Thursday, January 4, 2018

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 6 (7 Disember 2017) - Odaiba City

Hari ke 6 di Jepun dan 2 hari je lagi kitorg akan balik ke KL. Ada beberapa tempat lagi yang kami nak tuju dan salah satunya ialah Odaiba City. Kalau tak pergi tu kira macam tak lengkapla kekonon. Odaiba ni sebuah kepulauan buatan manusia di satu daerah Tokyo. Kat sini banyak theme park dan shopping mall yang popular. Lebih kepada entertainment area. Kat sini juga ada stesen Fuji TV, salah satu channel TV di Jepun. By the way sebelum bergerak keluar dari apartment, kitorg sekadar breakfast Indo mee goreng dan telur mata yang disediakan oleh Chef Acap.



Selepas 2 family bertemu di Nakanosakaue, kitorg ke Oedo line beberapa minit dari Marunochi line dan bertukar train ke Yurikamome line. Tips penting kalau tak nak bersesak dalam train di Tokyo, silalah mulakan perjalanan anda seelok-eloknya jam 9.30 pagi dan ke atas. Sebab di Tokyo, waktu sesak train ke tempat kerja warganeranya adalah sekitar jam 7 hingga 9 pagi. Kalau petang pulak lepas jam 5 akan start sesak. Tapi biasanya pagi lebih teruk daripada petang sbb orang balik kerja secara beransur-ansur hingga jam 10 malam. Pengalaman aku 2 tahun lepas kitorg pernah naik train dari Yokohama jam 6.30 pagi ke Ueno sebab nak kena berada di situ sebelum jam 8.30 pagi untuk naik bas ke Mount Fuji. Dari situ mengambil masa lebih kurang sejam stgh. Bila sampai kat stesen-stesen besar dah jam 7 lebih. Punyalah ramai manusia berpusu-pusu masuk ke dlm train. Memang mcm sandwich la. Padat sepadatnya. Memang kena kental la lebih-lebih yang berdiri. Sape yang duduk selamat tapi bila nak kena turun terpaksa meredah sebelum nak sampai ke pintu keluar. Silap-silap pintu dah tutup sebelum sempat keluar.

Destinasi pertama ialah Diver City Mall. Kitorg nak lunch di situ dan tgk live size GUNDAM. Untuk ke Diver City boleh turun sama ada di stesen Daiba atau stesen Odaiba-Kahinkoen. Sebenarnya stesen-stesen ni berdekatan dengan 2 mall yang popular di Odaiba iaitu Aqua City dan Decks Tokyo Beach. Kedua-dua mall ni bersebelahan je. Aku nak pergi mall- mall ni kemudian supaya bila kitorg nak balik nanti dah dekat dgn train station. Dari stesen Daiba berjalan kaki ke Diver City Mall tak jauh sangat. Tapi masih memerlukan lebih kurang 7 hingga 10 minit bergantung pada kelajuan. Kalau jalan pelan-pelan tak rasa penat dan jauh sangat sebab jalan ke depan sikit dah nampak bangunan Diver City. Betul-betul belakang bangunan Fuji TV tapi masih kena seberang jalan besar. Jangan bimbang sebab ada jambatan untuk ke Diver City dan yang penting jambatan tu ada lif untuk siapa-siapa yang tak larat memanjat  tangga. Kebanyakan fasiliti di Tokyo mesra pengguna terutama untuk warga tua, OKU dan family with kids.

Berjalan dari train stesen menuju ke Diver City.
Sampai di Diver City, aku kecoh sekejap sebab tak nampak GUNDAM. Rupanya GUNDAM kat belah depan. Yang kitorg ni sebenarnya kat belah belakang. So, kitorg masuk dan pergi lunch dulu. Kat sekitar Odaiba ada beberapa restaurant yang Halal dan Halal Friendly. Di Diver city ada 1 restoran makanan Jepun iaitu Sojibo. Masa sampai tu memang dah lunchtime so fully occupant. Terpaksa menunggu giliran. Tapi kali ni, tempat menunggu disediakan kerusi, so tak perlu berdiri macam kat Naritaya. Lepas dapat masuk kitorg terpisah 2 meja sebab meja dorg tak cukup nak letak kitorg 11 org. Menu utama Soba dan Tempura. Cold Soba pun ada tapi tekak kitorg tak boleh telan benda-benda sejuk ni so kitorg ambik yang hot soup punya.Adly dan Yaya tak makan soba so dorg order Oyakodon. Oyakodon ni nasi dalam mangkuk yang toppingnya ada ayam dan telur. Kat Sushi King pun ada Oyakodon ni.









  


Selesai lunch kami 2 family berjalan-jalan sekitar mall secara berasingan dan semestinya tempat wajib masuk ialah Daiso yang terletak seberang je dengan restoran tadi. Kemudian kami ke tingkat atas menuju ke GUNDAM Base. Kat sini semua jenis replika watak-watak dalam Gundam ada. Excited juga la seketika. Hanya bebudak yang lahir tahun 80 an je tau apa tu GUNDAM. Pasal tu la si Adly terpinga-pinga sebab dari tadi dia tak tau GUNDAM tu apa. Kami turun ke tingkat bawah untuk ke bahagian hadapan mall mencari live size GUNDAM. Akhirnya dapat juga aku menyaksikan depan mata. Selama ni hanya dapat tatap gambar orang lain je. Last time pun aku tak dapat ke sini bukan sebab aku tak sempat ke apa. Tapi sebab sbnrnya aku tak tahu yang kat sini ada GUNDAM. LOL. Lepas dah balik Malaysia barula aku tau kat Odaiba ada benda tu.



Live Size GUNDAM


Setelah selesai di Diver City, kitorg bergerak menuju ke Aqua City. Di Aqua City ada 1 restoran Halal iaitu The Oven. Bajet makan di sini agak mahal sebab dia macam buffet. Menurut pembacaan aku la. Aku pun tak pasti sebenarnya sebab aku belum pernah berkesempatan nak makan di sini. Selain The Oven ada satu lagi restoran Halal Friendly berasaskan seafood iaitu Red Lobster. Aku tgk kat review-review orang lobster dia besar-besar. Perggghhh!! Satu lagi restoran India iaitu Khazana tapi di Deck Tokyo Beach. Apa yang menarik kat Aqua City ni eh? Mall ni macam mall biasa yang lain-lain juga. Tapi kat belah hujung sikit ada kawasan menarik untuk bergambar. Kat situ ada replika patung Liberty dah macam ala-ala kat New York. View nya juga sangat cantik sebab boleh nampark Odaiba Port.


Ada geng Cosplay ajak bergambar.


 Lepas tu kitorg ke Decks Tokyo Beach pulak. Mall ni lebih kepada entertainment spot. Lebih kurang indoor Theme Park la. Ada game centre JOYPOLIS, Trick Art Museum, Legoland dan Madame Tussauds. Last time datang, aku masuk Trick Art dan Madame Tussauds. Kitorg lepak-lepak dulu minum di sebuah cafe. Sedikit tips order minuman. Sebelum korg nak order hot chocolate atau apa-apa minuman yang guna susu, korang tunjuk senarai nama-nama bahan yang haram yang biasanya ada dalam minuman dan deserts. Biasanya barrista atau staf cafe tu akan bantu check bahan-bahan dalam minuman tu dan akan bgtau boleh atau tidak diminum. Jangan hentam kromo je tau. Halal haram jangan buat main. Masuk darah daging tu. Kalau was-was baik tak payah minum. Ambik black coffee atau minum je la air kosong.  Ataupun ambik je Orange Juice. Aku rujuk blog geng ni je. http://tim-mystic-crafts.blogspot.my/2014/10/japan-life-halal-food-and-prayer.html . Sangat berguna dan membantu. CREDIT FOR BLOG OWNER.
Aku screen shot ni dan tunjuk
kat barrista setiap kali
nak order minuman.





 



Roti bawa sendiri.
Sponsored by Uncle and family.
Kali ni kitorg cuma masuk Trick Art tapi hanya aku, ayah dan mak aku je yang tak masuk sebab kitorg dah pernah masuk masa datang dulu. Sebenarnya awal-awal aku melilau juga nak cari Trick Art ni sbb macam dah berubah tempat. Dia macam tutup sebahagian tempat dan aku jadi mcm lost sekejap. Aku dan parents aku hanya menunggu dorg di luar. Aku ingatkan lama, tapi terkejut aku tak sampai 15 minit dorg dah keluar. Adik aku kata tak berapa menarik. Pelik juga sbb masa aku masuk dulu, lama juga kitorg kat dalam tu. Memang betul adik aku kata ada beberapa tempat dia tak buka. Kecewa jugala sebab aku yang beria-ia suruh dorg masuk. Dahla harga tiket naik ke 1,000 yen sorg. Sebelum ni 500 yen je. Patutnya harga naik banyak benda lebih advance. Tapi non hado. No wonder la aku tgk memang takde orang langsung sbb last time ramai org beratur nak masuk.








Lepas dumbfounded kejap, kitorg lepak di sekitar situ sebab menunggu sebahagian masuk Daiso.. lagi... LOL... Kitorg bergerak menuju ke stesen Odaiba-Kahinkoen yang terletak berhampiran dengan Decks Tokyo Beach untuk bergerak pulang ke apartment masing-masing. As usual kitorg berpecah di Nakanosakaue. Tapi ari tu aku tersilap naik train sebab kelam kabut naik train tak perasan yang aku salah naik. Train yang family aku naik tu sbnrnya train utk family uncle dan dorg tak perlu turun sebab train tu memang ke stesen dorg. Kitorg yang patut turun dan tukar train. Jadinya kitorg sama-sama turun di stesen yang sama walaupun berlainan train. Aku dan Acap ambik kesempatan pergi beli strawberi depan stesen Nakano Shimbashi. Aunty kata kat gerai tu ada jual strawberi. Lepas tu family aku balik semula ke stesen Nakanosakaue dan balik ke Higashi Koenji. Malam tu aku jadi chef dan masak lauk-lauk instant je untuk dinner sambil berdesertkan strawberi. :p



Continue Day 7...

No comments:

Post a Comment