Thursday, May 24, 2018

Misi menjejak Oppa Day 9: 7 April 2018 - Gamcheon Cultural Village, Jagalchi Market, Yeongdodaegyo Bridge, BIFF (BUSAN)

Memulakan perjalanan hari pertama di busan dengan menaiki Bas. 200 meter je dari apartment kami.


Destinasi pertama ialah Gamcheon Cultural Village. Tempatnya kat atas bukit dan di kawasan berbukit. Kalau rasa fit nak naik berjalan kaki dari bawah dipersilakan. Jika tidak, boleh naik bas berwarna hijau yang memang disediakan untuk ke laluan Gamcheon Cultural Village. Bas ni kecik je boleh muat dalam belas-belas orang.















Malangnya, masa menuruni bukit, urat tarik kaki aku so membataskan perjalanan. Tapi bernasib baik sebab ahli rombongan yang lagi 2 org tu mampu meneruskan perjalanan. So kita share gambar-gambar yang dorg ambik. Thank you Wawa & CT.








Gamnaegol Happy Power Station
Sebelum meninggalkan Cultural Village ni, kitorang lawat street dia. Kat sini ada macam-macam jenis kedai souvenier dan cafe. Boleh singgah lama sikit kalau banyak masa.




Kami lunch di Jagalchi Market. Dari Gamcheon Cultural Village tak berapa jauh dengan Jagalchi Market. Market ni memang popular dengan hasil makanan laut. Turun je bas, memang dah boleh bau makanan laut.









Melalui beberapa pembacaan, ada beberapa tempat yang muslim selalu makan dan dicadangkan. Tapi malangnya kami tak jumpa tempat yang disebut tu. Tapi tak menjadi masalah sebab kebanyakan kawasan di situ menyediakan makanan berasaskan seafood. So makan dengan yakin tapi pastikan check dulu jika ada sebarang alkohol dalam dish yang disediakan. Kami makan di dalam complex building. Ada level yang ada food court dan ada yang buffet style tapi buffet ni limited time. So kalau lambat dah tutup.



Seafood Stew

Udang Bakar

Pajeon (Green Onion Pancake).
Yang ni org kedai ni bagi free
as service katanya. Tapi sangat sedap!
Kalau tak ke Busan, tak sah orang kata kalau tak pergi ke menaranya. Tapi kitorg tak naik pun. Just bergambar-gambar area-area situ asalkan nampak menara.





Berdekata area menara ada satu jambatan yang namanya Yeongdodaegyo Bridge. Jambatan ni agak unik bukan macam jambatan-jambatan lain. Jambatan ni akan bergerak naik ke atas setiap pukul 2 petang selama 15 minit bertujuan untuk membenarkan kapal-kapal yang tinggi lalu. Tapi malangnya sekali lagi, kitorg terlepas nak menyaksikan fenomena tersebut. Yeongdodaegyo Bridge ni menghubungkan laluan ke kawasan Yeongdo iaitu ke rumah bakal mak mertua aku.. ahakss!! ok sape faham dia faham la... Tapi tak sempat singgah sebab takde orang kat rumah ari tu. Di situ juga ada Lotte Department store. So lepas dah tengok jambatan ni boleh sinngah masuk ke dalam menyambung perjuangan yang belum sudah.




Sebelum balik ke apartment, kitorg ke Busan International Festival Film atau lebih dikenali sebagai BIFF. Street ni sangat meriah di waktu malam dengan mall di kiri kanan, food street dan barang-barang lain yang menarik perhatian. Kat sini juga kitorg dapat beli handbag kat satu kedai yang semuanya dijual dengan harga 10,000 won (RM 40) seunit. 




Selingan je.. Hehehe..

Bbopki (Korean Traditional Candy)


No comments:

Post a Comment