Tuesday, December 12, 2017

Family Trip to Yokohama & Tokyo Day 1 (2 Disember 2017) - Arrival Day

Ini adalah kali ketiga aku menjejakkan kaki ke negara Matahari Terbit ni. 1st time masa tahun 2013, 2nd time tahun 2015 dan kali ni aku jejak sekali lagi di penghujung tahun 2017. Sebenarnya trip kali ni tidak dirancang awal dan takde pun dalam mana-mana plan percutian tahun ni. Tapi disebabkan ada beberapa perkara yang dah berlaku dalam family aku, so trip ini adalah trip yang tidak disengajakan dan dirancang dalam masa beberapa bulan sahaja. Tiket mula dibeli pada bulan 9 dan time tu tiket takde offer pun. So terpaksala hadap mahal sikit. Bila tiket dah settle aku start cari hotel dan apartment di sekitar tokyo. sudah semestinya kalau nak cari hotel sekitar tokyo memang harga mengancam poket. So melalui penelitian aku dari beberapa laman web, disarankan untuk mencari apartment atau homestay dengan harga mampu milik melalui laman AIRBNB dan sememangnya pencarian aku berbaloi dengan harga yang setimpal.



Melalui pengalaman aku yang lepas-lepas aku mula merangka perjalanan selama 8 hari 7 malam. masa mula-mula aku pergi aku turun di Haneda dan kali kedua aku turun di Narita. Kedua-dua trip ni juga aku stay di Hotel Yokohama dan just bergerak keluar masuk ke Tokyo menggunakan train. Tapi kali ni aku nak stay di Yokohama dan nak stay dalam Tokyo untuk memudahkan perjalanan sebab aku bawa family. Oleh kerana kali ni aku turun di Haneda dan flight tiba jam 10.30 malam so aku book 2 malam di Yokohama sbb dekat dengan Haneda dan train dia mudah untuk sampai ke destinasi. Mula-mula hanya aku berenam (1 family) yang merancang perjalanan ke sana, tapi 1 lagi family dari Brunei join trip kitorg last minute. Family kitorg dan family dari Brunei ni agak rapat juga so takde masalah untuk kitorg bergerak bersama-sama. Mereka turun dari Brunei dan naik flight yang sama dgn kitorg ke Haneda.

Sama macam 2 tahun lepas, sebelum bertolak aku dah booking pocket wifi dari rentafone (http://www.rentafonejapan.com). Agak mahal sikit berbanding yang ada di Malaysia tapi sebab aku percaya dan yakin dengan service yang diberikan sebelum ni, aku pilih juga utk rent dari dorg.





















Flight kitorg dari KLIA2 bertolak jam 2.40 petang pada 2 Disember 2017. Macam biasala check-in siap-siap, beli luggage 20kg dan beli meals dlm flight siap2. Aku cuma bayar utk 4 luggage sahaja dan luggage kitorg semua berat dgn makanan. Aku dah pesan awal-awal bawa baju 3 4 helai je sebab kat sana nanti boleh basuh. Repeat je baju bukan orang perasan pun sebab nanti bertutup dengan baju sejuk.

Tepat jam 2.40 petang perjalanan kami bermula. Flight mengambil masa sekitar 6 jam 40 minit dan kami tiba awal dari yang dijangkakan. Oleh sebab flight kitorg tiba jam 10.30 malam dan train terakhir ke hotel kami adalah pada jam 11. 50 malam, aku buat plan A dan plan B. Plan A, adik aku dan anak buah aku turun dulu dan terus tunggu luggage. Siap je kumpul luggage dan ahli pun dah cukup, terus gerak tanpa lengah-lengah. So pointnya ialah jangan tunggu dan beratur panjang lama-lama membuang masa. Plan B pula jika plan A gagal ialah... terpaksalah naik teksi. Estimation dari Haneda ke hotel aku dalam 12,000 yen untuk 1 teksi. Memandangkan kitorg ada 6 orang berserta luggage so memang tak possible untuk 1 teksi biasa melainkan ada teksi yang besar. So kalau 2 teksi sudah semestinya lebih kurang 24,000 yen. Harganya macam seganda berbanding harga biasa sebab jam 10 malam ke atas memang harga teksi jadi double. Sangatlah mahal. seboleh-bolehnya aku harap plan A aku berhasil. Alhamdulillah, oleh kerana flight malam tu tak banyak dan orang tak ramai sangat, kaunter pun banyak so urusan kitorg pantas dan berjalan lancar.









Rice with Miso. Aku rasa ni la 1st dan last aku beli. Nama macam sedap. Tapi hmmmm...
Advice aku order la meal lain. Tapi kalau nak try rasa juga apa salahnya. Taste setiap orang berbeza.
Tapi Lasagna dia memang sedap!

Yaya makan Nasi Lemak

Dari Arrival Hall ke Keikyu Line mengambil masa 20 saat perjalanan je. Dekat sangat-sangat. Memang tak sempat berpeluh pun. Dari situ kami kena turun di stesen Koganecho, 2 minit berjalan kaki ke Hotel kitorg. Oleh kerana train yang kitorg naik tu jam 11. 30 punya so mengikut jadual train, kitorg kena turun di stesen Hinodecho dan tukar ke local train. 1 stesen je dari stesen Koganecho. Kalau kitorg tunggu yg last train 11. 50 tu maybe kitorg tak perlu tukar train sebab trainnya terus sampai ke Koganecho.

Kalau korg rajin baca Train Maps, kena bertabah mecari laluan dan train apa yang kena naik. Aku pakai google maps je sebab setakat ni google maps punya laluan dan masa memang tepat. Kerana tu la pocket wifi sangat-sangat penting sbb dia akan bantu kita cari train apa yang perlu kita naik mengikut actual time. Sebab bukan setiap masa train yang sama akan lalu di laluan yang sama. Train bertukar-tukar laluan mengikut masa ke semasa dan kita kena alert train apa, ke mana, line mana, platform berapa dan sbgnya. So kalau baca maps memang struggle sikit. Tapi ikut je google maps inshaaAllah 99% tepat. Pening sikit tapi bagi orang-orang yang suka study train apa nak naik macam aku ni, memang rasa challenging dan excited. Dari Haneda kitorg okay lagi sbb stesen tu masih dalam bangunan. Masa turun kat stesen Hinodecho tu, fuhhhh... memasing kelam kabut buka beg keluarkan baju sejuk. Malam kitorg sampai tu suhu sekitar 8c. Kebetulan juga malam tu malam minggu (sabtu malam ahad). So ramaila yang baru pulang dari berhibur. Ada la aksi-aksi jerit-jerit gelak tawa tanpa sedar yang berlaku sekeliling. Heheheh...












Membawa luggage yang besar dan berat sambil naik turun train memang sangat sukar dan mencabar. Kalau muda mudi bawa beg seketul dua tu boleh la tahan lagi. Tapi kalau bawa family yg pelbagai peringkat umur memang agak mencabar. Sampai di Hotel sekitar jam 12.30 malam, kami masing-masing check-in. Hotel Mystays Yokohama. Hotel ni memang dari 1st time aku datang aku stay kat sini. Aku suka hotel ni sebab harga dia boleh tahan dan dekat dengan train. Hanya perlu reserve pakai kad kredit (untuk verify sahaja) pastu nanti bayar semua kat hotel sama ada cash atau pakai mana-mana kad kredit. Tak semestinya kad kredit yang guna utk book & verify tu. Kalau tiba-tiba nak cancel atau tukar tarikh pun boleh tanpa apa-apa caj tapi kena sebelum hari check in. Kalau tak, kena charge utk harga 1 malam. Family aku book untuk 2 bilik. 1 bilik triple (2 katil single & 1 sofa bed) untuk 3 dewasa 1 kanak-kanak dan 1 bilik double (1 katil queen) untuk 2 orang. Family Brunei pula aku book kan 2 bilik juga. Triple room dan 1 bilik standard single (1 katil). Tapi dorg tak tido bilik single ni sebab tercorok sikit dan sunyi. Semua tido dalam bilik triple. Jadi bilik single tu jadi tempat letak beg je.

Triple Room

Standard Double

Standard Single

continue Day 2....

No comments:

Post a Comment