeyo..." dan kat blkg tu aku tulis i love korea dan i love park jung min... wakakakakaka!!! dgn harapan park jung min baca... mendapatla aku kalau dia rajin plak nak belek2 n baca... hahahahaha...berangan jer lebey kan... settle bab kunci tu... kitorg turun ke level bwh.. masa tu ada performance... dan dh start lebih kurg 10 minit... so sambil2 cuci mata tu kitorg pun enjoy jer la performance tu... habes jer perfromance kitorg pun bergerak turun semula ke bwh... turun adalah sgt mudah berbanding naik... so mmg laju la... laju x laju pun... aku ngan semah jugak last sbb sebuk bergambar sambil turun....











aktiviti kitorg diteruskan plak ke kwang jang market... kali ni aktiviti shopping2... kwang jang market tu tempat yg sgt popular kalau ada sesape nak cari kain sutera korea... melambak kedai jual korea silk kat situ.. kat situ juga sempatla bbrp ahi rombongan beli kain2 biasa buat baju kurung tu... kain dia pun x mahal... lebih kurang rm 27-30 utk setiap 4 meter... kain dia besar sbb lebar dia 60... lepas kwang jang kitorg terus plak ke Dongdaemun Market... menurut Gina... 'Dong' maksudnya East... 'Dae' maksudnya big or great dan 'Mun' maksudnya gate... so Dongdaemun market membawa maksud 'Big East Gate'... kat situ kitorg dibawa ke satu shopping complex besar... shopping complex tu mmg terkenal la.... kalau kat malaysia ni ala2 mcm Times Square or mid valley la... setiap level ada bhgian masing... level bwh sekali utk sportswear... level tengah2 ada pakaian utk lelaki dan perempuan.. tapi Gina bawak kitorg terus ke level 5... kat situ bahagian aksesori... dan ada juga kedai souvenier... suprisingly.. ada sstgh brg2 kat kedai souvenier tu lebih murah berbanding yg dijual kat namdaemun market masa aku pergi dulu... nama kedai souvenier tu arirang... aku mmg penah membeli belah kat kedai tu dulu... tshirt dia murah n berkualiti... so sape2 yg pening nak cari souvenier tu... pegi je dongdaemun market ni... terus ke level 5 cari la kedai souvenier arirang... tshirt design korea ada... souvenier2 kecik ada... kalendar n poster selebriti kpop pun ada... mcm2 ada...

kat situ jugak kitorg dapat beli stokin2 gambar artes 2 kpop... dan kat sini gakla aku beli toe socks aku... hahahahah... cute jer... kaler2 pink.. belang2 lagi... kat sini kitorg cuma diberi masa lebih kurg sejam stgh... so berlari2an... berkejar2an.. bercungap2an la kitorg pilih n cari brg... selesai jer shopping mopping kat situ... kitorg ke Itaewon sekali lagi utk dinner plak... kali ni kat kedai pakistan yg smlm tu... layan lagi sekali lagu hindustan... lps dinner kitorg terus balik ke hotel... kali ni agak awal gak sampai ke hotel... tapi masa kat dlm bas tu aku otw balik ke hotel tu... aku puas ati giler sbb dpt menganjengkan abg ramzi dgn dudong... hahahahaha.... disbbkan dorg dua org berlainan hotel drp kitorg.. n dpt hotel ayam... bangun awal plak tu... ditambah plak abg ramzi yg semakin hari semakin ceria wpun selai sepinggang... kitorg tertanya2.. adakah dudong telah 'meggembirakan' hati abg ramzi mlm tadi....?? wakakakakakaka!!! mmg satu bas gelak besar termasuk dgn Gina sekali gelak besar... hanya mereka yg tahu kisah sebenar... kui3....

so sbb sampai awal ke hotel... aktiviti aku mlm tu just lepak kat kedai kopi mlm tadi... beli hot choco 5000 won... main tenet sampai kul 12... sbb kedai tu tutup kul 2 pagi... semah dgn dudong plak katanyer nak merayap kat area2 situ... aku dgr2 cam nak merasa naik subway... turun satu stesen jer... tapi aku x tanya plak dorg realisasikan ke x impian dorg tu... hahaha.. yg aku dgr dudong nak gi kedai starbuck yg kedekut tenet tu smlm nak beli mug... dan semah plak pegi convenience store beli banana milk.. dan disbbkan aku rasa sebotol banana milk yg dia beli tu.. aku terus terpikat... dgn misi seterusnya esok... aku nak cari banana milk tu n bawak balik malaysia.. haha...

so... kena carik mood lagi nak tulis pasal day 5 ni... harap2 ada la moodnyer esok yer... chow!!!

*kejadian MBM day 4 ni x dasyat sgt... tunggu... ada yg lagi dasyat yg boleh menyebabkan naluri membunuh aku wujud...*

Thursday, November 3, 2011

Seoul Hunter Day 3: Warga Korea gempar dgn kemunculan Polar Bear dari Malaysia...

Fiuhhhh dah masuk hari ketiga ghupernyerrrrr... hahahahaha.... kelmarin kan citer pasal perjalanan kitorg dari Incheon ke Everland.. dari Everland ke Nami Island dan dari Nami Island ke Mount Sorak.. so lepas kitorg dh bermalam kat hotel ala2 serba mewah kat Mount Sorak tu... perjalanan kitorg diteruskan lagi ke Mount Sorak yg betul2 Mount Sorak... hahahaha... apa tuh??

sebelum nak cerita experience kitorg kat Mount Sorak.. nak citer dulu satu kejadian yg sgt memalukan yg telah menjejaskan reputasi aku dan semah... kui3... semalam kan reputasi kitorg dh terjejas sikit kat Nami Island.. tapi pagi hari ketiga ni... kitorg betul2 kena blacklist... heeeheeeeheeee... mlm tu kitorg tido agak lambat dan tido dgn nyenyak sekali... kitorg diminta utk berkumpul kul 8 pagi di lobi hotel... kiranya kalau ikut jam malaysia kul 9 la... tapi disbbkan aku terbangun pun dh kul 7.30... tambah plak semah mandi lama giler so aku x leh wat apa2 melainkan sambung tido sementara dia abes mandi... kitorg pun telah menjadi ahli rombongan paling lewat berkumpul... bukan lewat 10minit 20 minit... tapi 40 minit!!! hahahahaha.. mendapat sume org tunggu kitorg... actually kitorg kena check-out dari situ kul 9 pagi... tapi sbb nak breakfast dulu kitorg disuruh kumpul kul 8 pagi... masa kat Incheon... kitorg turun lewat juga tapi sbb time tu time breakfast so kitorg masih dikira awal... tapi kali ni Gina minta kitorg berkumpul kul 8 kat lobi sbb dia nk bawa n tunjuk kitorg tempat breakfast yg kalau kitorg pegi sendiri mmg x jumpa la jwbnya... so nk x nak dia terpaksa menunggu kitorg yg lewat ni... yg paling kesian dudong la.. sbb dia terpaksa menanggung malu kat situ dek krn kwn2 dia 2 org ni x muncul2 bila mana sume org dh ada... hahahahahah... sorrryyyyy dudong....

so pagi tu mmg mendapat kitorg berdua... aku terpaksa tebalkan muka dan makan bfast pun aku rasa cam masuk x masuk jer mulut.... sesudah bfast.. kitorg pun bergerak ke Mount Sorak
Park yang berdekatan kira-kira 20 minit dari situ... sesampainya kitorg kat situ... warga korea di situ sangat kagum dengan dudong yang hanya berseluar pendek dan bert-shirt nipis sedangkan org tempatan kat situ sendiri masing2 berpakaian tebal dan berbaju sejuk... setiap manusia yg kitorg jumpa sume bertanya soalan yg sama pada dudong... "anchuwaheyo??" (x sejuk ke?/aren't you cold?)... kitorg hanya mampu ketawa dan ckp kat dorg... "polar bear... polar bear..." yg best tu lagi... kebetulan pulak land mark kat situ memang bermascotkan beruang... so memang kena la dgn tema pada hari tersebut... satu lagi yang menjadi tanya bila kitorg sampai kat depan satu temple tu... disbbkan ahli2 rombongan lain sume masuk dlm temple tu sbb nak bergambar... aku yg malas nak masuk duduk la kat batu besar depan temple tu... setiap ahjuma dgn ahjushi yg lalu lalang kat situ mesti stop dan pandang aku... dorg tgk aku mcm aku ni alien dari planet luar angkasa... aku just senyum dan say "anneyonghaseyo" jer kat dorg... pelik punya pelik... ada satu ahjuma dgn ajushi tu menegur aku lepas aku say hello kat dia... dia tunjuk mata aku pastu dia kata.. "yeppun.. yeppun.." ohhh fahamlah aku rupanya dorg mmg jenis yg suka tgk org mata besar... sbb org2 tua kat sana mmg suka tgk mata org yg ada double-eyelid... kalau org dulu2... lelaki akan cari pompuan yg mata besar sbg pasangan... kononnya cantik... so aunty2 n uncle2 pun akan suka menantu yg mata agak besar.. bagi dorg cantik... sbb tu ramai org korea suka tambah double eyelid kat mata dorg... tapi Gina bgtau yg skrg ni dorg dh x kesah sgt pasal tu sume... maybe sbb ahjuma ajushi yg ada kat area2 situ jenis yg old school so dorg sgt kagum melihat aku.. wahahahaha!!! perasaaan jap... aku ada juga bertanya Gina kenapa dorg pandang kitorg semacam mcm pelik sgt... Gina kata muslim yg berhijab @ bertudung kat korea x ramai... so kehadiran kitorg kat situ mcm sesuatu yg baru pada dorg... but as usual... dudong tetap menjadi main attraction kat situ... mcm mascot buat show... lalalalalala.... ;p

utk naik ke puncak gunung mount sorak tu... kitorg kena naik cable car... kalau tgk cable car dia
mmg kecut perut bagi org2 yg penakut tinggi cam aku ni... cable car dia sgt besar dan boleh muatkan kira2 30-40 orang dlm satu masa... hanya 3 cable besar yang menampung menatang ni hokey... mau x kecut perut aku... so masa naik tu tawakal jerla... kalau hidup lagi alhamdulillah panjang umur aku.... sampai di puncak... kawasan utk sightseeing agak limited... cuma tempat kitorg berdiri tu ada bbrp tingkat yg boleh naik turun... tingkat bawah tu ada kedai souvenier.. kalau ada sesape yg x nak naik cable car... boleh gak mendaki gunung tu dari bwh ikut laluan yg disediakan... so sape yg malas2 ayam tu bolehla naik cable car sambil mengucap siap2 yer... dari tempat cable car tu sampai tu... kalau ada sape2 nak naik puncak gunung yg paling atas boleh mendaki sikit lebih kurg 10 minit... hanya dudong dan semah yg melangkah naik sbb as usual aku malas nak mendaki2 ni... sayang lemak kekdahnya... hahahahaha... so sementara aku menunggu dorg mendaki ke puncak... aku pun lepak2 kat bwh sambil mengcamwhore muka aku sendiri sekitar2 situ... sementara menunggu tu... aku terhibur gak tgk aksi2 dan kenakalan Ariel (budak kecik yg aku citer kat Day 2 tu... ) sempatla gak tgk dia buat persembahan yg dia dh prektis kat tadika dia... kesian dia x dpt perform apa yg dia dh prektis kat sekolah sbb hari graduation dia dgn trip ke korea clash... so utk merealisasikan impian dia.. kitorg bagila dia perform kat situ... secara live dari mount sorak yer... ;p

lps dudong semah dan lain2 dh turun dari puncak... dgn bangganyala dudong menceritakan saat2 kegemilangan dia berjaya menakluk puncak mount sorak... menurut cerita dia yg aku pun x pastila kesahihannya... ahjushi yg ada kedai souvenier kat atas puncak tu kata si dudong ni adalah rakyat malaysia pertama berjaya menakluk puncak mount sorak... yg len2 sume warga negara lain... dia sorg jer dari malaysia katanyerrr... skrg nih aku x tau la siapa punya ckp yg betul.. sama ada dudong MBM aku... ataupun ahjushi tu yg KBM dudong... wakakakaka!!!! so demi meraikan kejayaan dudong... dia pun turun dgn memakai gold medal di leher... konon2 mencipta nama la... layannnnnn.... semah pulak... cuba utk sampai ke puncak... tapi disbbkan angin kuat katanyer...
dan keadaan badan dia yg bergoyang2 x stabil tu... dia kata dia
x mampu utk sampai ke sana... kita yerkan jerla citer dia... hurrrmmmm... ;p





so lepas sume dh berkumpul... kitorg pun berbaris semula utk turun ke bwh dgn cable car... turun ke bwh mungkin lebih menakutkan dari naik... tapi bagi aku naik adalah lebih menakutkan dari turun ke bwh... sbb aku mmg x gayat tgk bwh... tapi aku gayat tgk benda yg tinggi dari bwh... masa kitorg nak tunggu bas tu... banyakla geng2 ahjuma ahjushi yg berkumpul kat tempat kitorg tunggu bas tu... ingat x abg ramzi ketua rombongan yg aku citer tu... haaaa... hari pertama dgn hari kedua dia mmg mcm diam jer... bingung jer... slow jer... sbb almaklumlah... org selai sepinggang... baju berus gigi suar dlm sume xde... tapi masuk ari ketiga ni... agaknya dia dh boleh terima hakikat... dia dh mula menunjukkan perangai sbnr dia sikit demi sikit... hahahahaha.... jgn ingat dudong pakar MBM kat sana k... sbnrnya ada genius MBM lebih hebat di situ... dudong kena berguru dgn dia... apa kesnya?? haaaa yg tu kena tunggu... blum sampai masanya lagi... kih3... nak sambung citer balik pasal abg ramzi ni... haaaaa.... sdg kitorg sebuk2 tunggu bas... dia boleh berfoya2 dgn ahjuma2 kat blkg kitorg... hahahahaha... siap bergambar beriya2 ni... ramai plak ahli2 rombongan yg mengjoinkan diri bergambar sama... termasuklah dudong... ahjuma2 tu sume punya la suka... lebih2 dgn dudong.. pendek kata... dia menjadi peberet ahjuma kat situ la... hebat sangaaaattt!!!! mana x nya... masa kat incheon, Seoul dgn Nami Island.. xde sape pun pedulikan dia... lalu jer.. sblh mata pun x pandang... tapi kat mount sorak ni.. dhla jadi perhatian... disukai oleh ahjuma2 plak tu... beruntung!!! ;p


lepas sume dh naik bas kitorg pun terus ke tempat lunch kat area2 situ... kali ni lunch masih sama... korean meal... tapi ada penambahan lauk ckit... ikan masak asam pedas... hahahahaha... mcm asam pedasla... tapi sbnrnya lain ckit cara masak dia... ikan yg kitorg makan mcm2 jenis... ada yg mcm ikan pari... ikan sebelah agaknya... mcm ikan kembung pun ada.. mcm2 ikanla senang citer... sedap mmg sedap.. sampai tambah nasi... lps makan tu sempatla jugak bergambar sikit2 kat situ...














sesudah makan tu... Gina bawak plak kitorg ke pasar berhampiran seaside... kat situ barulah kitorg tau ikan2 apa yg kitorg makan tadi... tau rupa jer.. tapi x tau nama...
kejap jer kitorg jalan2 situ... say hai jerla kononnya... lepas tu kitorg naik bas dan bergerak balik ke Seoul... dari situ ke Seoul mengambil masa 3 jam lebih... dan dlm perjalanan tu sempatla jugak kitorg berhenti kat perhentian mcm R n R tu... kat situ kitorg beli ubi yg dipanggil 'Kamja"... mcm ala2 goguma la... sedap giler... sampai aku non-stop makan... tapi sampai ke sudah kitorg x jumpa goguma... sedeyyy.. maybe bukan season dia...

sepanjang perjalanan balik... aku hanya mampu zzzzzzzzz jer.. so x banyak benda boleh citer... sampai kat Seoul... kitorg dibawa ke Itaewon dan kat situ la kitorg akan dinner... restoran tu restoran pakistan kot... sbb sepanjang makan tu kitorg terhibur dgn lagu2 hindustan... hahahaha... so dptla makan ayam setelah 2 hari x dpt ayam... alhamdulillah.... lepas makan singgah plak kat satu kedai bakery halal beli roti... dan roti tu sampai ke balik Malaysia kitorg x makan... hahahahahaha.... akhirnya kitorg menuju ke hotel yg namanya Centro Hotel.. kat situ kitorg check-in dan akan bermalam 2 mlm kat situ... setelah berpindah randah selama 2 ari.. akhirnya bangun pagi esoknyer x payah tarik beg lagi... oh yer... kat hotel ni jugak ada satu lagi group malaysia dari tour Ziarah Sutera yg sama dgn kitorg ... tapi group ni budak2 form 4 dgn form 5 sekolah pandai2 kat putrajaya... sekolah Alam Shah x silap aku.. dgn ada bbrp org budak dari sekolah lain jugak... dorg ni beruntung giler sbb dapat separuh tajaan pihak sekolah utk program kebudayaan dgn universiti korea kat sini... dorg xde ketua rombongan sbb dorg bergerak sendiri... haaaaa... kat sini la akan wujudnya pakar MBM yang berajaya mengMBM sume org termasukla kwn sebilik dia sekali... hahahahaha....

memandangkan kitorg sampai awal sekitar kul 8 mlm... dan demi mencari sesuap internet... sob3... (sedey hotel xde wifi) so kitorg pun jalan2 kat sekitar2 kwsn hotel tu... menyinggahla kat starbuck kononnya nak main tenet... tapi hampeh... mcm2 nak kena log in.. kedekut taik unta punya starbuck korea!!! akhirnya aku ngan semah lepak2 jer kat coffee shop bwh hotel... kat situ tenet mmg cemerlang la!!! tapi sbb nak main tenet kat situ dan pakai power source dorg... terpaksala jah bayar 5000 won... tapi dpt hot chocolate la... ahahahaha.. maknanya kena beli air la... 5000 won terbang.. xkan nak main tenet x beli pape kat situ kan.. mau kena halau kang... dh la kat starbuck tadi beli hot choco gak... kat sini pun aku kena minum lagi... memang rasa nak muntah... tapi demi nak menghupdate... ku gagahkan jua... muahahahahahaha.. dudong dgn abg ramzi merayap ikut haluan dorg sendiri ntah ke mana ntah... oh lupa nak bgtau... dudong dgn abg ramzi terpaksa ke hotel lain yg berdekatan dgn kitorg sbb ada satu bilik x cukup... menurut citer dudong... hotel yg dorg dpt tu hotel ayam... masa check-in tu katanya dorg dpt 'gift'... hahahahaha... 'gift' apakah itu??? sila tanya dudong sendiri... i x leh tulis kat sini... bahaya kalau bwh umur baca... wakakakaka!!!

agak2 dlm kul 12 tu... aku dh rasa cannot go tu... so aku ngan semah wrap up jer... lgpun kitorg x leh tido lewat2... sbb esok pagi kumpul 8.30 pagi... demi nak mengembalikan reputasi kitorg yg dh tercalar ni... kitorg kena punctual so xdela kitorg kena cop lambat lagi.... hahahahaha.... coming soon aku akan citer pasal pengalaman kitorg kat sekitar seoul dan insiden2 MBM yg telah berlaku sepanjang perjalanan kitorg.... so... stay tuned!! wah dh mcm citer bersiri plak.... yihuuuu!!!!

*kalau ada sesape curious sgt MBM tu apa.... silalah inbox aku later2 k... hahahahaha.... *