K-Style Hub adalah tempat di mana kita boleh experience korean culture termasuklah k-pop. Kalau nak cari bangunannya, turun kat Jonggak station dan keluar exit 5. nak cari bangunan dia senang je. Lepas Exit 5, jalan terus sampai nampak stream water (cheonggyecheon stream). Lepas stream terus ke kanan dan K-style Hub adalah bangunan kedua.
![]() |
Lepas bangunan yang ada cendawan-cendawan ni dah sampai. |
![]() |
Bangunan K-Style Hub |
![]() |
Kalau confius nak ke mana boleh tanya Reception. |
![]() |
Naik lif ke Tingkat 2 |
K-Style Hub ada 4 level. Level 2 lebih kepada K-Pop Hub dan tourist information center. Di Level 2 juga ada cafe dan surau.
![]() |
Surau |
![]() |
![]() |
Kaunter untuk dapatkan brocher yang dicop. |
Selepas food exhibition dia akan minta kita untuk terus ke level 5. Kalau Muslim biasanya akan terus ke level 5 sebab di level 4 lebih kepada food experience yang mana tidak digalakkan sebab kita tak tau apa jenis bahan yang digunakan. Tapi kalau nak cuba juga boleh je. Sampai di level 5, terus daftarkan nama untuk hanbok experience dan dia akan beri kita waktu appointment. Sebelum sampai waktu appointment kita, dia akan bagi kita merasa experience mewarna. Kita akan diberi beg kain percuma dan kita boleh pilih gambar mana kita nak untuk diwarnakan sendiri.
Staf kat situ akan bantu pakaikan hanbok. Kalau rasa nak pilih warna-warna pilihan, bagitau siap-siap kat staf tu. Kalau tak dia akan pakaikan ikut pilihan dia. Boleh juga pilih aksesori untuk dipakai di kepala dan kalau nak teringin pakai kasutnya pun boleh. Baju yang akan dipakaikan adalah dari jenis pakaian diraja dan bangsawan. Boleh bergambar sakan sepuas hati tanpa ada limited masa. Tapi agak-agakla jangan sampai sejam pulak. Orang lain pun que nak bergambar juga.
Di sekitar Insadong ada beberapa muslim friendly restaurant. Salah satu yang kitorg pergi ni Vegetarian Restaurant. Kitorg pilih yang ni di antara beberapa restoran lain sebab fikir vegetarian food lebih selamat berbanding makanan lain yang mungkin kita tak perasan ada berunsurkan daging. Vegetarian ni okay cuma kita perlu pastikan betul-betul yang dalam setiap makanan takde sebarang alkohol. Kena rajin tanya. Kedai yang kitorg pegi ni namanya Ohsegaehyang Restaurant. If naik bas turun kat jalan besar Insadong berdekatan lane 12 (12-gil). Nak cari kedai ni a bit tricky. Kena bersabar dan bertabah. Usaha pasti jaya!
![]() |
Kimchi Jjigae (Kimchi Stew) |
![]() |
Vegetarian Bibimbab (Mixed Rice) |
![]() |
Side Dishes |
![]() |
Dumpling with Vegetable Stuffed |
Sebelum meninggalkan Seoul, last shopping or window shopping. Lotte Duty Free Mall dan Doota Mall, Dongdaemun.
![]() |
Lotte Duty Free Mall |
![]() |
![]() |
Dongdaemun Market Mall |
![]() |
Doota Mall. |
No comments:
Post a Comment