Thursday, May 17, 2018

Misi menjejak Oppa Day 8: 6 April 2018 - Seogwipo, Downtown, Leaving Jeju & Arriving at Busan

Selepas check-out kitorg menunaikan hajat yang dari semalam tak tercapai iaitu mengambil angin di tepi pantai. Walaupun sekejap bergambar-gambar pun cukupla. Tapi angin masa tu sangat kuat sampai bergoyang-goyang kereta kitorg.











Kat Jeju 2 hari sebenarnya tak cukup. Sape kata sehari pun dah boleh cover? Sebenarnya banyak tempat tak dapat pergi dan tak puas. Inilah sebab kenapa kitorang tanam matlamat untuk datang sini lagi. Haha! Hajat nak cari Canola Road tak kesampaian bila kitorg mencari-cari pakai GPS tapi tak ditemui. Terpaksa teruskan perjalanan balik ke town selepas berpusing-pusing mencari sebab flight kitorg ke Busan jam 9 malam dan kereta perlu dipulangkan sebelum jam 4 petang.




Perjalanan balik ke town mengambil masa lebih kurang sejam. Sebelum memulangkan kereta, kitorg lunch di restoran India, Baghdad. Antara restoran yang diiktiraf halal dan owner muslim. Akhirnya dapat gak makan ayam setelah berhari-hari makan ikan dengan sayur je... 









Sebelum ke airport kitorg pulangkan kereta sewa di AJ Rental Car. Tempat ambik dan tempat pulangkan tak sama. Masa pulangkan sekali lagi kereta akan diperiksa sama ada dalam keadaan baik dan minyak pastikan telah diisi semula dengan penuh sebab masa ambik memang dia akan bagi dalam keadaan minyak penuh. Tapi jenuh jugala aku nak mencari kedai minyak yang pakai gasolin (petrol) sepanjang jalan nak pulangkan kereta ni. Kedai pertama yang aku masuk hanya isi gas je dan sepanjang jalan tu aku jumpa semua jenis isi gas. Nasib baik jumpa juga last-last. 

Kitorg sampai di airport agak awal dan dorg berdua habiskan masa dengan meround sekitar airport cari benda nak mengabiskan duit. Disebabkan kali ni kitorg naik Korean Air, dapatlah air free buat basahkan tekak.


  


 Flight ke Busan delayed lebih kurang setengah jam so kitorg sampai lebih kurang jam 10.30 malam. Settle ambik luggage semua time tu dah jam 11 malam. Dari airport ke apartment kitorg agak dekat so dalam 10 minit dah sampai. Cuma perjalanan dari train station nak ke apartment tu je la macam 100 minit. Dahla malam, landmark (kedai-kedai tepi jalan) yang dia bagi dah bertukar signboard. Terus confius tak jumpa lorong mana nak masuk dan bangunan yang mana satu.

  


Apartment ni aku cari di airBNB juga. Sebenarnya ada lagi apartment yang lebih cantik dan best. Tapi aku pilih ni sebab lebih murah dan dekat dengan airport memandangkan waktu sampai dah lewat malam dan balik ke KL nanti pun awal pagi. Kalau jauh dari airport mungkin akan mengambil masa. Rumah ni sangat selesa untuk 3-4 orang. Simple tapi selesa dan bersih.





No comments:

Post a Comment