Friday, May 8, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO LAST PART (DAY 7 & 8)

Pagi ni kitorg kena bergerak ke Narita sbb flight kitorg awal pagi keesokan harinya. Rasa sayang nak tinggalkan  hotel yg dh 6 mlm kitorg duduk ni.. chewahh.. kitorg kena check-out hotel kul 10 pagi.. standard kat sini waktu check-in 3 ptg dan check-out 10.00 pagi.. agaknya dorg memerlukan waktu yg lama utk kemas dan siapkan bilik2. So lebih kurg kul 10 lebih sikit camtu.. kitorg pun hangkutla brg2 kitorg keluar dari bilik.

Sekitar kul 10.30 lepas dah bergambar2 kenangan jap kat sekitar2 hotel kitorg tarik beg ke Koganecho station.. Macam biasa kitorg berhenti dan tukar train kat Yokohama station. Kali ni untuk ke Narita kitorg kena naik JR Yokosuka line ke arah Narita Airport. Train ni akan lalu 6 sation sblm sampai di Tokyo station dan akan bertukar jadi Sobu line rapid. Lepas 9 stop.. sampai Chiba station dia bertukar pulak jadi Narita line. Semua line bertukar automatik so tak perlu turun tukar train kecuali kalau train tu announce kena tukar. Biasanya kena tukar sbb kita naik train yg jenis atau arah salah. Perjalanan kitorg ambik masa lebih kurang 2 jam lebih.. walaupun stop tu banyak.. tapi jarak antara satu stop dgn stop yg lain ambil masa 5-10 minit juga.

Sampainya kitorg kat Narita station kitorg turun di situ. Narita ni mcm kwsn sub urban sikit. Mcm area kampung2. Kawasan dia tak sesibuk Tokyo dan agak tenang. Kebanyakan penduduk dia pun rata2nya senior citizen. Masa tu dh kul 1 lebih nak ke pukul 2. Memandangkan check-in time kul 3 kitorg terus ke hotel nak cuba nasib kot2 boleh check-in awal. Plannya.. kalau tak boleh check-in awal kitorg nak leave luggage kat situ dan gi lunch kat Narita Airport. Jarak berjalan kaki dari Narita station ke hotel U-Narita City lebih kurg 3-5 minit. Dekat sangat.. hotelnya depan station jer.. Sampai di hotel aku cuba untuk minta check-in awal. Alhamdulillah bilik dah siap dan dorg benarkan kitorg masuk awal.. So plan bertukar. Kitorg masuk bilik dan letak luggage..rehat jap 10 minit dan keluar balik utk lunch. Hotel ni mmg old style.. ala2 zaman Jepun dolu2.. hahah.. kunci dia rare sangat. Pintu bilik masih pakai kunci style.. dan atas katil disiapkan dgn robe ala2 kimono.. rare sangat2.. Bilik kitorg berdekatan lif sama mcm kat Mystays.. dan view dari bilik.. Mashaa Allah.. mmg cantik.


So lepas brg dh settle.. dgn tangan yg ringan kitorg gerak ke Narita station utk Narita Aiport Terminal 2. Tujuan aku ke sana sbnrnya di samping nak makan lunch.. nak survey train dan airport masa nak check-in flight nanti. Senang tak perlu kelam kabut nak cari line mana atau platform mana sbb kitorg kena keluar awal pagi dan kena sampai di airport selewat lewatnya kul 7 pagi. Dari Narita station kitorg naik Narita line menuju ke arah Narita Airport. Selepas Narita station hanya ada 2 saja stop iaitu Narita Airport terminal 2 dan selepas tu Narita Airport Terminal 1. Biasanya terminal 1 ni utk flight yg mahal2 sikit.. eh ye ke? hahah.. ala2 mcm KLIA 2 dgn KLIA 1 la. So tempat yg kitorg nak gi makan ni kat Terminal 2.. terminal yg sama kitorg akan depart balik KL. Kat terminal 2 ada satu restaurant namanya La Toque. Restaurant ni aku jumpa melalui Halal Navi. Kat situ dorg serve menu base on curry.. Sedap dan harga pun okay. Aku order chicken curry with rice.. Lai pulak nak cuba udon.. okay dua2 pun sedap. Tak cukup makan situ.. aku tapau balik set chicken roasted dgn curry dia pulak. Selain La Toque ni.. ada satu lagi info halal yg aku jumpa kat laman web Halal Media. Restaurant Kineyamugimaru yg serve Halal Udon kat tingkat 5 berdekatan prayer room. satu lagi Restaurant Tentei.. yg ni pulak serve Halal Tempura kat tingkat 4. Aku tak sempat pun nak cuba dua2 restaurant ni..tapi inshaa Allah kalau ada rezeki di masa lain nak juga cuba makan di situ.


Lepas dah siap lunch kitorg spend time sekejap kat floor tu untuk cari some souvenir. Anak2 itik aku belum cukup lagi collect souvenir so masa kitorg nak cari lokasi La Toque tu banyak kedai2 souvenir yg menarik hati. Ada mcm2 jenis brg. Beg ada kipas ada handkerchief ada.. mcm2 la barang ada. Aku time tu takde pun rasa nak tambah berat beg. Tapi ada satu benda menarik  minat aku. Kit Kat Japan only dan yg limited edition. sesuatau yg sgt rare. Kat Malaysia susah nak jumpa sbb cuma certain2 kedai yg import dari sini je ada. Mula2 aku nak beli Kit Kat Green Tea je. Tapi aku was2 dgn status halalnya. Aku cuba tanya pada kwn adik aku yg belajar kat situ. Dia dah stay Tokyo bbrp tahun gak dan dia juga yg banyak bantu aku cari makanan halal kat sini. Dialah yg suggestkan aku utk install app halal navi tu. Menurut info dia.. Kit Kat dh lama diiktiraf halal sbb dia tak gunakan bahan yg haram. Walaupun dorg belum dpt sijil halal.. tapi dorg jamin yg bahan2 dorg tak gunakan sebarang bahan yg diharamkan dlm islam. So Halal Media pun sahkan Kit Kat di sini halal. Kalau ada jenis2 yg korg was2.. check ingredient dia atau tanya staf kedai kat situ. takut mungkin ada yg mengandungi alkohol. Wallahualam. So lepas dpt info.. aku pun belila Kit Kat Green Tea.. Sakura Matcha dan Pudding flavor. Aku beli yg jenis mini.. so dlm otak aku masa tu fikir boleh jadikan souvenir sbb aku dh malas nak cari fridge magnet.


Dah buang masa kat situ, aku ajak dorg balik sbb masa tu hari dh nak gelap dan masing2 belum solat zohor mahupun asar. So kitorg rushing balik semula ke hotel. Kat hotel kitorg repacking semula brg2. susun atur dan sumbat balik brg2 yg kitorg beli. Kat sini siaran TV dia tak sama mcm kat Tokyo. Agak membosankan. So kitorg biar TV tu berckp sorg2 dan kitorg buat hal memasing. Lai dan Onie nak kuar kejap cari brg kat kedai2 bwh sekitar hotel. So dorg tinggalkan aku melayan perasaan sorg2 sambil melantak makanan yg aku tapau kat La Toque tadi. Malam tu aku tido agak awal sbb esoknya kitorg kena bangun extra awal. Aku pesan pada sume yg 6.30 pagi kitorg dh kena sampai kat Narita station. So kitorg kena turun dari bilik selewat2nya kul 6.15 pagi.


Esok pagi segalanya berjalan lancar. Kat hotel ni sbnrnya ada disediakan shuttle bus utk ke airport. Tapi bas pertama start ada kul 7 pagi dan perjalanan ambik masa stgh jam. So aku rasa terlalu lewat utk kitorg kalau nak naik bas. So kitorg nak naik train jer. Sebelum kitorg check-out dan pulang kunci aku dah packing balik Pocket wi-fi yg aku rent dan minta tolong pada front desk utk letakkan dlm post box. Mulanya aku just nak tanya front desk kat mana post box terdekat sekitar situ. Tapi dia kata takpe dia boleh tolong poskan. So aku tinggalkan pada dia je.


Dari Narita station hanya 15 minit perjalanan utk sampai ke airport terminal 2. Kitorg sampai lebih kurg 6.50 pagi. Masa tu kaunter belum buka dan org masih belum ramai. Kawasan airport nampak kosong. Flight kitorg awalnya kul 9.45 tapi bbrp minggu sblm kitorg depart ke Tokyo.. time diubah ke kul 10 pagi. So kaunter akan dibuka kul 7 pagi 3 jam sblm depart. Sementara tunggu kaunter buka, Lai pegi cari kedai nak wrapping beg dia yg begitu berharga tu. So aku dgn Onie lepak2 di tempat menunggu. Lepas Lai settlekan beg dia.. kitorg ke kaunter utk drop baggage. Mula2 kitorg confius sbb ada satu barisan panjang dan kat tepi tu ada board tulis flight ke Bangkok. Betul ke line yg kitorg masuk ni? Kang salah kena beratur balik. Jenguk punya jenguk... rupanya kitorg mmg salah barisan. Kaunter flight ke KL tak ramai org pun so urusan drop baggage kitorg cepat dan mudah. Masa pergi seat aku terpisah dgn Lai dan Onie. Tapi masa balik KL ni seat kitorg sederet tapi kat row tgh2.. so tak dapatla nak duduk tepi tingkap. Aku pilih utk duduk tengah sbb aku tak suka kena langgar dengan troli makanan. Sbb urusan settle awal dan tangan pun dh kosong.. kitorg sambung shopping2 last minute kat tempat smlm. Kali ni aku tambah lagi stok Kit Kat aku. Aku beli strawberry flavor dan tambah flavor Green Tea dgn Sakura Matcha.

Boarding time kitorg kul 9.20 pagi.. so demi mengelakkan masalah kesesakan kat imigeresen dgn keselamatan. kitorg masuk kul 8.30 pagi. Kat pintu nak masuk depart gate pun dah que panjang apatah lagi masa imigresen. Tapi tak sesesak masa sampai ari tu. settle dlm kul 9 kitorg bergerak pelan2 ke departure gate. Dari gate kitorg kena naik bus utk ke flight sama mcm masa arrival. Sebelah gate kitorg flight ke Vietnam ke Bangkok ntah aku tak ingat. Kecoh masa tu sbb staf dia kena announce bbrp kali panggil passenger yg tak masuk2 sbb masa tu dh sampai masa utk boarding dan gate pun dh nak ditutup. Tapi ramai giler yg masih belum masuk. Aku rasa dorg sume sangkut kat imigresen sbb kat situ lama juga waiting time dia. Sorg2 berlari ke gate. Bukan sorg dua.. tapi ramai. Semuanya sampai secara beransur2.. kelam kabut juga dibuat staf airport tu kitorg tgk.. sampaikan dia sendiri berlari ke imigresen utk selamatkan penumpang2. Akhirnya selesai juga sume penumpang berjaya masuk.. aku rasa delay gak flight tu baru depart. Satu yg aku puji staf Jepun ni.. dorg sangat pentingkan passanger.. bertungkus lumus sanggup announce berpuluh kali.. tabah menunggu dan siap gigih pergi cari kat laluan imigeresen. Kalau staf kat Malaysia ni.. hmmmm bye bye la.. kalau dh kata 10 minit sblm boarding nak tutup gate tu.. takde maaf dah.. dia tutup jer.. kesian org2 yg terlepas flight sedangkan masih boleh kot bertimbang rasa bagi masuk. Dahla nak cari passenger yg kot sangkut kat imigresen pun tidak.. buat tak layan jer.. dalam hati dia kata.. nasib kau lah.. hahaha.. nasiblah kan sape suh lambat masuk. Moral of the story kalau nak depart tu.. masuk ler awal.. jgn lenggang2 kangkung kang kena tinggal flight padankan muka.

Sampai giliran kitorg utk naik bas ke flight. Alhamdulillah penumpang sume takde yg lewat atau tercicir. Disbbkan kitorg lapar sesangat.. kitorg beli satu lagi meal atas flight sbb spptnya kitorg hanya beli 1 je meal secara online. Lai sorg je yg beli 2 kali. Flight kali ni perjalanan dia agak tidak smooth.. lepas sejam plane naik.. pilot announce suruh sume pramugara dan pramugari duduk sbb kitorg akan hadapi turbulence yg agak kuat. Disbbkan cuaca tak berapa baik hampir sejam kitorg langgar awan. Berdebar2 juga hati.. selalunya turbulence yg aku penah kena paling lama pun 10-15 minit je.. tak pernah lama mcm ni. Mcm2 doa dan zikir kitorg baca sampaikan terlelap la masing2.. buka mata pun turbulence masih belum berhenti lagi. Alhamdulillah Allah lindungi perjalanan kitorg.. Lepas sejam tu turbulence berhenti dan meal diserve semula. Nasib baik masa time turbulence tu meal kitorg dah sampai. So sampil kapal terbang bergoyang2. sambil tu la kitorg melantak makanan sampai abes.

Fligt kitorg mendarat di KLIA2 kul 4.45 ptg. Kali ni pendaratan pun lancar seperti yg aku jangkakan. Cuaca nampaknya panas tak seperti di Jepun.. hahahaha.. berangan kan nak cuaca sejuk. Yg best tu kat laluan imigresen kosong takde org.. alahai kenapalah kat Jepun ari tu tak mcm kat KLIA ni.. tak payah pening2 nak beratur membuang masa. Lepas kitorg dh ambik beg aku berpisah dgn anak2 itik sbb haluan dorg berbeza dgn aku. 8 hari meninggalkan Malaysia. Whatever it is.. Malaysia still the best country ever. Lepas ni duduk diam2 sbb poket dah pokai.. hahaha... Seminggu lepas tu, org Vodafone email aku bgtau yg pocket wifi dia dh selamat dikembalikan. Alhamdulillah....


Huwaaaa!!! kena kumpul harta balik....


Done.

No comments:

Post a Comment