Monday, June 4, 2018

Misi menjejak Oppa Day 10 & 11: 8 & 9 April 2018 - Haeundae Beach, Haeundae Traditional Market (BUSAN) & Leaving Korea

Sehari sebelum nak balik Malaysia kitorg bersiar-siar sekitar pantai Haeundae. Dari tempat kami ke sini ambil masa lebih kurang sejam lebih menaiki bas. Walaupun hari ahad tapi orang tak ramai sangat sebab mungkin sebab cuaca masih sejuk dan takde pulak yang hadap nak mandi laut. Ala- ala picnic je sambil minum kopi dan makan biskut.















Dah sampai Haeundae ni rugi kalau tak singgah jenguk-jenguk market dia. Di sekitar kawasan-kawasan tu juga ada kedai-kedai menarik dan restoran halal yang boleh dipilih. Haeundae Traditional Market ni banyak dengan makanan laut segar sama macam Jagalchi Market. cuma kat sini lebih kecil kawasannya berbanding Jagalchi.


















Kami pulang awal sikit sebab nak packing barang yang makin beranak. Tapi dalam tu sempat juga 2 orang ahli rombongan aku melarikan diri ke kawasan sekitar apartment kitorg. Kat situ ada Lotte Mall juga dan ada cinema hall. Ada banyak juga kedai-kedai kosmetik. Tapi kalau lama-lama tengok, boleh membahayakan wallet anda. Awas!







Flight kami keesokan harinya jam 10 pagi. Jadi seawal 7 pagi kitorg dah check-out dan menuju ke airport dengan menaiki train selama 10 minit dari Sasang station. Di busan memang takde kaunter untuk AirAsia. Dorg akan tumpang kaunter salah satu airline di situ. So kalau agak-agak sampai awal jangan panik. Tunggu arahan di boarding board atau boleh bertanya di kaunter information. Di situ juga ada banyak kedai-kedai last minute shopping kalau ada yang berniat nak habiskan won masing-masing. Kami shopping kat 7E dalam departure hall borong seaweed sebab nak habiskan duit dalam kad T-Money. Tapi ramai gila sampai beratur panjang.

Penat memang penat 11 hari belasah kaki tanpa henti. Tapi yang penting pengalaman dan keseronokan mengembara ke tempat orang. Kalau kat negara sendiri pun belum tentu sanggup naik turun bas dan train sepanjang hari. Nak-nak lagi berjalan sejauh 10 km setiap hari. Memang tak la! Apa-apapun. Dari hari pertama sampai hari ke-11, sorang oppa pun kami tak jumpa. Ajushi je banyak. Oppa tu ada tapi dah berpunya. Sedih memang sedih tapi tak bermakna kami putus asa. Ahakss!! Misi tetap akan diteruskan di tahun-tahun mendatang.... Fighting!!!



No comments:

Post a Comment