Tuesday, May 15, 2018

Misi menjejak Oppa Day 6: 4 April 2018 - Leaving Seoul & Arriving at Jeju

Bergerak awal ke Gimpo airport walaupun flight jam 6 petang supaya urusan mudah dan tak tergendala. Perjalanan dari apartment ke Gimpo airport lebih kurang sejam lebih dengan train dan kemudian tukar naik bas. Hazab juga la kena mengusung beg yang berat nak mampuihh tu..



Bila sampai awal seeloknya check in saja di kiosk airport dan boleh terus print di situ. Jangan buat mcm aku, check in kat fon pastu tak boleh nak print last2 kena pegi kaunter check in balik. Boleh juga ambil masa untuk selenggarakan isi-isi dalam luggage supaya sesuai dengan berat yang dikehendaki. Flight ke Jeju ni aku ambik T'way Air sbb flight tu yg paling murah masa cari date. Memandangkan T'way hanya benarkan 15 kg (berat free yang diberi dan tak perlu bayar) dan berat luggage aku dah exceed 20 kg, so aku terpaksa pindahkan beberapa barang dan pakaian ke beg hand carry. T'way ni agak baru juga wujud pertengahan tahun 2017. Kategori tambang murah tapi boleh pilih seat masa check in tanpa bayaran tambahan. Makanan pun kena beli tapi kalau setakat fly sejam tu... tak payah la. 



Kat airpot sini, lepas check-in luggage dia akan minta kita tunggu 5-10 minit untuk dorg check luggage. If ada masalah dia akan panggil so boleh selesaikan before depart. Takdela jadi masalah kang tiba-tiba dah dalam perut flight masa tu la pulak luggage tak lepas. Kan naya.... Pastikan dlm luggage tak ada apa-apa peralatan yg berbateri (handphone, laptop, remote, jam, dsb...), senjata-senjata tajam atau bahan-bahan yang mengandungi aerosol (deodorant spray, perfume, dsb..) If perfume takde aerosol tu ok la. Jangan yang jenis kena goncang-goncang bila nak spray tu (bila goncang bunyi tung tang tung tang). Yg tu jenis ada aerosol memang tak boleh. Seeloknya simpan sume barang-barang yang disebut di atas ni ke dalam hand carry (handbag atau backpack)

Kat tepi tempat check in ada booth Jeju tourism. Kat sini boleh dapatkan sikit apa-apa info yang mencukupi untuk perjalanan sepanjang di Jeju nanti.









Sebab flight murah so faham-faham je la parking jauh kena turun pakai tangga dan naik bas ke terminal.


Siapa yang nak sewa kereta atau dah buat booking sewaan, biasanya booth company sewa kereta ada di sekitar airport selepas keluar dari main gate. Sebelum ke Korea aku booking kereta sewa dari AJ Company. Company ni suggestion dari cousin aku yang dah jejak dulu Jeju ni sebelum aku. Sewanya sangat murah sebab sape yang register membership akan dapat 35% diskaun. So untuk 2 hari kitorg hanya perlu bayar sekitar RM 200 (Kia Morning) termasuk insurans penuh.


Nak ambil kereta bukan di airport, tapi kita kena naik shuttle bas ke company masing-masing. Kena keluar terus ke gate 5 dan cross jalan untuk ke tempat shuttle bus. Ikut panduan yang telah diberikan untuk naik bas yang mana dan di parking nombor berapa.



Gate 5



Sampai di AJ rental car kena register dan buat bayaran penuh dulu sebelum ambik kereta. Takde deposit tapi kena bayar full. Make sure International Driving Permit (IDP) disertakan bersama. Untuk negara seperti Korea wajib ada IDP ni sebab pakai lesen Malaysia memang tak laku mcm sesetengah negara lain. Nak buat IDP senang je. Pegi JPJ, bawa 2 keping gambar passport, 1 salinan IC, 1 salinan lesen kereta, 1 borang permohonan IDP yang telah diisi dan RM 150 sebagai pengerasnya. Siap!! 5 minit boleh settle.

Lepas dah settle bayaran dan registration, dorg akan bagi no parking kereta. Kunci kereta di dalam kereta dan sebelum keluar dari situ, kena pegi check kat tempat maintenance untuk pastikan kereta dalam keadaan baik sama seperti masa ambik dan pulangkan nanti.

Mula-mula bawa gigil kepala lutut weiiii.... Aku ni dahla jarang bawa kereta orang dan memang agak cuak sikit bawa kereta orang ni. Dahla kena drive belah kiri, gelap malam pulak tu. Tambah bonus lagi, kereta time tu agak banyak memandangkan kat area town. Memang dup dap dup dap la. Tambah lagi satu bahana bila hotel kitorg nak stay malam tu takde sediakan parking area. Betul-betul depan jalan besar. Rasa nak nangis nak balik Malaysia malam tu juga pun ada. Nak parking tepi jalan besar memang tak boleh la. Kitorg pusing-pusing area tu sampai berapa kali pun aku tak ingat. Lagi pulak kena lalu lorong-lorong sempit bila setiap kali bertembung kereta lain rasa macam nak tercabut jantung. Allah je la tau perasaan aku time tu. Dah macam-macam doa baca. Doa qunut je tak sempat baca. Nasib baik member-member dalam kereta banyak bagi support akhirnya dapat juga jumpa parking kat celah-celah lorong depan kedai orang walaupun jauh sikit dari hotel. Itu pun mampu berdoa je harap-harap tak kena marah ke kena saman ke parking depan premis orang. Aku ambik barang-barang penting dan letak dalam beg kecil dan kitorg berjalan ke hotel. Memang super thriller la malam tu. 

Time ni menang gigil kepala lutut


No comments:

Post a Comment