Friday, April 17, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 3 (DAY 2)

Bersambung kisah nasi yang tak masak semalam... hmmmmm.. Pagi2 Oni bangun dgn penuh harapan moga2 beras yang dimasak selama sehari smlm akan bertukar menjadi nasi untuk dimakan... namun harapan hanya tinggal harapan... keadaan nasi masih sama mcm smlm... aku yg sedang lena diulit mimpi hanya mampu mendengar tung tang tung tang dorg keluar masuk bilik.. rupanya dorg decide nak masak je nasi tu dlm microwave smlm... berkat usaha gigih dan ketabahan mereka.. akhirnya pagi tu kami dapat makan nasi yg dh direndam semalaman tu.. terima kasih chef-chef kerana menyediakan sarapan pagi yg menyelerakan.Jam 9.30 pagi kami bergerak ke Koganecho station. Pagi ni nak menuju ke taman Sankeien atau Sankei-en Garden di area Honmokusannotani, Yokohama. Taman ni salah satu taman di daerah Yokohama yg sangat terkenal. Kiranya must-go place lah. Kat sinilah kalau nak menghayati keindahan Sakura sangatlah sesuai. Selain daripada bunga Sakura, ada juga bunga2 yang lain. Masa aku pergi dulu Sakura dah takde.. so aku pergi taman ni dalam keadaan kosong tak banyak sangat bunga.. kali ni pergi dgn harapan suasananya akan berbeza. Sepatutnya call time pagi ni kul 9 pagi.. tapi biasalah kalau dh anak2 itik.. delay jugala masanya.. apa2 pun tak menjadi masalah pun sbb itulah kelebihan bergerak sendiri..



Dari Koganecho station melalui keikyu line ke arah Shinagawa kami menuju ke Yokohama station sbb dari situ kami kena tukar line. Untuk ke Sankei-en Grarden kami perlu melalui Minatomirai line ke arah Motomachi Chukagai dan berhenti di Motomachi Chukagai station. Motomachi ni last station utk Minatomirai line.




Tetapi utk ke Sankei-en Garden, kitorg kena naik bas sbb kalau berjalan kaki mengambil masa hampir 45 minit perjalanan.. mak tak larat nakkkkk oiiii.... Maka bermulalah adegan menaiki bas sbb ini pun mmg first time aku naik bas di Yokohama. Sblm ni naik juga tapi bas yg aku naik tu bas pelancong yg mmg round2 area tu. Disebbkan google maps bagi aku nama station dlm tulisan kanji.. makanya aku pun confius nak menuju ke bus stop yg mana.. tapi sblm nak fikir nak naik bas yg mana, masalah nak cari bus stop kat mana dulu.. sbb aku x tahu hala tuju nak ke bus stop mcm mana... yg paling best bila tanya org2 yg lalu lalang situ, sorg pun tak tau bus stop kat mana.. ada org Jepun ni suggest kitorg suh tanya kat pondok polis berhampiran.. so kami pun poyo2 la nak pegi tanya polis.. Pegi pondok polis nak tanya polis.. tengok2 polis tak ada... lerrrrrr... dengan hujan rintik2 yg semakin membasahi, kitorg ni tunggula juga depan pondok tu tapi xde plak kelibat polis kat situ.




Aku x puas hati ni.. tetap juga google pakai pocket wifi.. mujur ada pocket wifi masa tu.. disbbkan nak jimat bateri aku tak on sentiasa pocket wifi tu. Lepas google aku pun ikutlah arah tuju ke mana lokasi bus stop.. cari punya cari jumpala bus stop.. rupanya mmg dekat je pun dgn station yg kitorg turun tadi.. Kat situ aku tak tau nak tanya sape.. betul ke bus stop ni yg kitorg tunggu. Kang salah haluan lagi.. sementara menunggu bas dtg.. ada sorg aunty Jepun ni dgn suami dia pun sama2 menuggu kat bus stop ni.. Masa bas dtg, aku dgn niat konon nak bertanya pada driver bas tu.. rupa2nya aunty Jepun tu pun nak pegi tempat yg sama dgn aku. So dia dah bertanya dulu pada driver bas tu. Nak tau mcmana aku tau? Sbb aku dgr dia sebut 'Sankei-en'. Aku pun dgrla perbualan dorg berdua.. dari apa yg aku dpt tangkap.. driver bas tu kata kena ke bus stop sebelah sana utk ke destinasi tersebut. So aku pun bgtau anak2 itik aku, jom kita follow aunty Jepun ni sbb dia nak pergi tempat yg sama dgn kita... aunty Jepun ni pun maybe 1st time nak gi Sankei-en Garden ni kot... sbb dia pun tak berapa pasti aku tengok.. kitorg pun membontoti dia dan suami dia dari blkg.. dh stgh jalan tu, sbb aku takut aunty Jepun ni suspek kitorg nak merompak dia plak.. so aku pun ckpla dgn dia dlm bahasa Jepun... Mula2 aku tanya dia boleh tak ckp omputih.. tapi dia kata sikit2.. so aku pun cuba jayalah berckp bhs Jepun.. aku tak sure satu perkataan so aku terpakasa guna phone utk buat translation on the spot..  aku ckp dgn dia kami nak pergi sankei-en juga.. boleh ke kami ikut dia. Aunty tu pun beriya2 jwb dlm bahasa dia... mcm biasala dari 4 5 ayat yg pajang2 tu.. aku hanya dpt tangkap 3 4 perkataan je pun.. kesimpulannya aunty ni kata dia pun tak brp sure nak naik bus mana.. tapi apa2 pun ikut je la dia katanyer.. so kitorg pun ikut je la dia dari blkg.. sangat baik aunty ni.. masa naik bas dia pastikan yg kitorg turun di tempat yg sama dgn dia..


Dari bus stop yg kitorg tunggu tadi ada lebih kurg 10 perhentian. So di perhentian ke-11 iaitu perhentian Yamashita-Cho, di situlah kitorg perlu turun. Dari perhentian tu kitorg kena berjalan kaki lebih kurg 5 minit utk ke Sankei-en Garden. Biasalah kalau berjalan dgn org2 Jepun ni.. laju je dorg.. Manakala kitorg ni plak.. jalan pelan2 sambil mengambil2 gambar sekitar. Kwsn yg kitorg lalu ni kwsn perumahan. Oleh sbb cuaca yg agak sejuk pagi tu, rasa penat tu pun agak berkurangan. Sesampainya kami di depan Sankei-en garden, ada ramai juga manusia2 yg dtg ke situ.. dan ada juga beberapa foreigner mcm kami.. Cuma setakat ni kami belum jumpa org Malaysia.. Hanya org Indonesia je yg kitorg selalu jumpa... dan mungkin juga daerah tu dareah mcm sub urban sikit so dorg mcm kagum tgk kitorg maybe sbb kitorg bertudung. Kalau kat korea aku faham knp ahjumma ajusshi sume kagum ngan kita org Malaysia ni.. sbb mata kita besar so dorg suka mata2 besar ni.. Tapi org Jepun mata dorg tak sepet dan ramai juga antara dorg mata besar2 dan tak perlu plastic surgery sgt pun.. tetap juga dorg mcm kagum tgk kitorg. Maka utk menambah kemesraan tu.. kami pun ucaplah selamat pagi dlm bahasa dorg setiap kali bertembung. Aku suka budaya dorg yg sangat sopan dan mesra.




Lepas kami beli tiket di kaunter yang berharga 500 yen (est. rm16) so kitorg pun masuklah. Hampir sejam lebih juga kitorg berlegar2 menikmati keindahan Sakura. Di taman tu selain bunga2 ada juga tasik yg cantik yg didiami oleh ikan2 dan itik2.. Di situ juga ada sebuah shrine tapi atas bukit la.. (yg tu aku tak larat nak naik). Kitorg berehenti berehat sekejap di sebuah gazebo tengah2 tasik.. Org depan kitorg punyalah sedap berkelah makan tako2 la makan tempurala mkn sushi la mkn ayam la.. kitorg ni hanya mampu buka biskut kering dgn air mineral je.. sedihhh.. takde plak org depan kitorg tu nak offer kitorg sikit.. hmmmm..








Dah pusing2 kwsn sekitar, Lai dgn Onie nak naik ke kwsn shrine tu.. Sementara menunggu Onie dan Lai naik ke atas.. aku sekadar melepak2 kat kerusi sekitar menghayati keindahan taman tu.. Sebenarnya.... aku lebih menikmati kesejukbekuan cuaca kot dari menikmati bunga2.. hahaha... tulah berlagak sangat pakai jacket denim yg nipis je pastu lengan pun 3 suku.. hahh mendapat kesejukan sorg2 kat situ.. bajet2 mcm tak sejuk sangatla ari ni kan. Ramai org kata kaji cuaca di Jepun 99% adalah sangat tepat. Mlm sblm tu aku mmg ada google pasal cuaca.. siap pesan pada anak2 itik suh bawa payung sbb berkemungkinan besar akan hujan.. tapi aku sendiri tak ambik pot pasal suhu.. hari tu suhu agak sejuk 6-8 celcius... so menggigil la kesejukan sambil dibasahi hujan2 rintik2 sbb payung pun aku tak bawa.. padankan muka.








Lepas menunggu hampir stgh jam barulah anak2 itik aku turun dan kami decide nak gerak ke tempat seterusnya plak sbb masa tu pun dh lunch time. Kononnya aku nak bawa lunch di Shinyokohama Ramen Museum.. Menurut Halal Navi Jepun, tempat tu adalah salah satu tempat yg kita boleh makan ramen tanpa was2.. sbnrnya ramen tu tak diiktiraf halal.. tapi ada sstgh restoran offer vegetarian meal so ramen tu boleh dimakan tanpa rasa ragu inshaa Allah.. Perjalanan kami dari Sankei-en ke Shinyokohama Ramen Museum perlu menaiki bas terlebih dahulu ke Negishi station. Sekali lagi bus stop yg kami tunggu tu adalah bus stop yang bertentangan.. tu pun aku tau lepas aku tanya driver bas. So lepas dh duduk di bus stop yg betul dan naik bas ke Negishi station, kami pun menuju ke arah Yokohama station balik melalui train ke Omiya. Dari Yokohama station kami perlu menaiki Yokohama line ke arah Hachioji dan turun di Shinyokohama station. Dari situ kami berjalan kaki ke Shinyokohama Ramen Museum kira2 6 minit. Masa tu sbnrnya kaki aku dh start sakit.. mula2 kondisi kaki aku sgt baik.. sampai aku pun jalan tak ingat dunialah.. tapi mungkin sbb kasut aku yg agak licin dan jalan yg basah kerana hujan menybbkan aku kena control jalan selalu.. so berlaku sedikit keseliratan urat di kaki kiri aku.. Makanya perjalanan ari tu agak menyukarkan aku sbb mood dh down.. Tapi demi anak2 itik, aku gagahkan jua..





Untuk masuk kami perlu membeli tiket sebanyak 310 yen seorg (est. rm10). Untuk makan ramen kami perlu ke level basement sbb floor entrance hanyalah tempat jual2 brg berkaitan ramen shj. Rupa2nya malang menanti kami.. mungkin sbb hari tu hari Ahad dan kebetulan sume org sibuk nak makan ramen time hujan2 ni.. tempat tu sangat penuh dgn org hinggakan kitorg perlu beratur panjang utk makan ramen. Kecewa rasa di hati. Dgn kaki yg sakit aku pun tak larat nak beratur lama2.. perut lapar hati sakit kami pun buat keputusan utk balik ke hotel dan makan di hotel sahaja. Sepatutnya mengikut jadual, dari situ kami akan terus masuk ke Tokyo dan menuju ke Akihabara. Konon2 nak tgk cosplay sbb selalunya hari Ahad ramai org akan turun utk cosplay. Tapi disbbkan hujan dan cuaca tak berapa baik, ada org nasihatkan aku tak payah pergi sbb mungkin ramai yg x turun dlm keadaan cuaca sebegitu.. so aku pun decide utk kembali ke hotel je.. Kalau nak ke Cosmo Clock pun aku yakin org akan tetap ramai. Jadi dgn rasa yg agak kecewa ditambah kesakitan yg menjadi2.. aku pun bawala anak2 itik balik ke hotel dgn janji utk bawa dorg jalan2 sekitar hotel di mlm hari.






Sesampai di hotel, menu kami utk hari tu adalah ayam masak lemak paket segera.. Sblm tu kami singgah di kedai runcit utk beli telur dan sedikit sayur.. So lunch + dinner ari tu (sbb dh lewat ptg) dptla side dish telur dadar microwave dgn sayur salad. Aku sempat juga beli strawberry.. tapi strawberry dia kali ni agak mengecewakan sbb tak semanis dulu.. strawberry kali ni masam dan tak sedap.. tapi apa2 pun aku hentam jer.


Lepas tido2 ayam sekejap, dlm jam 8 malam aku bawa anak2 itik aku ke kedai Lawson 100 yen berdekatan hotel. Sume brg situ harganya 100 yen (est. rm3). Dari hotel kami tu lebih kurg 5 minit la berjalan kaki.. disbbkan dorg sibuk sgt nak ke kedai 100 yen so aku layan kan jer.. Hasilnya, dptla dorg plastik utk packing sandwich esok paginya sbb esok kami akan ke Disneyland dan di situ sudah tentu susah nak dptkan makanan yg halal.. Lepas merayap2 sekitar2 situ kami pun pulanglah ke hotel dan layan program TV jer. Mlm tu aku jadi pesakit sbb ada doktor dgn nurse tolong rawat kaki aku.. hahah... harapnya esok pagi kaki aku akan okay sbb perjalanan kitorg ni masih jauh.








to be continued...





Wednesday, April 15, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 2 (DAY 1)

3 April 2015.. hati berdebar2 melonjak-lonjak tak sabar-sabar (echeeewaaahh) menantikan saat dan detik untuk berlepas ke negara matahari terbit. Walaupun flight aku 4 April tapi oleh kerana 4 April tu jam 12. 45 malam so 3 April hari Jumaat lepas maghrib aku dah kena gerak ke KLIA2. Bbrp hari dan sehari sebelum berlepas tu mcm biasa la.. simptom-simptom kemalasan muncul. Memang dh biasa dh perangai malas nak mengemas barang masuk dlm beg aku ni. Eksited eksited juga.. tapi bila nak packing barang.. mak aihhhhhh... MALAS nombor 1.

KLIA2 sblm check in luggage

beg mak dan anak2 itik




















Kali ni mak aku bagi pinjam beg baru dia. Mungkin dia nak suh beg dia berjalan sampai ke Jepun. Beg aku ni agak besar juga la.. untuk muatan 25-30kg. So aku pun sumbatla segala apa yang perlu kat dalam tu.. Alhamdulillah.. boleh tutup beg aku. Seawal jam 8 malam aku dah pun bertolak ke airport, dihantar oleh mak dan abah. Onie dan Lai masa tu bergerak dari KL Sentral. Sesampainya aku di sana, kebetulan Onie dan Lai pun baru sampai. Tapi time tu kaunter belum buka so kami lepak2 sekejap kat starbucks terdekat sambil merepair-repair isi beg. Sambil menunggu kaunter dibuka, Lai pun pegi wrapping luggage dia. Selepas siap semuanya kami pun check in luggage masing-masing di kaunter. Nasib baik memasing punya tak melebihi berat yang dibenarkan. Settle je check in kami pun terus masuk ke dalam dan menuju ke gate perlepasan. Sbb memasing kelaparan dan masih ada sedikit masa maka kami pun singgah makan di area chicken rice dan burger king. Onie dan Lai makan dulu sebab aku selesaikan hal lain.. Elok je aku nak order makan kat chicken rice.. dia dah tutup.. Jam masa tu dah pukul 11 malam. Aku pun beralih ke burger king.. elok je aku sampai kat kaunter dia nampak adik2 tu dh mengemas2.. aku pun dgn muka kesian pandang muka adik tu.. dia pun pandang aku.. aku tanya dia.. close ke.. adik tu dgn muka regretnya kata.. sorry... maka dgn hampanya hati ditambah perut yg lapar aku pun berlalu pergi.. mengadulah aku pada si Lai dan Onie.. diorg siap nak bagi aku ayam dorg tapi hati aku kuchiwa... so xde selera dah.. tambah hangin aku bila aku tgk elok je org lain order kat burger king tu.. apsal time aku pegi dia kata dh tutup... Lai pun cuba utk jadi hero dan cuba menanya kat adik tadi.. rupanya dia masih open.. hahahaha... mcm malu2 je adik tu tgk aku bila Lai kata akak ni dh sentap sbb kata dh tutup.. akhirnya dpt juga aku mkn burger...

Jam 11.30 malam kami bergerak pelan2 menuju ke Gate perlepasan.. lepas tunggu dlm bbrp minit, dah boleh masuk sampaila boarding flight.. ketibaan kami disambut oleh pramugari dan pramugara. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam stgh. Memang tido bangun tido bangun tido balik bangun balik still x sampai-sampai... Mamat sebelah aku ni x tau la dia pengsan ke apa ke tapi memang dari masa naik sampai la time dorg serve breakfast.. x bangun2.. Pendaratan lebih kurang jam 9 pagi (Malaysia kul 8 pagi) waktu Tokyo sangat memuaskan. As expected.. landing Air Asia mmg smooth dan excellent.. setakat ni mmg aku dpt yg smooth je la.. kalau korg penah dpt yg x smooth maap ler.. As usual memasing kelam kabut nak turun wpun kapal terbang masih belum berenti parking lagi. Nak kejar apa ntah dorg ni aku pun x tau.. Lek2 sudah... Dari tempat parking kitorg naik bas menuju ke terminal.. Masa turun dari kapal terbang.. Mak aihhh!!! baru terasa kesejukannya. Kebetulan pagi tu juga area Narita hujan.. dgn tak dicover oleh apa-apa pun.. gigih je meredah kesejukan pagi..

Sejam berbaris utk check passport

Waktu sampai di terminal, orang yg beratur mak aihhh teramatlah ramai... mcm2 bangsa ada.. dari yg putih sampaila ke gelap.. ramainya manusia sampaikan petugas di situ terpaksa bawa sebahagian foreigner (termasuklah kami) ke area imigresen utk transit. Beraturlah kami hampir sejam juga. Alhamdulillah, kali ni masuk dia tak tanya mcm2.. dia hanya tanya brp hari akan berada di sini dan dgn yakinnya aku menjawab 8 hari.. Oh ya.. kemasukan kami x memerlukan visa.. sejak tahun lepas visa untuk masuk ke Jepun dh tak diperlukan lagi.. nanti kita hanya akan dapat visa on arrival (VOA) masa nak check passport..



Platform Keisei Skyliner ke Yokohama
Lepas dh settle imigresen kitorg terus menuju ke tempat collect luggage.. masa kitorg sampai tu semua luggage dah hampir habis dituntut dan hanya tinggal beberapa buah luggage jer termasuklah kitorg punya. Lepas collect luggage kami menuju ke area kawalan kastam. Hanya satu je borang declaration yg aku submit sbb consider yg kami bertiga ni satu family.. hanya satu borang declaration perlu diisi utk setiap family.. Tapi ntah mcm mana anak itik aku sorg boleh terlepas ke lane kastam sblh.. dah kelam kabut nak explain sbb anak itik aku yg sorg ni x isi apa2 borg pun.. Lepas je settle bahagian kastam kami pun terus keluar menuju ke haluan yg seterusnya.. next mission ialah cari arah ke train station... ke kiri ke kanan jugala mencari jalan. Last2 terpaksa tanya information officer yg tercongok-congok kat tengah2 jalan sambil memegang sepanduk bergambar '?' (question mark). Lepas dia dh tunjuk jalan yg lurus pada kitorg, so kitorg pun turunla ke bwh menggunakan eskalator yg ada.. Masalah seterusnya bila aku x tau nak beli tiket kat mana dan yg mana satu. Sbnrnya sblm sampai aku dh ada dua cara nak keYokohama. Dua2 menggunakan train.. tapi bezanya, yang satu adalah direct train terus ke Yokohama, laju tanpa berhenti mana2 station tapi mahal. Namanya narita express.. train ni limited dan ada masa2 tertentu.. kalau terlepas satu adalah dlm lebih kurg sejam kot nak tunggu yg satu lg. Lagi satu cara menggunakan train Keisei Narita Sky Access.. Menggunakan train ni perjalanan lebih kurang 2 jam dan kena berhenti di certain2 station utk tukar train. Tapi harganya jauh lebih murah berbanding Narita Express. Kalau kitorg naik Narita Express kitorg kena spend lebih kurang 3500 yen.. tapi kalau naik sky access hanya spend lebih kurg 1740 yen sahaja.. So of coz la anak2 itik aku akan pilih yg murah tu kan.. hahah.. Okay cubaan mencari tempat nak membeli tiket.. Masa tu aku malas dah nak pikir pasal nak beli tiket kat mesin.. aku terus je ke kaunter.. menggunakan skill bahasa Jepun yg x berapa nak hado ni.. berlakulah urusniaga.. Maintain cantik jer mula2 org kaunter tu reply aku dlm bhs inggeris.. tetiber lepas aku dh purchase dia bagi explanation dlm bhs Jepun.. ko rasa?? Ada la dlm 3 4 perkataan kot aku dpt tangkap.. selebihnya.... hmmmmm.. krik krik krik...


Anak2 itik stranded di train station
Gigih mencari seteguk air mineral
Selesai beli tiket satu masalah lagi bila aku  tak tau nak menuju ke arah mana.. Nasib baik polis yg jaga palang masuk tu pandai cakap omputih.. so dia tunjukla jalan yg lurus kat kitorg ni.. waktu menunggu train lebih kurg 10-15 minit.. so sementara tu aku meround mencari air mineral.. kat sini sangat senang nak beli air terutamanya mineral.. walaupun xde kedai2 runcit sekitar yg berhampiran tapi mesin jual air sgt banyak dan merata2.. harga sebotol air kalau kat mesin air biasanya dlm 110-130 yen (rm3.50-rm4) bergantung pada jenis mineral dan area membeli. Satu tips membeli.. bila nak membeli apa-apa tu.. jgnla convertkan ke duit kita.. nescaya anda tak sanggup membeli apa-apa.. so redhakan.. layankan jer... kat sana 100 yen tu lebih kurg mcm rm 1 je kat negara kita ni.. so kebanyakan brg mmg rata-rata harganya 100 yen dan ke atas. Bila train dh sampai, kami pun naik lah.. Alhamdulillah time tu seat bnyk kosong.. So dptla kami merehatkan kaki sementara waktu..
Dlm train menuju ke Shinagawa

Perjalanan nak masuk ke area tokyo mengambil masa lebih kurg sejam sbb Narita ni lebih kurg mcm KL ke KLIA. Memandangkan hotel kami di area Yokohama, masa perjalanan berdouble kerana dari Tokyo ke Yokohama umpama dari KL ke Seremban gitu. Satu lagi tips aku nak bagi. Kalau korg gunakan train berpandukan google maps, aku nasihatkan korg guna actual time atau google waktu sebenar korg masa nak naik train tu.. Sebab setiap time, line dan jenis train berubah-ubah. Jgn jadi mcm aku.. google maps sebulan sblm, print siap tapi masa naik train, dpt train ke lain. Itulah pentingnya ada wifi atau internet supaya korg boleh google maps setiap masa atau guna apps lain yg boleh check jenis train utk naik ke destinasi yg diingini. So kesimpulannya spttnya arahan maps yg ada kat tangan aku ke arah keikyukurihama tapi akhirnya tak sampai pun sbb train yg aku naik xde ke arah tu ketika itu.. Nak tak nak aku dan anak-anak itik terpaksa turun di Shinagawa dan terpinga-pinga di Shinagawa station sbb x tau nak naik train mana plak lepas tu.. Sekali lagi menggunakan skill x brp nak ada ni aku pun bertanyalah pada pekerja station situ.. lepas dpt maklumat aku dgn yakinnya angkut anak-anak itik ke destinasi yg dituju... satu lg tips... kalau korg xde line internet waktu nak naik train.. pastikan korg tau korg nak turun di stesen mana.. sbb maps train line yg disediakan di airport akan sgt2 membantu korg. Di maps train tu tersedia jenis2 line dan jenis2 train yg menghubung ke setiap station.





Maps train line
Walaupun ada lebih 100 line tapi kalau korg teliti dan study dgn sabar dan tabah.. inshaa Allah korg akan menuju kejayaan.. Nasib baik aku ada anak-anak itik yg cekap sbb masa aku tgh mencari arah tujuan, sempat dorg rembat maps train line tu.. so mmg sangat-sangat membantu aku sepanjang 8 hari tu. Sepatutnya ikut maps yg di tangan, aku perlu turun di Yokohama... tapi nasib baik sbb line aku naik dari Shinagawa tu adalah Keikyu line, so train tu terus ke Koganecho station iaitu station yg aku perlu turun utk ke hotel. Jam 1.30 ptg, dari Koganecho station ke hotel aku hanya mengambil masa dlm 2 minit perjalanan dgn berjalan kaki.. kalau jalan laju sikit seminit je dh sampai...

Muka teruja tak??
Sepanjang perjalanan ke hotel, kitorg sangat-sangat teruja melihat pokok2 bunga sakura bersepah di depan hotel. Dulu masa aku datang, aku tak perasan pun pokok2 tu sbnrnya adalah pokok sakura sbb masa tu time sakura dh abes.. So sblm masuk hotel apalagi.. berselfie la memasing... Nasib kami sekali lagi baik sbb kitorg dibenarkan masuk bilik walaupun check in sbnrnya pukul 3 ptg.. tapi sbb bilik dh sedia so dia pun bagi kami masuk. Masa check in tu aku collect sekali pocket wifi aku yg dh sampai.. comel kecik je pocket wifinya.. mmg sgt sesuai utk masuk dlm pocket je.. laju juga.. dan boleh digunakan secara serentak oleh 3 4 fon dlm masa yg sama. Sesampainya kami di bilik masing2 perut dah lapar.. so acara unpacking brg pun bermula.. segala periuk kuali dikeluarkan.

Pokok Sakura depan hotel







Triple room
Nampak tak microwave kat belakang tu?
Sebelum masuk bilik tadi kitorg teruja sekali lagi sbb depan lif ada microwave.. dan bilik kami sgt berhampiran dgn lif.. mmg rezeki.. Selesai mengemas barang maka bermulalah acara masak memasak... Lai mengambil tugas memasak lauk segera yg dibawa dari Malaysia.. Menu pilihan hari pertama kami ialah ayam masak merah.. Onie mengambil tugas memasak nasi menggunakan periuk nasi comelnya.. dan aku pula mengambil tugas utk tunggu makanan siap dan makan.. hahah,,, Tapi nasib yg baik ku sangkakan hingga ke ptg.. rupa2nya nasib tak baik muncul di tghari... nasi yg dimasak tak juga masak2 setelah sejam menunggu... mungkin sbb voltan terlalu rendah.. kitorg decide utk tido dulu dgn harapan bbrp jam lagi akan masak.. sementara tu kami yg kelaparan bantaila roti dan biskut2 yg ada.. lepas dh tido, buka mata, tgk nasi, tak masak2 juga... hmmm... x boleh jadi.. hari dah gelap.. (Pukul 6 dah maghrib) perut dh makin lapar.. so aku pun mengoogle restoran2 halal berdekatan Yokohama untuk dinner dengan harapan sekali lagi yg nasi akan masak lepas kitorg balik dari makan. Bolehlah buat breakfast nanti. Aku decide utk bawa anak2 itik makan di restoran Al-Ain, sebuah restoran Arab di kawasan Yayoicho.





Dari hotel, kitorg kena naik subway kira-kira 4 minit berjalan kaki dari hotel. Bandobashi station namanya... dari Bandobashi kitorg kena menuju ke Isezakichojamachi station lebih kurg seminit. station bersebelahan je.. Bersebelahan pun agak jauhla juga kalau nak jalan kaki pun... hehehe.. Sbnrnya dari hotel ke restoran Al-Ain tu lebih kurg 10 minit berjalan kaki.. jauh tak jauh tak?? Jauh kannnnn.... Sampai je kat Isezakichojamachi station.. satu hal plak nak cari celah mana restorannya.. google maps pun tak membantu sangat sbb dia bawa kitorg tawaf satu kawasan.. lepas menjelajah pusing2 barulah kitorg jumpa.. rupanya dekat je dgn station tadi.. tapi google maps bawa kitorg berpusing2.. kasi hangin satu badan..


Restoran dia kena turun ke bwh melalui tangga. Masa kitorg masuk x bnyk sgt customer yg ada dlm restoran tu.. kitorg disambut oleh owner dia yg berbangsa Jepun.. tapi tukang masak dan waiter dia of coz la org Arab.. Aku tau restoran ni halal sbb ada dlm list Yokohama halal place.. tapi saja la nak pastikan so aku tanya kat owner dia halal ke tak.. owner dia jwb halal so okayla at least makan dgn rasa yakin. Owner dia bgtau kitorg yg dorg ada performance mlm ni.. Belly Dance.. so dia nak tau kitorg ok ke tak sbb performance tu kitorg kena tambah 500 yen per person. Oleh sbb perut yg lapar dan malas dh nak fikir, kitorg pun ok je la.. katanya persembahan Belly Dance tu akan mula lebih kurg 10 minit lagi.. So sementara tunggu Belly Dance kitorg pun order la makan.. Harga makanan dia sekitar 1000-3000 yen.. Harga standard di sekitar Tokyo dan Yokohama.. rata2 restoran mmg itulah harganya.. lebih kurg 1000 yen.. (est. rm 30++).

Bergelek kemain dia..
Lepas kitorg order nasi berlaukkan daging kambing dan makanan pun dah sampai maka
Lai bergelek sakan
Bergambar bersama owner...
bermulah acara Belly Dance.. yg menari tu pun aku ingatkan Arab sekali org Jepun... so kitorg layankan jer.. Mengulit2 dia menari ikut rentak lagu Arab.. Seksi tak payah ckpla.. kulit halus mulus sampai aku pun tak sanggup nak tgk lama2.. hahaha.. yg melayan sungguh2 si Lai la.. aku sibuk makan jer. Masa dia tarik utk menari, Lai sporting je join bergelek sama.. cayalah Lai..

Lepas makan kitorg pun balik semula ke hotel dan perkara pertama yg kitorg check ialah nasi dlm periuk... hmmmmm tak masak juga.... tapi kitorg tetap simpan harapan menggunung moga-moga esok pagi ada sinar untuk nasi kami di dalam periuk itu...


Balik tido kecewa nasi x masak...



to be continued...

Tuesday, April 14, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 1 (PRE-TOUR)

4 April 2015 adalah tarikh yang aku tunggu selama 4 bulan bermula dari bulan 11 2014. Kali terakhir aku ke Tokyo ialah pada tahun 2013. Tapi masa tu tak banyak tempat yang boleh pergi sebab kekangan masa dan pengetahuan. Lagipun ambik trip tour 3 hari.. so nak jalan-jalan ke tempat lain pun sangat limited. Kalau last time aku tak dapat pegi ke Tokyo Disneyland dan Tokyo Skytree.. Alhamdulillah kali ni dapat merasa ke dua-dua tempat walaupun ada sedikit halangan cuaca.

Bermula dari awal bulan 11 aku decide untuk beli tiket. Mula-mula hanya aku dan Onie yang merancang untuk bercuti ke Tokyo tapi hanya berdua rasanya macam tak best sangat. So kami pun jemputlah orang ketiga iaitu Lai sebab dia pun ada tanya-tanya pasal Tokyo macam berminat nak join pergi. Lepas Lai join aku tutup penyertaan sbb aku rasa bertiga dah cukup.. Ramai sangat kadang-kadang banyak 'kepala' so boleh memeningkan. Nak tak nak secara automatiknya aku dilantik sebagai tour guide/ tour leader / chiep (gelaran yg dorg bagi). So bermula lah perancangan dan persiapan aku membawa anak-anak itik ke negara orang. Mula-mula aku bercadang nak turun di airport Haneda sbb last time aku memang turun di sana. Kebetulan juga aku berkira-kira untuk tinggal di hotel area Yokohama, hotel yang sama aku pernah duduk. Sebabnya, selepas aku membuat beberapa survey, kos penginapan di sekitar area Tokyo agak tinggi berbanding Yokohama dan kebetulan aku bercadang untuk menjelajah sekitar Yokohama juga selain Tokyo. Jadi sepatutnya, airport yg terdekat dengan hotel kami ialah airport Haneda. Agak malang sbb masa tu tangguh punya tangguh, tiket ke Haneda dah agak mahal. So aku cuba tengok tiket yg turun di airport Narita. Agak murah berbanding Haneda dan setelah dikira-kira kos dari Narita ke Yokohama juga lebih rendah berbanding beli tiket turun Haneda, so aku buat keputusan utk beli tiket ke aiport Narita.


Dalam beberapa bulan sebelum berlepas, banyak benda aku survey termasukla tempat-tempat yang wajib pergi dan tempat-tempat yang boleh pergi tapi kalau tak pergi pun xper.. hahaha.. Termasuklah aku kena study line train, nak turun station mana, harga-harga tiket masuk tempat-tempat tertentu, tempat-tempat halal untuk makan dan aku juga kena study sikit-sikit ayat-ayat basic dan general utk digunakan kat sana.. nasib baiklah membantu juga sikit2.. kalau tak.. sepatah haram aku tak faham... 4 bulan sebelum, aku dah settle booking hotel siap2 supaya tak berlaku masalah kekosongan bilik. Bilik aku ambik untuk triple. Senang satu bilik, semua aktiviti boleh dibincang dan dibuat bersama. Memandangkan flight balik ke Malaysia awal pagi, so aku decide untuk bermalam sehari sebelum tu di hotel Narita. Aku booking untuk hotel di Yokohama dan Narita. 2 bulan sebelum berlepas, aku dah siap-siap beli tiket untuk masuk Disneyland supaya proses masuk ke taman tema tu akan berjalan lancar. Aku dengar, nak masuk ke Disneyland ni beratur panjang apatah lagi nak membeli tiket. So demi untuk menyenangkan diri dan rakan-rakan, aku pun belilah siap-siap online.

2 minggu sebelum cuti-cuti kami ni, aku cuba pula mengoogle pasal penggunaan internet. Rupa-rupanya kat sana kita x boleh pakai sim card dorg utk buat call keluar masuk. Sim card hanya boleh digunakan untuk data internet sahaja. Itupun ada sesetengah telefon tak support. Jadi banyak yang mensuggestkan untuk sewa handphone di sana kalau nak guna untuk buat call keluar masuk dan kalau nak guna sim card data, biasanya hanya telefon tertentu shj yg support. Aku cuba mengoogle lebih lanjut lagi. terjumpa satu laman web ni. http://www.rentafonejapan.com .
Laman web ni offer untuk sewakan handphone utk call in call out. Dia juga offer sewaan internet menggunakan pocket wifi. Fikir punya fikir aku rasa handphone utk call in out ni mcm x perlu sgt kot memandangkan skrg ni whatsapp pun boleh buat call selain skype atau wechat. So aku just rent pocket wifi. kelebihan pocket wifi ni pula, selain boleh bawa ke mana-mana, dapatlah kami bertiga ni berkongsi internet tanpa perlu membeli sim card yang belum tentu boleh masuk dalam telefon memasing... So aku pun order dan pihak rentafone ni kata akan send ke hotel aku. Sebenarnya kalau nak lebih awal, boleh minta send ke airport dan kita boleh collect di pejabat pos, Tapi aku rasa mcm malas so aku minta dia send ke hotel je. Urusannya sangat senang.. dengan harga rent yang diberikan tu, dia dh include harga rent, kos penghantaran dan kos hantar balik. Banyak juga soalan aku tanyakan pada org rentafone ni melalui email dan dia jawab satu persatu dengan puas hati. Katanyer, hari last pakai tu, just masukkan pocket wifi tu dlm sampul surat yg dia bagi dan masukkan dlm mana-mana peti surat. Sampul surat tu pun dia dh tempek setem siap2 so keje kita senang je.. dan satu lagi yang aku suka, dia hanya charge aku utk seminggu wpun aku guna lebih seminggu.. hehehe.. sbbnya aku balik awal pagi sabtu, so dia kata aku boleh guna sekejap sehingga pagi sabtu tu, tapi dia hanya akan charge aku guna sampai jumaat jer.. mmg best service dia.,. terbaeeekk.. Lagi satu, jangan bimbang untuk buat QA dgn dia.. sebab dia memang menggunakan bahasa Inggeris bukan bahasa Jepun.. hehehhh..

Silalah tengok dengan memusingkan kepala anda 90  darjah
seminggu sebelum berlepas, aku dengan excitednya telah memprint boarding pass pegi dan balik.. masa pergi, seat kami berterabur dan tercampak sikit. Biasalah teknik nak suh beli seat kan. Tapi akhirnya aku terpedaya juga untuk beli seat.. hahahaha.. bukan apa, aku beli pun sbb nak yg tepi tingkap memandangkan flight tgh mlm.. so lebih syahdu kalau dpt membuta sorg2 kat tepi tingkap. Bajet-bajet xde org kat seat sblh aku. Sekali ada mamat Jepun pulak duk situ... maka, mlm yang sepi itu aku dendangkan dia dgn bbrp buah lagu kegemaranku yg selalu ku nyanyikan setiap mlm.. hahahah.. naseblaaaaaa...



to be continued...

Sunday, April 20, 2014

Misteri dan serrreemmm: cik Jenny pun pandai main mesin??

Assalamualaikum w.b.t.. Seperti biasa.. Aku muncul timbul tenggelam mengikut keadaan.. Hehehhh.. Bukan x rajin (mmg malas biasanya) tapi kekadang tu xde masa nak menulis.. Citer aku pun x bersambung2 lagi sbb malas nak cari ilham...

Kali ni aku bersemangat nak bercerita sbb citer ni baru je berlaku.. Bukanla aku x penah hadap benda2 ni.. Tapi sbb ni benda yg baru berlaku so aku saja nak share.. Ditambah pulak dgn tetiber aku kerajinan kan.. Kisah ni berlaku selasa ari tu.. Bukanla aku x penah dgr mcm2 citer pasal ofis aku tu.. Melambak citer seumpamanya.. Tapi ini antara yg aku hadapla.. Xdela seram mana pun.. Cuma bagi aku yg hadap sendiri ni.. Agakla seramnya.. Begini alkisahnya.. Selasa lepas aku tgh menunggu mesin deck to deck (mesin ni mesin yg boleh transfer tape beta ke tape beta yg lain).. Kebetulan ada staf lain tgh guna so aku pun menunggu dgn sabarnya memandangkan mesin tu ada satu je kat ofis aku.. Bukan xde kat tempat lain.. Ada.. Tapi masa tu hujan agak lebat so mood hibernate kat ofis tu sgt tinggi kadarnya.. Hehehh... Masa tu lebih kurang jam 6 lebih..

Makanya tunggu punya tunggu hinggala ke jam 7.. Mesin tu agak jauh ckit dari tempat duduk aku dan ada di belakang ceruk.. Jadi kalau aku nk check sama ada mesin tu kosong atau sedang digunakan.. Aku kena menjenguk ke belakang.. Masa aku nak jenguk tu.. Kedengaran bunyi mesin tu digunakan agak kuat.. Mcm ni bunyinya.. "Ketttappp kettappp!!" Sgt clear dan aku pasti itu mmg bunyi dari mesin tu.. So aku pun xdela jenguk sampai ke blkg sbb sure ada org tgh guna... Masuk je maghrib lepas buat apa yg patut.. Aku try nak jenguk balik mesin tu.. Tapi aku masih dgr bunyi "kettappp ketttappp".. So aku buat kesimpulan lg ada org tgh guna.. Mungkin org yg sama atau org lain yg sambung guna.. So x kisahla... Jam 8 berlalu.. Masih kedengaran "ketttappp ketttappp"... Aku menunggu lagi.. Jam 9... Hati aku dh start nak suam2 panas gitu.. Dlm hati aku berkata.. "Eh selalu time camni dh clear.. X settle lagi ke dari tadi.??" Masa tu aku x pasti di ofis ada org lagi atau x.. Ofis aku agak besar so nk check kewujudan org tu agak payah ckit... Tapi aku dengar ada org bersembang di hujung ofis dlm bhs cina.. Kat ofis aku ada 2 3 org  je staf cina.. So aku ingat dorg la sbb dorg pun selalu je balik lewat.. Aku suspek dorg yg tgh guna mesin tu so aku tunggu je la... Tunggu punya tunggu dh masuk jam 10... Aku masih dgr bunyi " ketttappp ketttappp" tu lagi.. Dan diselangselikan dgn perbualan dlm bhs cina tu.. Ofis aku x sunyi sgt memandangkan ada 3 tv yg tgh terbuka masing2 citer lain2..

Tgk jam 10 lebih.. Aku try dengar2.. Masih jelas bunyi "kettappp ketttappp" tu lagi.. Tapi perbualan tu dh x dengar dh.. Aku dh x leh sabar... Aku mcm nk bengang dh.. Xkan sampai skrg x sudah2 lagi
buat kerja.. Aku membebel2.. So aku pun terus bangun dgn hati membara nak tgk sape yg buat keje lembab sgt kat mesin blkg tu... Sampai separuh jalan dh boleh nampak tempat mesin tu berada... Jeng jeng jeng... Okey... Kosong!!! Xde org pun!!! Abes bunyi "ketttappp ketttappp" yg aku baru dgr tadi tu amende? Staf yg berbual dlm bhs cina tu pun xde.. Dan setahu aku xde sape lalu keluar dari ofis tu sbb kalau ada org lalu aku boleh dengar bunyi seretan kaki kat carpet.. X taula kalau dorg ikut jalan lain.. Tapi yg pastinya.. Bunyi mesin tu paling misteri sbb aku baru je dgr org tgh guna.. Tapi ni.. Mmg xde org langsung... Okeyyyy... Aku ckp dgn diri aku... Whateverlah.. Yg penting keje aku siap dan aku nk balik cepat... Sbb masa tu dh dekat 10.30 mlm..  Peliknya.. Lepas je aku dpt tau yg kat mesin tu semmgnya xde org.. Bunyi "ketttappp ketttappp" pun hilang...Dengan tawakalnya aku pun angkat tape2 aku dan tebalkan hati.. Sesampainya aku kat mesin tu.. Aku tgk mesin tu dh off lama dh pun.. Sbb aku pegang mesin tu tapi x panas mcm org baru lepas guna.. Okeyyyyyyy... Xpe xper... Aku buat keras hati dan siapkan keje aku sampai abis... Alhamdulillah sepanjang aku buat tu xde apa2 yg tragis berlaku.. Dan sbnrnya aku baru perasan yg ofis aku dh xde org langsung kecuali AKU!!!

Dlm kul 11 lebih lepas je settle keje... Aku pun terus tutup sume mesin dan balik ke tempat duduk aku.. Baru aku nak sambung label2 kan bahan.. Tetiberrrr.... Si jenny main printer pulakkkkkkkkk.... "Chetttt chetttt" bunyi printer mcm nak print sesuatu sedangkan aku duduk kat meja yg ada komputer pun x.. Jadinya.. Sekian wassalam je la.. Esok aku sambung label.. X boleh jadi dh.. Mmg jenny nak suh aku balikla tu... Huhuhu.... Masa nak balik.. Semua surah yg aku hafal aku baca.. Dgn harapan lif aku x berhenti kat mana2 level yg x sepatutnya.. Huhu.. Inilah pengalaman misteri yg jadi tanda tanya sampai skrg.. Mungkin juga aku yg x perasan ada org guna dan dah habis guna.. Mungkin juga org tu dah lama habis guna dan bunyi "ketttapp ketttappp" tu perasaan aku je sbb maybe confius dgn bunyi tv2 di sekeliling aku.. Jwpnnya??? Hanya Allah yang maha mengetahui.. Ada je sekali aku penah buat keje kat ofis sampai 12.30 mlm.. Khamis mlm jumaat lagi.. Tapi alhamdulillah.. X kena apa2.. Punyala gigih naik ofis semula kul 12 lebih semata2 nk antar bahan sbb esoknya nk cuti.. Seriau gak masa naik lif sorg2 kul 12 lebih.. Tapi masa tu x fikir apa.. Cuma fikir nak settlekan keje jer.. Benda kalau dengar aku redha lagi.. Jgn bagi nampak jer... Allah... Minta dijauhkan... Hehehe... Jgn biarkan diri anda.. Diselubungi dengan misssteriiiiiiii~~~~~~~~  hihihihihi.....