Tuesday, February 1, 2011

Cinta dan Persahabatan... Keliru???


Dah lama pulak aku x tgk citer Taiwan ni... sejak2 dh tumpu citer Jepun pastu beralih plak ker drama Korea... aku ter 'hold' skjp drama2 menarik Taiwan.... lagipun sbb rasanya xde kot citer2 yg menarik skrg ni... last sekali aku tgk pun citer Brown Sugar Machiato kot... mak aihhhhh lama giler dh x tgk... pastu ada gak citer2 lain aku tgk mcm black & white, momo love... tapi sume x selesai lagi... hahahahah.. ntah biler nak selesai aku pun x tau....


nih nak citer sikit... satu drama Taiwan yg aku tgh tgk... sbnrnya citer ni dh lama pun dibuat penggambarannya... tapi disebbkan typhoon yg melanda Taiwan tahun lepas... penggambaran terpaksa ditangguhkan dan kemudian watak heroin tarik diri... so dorg terpaksa tukar heroin baru dan buat penggambaran semula... sbb utama aku tgk citer ni pun adalah kerana Aaron Yan a.k.a Yan Ya Lun yg juga merupakan ahli bongsu kumpulan Fahrenheit... ishhhh.... kalau nk citer pasal dia ni... 10 hari 10 mlm pun x selesai.... :p

heroin dia aku x kisah sgtla sbb aku pun brp familiar sgt
dgn dia... tapi bila dh tgk... ok gakla... selepas drama Mysterious Incredible Terminator a.k.a Pi Li Mit a.k.a The Clue Collector... aku x sabar2 nak tgk lakonan Aaron dlm drama lain sbg watak utama... that's whyla bila keluar jer citer ni dan english sub... aku terus nonton...

Love Buffet mengisahkan tentang persahabatan antara 2 lelaki dan seorg perempuan yg juga berjiran... dlm pada berkawan tu... mcm biasala... ada antara mereka yg jatuh cinta dgn satu sama lain... bermulalah kisah cinta tiga segi antara mereka... Aaron membawa watak Xing Yi Cheng atau Ah Yi... seorang yg s
gt cool, x bnyk ckp dan penah kecewa bercinta...

watak heroin pulak merupakan watak yg agak lembab2 sikit tapi cute... haruslah kan kena cute... kalau x... xdela hero dgn second hero jatuh cinta... but anyway aku suka dgn watak heroin iaitu Xiao Feng... Xiao Feng ada daya tarikannya sendiri wpun dia xlah secantik atau selawa heroin2 perempuan yg lain.. bahkan kalau nk bandingkan dgn watak villain perempuan pada awal cerita... lagi lawa kot... tapi seperti yg aku katakan... watak tu ada daya tarikannya sendiri.. kalau dh tgk mesti korg akan tau...

watak second hero pulak dipegang oleh salah seo
rang ahli kumpulan Fahrenheit juga iaitu Calvin Chen... Calvin ni bawak watak Da Ye seoarang lelaki yg sgt baik hati, ceria dan very gentleman pada perempuan... disbbkan sifat dia tu la... dia sgt mudah menjadi perhatian semua perempuan kat kolej dia... yg menjadi mslhnya... dia ni... x penah bercinta... dan katanyerrr x tau cinta tu camna... oleh kerana itulah.. bila ada girl yg confess kat dia... dia terpaksa rejek sbb dia kata dia x de perasaan yg sama... dia x tau cinta tu apa... errrrr.... ni manusia ke robot ni? anyway... watak dia pun best dan menarik apatah lagi menjadi pesaing hebat kepada watak Aaron iaitu Ah Yi... Ah Yi dan Da Ye ni sbnrnya sepupu.. so dorg tinggal serumah dan berjiran dgn Xiao Feng...

Maka yg menjadi mslhnya skrg... cinta tiga segi dorg ni amatlah rumit... pada awal perkenalan... Xiao Feng suka pada kedua2 mereka tapi
hanya sbg kawan... dan kerana layanan Da Ye yg terlalu baik pada Xiao Feng... mnybbkan Xiao Feng mula jatuh cinta pada Da Ye kerana merasakan Da Ye memandang dia sbg seorg yg istimewa... dlm proses Xiao Feng mencari peluang utk confess pada Da Ye... Ah Yi yg tau perangai Da Ye yg suka merejek org tu... mula jatuh cinta secara perlahan2 pada Xiao Feng tanpa dia sedari... dan selepas Xiao Feng direjek oleh Da Ye... Ah Yi mula mendekati Xiao Feng dan dlm diam melindungi dia daripada frust menonggeng... sampaila satu ari... Ah Yi meluahkan perasaannya pada Xiao Feng... Xiao Feng cam x leh terima sbb dia baru jer nak ubat hati dia... tapi lama2 lepas bbrp incident dan atas nasihat kawan2... Xiao Feng mula sedar kewujudan Ah Yi pada diri dia dan mula jatuh cinta pada Ah Yi... dalam pada masa yg sama... Xiao Feng dan Da Ye cuba memahami situasi masing2 dan mula berkawan semula seperti biasa... tapi yg x beshnyer tu... bila Da Ye tau yg Ah Yi sukakan Xiao Feng dan Xiao Feng pun bgtau Da Ye yg dia dh mula sukakan Ah Yi... Da Ye rasa mcm ada sesuatu x kena dgn diri dia... dia mula rasa jealous dan dia mcm nk ke arah2 x puas hati...

konflik mula menjadi hangat bila bekas makwe Ah Yi dtg mencari dia kembali... Ah Yi mula tersepit antara dua perempuan dan dua perasaan yg berbelah bagi... antara Xiao Feng yg dia suka kerana sikap beraninya... dan antara bekas makwe yg dia kesiankan sbb selalu x dpt perhatian boyfriend dia yg skrg... so yg mana satu Ah Yi nk pilih ni... dlm masa yg sama jugak... Ah Yi masih ada perasaan pada bekas makwe dia tu... bekas makwe dia ni lebih tua sikit dari dia... dan Da Ye turut masuk campur sbb Da Ye x mau tgk Xiao Feng terluka sekali lagi...

itulah antara jalan cerita yg aku dh tgk setakat ni... masih menunggu episod seterusnya dan apa yg akan terjadi bila bekas makwe Ah Yi menagih cinta daripada Ah Yi semula... kesian Xiao Feng... dgr khabar angin... Xiao Feng akan dikecewakan oleh Ah Yi dan akan kembali ke pangkuan Da Ye... gitewwwww... papepun... citer ni sgt best sbb pelakon2 dia... susunan jln cerita dan part2 kelakar yg mnybbkan aku gelak2 pecah perut kat dpn lappy.... dan semestinya dan seharusnyalah kan... Aaron sgt hawwwwwwtttttttt dlm ini drama.... haihhhhh..... :D
so korg2 kalau berminat nk tgk bolehla carik kat site2 streaming yg ada... dlm citer ni gak aku sgt suka dan dh jatuh cinta dgn lagu en
ding... Wu Hui (Mistake) oleh Fahrenheit... salah satu band boy Taiwan yg aku paling minat selain kumpulan Lollipop... ntah apa cerita Lollipop skrg lepas Wang Zi a.k.a Prince dan Xiao Jie a.k.a Brian tinggalkan kumpulan ni... by the way... Fahrenheit dh kuar album baru bertajuk Super Hot... xdela baru sgt pun... tahun lepas lagi dh kuar... hik3... mmg sgt hot imej baru mereka dan lagu2 pun sgt best.... tryla dgr... :)
















SEGALA GAMBAR2 BUKAN HAK MILIK SAYA... CREDIT KEPADA TUAN PUNYA..


ALL THE PICTURES ARE NOT MINE... CREDIT TO THE OWNER...



p/s: skrg... tgh sibuk follow Athena : The Goddess of War, Dream High, The Princess dan berusaha sedaya upaya nak habiskan Personal Taste... aiyaaakkkkkk....

2 comments:

  1. sy dh abis tgk personal taste ;))
    skrg tgh layan dream high & secret garden ;D

    ReplyDelete