Wednesday, December 11, 2013

Getaran Cinta di Jiwa Part 4

Kunjungan...

Dah macam 'scene' kekasih pujuk memujuk dah aku rasa. Masuk ni dah hampir 40 kali rasanya aku 'call' tak juga berangkat. SMS? Lagi la tak berbalas. Haihhhh.. Merajuk sungguh ke pompuan ni? Insiden malam tadi merimaskan aku. Bukanlah aku nak salahkan sangat Elin tu. Tapi, kadang-kadang rasa geram pada dia membuak-buak. Bila dah terlajak, yang nak undur perahu semula tu, bukan dia, tapi aku!

Bahu aku disentuh lembut oleh seseorang. Fina melemparkan senyumannya.

"Dah order?"

"Belum. Macam...... Takde selera," aku menghela nafas yang panjang.

"Kau dah kenapa pula? Lisa lagi?" Fina mengangkat kening.

Aku mengangguk. Jelas kelihatan wajah Fina yang agak tak berpuas hati.

"Kadang-kadang aku tak faham macam mana korang boleh sabar kawan dengan dia. Kalau aku, dah lama 'blah' " Fina pandang aku dengan wajah yang serius.

Entahlah. Bukanlah aku ni jenis penyabar orangnya. Tapi atas dasar rasa sayangnya terhadap sahabat, aku masih terus bertahan dan terus bertahan. Lisa hatinya baik. Adakalanya lembut sampai mudah kesian pada orang lain. Cuma, hati dia macam ala ala rapuh. Setiap perkara perlu dijaga hatinya. Kadang-kadang letih juga. Tapi aku kenal dia bukan sebulan dua. Tidur sekatil, makan semeja, mandi ber.... Errrr.. Berasingan la... Gila nak mandi bersama? Fina tak faham semua tu sebab Fina x kenal Lisa sebagaimana aku dan Elin kenal dia. Aku dan Elin mula mengenali Fina 4 tahun yang lalu selepas kami ditakdirkan berkongsi rumah yang sama.

"Kan aku dah pernah cakap dengan kau. Aku boleh je tahan kawan dengan sesiapa pun kecuali yang jenis tikam belakang. Lisa tu dah macam adik beradik aku la," aku menguit-nguit meja.

"Suka hati kau la," Fina beralih memberi tumpuan kepada pelayan yang sedang mengambil pesanan makanannya.

Satu SMS masuk. Salam doktor, ada tetamu yang datang nak jumpa doktor. Dia kata sangat penting. BTW.. Lelaki... ;)

Berkerut-kerut sekejap aku membaca SMS daripada Zara. Sape pula la yang tetiber berkunjung ke ofis aku ni....?

Bersambung... (Kenduri)







No comments:

Post a Comment