Wednesday, May 16, 2018

Misi menjejak Oppa Day 7: 5 April 2018 - Seogwipo, Jeju Folk Village & Orange Farm (JEJU)

Check-out hotel seawal jam 7 pagi sebab kitorg nak ke Seogwipo. Lagipun risau gak keadaan kereta yang parking kat tempat orang. Banyak tempat-tempat menarik Jeju ada di sekitar Seogwipo. Tapi kitorg bermalam 1 malam di town sebab berdekatan dengan airport memandangkan semalam sampai pun dah malam. Dari town ke Seogwipo mengambil masa 45 hingga 1 jam berkereta.



Tempat pertama, Jeju Folk Village. Di sini adalah lokasi penggambaran drama-drama korea popular macam Jewel in the Palace (Dae Jang Geum), Slave Hunter dan banyak lagi. Parking kereta percuma disediakan di hadapan entrance.



Ticket Booth



Entrance












Bagi sesiapa yang tak larat nak berjalan, boleh naik train yang disediakan. Tapi train ni ada waktu-waktu tertentu dan ada juga hari-hari yang macam tak ramai pengunjung, train ni tak beroperasi. Kawasan ni sangat luas dan banyak course. So kalau nak best, ikut laluan seperti dalam map sebab kita akan berpusing dan akan jumpa laluan yang sama untuk keluar nanti. 

Train pusing-pusing dalam kawasan Jeju Folk Village






Dae Jang Geum filming site
Drama popular lain






Maze yang kita boleh try. Really fun!







Di sini scene Jang Geum membasuh kain


Yang ni orang gaji Jang Geum lepas dia dah kaya


Kat satu course, ada muzium mini khas untuk drama Jewel in the Palace. Semua gambar-gambar, pakaian, barang-barang props yang digunakan semasa penggambaran ada dipamerkan di sini.




Selepas muzium mini ni, kita akan jumpa kawasan pasar. Kat sini ada banyak kedai-kedai macam souvenier dan snek. Ada juga kedai yang sediakan perkhidmatan foto dengan memakai pakaian tradisional. Kot kalau ada yang nak kawen boleh kot buat wedding photo kat sini kalau teringin.



Sebab lapar, kitorg singgah beli waffle.


Waffle sangat sedap

Beberapa meter dari situ, ada performance venue yang biasanya akan ada traditonal performance ikut time-time tertentu. So rujuk pada map yang diberi so kita boleh tau jam berapa akan ada performance tu.  




Tiba-tiba akak ni datang 'merestui'
semua penonton. Haa terkejut kau!

Banyak tempat-tempat yang worth it untuk kita berhenti dan bergambar. Ada juga yang boleh kita try.



Permainan popular para bangsawan





Lunch di Yeonsong Galchiyori area Chilsimni ro. Restoran ni seafood base dan muslim friendly.







side dishes

Spicy Fish Stew

Seafood stew

Memang sedap!


Cuaca sebelah petang hujan. Walaupun hujan, kitorg tetap nak pegi petik buah oren mandarin/tangerine. Ramai orang kata oren jeju sangat sedap. So nak try.





Nak masuk kena bayar dan bayaran tu sekali dengan petik buah dan bawa balik buah. Buah tak ikut kg atau brp biji. Dia bagi ikut plastik. Tapi dapat plastik kecik je so pandai-pandaila penuhkan sepenuh-penuhnya.














Disebabkan hujan membantutkan aktiviti kami, so pegi check in dulu di Homestay Baco Home. Rumah ni aku cari di airbnb. Rumahnya sangat selesa dan berdekatan dengan laut. Rumah tu jadi macam milik kitorg sepenuhnya disebabkan hanya kitorg bertiga je yang menginap mlm tu. Rumah ni ada 3 bilik. 1 bilik untuk 2 org, 1 bilik utk 3 org (dua-dua blik ni sharing toilet) dan 1 bilik lagi untuk 5-6 orang (private toilet). Sayangnya sepanjang ptg hingga ke malam hujan tak berhenti so niat kitorg nak menghirup udara dan merasa angin sepoi-sepoi bahasa terpaksa dibatalkan. Tapi lepak-lepak di ruang tamunya sangat cozy and relaxing!


Toilet dan bathroom
  
Dapur


Spacious hall room
  
Sambil relax sambil makan
buah oren yang dipetik ptg tadi.

No comments:

Post a Comment