Saturday, April 14, 2012

Rasa yang tak terlihat...



Semalam... 13 April... genaplah setahun pemergian abang/Qairil meninggalkan kami sekeluarga...terasa masih baru lagi perkhabaran di awal pagi yang aku terima setahun lepas bermain di minda.... masih jelas dan masih kekal dlm ingatan aku saat2 dan perasaan yg hadir waktu itu... dan kerana itulah... hingga sekarang aku masih fobia utk ke ofis awal pagi seperti selalu...

selama setahun... banyak yg telah berlaku.. dan satu2 kenangan sewaktu membesar bersama arwah x dpt aku lupakan... walau bnyk kekesalan dlm hati tapi aku anggap ia satu perkara yg boleh menghalang aku dari terus bersyukur kerana Allah memberikan aku peluang utk mengenali dia, membesar bersama-sama dia dalam satu keluarga dan memiliki dia sebagai seorang abang sulung... setiap perkara yg berlaku adalah perancangan dari Allah dan setiap ujian itu jugalah yg akan menguji betapa kuat atau lemahnya iman seorg hambaNya... selama setahun ini jugalah banyak perasaan di hati yg x dpt terluah dan x dpt diperlihatkan...

Mungkin ramai yg nampak luaran... tapi sbrnya Allah juga yg maha mengetahui... Aku jarang menyebut pasal arwah dlm setahun ni... bukan kerana aku mahu melupakannya.. atau bukan kerana aku mahu menghilangkan kesedihan atau kerinduan.. bukan juga kerana aku x sayang dan sudah lama meninggalkan kesedihan atas pemergiannya... tapi kerana aku mahu setiap saat... doa2 ku sampai kepadanya... kerana hanya dgn mendokan dia di dlm hati... aku akan sentiasa menerima ketentuan ilahi...

aku adalah seorg yg jenis malu utk mengekspresikan emosi di depan kwn2 dan keluarga aku sendiri.. sbb itu aku lebih selesa utk beremosi sendiri... dan aku selesa dgn keadaan itu... hanya Allah tahu betapa kuatnya kerinduan aku kepada arwah sbb selama arwah masih hidup... aku banyak mensia2kan hubungan kami... tapi aku x mahu kata menyesal atau terkilan...kerana itu adalah tanda2 manusia yg mengingkari qada' dan qadar Allah... namun hati tidak akan menipu... kerana hati adalah yg paling ikhlas dan telus... mulut boleh berbohong... wajah boleh menipu.. tapi hati tetap sama...tidak akan berubah... setiap kali ketika balik dari ofis slps tol upm... aku akan melalui simpang ke upm.. dan setiap kali itu jugalah aku akan mengingati arwah... kerana jarak yg membezakan kedudukan aku dan tempat arwah bersemadi... ketika itula aku akan terfikir.. "ohh.. di situlah dia berada..." setiap kali aku pulang lewat dari bekerja atau keluar dgn kawan2... ketika aku parking kereta di depan rumah... aku akan teringat.. di waktu inilah arwah paling risau tentang aku yg selalu pulang lewat dan jarang memaklumkan kepada mereka di mana lokasi aku kalau balik lewat... dan aku sentiasa mengabaikan setiap teguran dia... setiap kali aku pulang ke rumah... dan tiada seorg pun di rumah.. ketika itulah perasaan aku lebih kuat kerana selalunya pada ketika ini.. arwah akan berada di rumah dan ke hulu ke hilir antara dua rumah kami... setiap kali aku melalui pintu yg menghubung antara dua rumah kami... setiap kali itulah aku akan terpandangkan ruang tamu dan bilik arwah di mana tempat arwah selalu berada... segalanya mengingatkan aku tentang dia... 28 tahun... segala yg rutin.. segala yg terbiasa... takkan mungkin dpt dilupkan dlm masa setahun.. dan x kan mungkin dpt dilupakan hingga akhir hayat aku...

selama 28 tahun aku menyebut nama ini setiap hari... "Qerel"... tapi selepas pemergiannya.. nama itu jarang aku sebut... dan sesungguhnya aku sangat rindu utk memanggil nama itu kembali... aku tetap akan sayangkan dia sampai bila2...

al fatihah... Qairil Anwar Abd Rahman 29 disember 1980~13 April 2011

4 comments:

  1. alfatihah utk arwah..semoga rohnya ditempat kan dikalangan org2 beriman..
    sayu hati baca nukilan akak..:(

    ReplyDelete
  2. Yang penting mereka yang dah pergi sentiasa di hati kita...Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. betul... sesuatu yg bernilai itu xkan cepat pudar walau dimakan masa... al fatihah...

    ReplyDelete