Tuesday, December 19, 2017

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 3 (4 Disember 2017) - Yokohama Town & Move to Apartment in Suginami, Tokyo

Lepas check-out jam 10.30 pagi (di sini check-out biasanya jam 10 atau 11 pagi), kitorg simpan luggage kat lobi hotel dan menuju ke stesen Bandobashi untuk pegi ke Don Quijote Isezakicho. Don Quijote atau org kat sini panggil Donki ni mcm shopping mall kecik yg ada beberapa tingkat dan menjual brg-brg keperluan harian cthnya brg letrik, toiletteries, kosmetik kasut, beg, selipar dan macam-macam jenis brg lagi la. Semuanya ada. Paling best Donki ni buka 24 jam so nak pegi cari brg kul brp pun pegi la.

Tapi sebelum kitorg bergerak tu, Delivery man datang pick-up luggage-luggage family Uncle untuk dibawa transit sebelum dihantar ke Apartment di Nakano. Tapi dorg hanya akan dapat luggage ni keesokan harinya. So CT hanya tinggalkan 1 luggage untuk barang-barang yg penting sahaja. Kagum juga bila tgk kaedah dia nak bawa luggage-luggage ni semua. Memang nampak struggle. Bukan bawa van atau lori, tapi guna basikal je. Amazing!

Bawa luggage naik basikal je. Mampu???
Memasing kagum.

Dari stesen Bandobashi ke stesen Isezaki-Chojamachi hanya 1 stesen sahaja. Stesen Bandobashi ni takde lif so kena turun dan naik gunakan tangga. Cuma selepas melalui gate ke train je baru ada escalator turun ke bawah. Dari stesen Isezaki-Chojamachi kitorg berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke Donki. Nak cari satu-satu lokasi by walking bukan mudah. Kadang-kadang kalau tersilap jalan memang hazab nak kena jalan patah balik. So aku akan pastikan aku berada di kedudukan yang betul sebelum aku bergerak. Setakat ni tak pernah salah lagi jalan yang ditunjuk tapi kena bersabar dan ambil sikit masa untuk pastikan arah mana yang kita nak kena tuju.

Tenang naik train takde orang

Pmtu masuk Don Quijote @ Donki

Lepas bershopping kat Donki kitorg nak ke restoran semalam untuk lunch. Tapi dari situ nak mudah kena naik bas. Sbb masa aku cari train utk ke Motomachi-Chukagai macam tak jumpa pulak laluan. So utk elak dari memeningkan kepala, aku nak try naik bus juga. Donki ke stesen bas agak jauh juga dalam 4 minit jalan kaki. Tapi jalan-jalan sambil menikmati pemandangan kiri kanan apa salahnya kan. Satu masalah bus stop dorg ni, sume dlm kanji (tulisan jepun). Berbeza dgn train stesen ada juga perkataan rumi tu. Agak sukar nak mengenalpasti sama ada kita di bus stop yang betul atau laluan yang betul. So aku hanya berpandukan kepada nombor bas dan setiap kali bas berhenti aku akan tanya dan tunjuk nama bus stop yang aku nak berhenti kat fon aku tu pada pemandu bas tu. So kalau dia kata bukan, bukan lah. Kalau dia angguk atau kata ya, kitorg pun naik la. Tapi time tu aku tersilap side. Sepatutnya kitorg tunggu side satu lagi. Walaupun bas yg berhenti tu nombor dia dah betul, tapi laluan dia terbalik. So driver tu suh kitorg tunggu kat other side. Nasib baik bas yg kat sebelah tu delay dlm 5 minit. Kalau kitorg lambat je sikit pindah side, mmg kena tunggu lagi sejam la kot. Nak naik bas ni pun boleh pakai PASMO. So aku tunjuk je kas PASMO aku kat dia dan dia terus tekan-tekan bagi amaun. Aku suh dia kirakan sekali dgn anak buah aku yg 2 org tu. Senang kira sbb boleh tolak pakai Pasmo aku je.


Menunggu bas kat side yang salah


Dalam bas ke Motomachi-Chukagai


Ke bus stop berhampiran stesen Motomachi-Chukagai perlu melalui 6 hentian. Aku hanya memerhatikan tulisan kanji tu untuk memastikan yg laluan kitorg betul. Bila sampai di hentian, kitorg berjalan kaki ke restoran dalam lebih kurang 2 minit. Sesampainya kitorg kat restoran tu yg masing-masing tgh kelaparan ni, rupanya restoran tutup. Tapi Adly sempat jenguk kat pintu restoran tu dan kebetulan adik owner yg perempuan tu nampak kitorg dan bgtau yg mmg ari ni (Isnin) restoran dorg tak buka. Masing-masing rasa frust dan aku cakap kalau nak senang kena pegi makan restoran Khazana smlm yang dekat Queen's Square tu. Belum sempat kitorg nak bergerak, adik owner tu keluar semula dan ckp kat kitorg yg dorg cuma boleh sediakan satu je masakan, nasi goreng kampung. Tanpa membantah kitorg semua kata tak kisah asalkan dapat makan tanpa memilih-memilih. So dengan baik hatinya adik owner pun bagila kitorg masuk. Memang special la ari tu sbb restorang tu dibuka utk kitorg je. Rasa terharu tak terkata. Mungkin sebab dorg kesian tgk kitorg dah sampai depan pintu.  Walaupun hanya nasi goreng kampung telur mata, tapi rasa dia... memang perghhh!! sedap dan kenyang. Yang best tu dia masak bukan sekali banyak. Untuk 4 hidangan sekali masak. Betul-betul menjaga kualiti rasa. So 3 kali masak sbb kitorg semua total 11 orang. Ada yg dpt lambat sikit tapi tak kisah. Memang berbaloi menunggu.



Wajah-wajah kelaparan

Nasi Goreng Kampung terbaeekk!!!


Lepas makan sebelum balik, kitorg mengabadikan kenangan bersama tauke restoran. Terima kasih tak terhingga atas hospitality yang diberikan. Walaupun tutup sebenarnya, tapi still sanggup buka dan masakkan utk kitorg. Sebab tu la orang Asia ni baik-baik hati semuanya. After that, kitorg bergerak balik ke Hotel untuk ambik luggage. Ikut jadual sepatutnya kitorg kena bergerak dari hotel jam 2 petang untuk check-in apartment di Nakano dan Suginami. Tapi lewat sikit sebab kitorg sampai di Hotel jam 3 lebih. Hanya aku, Acap, CT dan adiknya Azizi yg ikut ambil luggage di hotel. Yang lain-lain kitorg tinggalkan di stesen Yokohama. Dari stesen Yokohama kitorg bergerak ke stesen Shinjuku. Kali ni kitorg perlu bertukar 2 kali train. Nak explain perjalanan kitorg ni payah sikit. Sebab setiap perjalanan mengikut waktu berbeza adalah lain-lain. Memang kena ikut actual time di google maps. Kalau awal-awal kita cari laluan masa jam 3 ptg, dia akan bagi laluan lain. Lepas 3 ptg dia akan bagi laluan train lain pulak. Jam 4 ptg punya lain pulak. Memang lauan tak sama sebab ada banyak train yg boleh connect ke tempat-tempat yang kita nak pegi. Tapi kalau kita nak maintain laluan yang sama pun boleh cumanya tak pasti brp lama kita kena tunggu train tu sbb setiap train yang sampai kebanyakannya arah dia tak sama walaupun line yg sama. So kena pastikan mana yang betul mudah dan ikut estimaton waktu yang sesuai. Google maps akan bagi kita train yg paling terdekat yg kita boleh naik immediately dlm masa bbrp minit. Rasa kalau train yg dia bg tu nak jalan lagi 2 minit tapi nak ke tempat tu perlu 5 minit, cari waktu lain so dia boleh bagi laluan yang lain. Haaa.. susahkan nak faham? Takpe nanti mesti lama-lama faham. Memang ambik masa sikit.

Dari stesen Yokohama kitorg naik JR. Stesennya sebelah je lepas keluar dari Keikyu Line. PASMO ni boleh guna mana-mana train company, so JR pun boleh guna PASMO. Kitorg turun di stesen Shinjuku, antara stesen tersibuk di Tokyo. Disebabkan time tu orang dah mula berpusu-pusu balik dari kerja, so perjalanan kitorg agak mencabar. Seterusnya, cabaran aku nak cari line ke Marunochi. Sbnrnya time ni aku salah percaturan. So disebabkan kesilapan aku tu, kitorg perlu berjalan jauh ke arah Marunochi line. Sampai jenuh menanya org 3 4 kali juga la baru jumpa Marunochi ni. Sbnrnya kitorg perlu turun di stesen Nakanosakaue. Sepatutnya aku kena search dari Yokohama ke Nakanosakaue. Tapi aku tersilap search satu-satu stesen. Dari Yokohama aku tersearch ke Shinjuku sbb aku tau kot mana pun kitog kena turun dan tukar train di Shinjuku. Tapi sbnrnya ada train dari stesen Yokohama yang boleh turun lebih dekat dgn Marunochi line. So silap aku ternaik JR line yg salah. Akibatnya dekat 7 minit juga kitorg terpaksa berjalan. Tapi takpe, kesilapan tu aku jadikan pengajaran dan aku dah faham permainannya. Dari stesen shinjuku (Marunochi) kitorg naik ke arah Okubo dan turun di stesen Nakanosakaue. Nak menyebut nama stesen ni pun payah. Sebenarnya ni bukan stesen yang kitorg perlu turun untuk ke apartment masing-masing. Tapi lebih kepada stesen pertemuan untuk kedua-dua family. Oleh kerana last minute decision, aku tak dapat carikan apartment yang berdekatan untuk family Uncle. So, yang terbaik aku boleh carikan adalah di area Nakano. Cuma laluan train kitorg tak sama. Apartment aku di area Suginami dan perlu turun di stesen Higashi-Koenji dan family uncle pula perlu turun di stesen Nakano Shimbashi. kedua-dua stesen ni trainnya ke arah yang berbeza. Umpama macam naik komuter ke Sentul dan Port Klang. Kalau nak jumpa kena sama-sama turun di KL sentral. Tapi antara stesen aku dan family Uncle, kitorg hanya perlu 2 atau 3 minit perjalanan je naik train. So tak jauh mana pun sebenarrnya. Kalau nak jalan kaki pun boleh dalam 15-20 minit.

Aku dan Acap bawa family uncle naik train semula ke arah Honancho untuk ke stesen Nakano Shimbashi. Family aku yg lain tunggu di Nakanosakaue. Dari stesen ni hanya 3 minit berjalan kaki ke apartment uncle. Mula-mula meraban juga nak ke arah mana. Tapi alhamdulillah percubaan pertama kitorg ke arah yang benar. Apartment family uncle 2 tingkat je dan di kawasan perumahan. Rumah dorg di tingkat bawah. So lepas kitorg dah selamat antar dorg 1 family cehck-in masuk rumah, kitorg naik semula train ke stesen Nakanosakaue. Lepas gather family aku, kitorg naik semula train ke arah Ogikubo dan turun di stesen Higashi-Koenji. Dari stesen ni aku dah tau nak ke arah mana sbb sblm dtg owner dah bagi aku video mcm mana nak ke apartment dari train station. Dari stesen ke apartment kitorg memang dekat sangat-sangat. Seminit je dah sampai. Di sepanjang perjalanan kitorg ada Family Mart dan juga 7-Eleven. 7-Eleven betul-betul je sebelah apartment kitorg.

Belakang kedai yg ada gambar kerbau tu
bangunan apartment kitorg.
Sebelah je dgn 7E

Entrance Building.
Nak masuk ke dlm apartment kena ambik kunci dalam postbox. Memang sistem AIRBNB biasanya akan guna self check-in. So memudahkan owner dan customer untuk adjust waktu check-in sendiri. Flexible. Takdela owner tertunggu-tunggu. Apartment kitorg ada 7 tingkat dan kitorg di tingkat 6. Setiap tingkat hanya ada sebuah rumah sahaja. So sangat-sangat privacy. Dan pintu masuk ke lif perlu ada kunci untuk masuk. Kalau pelawat datang, kena dail no rumah dan tekan loceng. Tuan rumah kalau ada kat dalam rumah akan bukakan pintu untuk pelawat masuk.




Ruang tamu
Rumahnya simple tapi selesa dan besar. Memang comfortable untuk kitorg bereenam. Exactly sama macam dalam gambar yang ditunjuk dalam laman web tu. Dari pintu masuk terus ruang tamu. Dapur di sebelah kanan dan meja makan di sebelah kiri. 2 bilik tidur dan bilik mandi sekali dengan toilet. Tapi bilik air ada pintu, so kalau ada yang tak tahan nak buat bisnes, yang tengah mandi boleh lock pintu bagi peluang org lain buat bisnes. Cuma yang kelakarnya, bilik air tu boleh buka kunci dari dalam dan luar. So agak bahaya juga kalau yg masuk tu orang-orang yang tak boleh dipercayai. Kalau duduk dengan kawan la. Kalau dengan family ok la kot. Dalam toilet juga ada mesin basuh dan sinki utk gosok gigi/cuci muka. Rumah ni lengkap dengan perlatan memasak. Selain tu ada iron, hairdryer, TV, toiletteries dan yang paling penting! Wi-fi! Sbrnnya rumah ni takde sediakan rice cooker. Tapi ownernya yang sgt baik hati, tetap provide kitorg dgn rice cooker. Siap baru beli lagi.  

Dapur.
Pintu sebelah peti ais tu ke toilet dan bilik mandi.

Bilik parents aku.

Bilik aku dan Yaya. *Abaikan yang bersepah atas katil tu*


Meja makan dan Sofa Bed.
Belakang tirai coklat tu ada pintu untuk ke balkoni.
Boleh sidai baju kat situ.
*Abaikan sekali lagi yang bersepah tu*
Respon dorg juga sangat bagus so bila ada masalah atau pertanyaan daripada aku, dorg akan jwb dengan pantas! Bilik hanya ada 2 dan katil pun dua sahaja. So aku dan Yaya ambil satu bilik. Satu bilik lagi mak dan ayah aku. So mana Adly dan dan Acap nak tido? Kat depan TV ada sofa. Kebiasaan di Jepun, sofa-sofa dorg dibuat dengan function seperti katil so kebanyakannya akan jadi sofa bed. Di situla sepatutnya dorg berdua tido. Tapi Acap rasa mcm payah nak buka tutup sofa tu so dorg kata tak kisah tido atas tilam yang disediakan. Lagipun tilam atau futon yang diberi agak tebal dan selesa. Memang aku dan Yaya pun landing gak atas tu sambil layan TV.


View dari bilik
Sesi memunggah barang-barang makanan dari luggage. Semuanya kitorg susun dan simpan dalan almari untuk kegunaan selama 5 hari lagi. Plannya ialah untuk masak breakfast dan dinner di rumah sahaja. Hanya waktu lunch kitorg akan makan di restoran-restoran sekitar Tokyo. Yang ni pun salah satu pengalaman mencabar juga. Sebab nak cari makanan halal kat Tokyo ni bukan mudah. Tapi jangan risau, sukar macam mana pun tetap ada. Yang penting perlu search dan search dan search.


Continue Day 4...

Wednesday, December 13, 2017

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 2 (3 Disember 2017) - Yokohama Town

Hari Kedua di Yokohama, kitorg cuma breakfast dalam bilik untuk lapik perut je sebab lunch nanti kami akan makan di luar. Waktu ni jam 06.30 pagi dah cerah. Semalam menyusun beg, lebih kurang jam 3 pagi juga kami tido. So hari ni kami keluar lewat sikit untuk jalan-jalan di sekitar Yokohama. Waktu Zohor di Yokohama jam 11.30 pagi, jadi kami jamak dulu siap-siap supaya senang nanti kalau nak balik lewat petang. Nak mencari tempat solat di sekitar Yokohama & Tokyo bukan perkara mudah tapi sebenanrnya ada lokasi-lokasi yang tertentu. Cuma kena pandai rajin cari sikit. Kalau nak mudah install apps mcm Halal Navi atau ada beberapa apps lain yang okay juga. Aku suka guna Halal Navi sbb boleh cari tempat makan halal dan tempat solat sekitar kawasan berdekatan kita berada. Halal Navi juga boleh diguanakan di beberapa negara lain termasuk Korea dan lain-lain.




Hari ini kitorg buat temujanji dengan rakan kami dari Jepun yang duduk di sekitar kawasan hotel kitorg. KC namanya. Kitorg kenal dia masa 1st time kitorg datang ke Yokohama. Dia mmg org Jepun. Sangat ramah dan boleh berbahasa melayu. Sebab dia ni selalu datang ke Malaysia bercuti terutama time musim sejuk. so dia duduk di Malaysia berbulan-bulan sampai boleh cakap bahasa kita sikit-sikit. Senang nak berkomunikasi dengan dia. Cuma kosa kata dia tak banyak sangat la dan kadang-kadang ambik masa juga dia nak faham soalan kitorg dan kitorg pun ambik masa juga nak faham apa dia ckp. LOL.. Bbrp minggu sebelum kitorg sampai, ayah aku dah berhubung dgn KC melalui emel. Last time aku dtg ke Yokohama aku tak sempat jumpa dia walaupun kitorg dan set masa untuk dinner bersama. So kali ni dia luangkan juga masa utk kitorg walaupun dia agak sibuk sebenarnya. Dia nak bawa kitorg jalan-jalan sekitar Yokohama dan lunch di satu restoran milik rakyat Malaysia di area Motomachi berdekatan Chinatown Yokohama.
Gambar masa 1st time kenal KC di Yokohama.

Time KC datang Malaysia.


So, lokasi perjumpaan adalah di lobi hotel. Mula-mula aku tak perasan dia, tapi bila ayah aku turun ke lobi baru dia tegur. Sebelum kitorg bergerak ke lokasi, KC bawa aku pegi beli PASMO di stesen Koganecho. Dari pembacaan beberapa blog sebelum ni, ada beberapa pilihan untuk kita beli kad mcm prepaid ni. Kelebihannya ialah kita tak payah nak pening-pening membuang masa cari brp yen nak beli tiket utk ke satu-satu destinasi. Just isi duit dlm kad tu dan tap je kat entrance. Dia akan deduct secara automatik dan lebih murah dari beli sekeping-sekeping tiket. Ramai yang suggest PASMO sbb kelebihannya boleh refund full dan boleh refund di Haneda Airport. Setiap kad yg kita beli akan dideduct 500 yen sebagai deposit. Contohnya beli 10,000 yen, nilai dlm tu akan ada 9,500 yen je. Pendek kata umpama nilai sekeping kad tu ialah 500 yen. Kalau refund dptla balik 500 yen beserta balance nilai dlm kad. tu. Kalau nak simpan buat kenangan maka sedekahla 500 yen tu. Menurut pemahaman aku, PASMO boleh dibeli di mana-mana stesen Tokyo Metro manakala Suica boleh dibeli di stesen-stesen JR. Dorg kata Suica dan PASMO sama je functionnya boleh guna untuk train, bus dan shopping. Cuma Suica kalau refund tak dapat balik deposit. Aku hanya beli PASMO utk yg dewasa sahaja. Adly dan Yaya KC kata rugi pakai PASMO sbb nanti dia akan deduct harga dewasa sedangkan dorg berdua dpt harga half utk setiap destinasi. Sbnrnya boleh je nak beli PASMO utk harga kanak-kanak. Tapi aku beli PASMO yang BLANK punya. Maksudnya tak perlu register. Kalau nak dpt PASMO harga utk children, korg kena pilih PASMO yg guna ID. Tapi kena guna passport. Aku malas nak buat sbb leceh. Lgpun passport sume kat mak aku time tu so aku malas nak patah balik. Hahaha.. Aku sanggup menggigihkan diri utk beli sekeping-sekeping tiket dorg. setakat 2 tiket masih ok drp aku nak kena beli utk 11 tiket. Oh ya, Khayla anak kepada CT (family dari Brunei) tak perlu beli tiket sebab dia boleh naik train secara free. Di sana kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah free tapi kena masuk dgn org dewasa. 2 kanak-kanak pertama je free. Kalau anak yg ketiga kena charge harga biasa kanak-kanak. So Khayla mmg naik turun train free of all charges.


Depan hotel Mystays Yokohama

KC bawa kami ke stesen Bandobashi (Subway) dan dari situ kami turun di stesen Kannai. Sebenarnya ke Chinatown lebih dekat turun di stesen Motomachi-Chukagai. Tapi perlu tukar train di stesen Yokohama. Maybe KC rasa leceh tukar-tukar train, so dia bawa kitorg turun di stesen Kannai sbb 2 stesen je dari stesen Bandobashi. Tapi bapak jauhla kitorg jalan. Ada lebih kurang 1 km lebih juga nak menyampai ke tempat makan tu. Tapi ok juga sebenarnya sebab on the way tu kitorg lalu di Yokohama Park so dapat la menyaksikan keindahan pokok-pokok yang bertukar warna sebelum gugur nak ke musim sejuk. Bergambar itu wajib!

 





Stadium Yokohama
Yokohama Park







 

 Selepas melalui Stadium Yokohama dan Yokohama Park kitorg merentas pula jalan sepanjang Chinatown. Di sini syurga makanan dan barang-barang dari negara China. Tapi syurga makanan untuk dorg la. Kitorg tak boleh makan sebab kebanyakannya tak halal. Selepas meredah jalan yang sesak dgn manusia tu, kami pun sampai di tempat makan yang dimaksudkan. Sebenarnya ikut jadual asal memang tempat ni la aku nak bawa family aku makan. So fikiran aku dan KC sama. Cuma tempat yang betul untuk turun sbrnya ialah di stesen Motomachi-Chukagai sbb hanya 2 minit perjalanan ke restoran tu.



Yokohama Chinatown Entrance










Restoran Malay Asian Cuisine ni milik sepenuhnya rakyat Malaysia berbangsa Cina. Nama ownernya ialah Steven dan dibantu oleh adik perempuannya. Menurut mereka semua bahan yang disediakan adalah halal dan restoran ni pun wujud dalam Halal Navi. Restoran ni juga pernah dikunjungi oleh Duta dari Negara Brunei dan Raja Muda dari negeri mana aku tak ingat. Tapi aku ada baca surat penghargaan yang dihantar dari pejabat kerajaan negeri yang tergantung kat dinding restoran dorg. Menu-menu yang dioffer semua memang menu Malaysia. Ada Nasi ayam, Nasi Goreng Kampung, Mee kari, Nasi Lemak dan beberapa menu lain. Semua menu dia sedap-sedap terutama Nasi Goreng Kampung dan Mee Kari. Set lunch dia cuma 1,000 yen seorg tapi dlm set ni ada sekali soft drink atau hot drink yg boleh refill + soup + salad. Memang kenyang sangat-sangat ok. Dan sedap!!! Kat situ juga kalau ada sesape nak solat, just bagitau dorg dan dorg akan bagi ruang untuk solat.
Nasi Ayam








Lepas lunch kitorg bergerak ke Minatomirai. Tempat ni tempat wajib pergi kalau ke Yokohama sebab di sini la kebanyakan landmark Yokohama. Dari stesen Motomachi-Chukagai hanya 3 stesen ke Minatomirai. Di sinilah berlaku satu peristiwa lucu bila ayah aku tertinggal train. Masa turun ke stesen, train ke Minatomirai dah sampai. So KC gegas kitorg semua untuk naik segera. Masa tu memang dah tak tengok sape kat belakang sape kat depan sbb masing2 kelam kabut nak masuk dlm train sblm pintu tutup. Lepas pintu tutup aku ingat semua orang dah naik tapi tiba-tiba mak aku jerit nama ayah aku. Masa tu memang ayah aku dah sampai depan pintu tapi pintu dah tutup dan train mula bergerak. Aku jadi panik. Tapi yang kelakarnya, ayah aku sempat lambai-lambai say bye-bye masa train kitorg bergerak. Hahahahadoiii... Mcm redha dan pasrah pun ada. Kitorg bgtau KC dan KC suruh kitorg semua turun di next stesen. KC dan adik aku Acap kena naik semula train ke Motomachi utk cari ayah aku disana. Tapi dlm masa yang sama kitorg semua check juga semua train yang berhenti di situ kot-kot ayah aku naik train yang selepas tu. Tapi nasib baik ayah aku stay dan tunggu di stesen Motomachhi. Kalau dia naik juga berkemungkinan ada train yg tak berhenti di station kitorg tunggu tu. Kalau tak berhenti, bye bye jumpa kat hotel je la jwbnya. Nasib baik akhirnya dia berjaya diselamatkan. Dan sepanjang hari tu, ayah aku dapat gelaran dari KC, 'Pakcik Motomachi'. Setiap kali kitorg naik train dia akan tanya 'Pakcik Motomachi ada?'... LOL... Dia sentiasa pastikan ayah aku ada supaya tak tercicir lagi.

Di Minatomirai stesennya berhubung dengan Queen's Square Mall. Di sini kitorg spend lebih kurang sejam sementara nak menunggu hari gelap. Waktu maghrib jam 4.30 petang. So bila time ni dah gelap macam malam. Di depan mall ni ada taman tema. Kat situ juga ada Ferris Wheel ala-ala 'Eye of Yokohama'. Bila malam lampu-lampu sekitar Ferris Wheel tu sangat cantik. So demi menyaksikannya, kitorg pun tunggula sampai hari gelap. Sementara menunggu tu, yg lain-lain gi shopping. Aku dan mak ayah aku lepak-lepak di luar bangunan sambil mencuci mata. Sejuk memang sejuk tapi bila lagi nak rasa sejuk mcm ni. Balik Malaysia tak rasa dah mcm ni. So bertahanlah. Sambil-sambil menunggu, Yaya pula dah mengorbankan sejumlah yen kat Disney Store. Patung apa ntah dibelinya layankan je la. Sebelum ke taman tema, aku sempat singgah jap kat Hard Rock Cafe beli sehelai t-shirt kiriman org. Lokasinya kalau mengadap pintu masuk mall, di hujung sebelah kiri tingkat bawah satu level. Turun escalator satu tingkat dan keluar dari bangunan. Betul-betul tepi pintu keluar. Kat situ takde t-shirt tulis Hard Rock CafeTokyo. Hanya ada tulis Hard Rock Cafe Yokohama je. So kalau nak cari yg ada tulis Tokyo kena ke Hard Rock Cafe Tokyo baru ada.










Cosmo Clock 21


Ni haaa benda yg budak 2 org tu sibuk sangat nak naik.

 

Lalauan ke Hard Rock Cafe. Kedainya betul2 sebelah kiri pintu keluar.

Bila hari dah gelap, kebetulan masa tu jam 5 petang so kitorg dapatla saksikan show lampu-lampu bergemerlapan yang terpancar kat Ferris Wheel tadi. Ala-ala fireworks tapi cantik. Lepas tu kitorg menuju masuk ke taman tema. Just cross seberang jalan, dah sampai taman tema. Dekat sangat. Adik aku, Acap dgn anak buah aku, Adly org paling excited nak naik semua benda kat situ. Roller coaster dan semua benda-benda menggerunkan dorg nak naik. Kitorg ni layankan je. Yang lain-lain??? Hahahah... Hanya mampu tengok je sbb masing-masing penakut + gayat. Lepas 1 game, kitorg jalan menuju ke seberang jalan untuk ke Ferris Wheel tadi atau dorg panggil Cosmo Clock 21 sbb Acap, Adly dan Yaya nak naik. So aku temankan dorg sebab mak ayah aku malas nak naik. Dorg dah penah naik dulu. Family uncle dan aunty dari Brunei pun tak nak naik sbb dorg memang gayat benda-benda yang berpusing dan tinggi. So sementara menunggu kitorg naik Cosmo Clock tu, KC bawa yang lain-lain utk mengopi kat Yokohama World Porters berdekatan tempat tu. World Porters ni shopping mall juga.






Mengopi di Yokohama World Porter

Jangka masa que utk naik Cosmo Clock ni lebih kurg 30-40 minit. Tapi naiknya 15 min je. Kalau nak naik game-game ni kena beli tiket kat kaunter. Kalau tak tau apa nama game tu, tunjuk je gambar-gambar kat kaunter tu pastu tunjuk jari brp org. Nanti dia tekan-tekan keluarla harga brp kena bayar. Senang je kan. Dari dlm Cosmo Clock tu boleh nampak view sekitar Yokohama. Waktu hari dah gelap memang cantik diterangi lampu-lampu yang berwarna warni. Rasa mcm dah waktu malam walaupun masa tu baru kul 6 ptg. Lepas turun dari Cosmo Clock, Acap dan Adly terus que utk naik roller coaster. Aku dan Yaya tunggu dorg di bawah. Acap kata Adly tutup mata masa naik roller coaster tu. LOL. Penakut gak. Ingat berani sgt.

Beratur nak naik Cosmo Clock



KC tgh buat siasatan status halal. :p
Lepas berkumpul balik semua kitorg gerak semula ke Queen's Square. Asalnya plan nak pegi restoran tghari tadi utk dinner, tapi aku rasa mcm malas nak patah balik ke sana so aku suggest utk makan satu kedai India kat dlm mall tu je. Dalam Halal Navi ada kedai ni. Khazana nama restorannya. Tapi KC mcm tak yakin so dia kata tunggu kejap dia check dgn restoran tu. Lepas staf restoran tu kata halal baru KC bawa kitorg masuk. Sbrnya aku penah makan di restoran ni masa 1st time aku ke Tokyo. Tapi bukan di sini, aku makan di Odaiba. Masa tu student Malaysia yg jadi tour guide kitorg yg bawa. So aku yakin restoran ni halal. Restoran ni menu-menunya lebih kepada masakan India atau mamak macam kat kedai-kedai mamak biasa. So aku order Cheese Nan dan Ayam Tandori. Yang lain-lain ada yang order Capati, Paratha, Biryani Chicken, Chicken Tikka Masala dan lain-lain menu menarik. Tapi Cheese Nan dia mmg powerrr!!! meleleh leleh cheesenya.


Capati + Ayam Tandori


Meeting tergempar.
After dinner kitorg bergerak balik semula ke hotel. Kali ni naik melalui stesen Minatomirai dan tukar train di stesen Yokohama. Dari Yokohama kitorg naik local train dan turun di stesen Koganecho. Malam tu kitorg lepak lama di lobi hotel menunggu KC menyelesaikan urusan sewa transport. Family uncle ada banyak luggage yang besar dan berat so kalau naik train dan tukar-tukar train memang sangat sukar. Tapi nak cari teksi yg besar mlm tu memang susah sbb perlu di book awal. So end up hotel bantu uruskan delivery luggage sahaja ke apartment di Nakano (Tokyo) dan kami semua akan ke sana menaiki train. Last sekali, kitorg say goodbye dengan KC sbb esok dia kerja jadi dia tak dapat hantar kitorg.



continue day 3....