Friday, December 29, 2017

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 5 (6 Disember 2017) - Tokyo Skytree, Nakamise Street & Tokyo Tower

Hari ke-5 di Jepun dan hari ke-2 di Tokyo. Pagi ni kami sekeluarga breakfast 3 jenis nasi goreng. Nasi Goreng Cina, Ayam dan Ikan Masin. Tapi semua ni bukan digoreng sendiri. Just pakai yang ready made dalam paket Brahim's je. Sedap juga walaupun instant. Buka dan panaskan dlm microwave atau panaskan atas kuali, dah siap untuk dimakan.

Nampak simple tapi sedap. Licin...

Hari ni banyak tempat kitorg nak jejak. So perjalanan bermula seawal jam 10 pagi dari stesen masing-masing dan bertemu di stesen Nakanosakaue. Desitnasi pertama ialah ke Tokyo Skytree. Nak ke Tokyo Skytree boleh turun sama ada di stesen Oshiage 'Skytree' atau satu lagi, stesen Tokyo Skytree. Dua-dua stesen memang dekat dengan Skytree. Kitorg hanya bergambar dan tak naik pun sebab entrance Skytree agak mahal berbanding Tokyo Tower dan view dari atas pun lebih kurang sama dgn Tokyo Tower. Harganya dari 1,030 yen (RM40) bergantung pada takat mana level kita nak pergi. Kalau nak details boleh rujuk laman web ni.. http://www.tokyo-skytree.jp/en/ticket/



Bebudak ni pun sempat main benda alah ni.



Tokyo Skytree


Asakusa Nakamise Street
Lepas dah bergambar-gambar, kitorg naik train dari stesen Oshiage 'Skytree' menuju ke stesen Asakusa. Hanya 2 stesen dari situ kitorg berjalan kaki ke arah Nakamise Street lebih kurang 3 minit. Tujuan pertama kitorg nak lunch di situ. Ada dua tiga kedai halal kat area situ. Salah satunya yang kami nak pegi makan ni adalah Naritaya Halal Ramen. Sape yang ke Tokyo mesti tau kedai ni sebab kedai ni antara yang offer makanan Jepun halal dan sedap. Kalau datang sini tak cuba makan memang rugi. Nak makan kat sini kira nasib-nasib. Kedainya agak kecik tapi ada 2 tingkat. Boleh muat dalam 4 org kalau bhg bawah dan lebih kurang 20 orang di bhg atas. So kalau datang masa tghari memang ramai dan kena beratur. Last time aku dtg aku tak dapat makan sini sebab masa tu dia tutup lepas jam 2 petang. So alternatifnya ada satu lagi kedai berhampiran yang halal lebih kurang 4 minit berjalan kaki dari situ. Sekai Cafe nama kedai tu. Kedai ni lebih kepada makanan western dalam bajet 1,000 yen (RM38) utk lunch. So kalau nak makanan Jepun tu takdelah ye.

Beratur menunggu giliran.
Ini lorong ke Sekai Cafe.
Gambar ni 2 tahun lepas punya.
Sekarang tak tahu sama ada
masih sama kedainya atau tak.
Tak sempat nak pergi jenguk.

Sekai Cafe.
Lepas lebih kurang 15 minit menunggu, akhirnya kitorg dapat masuk. Memandangkan jumlah kitorg yg ramai, kitorg diberi ruang di tingkat 2. Macam-macam jenis ramen sampai ke tempura disediakan. Bajet utk sorg lebih kurang 1,000 yen (RM38) ke 2,000 yen (RM 74) bergantung kepada jenis makanan yang kita pilih. Kalau nak convert memang nampak mahal. Tapi harga untuk org Jepun memang harga standard utk lunchtime. Kat sini juga ada disediakan ruang solat.

Ruang Tingkat 2 Restoran







 

Berposing-posing sementara tunggu yang lain solat.



Lepas makan kitorg solat di situ dan meneruskan perjalanan ke Nakamise Street yang terletak berhampiran. Sepanjang jalan ke Nakamise Street ada temple-temple yang popular di area Asakusa yg dinamakan Sensoji Temple. Kat sini ramai yang datang bergambar dan yang bukan muslim pula ada yang masuk ke dalam untuk berdoa.









Pintu gerbang Nakamise Street
Nakamise Street ni ada macam-macam jenis barang. Kebanyakannya lebih kepada barang-barang tradisional Jepun, makanan, pakaian dan aksesori. Kami berpecah-pecah mengikut haluan masing-masing. Aku dan Yaya singgah di satu kedai menjual Kimono. Makanya aku pun terbelila sehelai utk Yaya sbb aku tgk comel sgt kimono ni. Nak pakai saiz takde. So Yaya la jadi mangsa aku. Masa beli Yaya okay tapi bila aku suh dia pakai terus dia kata tak nak. Tapi aku paksa juga dia pakai. Aku trick dia ckp nak suh Acap ambik gambar dulu lepas tu baru boleh tanggal. Tapi aku bawa dia jalan sepanjang street tu dgn berkimono sbb sampai ke hujung aku tak jumpa Acap.. Memang ketatla muka dia.


Yaya dan Kimononya


Yang ni berangan samurai kekonon
Lepas selesai di Nakamise, kitorg meneruskan lagi tujuan ke Tokyo Tower. Sekali lagi kitorg naik dari stesen Asakusa dan turun di stesen Kamiyacho. Ada 2 pilihan untuk ke Tokyo Tower. Sama ada turun di stesen Kamiyacho atau stesen Daimon. Tapi dari kedua-dua stesen ini perlu berjalan kaki selama 10 minit kalau dari Kamiyacho dan 15 minit kalau dari Daimon. Disebabkan terlalu jauh (bagi aku) dan bawa pula mak-mak ayah-ayah, jadi aku pilih utk naik bas. Base on pengalaman lepas, aku dah tau nak naik bas apa dan di mana. So dgn bantuan google maps aku cari no bas dan aku jumpa hentian yang betul. Nama hentian bas kitorg adalah Kamiyachoeki-Mae di sebelah kiri jalan jika membelakangkan stesen Kamiyacho. Tapi nak tunggu bas ke Tokyo Tower memang agak lama sebab bas-bas ni mengikut jadual dan biasanya tepat pada masa yang telah ditetapkan. Kalau tak pasti yang mana satu hentian yang betul, jangan malu-malu malas-malas bertanya pada org sekeliling. Kalau tak boleh bercakap boleh tunjuk kat fon. Jangan risau sebab org Jepun skrg dah pandai ayat-ayat simple dan mudah. Kalau setakat nak tanya perkataan 'where' atau 'where is this place?' dorg boleh faham punya. Tapi bila dorg jawab, kena tgk betul-betul arah tangan dan jari dorg dan kenal pasti perkataan 'go straight', 'right' dan 'left' dari mulut dorg. Itu hint terbaik utk ke arah jalan yang benar. Tapi kalau fail juga, maka google maps adalah pilihan yg tepat. Pastikan landmark-landmark di sekeliling kita sama dgn dalam landmark dalam google maps tu supaya kita tau nak menuju ke arah mana.

Menanti bas yang tak kunjung tiba

Lebih kurg stgh jam kitorg tunggu bas, akhirnya bas sampai dan kitorg melalui 2 hentian sebelum sampai di Tokyo Tower. Bas betul-betul berhenti di depan Tokyo Tower . Tips sebelum naik bas, walaupun kita pasti yang nombor bas tu betul, rajin-rajinkan juga tanya pada pemandu bas sama ada bas ni ke Tokyo Tower atau tak. Dan pastikan sebelum turun barang-barang kita dibawa turun bersama sebab kalau tertinggal nak cari bas tu balik memang satu hal la. Entrance Tokyo Tower adalah 900 yen utk dewasa, 500 yen untuk kanak-kanak dan 400 yen utk kanak-kanak 4 tahun ke atas. Masa aku pergi ni, Special Observatory sedang ditutup utk renovation. Last time aku pegi aku dapat naik ke Special Observatory. Bagi aku, tak naik ke special observatory pun takpe sebab takde apa yang menarik pun selain dapat naik lif yang transparent semua. Lif yang naik ke Main Observatory pun ada transparent yang boleh tgk ke luar. Sempatla juga kitorg lepak-lepak mengopi sambil menengok view Tokyo waktu malam. Tak semua view dapat tgk sebab sebahagian jalan ditutup utk renovation.

Tokyo Tower waktu malam


Entrance ke lif
Mengopi jap


Selepas tu kitorg turun ke tingkat 2 utk membeli-belah sikit banyak souvenier di situ. Sedikit tips kalau korg ke Tokyo Tower. Jangan beli souvenier di kedai-kedai atas tower atau di tingkat bawah yang kedai-kedainya cantik dan tersusun. Ada satu lagi bahagian sebelum keluar ke pintu keluar yang menjual souvenier jauh lebih murah. Kawasan tu ada banyak stall dan kita boleh pusing-pusing dulu survey utk banding harga antara stall-stall yang ada. T-shirt kebanyakan dorg jual sekitar 1,000 yen sehelai. Tapi aku jumpa satu kedai yang jual 980 yen sehelai. Maybe ada yg lebih murah sbb aku tak sempat nak explore lama-lama. Fridge Magnet yang empat segi petak ada gambar-gambar landmark Jepun pun dijual dgn harga 480 yen 1 set (3 keping). So memang lebih berbaloi berbanding tempat lain yang kebanyakan menjual 200 atau 300 yen sekeping.

Masa membeli ni, aku teringat sesuatu yang sangat tragis masa nak bayar. Mula-mula mak aku nak bayar guna kad kredit sebab nak simpan cash. Tapi kad tak lepas maybe sebab mak aku tak up kan limit kad lepas bayar hotel di Yokohama. So aku pun nak pakai la kad kredit aku dulu. Tiba-tiba aku teringat yang aku dah buang handbag aku di hotel Yokohama bersama-sama IC, lesen kereta dan kad kredit aku dlm handbag yang sama. Begini cerita tragisnya. Rewind balik masa mula-mula sebelum aku nak pegi ke Jepun ni, aku pinjam beg mak aku sebab masa cari handbag lain aku berkenan kat satu handbag dia ni. Kebiasaannya kalau ke oversea aku memang takkan bawa wallet yg biasa aku pakai dan aku akan tinggalkan semua-kad-kad yang tak penting. Biasanya aku akan bawa IC, lesen, kad kredit dan kad bank (ATM) sahaja. So rutin yang sama kali ni aku simpan IC, lesen dan kad kredit aku dalam satu coin bag dan aku simpan dlm zip celah-celah handbag tu. Mungkin sebab handbag tu dah lama tersimpan dalam almari dan tak digunakan, kulit-kulitnya mengelupas dan handbag tu jadi buruk sangat. So sampai di Yokohama, mak aku suh buang beg tu. Nasib baik aku memang selalu bawa beg sling yang aku guna bila travel sbb aku nak tangan aku kosong tanpa pegang apa-apa barang. So aku pindah sume barang-barang tu ke dalam beg sling dan sebahagian ke dalam beg sandang. Masa tu aku tak berniat untuk buang lagi. Aku hanya 'abaikan' je handbag tu kat bawah kerusi. Masa nak checkout, aku memang tinggalkan handbag tu dengan niat nak buang. Cuma masa tu aku teringat yang handbag tu ada zip kat belakang sbb dalam tu ada cermin mata hitam aku. Sambil tu aku double check balik dengan menggagau isi dalam beg. Memang aku yakin dah kosong. Tapi zip kecik tu je yang aku tak teringat nak check. Aku pun tak tau macam mana aku boleh tak perasan. Ayah aku orang last keluar. So sebelum dia keluar tu, cleaning lady tu tanya banyak kali kat dia betul ke nak buang beg ni. Ayah aku confirmkan kat dia memang betul nak buang. Tapi ayah aku yang selalu check-check barang last minute pun tak terfikir nak check sekali lagi handbag aku tu. So berakhirlah kisah handbag tu bersama-sama dokumen-dokumen penting aku. Nasib baik passport aku sentiasa letak dekat dengan badan aku. Kalau tak, Sayonara Malaysia.

Agak down juga aku masa tu mengenangkan semua yang hilang tu. Nak recover balik memang rendah peratusan harapannya. Masa tu juga immediately aku email pada hotel di Yokohama untuk tanya kot-kotla dorg ada terjumpa dokumen diri aku tu. Tapi aku memang rasa dorg pun tak jumpa sbb kalau jumpa mesti dorg dah lama contact aku, Tapi aku cuba juga email mana la tau ada rezeki. Memang respon daripada dorg yang dorg takde dapat report jumpa apa-apa. Bermakna cleaning lady tu memang buang terus handbag tu tanpa check isi dalam. Kot kalau dia nak guna dokumen diri aku jadi warganera Malaysia tu tak tau la pulak. Tapi kad kredit pun aku tak risau sebab aku tak activatekan utk guna di oversea. Maknanya kalau tak hilang pun ari tu, aku still tak boleh guna kad kredit aku utk bayar sbb aku lupa nak activate dgn bank. LOL!

Down-down pun perjalanan tetap perlu diteruskan sebab aku bawa ramai jemaah ni. Lepas Tokyo Tower kitorg bergerak balik ke Apartment. Dari situ kitorg tunggu dan naik bas ke stesen Kamiyacho semula. Kali ni kalau nak balik, kena naik dari hentian bas kat belah belakang Tokyo Tower. Berdekatan parking area. Tak jauh pun dari tempat turun tadi. Bas ni pun sama ikut jadual dan time. Ke Kamiyacho hanya 1 stesen dan kitorg turun kat hentian yang sama masa naik tadi iaitu Kamiyachoeki-Mae. Dari stesen ni kitorg hanya perlu tukar 1 train sebab stesen ni memang menggunakan Hibiya line. Dari Hibiya line kitorg bertukar ke Marunochi line dan mengikut rutin yang sama kami berpisah di stesen Nakanosakaue.

Oleh kerana masing-masing kepenatan sebab banyak berjalan ari ni, so dinner kami hanya bermenukan Mee Goreng Indomee yang disediakan oleh chef Acap. Asalkan kenyang. Layan.

Kakak acah acah penat seharian berjalan.
Chef Acap in action



Continue Day 6...

No comments:

Post a Comment