Friday, April 13, 2018

Misi menjejak Oppa Day 1: 30 Mac 2018 - Incheon Airport & Seoul (Dongmyo Area)

Flight Airasia ke Incheon on 30 Mac 2018, depart on 8.00 am. Kami satu rombongan 3 orang jer... Jalan-jalan sendiri.





Tiba di Airport Incheon 4 ptg waktu Korea. Dari sini kena naik train untuk ke arrival hall. Lepas Imigresen dan ambik luggage jangan lupa isi custom declaration sebelum keluar dari arrival hall. Biasanya ada diberi dalam flight utk di isi dengan Arrival Card. Tapi kadang-kadang dorg tak bagi sbb mungkin yg dlm english takde dlm flight. So ambik kat tempat borang2 sebelum keluar.






Lepas keluar naik train menuju ke tempat penginapan kitorg di area Dongmyo. Apartment ni kitorg cari kat AirBNB. Selesa dan banyak daily necessities. very comfortable utk kitorg bertiga. Sebelum naik train cari dulu kad T-Money. Kad ni penting kalau korg banyak naik turun train atau bas. Pakai ni ada diskaun. Nak beli barang-barang kat kedai-kedai mcm 7 Eleven atau yang seangkatan dengannya pun mudah. Biasanya banyak dijual kat mesin-mesin mcm vending machine. Harga semasa beli (30 Mac 2018) 4,000 Won = RM 15. Kebetulan kitorg dah ada dua kad boss bagi sblm pergi so perlu top up je dan beli 1 card baru. Nak reload boleh reload je kat mesin sebelah vending machine jual card ni. Kalau nak reload lagi cari mesin reload kat mana-mana subway station atau nak mudah, top up je kat covenient store mcm 7E dan seangkatan dengannya.



Kalau nak keluar dari Incheon melalui Incheon Airport dan masuk Seoul ada dua jenis train. Express (sebelah kanan) dan Subway (sebelah kiri). Kalau nak murah, naik subway. Kalau nak cepat dan direct, naik Express tapi mahal ler sikit. Kitorg naik ikut subway so kena transfer 1 station.

Ni mesin kalau nak beli train Express.
Masa ni tersalah mesin sbnrnya.

Sebelum masuk touch je T-Money kat bulatan kuning tu.





Dah sampai Dongmyo. Separuh mati naik tangga sambil angkat luggage aku yg 20 kg tu. Hilangla 300gm dlm masa 3-4 minit tu. Nampakla kurus sikit jari masa tu. Subway ni banyak exit yang bertangga. Ada je elevator kena pandai cari exit yg mana. Tak semua exit ada. Tapi segan gak nak naik kadang-kadang sebab yang naik lift ni warga-warga emas je banyak.

Bangunan Apartmen di Dongmyo (Seoul).
Kat bawah ni banyak kedai-kedai yang best.


Tu dia... Bekalan 11 hari. Kotak-kotak tu Ready to Eat Meals.
Senang je panaskan atas kuali atau masuk microwave je.


No comments:

Post a Comment