Tuesday, May 5, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 7 (DAY 6)

Pagi ni kitorg keluar dari hotel agak awal.. seawal jam 6.30 pagi sbb pagi ni kitorg nak menuju ke kawasan Mt. Fuji... tak naik pun Mt. Fuji.. tapi pegi area2 berdekatan yg boleh nampak Mt. Fuji tu je. Sarapan pagi kali ni ala kadar jer sbb kitorg tak sempat nak masak. So dengan apa yg ada kitorg just lapik perut dan bawa sikit bekalan utk makan dlm bas nanti.

Hari ni kitorg akan ikut group Malaysia yg akan sama-sama ke Mt. Fuji juga. Group ni dibawa oleh Kak Sofi, kenalan keluarga yg dh agak lama juga kitorg kenal. Kak Sofi ni dgn husband dia owner company travel agency Malaysia. So aku n family selalu jer follow trip travel agency dia. In fact, mak aku pun skrg bekerja dgn dia tolong bawa group-group tour kalau dorg tak cukup tour leader.

Begerak dari Koganecho menuju ke Yokohama station sekitar 6.30 pagi, time ni, hari dah cerah dan orang ramai dh start ke tempat kerja dan ke sekolah. So, nak tak nak kitorg terpaksa bersesak dan berdiri lama dlm train sbb kitorg perlu sampai sebelum jam 8.30 pagi di Hotel Super, Ueno. Dari Yokohama ke Ueno agak sejam juga perjalanannya.. so demi utk mengelak dari lewat sampai atau masalah2 lain sbb tula kitorg gerak 2 jam lebih awal. Dari Yokohama station kitorg tukar ke JR Keihin Tohoku line menuju ke arah Omiya. Kitorg kena lalu 16 station sblm sampai di Okachimachi station. Dari station ni menuju ke hotel dorg lebih kurg 3 minit jer berjalan kaki.. tapi google maps bawa aku berpusing2 gak satu area. So lebih kurg dlm kul 8.15 kitorg dh sampai di Super Hotel. Masa tu ahli rombongan lain tgh bersarapan dan bas akan start bergerak jam 8.45 pagi.

Pagi ni cuaca agak sejuk dan berkabus sbb smlm suhu drop banyak. Tour guide kata berkemungkinan agak sukar utk nampak Mt. Fuji dari area yg kitorg akan pergi tu. Destinasi kitorg menuju ke Gotemba (ada stgh ejaan 'Gotenba' so aku tak tau mana satu ejaan yg betul.. dua2 boleh pakai kot). Dari Ueno ke Gotemba mengambil masa kira-kira 2 jam stgh (sekali berhenti). Di pertengahan jalan kitorg berhenti di tempat rehat area Gotemba (ala2 mcm RnR la juga) utk membuang apa2 yg patut dan beli apa yg patut.


Lepas berhenti, perjalanan diteruskan. kat Day 5 aku ada bgtau yg smlm Tokyo turun snow sikit kan.. rupanya bukan sikit.. kat area Gotemba ni snow turun agak lebat dan menyebabbkan sebahagian tempat diliputi dgn salji. Tour guide kata kali terakhir snow turun di musim bunga ialah pada 90 tahun yg lepas. Kiranya dh lama la perkara sebegini tak berlaku. Sepanjang2 jalan menuju ke Lake Yamanaka, jalan dan keliling penuh dgn snow. Sesampainya kitorg di depan Lake Yamanaka, kitorg sgt keterujaan dgn snow2 yg berkepuk2 kat sekitar kwsn tu. Kami mmg rasa sgt lucky sbb berpeluang utk merasa snow dan sakura dlm masa yg sama. Bukan kami2 ni je yg teruja.. satu bas pun sama.. So bergambar bergambar dan bergambar sampai tak larat tour guide memanggil2 suh naik feri cepat. Last time aku dtg.. aku ambik tour company yg sama (tapi ambik private tour sbb ahli rombongan 5 org je) cuma masa tu kitorg dibawa ke tempat yg lebih best sikit. Time tu tour guide bawa kitorg ke Hakone (tempat hot spring) naik keta kabel dan naik cruise.. tapi kali ni mcm lain sikit.. agak kureng menarik.. maybe sbb ramai sgt kot.


So kitorg pun dibawa naik Swan ferry.. Ferry tu hanya group kitorg je yg naik.. so memang kosong dan bebas nak duduk mana. Harga tiket jgn tanya aku.. sbb kali ni bukan aku yg beli.. tour guide yg belikan.. so kitorg follow jer.. maybe dia beli utk group harga lain murah sikit berbanding beli secara individual. Kat tiket pun takde tulis brp yen so aku tak sure harganya. Ferry bawa kitorg round2 sekitar tasik pergi dan balik. Lebih kurg 15-20 minit juga la.. Sepanjang perjalanan puas juga cuba mencari bayangan Mt. Fuji tapi sbb cuaca agak mendung dan berkabus susah nak nampak sgt. Lepas dah buat 2 pusingan.. kitorg pun turun dan naik ke bas sbb lepas ni kitorg akan dibawa utk lunch kat sekitar area Gotemba. Deal aku dgn tour ni hanya stgh hari. Sbb lepas lunch dorg akan ke Gotemba Pemium Outlet. Tempat jual jenama2 terkenal tapi dgn harga outlet sama mcm JPO (Johor Premium Outlet). Sbb kitorg tak berminat dan tak mampu.. hahah.. so kitorg pun decide nak bergerak sendiri lepas lunch tu.


Kitorg dibawa lunch di Uogashi restaurant. Restaurant ni hidang makanan Jepun. Sbb dah lapar sgt so aku takdela nak explore sgt restaurant ni, Tapi yg pastinya restaurant ni hidangkan makanan berunsurkan seafood. Sini takde tanda halal tapi inshaa Allah boleh makan sbb dia hanya menggunakan makanan seafood sahaja. Antara yang dihidangkan ialah ikan.. (aku tak tau ikan apa.. aku bedal jer...) sotong.. telur ikan.. ikan bilis.. tauhu dan lain2.. memang sedap dan menyelerakan. oh ya.. ada juga chawan mushi yg aku tak berapa nak suka tu.. hahah..

Lepas selesai lunch.. kitorg terus menuju ke Gotemba Premium Outlet. Dari situ aku kena naik bas atau train utk balik ke bandar Tokyo. Mulanya tour guide suggestkan kitorg utk naik bas sbb lebih mudah perjalanan.. tapi bas paling awal akan bergerak kul 5 ptg sdgkan waktu tu baru kul 3 ptg.. so aku decide utk naik shuttle bas yg ada di situ menuju ke gotemba train station. Di Premium Outlet ada 3 jenis bas. Satu, bas ke Shinjuku station iaitu JR bus. Bas ni ambil masa kira-kira sejam lebih perjalanan dan harga tiket 1,650 yen (est. rm52). Bas kedua, ke destinasi yg sama, Odakyu Highway bus. Perjalanan kira-kira 90 minit dan harga tiket pun sama mcm JR bus tadi. Dan satu lagi ialah shuttle bus menuju ke Tomei Gotemba I.C (interchange) dan Gotemba station utk naik train. Shuttle bus ni free so sesape je boleh naik utk ke Gotemba station. Dari Premium Outlet ke Gotemba station ambil masa dlm 15 minit. Dari Gotemba station ada 2 lagi option sama ada utk naik train atau naik bas. Kalau nak naik bas boleh naik Odakyu Hakone Highway bus (sejam stgh hingga 2 jam perjalanan) tapi kena tgk jadual masa dan harga tiket sekitar 1,580-1,680 yen bergantung pada jenis bas.


Dari Gotemba station kitorg naik train menuju ke arah Kouzu station melalui Gotenba line (10 stops). Kouzu station ni station terakhir so kitorg kena turun di station ni dan tukar line ke JR Tokaido Main line ke arah Koganei (11 stops) dan turun di Shinagawa station utk tukar train lagi. Kitorg kena ambik JR Yamanote line menuju ke arah Shibuya (5 stops). Waktu ni kitorg terpaksa sekali lagi bersesak sbb masa ni dh kul 5 lebih.. mmg time org berpusu2 balik dari keje.Dlm jadual sepatutnya smlm kitorg akan ke Shinjuku, Harajuku dan Shibuya.. 3 street berdekatan yg agak popular di Tokyo. Tapi sbb kesuntukan masa aku bawa anak2 itik ke tempat yg paling penting jer. Memang rasa terkilan gak tak dpt bawa dorg ke Shinjuku, Harajuku dan Akihabara. Tapi fikir2 takde apa yg menarik sangat cuma kwsn tu antara kwsn popular dan selalu disebut2 dlm drama2 Jepun je. Onie pulak dari Malaysia lagi asyik sibuk nak tgk Hachiko (replika anjing depan Shibuya station) so aku pun bawa dorg ke sini.. Time ni hari pun dah mula beransur gelap. Demi menunaikan hajat so aku pun bawa dorg ke Shibuya crossing street.


Dari Shibuya station ke crossing street sangat2lah dekat.. depan station je pun. Yang menariknya crossing street ni.. street ni dipanggil street yg teramat sibuk. Di street ni ada empat simpang.. Biasanya simpang mcm ni ada time utk pejalan kaki dan kereta melintas secara bergilir mengikut arah tertentu. Tapi di Shibuya crossing street ni.. penggiliran berlaku kepada kereta dan pejalan kaki secara berselang seli. Maksudnya, fungsi traffic light di simpang ni.. bila tiba masa utk kereta jalan, lampu hijau akan menyala di setiap arah.. sume kereta akan bergerak mengikut haluan masing2 secara serentak.. takde sorg pun pejalan kaki yg dibenarkan melintas. Hanya kenderaan sahaja. Sampai giliran utk lampu pejalan kaki hijau pulak.. semua kereta wajib berhenti dan tak boleh ada satu pun kenderaan yg lalu di laluan tersebut. So dlm masa bbrp minit ni.. jalan ni akan kelihatan kelam kabut dan huru hara sbb setiap pejalan kaki akan rushing utk melintas ke arah bertentangan.. mmg unik la situasinya. Kat sini juga mmg salah satu attraction tourist. Sbb masa kitorg sampai tu.. bukan kitorg je yg sibuk bergambar dan rekod video.. rupanya ramai lagi foreigner lain tgh buat benda yg sama. Tatkala org Tokyo sume sibuk melintas jalan.. kitorg sibuk berselfie tgh2 jalan.. hahaha..

Lepas kitorg bergambar sekejap kat tgh2 jalan tu.. aku bawa dorg ke replika anjing Hachiko. Replika ni ada sejarahnya sendiri. Kononnya anjing ni adalah anjing peliharaan yg menunggu tuannya kembali setiap hari kat depan Shibuya station ni sampaila anjing ni mati tapi tuan dia tak balik2 juga.. kiranya kisah anjing yg setia la.. Kat replika ni juga salah satu attraction.. ramai foreigner bergilir2 menunggu peluang utk bergambar. Lepas settle Hachiko, Lai nak bergambar lagi kat tgh2 crossing street tu.. so aku lepaskan dia sambil aku dgn Onie lepak2 kat kerus sekitar Hachiko tadi.


Mengikut perancangan spttnya kitorg akan ke Hotel kak Sofi tadi. Kenalan aku berbangsa Jepun namanya KC tgh tunggu utk jumpa kitorg di hotel tu. KC ni kitorg jumpa masa last time aku dtg. Ramah orgnya dan boleh berbahasa melayu.. actually berbahasa indon.. dia belajar dari kwnnya org Malaysia. KC ni rajin dtg Malaysia terutama time winter sbb katanya tak suka cuaca sejuk. Dia suka cuaca Malaysia lebih2 lagi tepi pantai dan dia sangat suka makanan Malaysia. So sblm jumpa KC ni aku dan anak2 itik nak ke Ueno station dulu utk ke kedai baju Hard Rock Cafe. Actually Hard Rock Cafe ni ada bbrp tempat kat area Tokyo.. kat Yokohama pun ada. Tapi memandangkan Ueno station yg paling dekat dan senang so kitorg pun ke situ sbb ada kiriman2 yg mendatang. Tak sedap pulak rasanya kalau tak beli. Lagi pun bas kak Sofi dari Gotemba masih belum sampai hotel sbb dorg sangkut traffic jam. Nasib baik pilihan naik train aku tepat. Kalau kitorg decide utk naik bas yg kul 5 tadi (waktu yg sama rombongan bas bertolak balik dari Gotemba Premium Outet) mesti kitorg pun tak sampai2 lagi Shibuya.
Dari Shibuya station kitorg naik JR Yamanote line menuju ke arah Shinagawa (14 stops) dan turun di Ueno station. Hard Rock Cafe tu berdekatan dgn pintu keluar masuk station. Di atas restorannya dan di bawah kedainya. Lepas dh rembat tshirt sehelai dua, kitorg ke Ameyoko Market pulak. Plannya.. lepas settle Ueno station kitorg akan menuju ke Okachimachi station dan jumpa KC di hotel kak Sofi. Tapi malangnya, maybe sbb terlalu lama menunggu, KC bgtau dia terpaksa balik ke Yokohama sbb dia kena bangun awal utk keje esok paginya. So takde rezeki nak jumpa dia kali ni. Dengan itu, tak jadilah kitorg ke Okachimachi station. Kitorg tukar plan utk balik terus.

Tapi sblm kitorg balik, kitorg berusaha gigih cari makanan nak tapau utk dinner kat Ameyoko market. Kat Ameyoko ni ada satu gerai namanya Chicken Man. Menurut Halal Navi, gerai ni antara gerai halal di Ueno dan ada juga bbrp org yg pernah makan komen ayam panggang dia sgt sedap. So lepas dah berpusing melilau lilau mencari akhirnya jumpa. Agak susah juga nak cari kalau salah pilih laluan yg tepat.. sbb di tgh2 Ameyoko street ni ada pecahan dua jalan kecik.. Disbbkan pada awalnya kitorg masuk jalan yg salah. So kitorg tak jumpa gerai dia. Buang masa hampir 15 minit juga.. nasib baik tak putus asa. Masa kitorg sampai gerai dia masa tu dh kul 8 lebih nak ke kul 9. Gerai dia dh mcm nak tutup sbb kerusi sume dia dh lipat. Dgn rasa sedih ala2 mcm nak kecewa kitorg tanya tauke dia dh tutup ke. Tauke dia kata, tapau boleh.. makan sini dh close.. Tapau OKAY!!! Secara tak rasminya kitorg pun jadi customer terakhir dia pada hari tu. Tauke dia sgt ramah dan hensem.. Lagi hensem dari Shah Rukh Khan.. ahakkksss!! mcm2 dia bagi kitorg sebagai tambahan sbb katanya kitorg special last customer dan ini pun 1st time kitorg dtg gerai dia. Alhamdulillah rezeki. Kitorg beli whole chicken dgn nasi utk 3 org tambahan 1 nasi lagi dan juga chicken karage.



Settle tapau utk dinner kitorg pun bergerak balik ke Ueno station semula. Melalui JR Takasaki line ke arah Numazu kitorg berhenti di Yokohama station dan balik ke Koganecho station. Sebelum balik ke hotel.. kitorg singgah lagi kedai Aeon feveret buat kali terakhir sbb mlm tu last kitorg di Yokohama. Esok kitorg akan bergerak ke Narita pulak. Sedih rasanya nak meninggalkan bandar Yokohama.

So malam tu operasi mempacking barang bermula. Luggage makin kembung.. pening kepala aku menyusun.. nasibla.. sape suh cari masalah.

to be continued...

No comments:

Post a Comment