Wednesday, April 15, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 2 (DAY 1)

3 April 2015.. hati berdebar2 melonjak-lonjak tak sabar-sabar (echeeewaaahh) menantikan saat dan detik untuk berlepas ke negara matahari terbit. Walaupun flight aku 4 April tapi oleh kerana 4 April tu jam 12. 45 malam so 3 April hari Jumaat lepas maghrib aku dah kena gerak ke KLIA2. Bbrp hari dan sehari sebelum berlepas tu mcm biasa la.. simptom-simptom kemalasan muncul. Memang dh biasa dh perangai malas nak mengemas barang masuk dlm beg aku ni. Eksited eksited juga.. tapi bila nak packing barang.. mak aihhhhhh... MALAS nombor 1.

KLIA2 sblm check in luggage

beg mak dan anak2 itik




















Kali ni mak aku bagi pinjam beg baru dia. Mungkin dia nak suh beg dia berjalan sampai ke Jepun. Beg aku ni agak besar juga la.. untuk muatan 25-30kg. So aku pun sumbatla segala apa yang perlu kat dalam tu.. Alhamdulillah.. boleh tutup beg aku. Seawal jam 8 malam aku dah pun bertolak ke airport, dihantar oleh mak dan abah. Onie dan Lai masa tu bergerak dari KL Sentral. Sesampainya aku di sana, kebetulan Onie dan Lai pun baru sampai. Tapi time tu kaunter belum buka so kami lepak2 sekejap kat starbucks terdekat sambil merepair-repair isi beg. Sambil menunggu kaunter dibuka, Lai pun pegi wrapping luggage dia. Selepas siap semuanya kami pun check in luggage masing-masing di kaunter. Nasib baik memasing punya tak melebihi berat yang dibenarkan. Settle je check in kami pun terus masuk ke dalam dan menuju ke gate perlepasan. Sbb memasing kelaparan dan masih ada sedikit masa maka kami pun singgah makan di area chicken rice dan burger king. Onie dan Lai makan dulu sebab aku selesaikan hal lain.. Elok je aku nak order makan kat chicken rice.. dia dah tutup.. Jam masa tu dah pukul 11 malam. Aku pun beralih ke burger king.. elok je aku sampai kat kaunter dia nampak adik2 tu dh mengemas2.. aku pun dgn muka kesian pandang muka adik tu.. dia pun pandang aku.. aku tanya dia.. close ke.. adik tu dgn muka regretnya kata.. sorry... maka dgn hampanya hati ditambah perut yg lapar aku pun berlalu pergi.. mengadulah aku pada si Lai dan Onie.. diorg siap nak bagi aku ayam dorg tapi hati aku kuchiwa... so xde selera dah.. tambah hangin aku bila aku tgk elok je org lain order kat burger king tu.. apsal time aku pegi dia kata dh tutup... Lai pun cuba utk jadi hero dan cuba menanya kat adik tadi.. rupanya dia masih open.. hahahaha... mcm malu2 je adik tu tgk aku bila Lai kata akak ni dh sentap sbb kata dh tutup.. akhirnya dpt juga aku mkn burger...

Jam 11.30 malam kami bergerak pelan2 menuju ke Gate perlepasan.. lepas tunggu dlm bbrp minit, dah boleh masuk sampaila boarding flight.. ketibaan kami disambut oleh pramugari dan pramugara. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam stgh. Memang tido bangun tido bangun tido balik bangun balik still x sampai-sampai... Mamat sebelah aku ni x tau la dia pengsan ke apa ke tapi memang dari masa naik sampai la time dorg serve breakfast.. x bangun2.. Pendaratan lebih kurang jam 9 pagi (Malaysia kul 8 pagi) waktu Tokyo sangat memuaskan. As expected.. landing Air Asia mmg smooth dan excellent.. setakat ni mmg aku dpt yg smooth je la.. kalau korg penah dpt yg x smooth maap ler.. As usual memasing kelam kabut nak turun wpun kapal terbang masih belum berenti parking lagi. Nak kejar apa ntah dorg ni aku pun x tau.. Lek2 sudah... Dari tempat parking kitorg naik bas menuju ke terminal.. Masa turun dari kapal terbang.. Mak aihhh!!! baru terasa kesejukannya. Kebetulan pagi tu juga area Narita hujan.. dgn tak dicover oleh apa-apa pun.. gigih je meredah kesejukan pagi..

Sejam berbaris utk check passport

Waktu sampai di terminal, orang yg beratur mak aihhh teramatlah ramai... mcm2 bangsa ada.. dari yg putih sampaila ke gelap.. ramainya manusia sampaikan petugas di situ terpaksa bawa sebahagian foreigner (termasuklah kami) ke area imigresen utk transit. Beraturlah kami hampir sejam juga. Alhamdulillah, kali ni masuk dia tak tanya mcm2.. dia hanya tanya brp hari akan berada di sini dan dgn yakinnya aku menjawab 8 hari.. Oh ya.. kemasukan kami x memerlukan visa.. sejak tahun lepas visa untuk masuk ke Jepun dh tak diperlukan lagi.. nanti kita hanya akan dapat visa on arrival (VOA) masa nak check passport..



Platform Keisei Skyliner ke Yokohama
Lepas dh settle imigresen kitorg terus menuju ke tempat collect luggage.. masa kitorg sampai tu semua luggage dah hampir habis dituntut dan hanya tinggal beberapa buah luggage jer termasuklah kitorg punya. Lepas collect luggage kami menuju ke area kawalan kastam. Hanya satu je borang declaration yg aku submit sbb consider yg kami bertiga ni satu family.. hanya satu borang declaration perlu diisi utk setiap family.. Tapi ntah mcm mana anak itik aku sorg boleh terlepas ke lane kastam sblh.. dah kelam kabut nak explain sbb anak itik aku yg sorg ni x isi apa2 borg pun.. Lepas je settle bahagian kastam kami pun terus keluar menuju ke haluan yg seterusnya.. next mission ialah cari arah ke train station... ke kiri ke kanan jugala mencari jalan. Last2 terpaksa tanya information officer yg tercongok-congok kat tengah2 jalan sambil memegang sepanduk bergambar '?' (question mark). Lepas dia dh tunjuk jalan yg lurus pada kitorg, so kitorg pun turunla ke bwh menggunakan eskalator yg ada.. Masalah seterusnya bila aku x tau nak beli tiket kat mana dan yg mana satu. Sbnrnya sblm sampai aku dh ada dua cara nak keYokohama. Dua2 menggunakan train.. tapi bezanya, yang satu adalah direct train terus ke Yokohama, laju tanpa berhenti mana2 station tapi mahal. Namanya narita express.. train ni limited dan ada masa2 tertentu.. kalau terlepas satu adalah dlm lebih kurg sejam kot nak tunggu yg satu lg. Lagi satu cara menggunakan train Keisei Narita Sky Access.. Menggunakan train ni perjalanan lebih kurang 2 jam dan kena berhenti di certain2 station utk tukar train. Tapi harganya jauh lebih murah berbanding Narita Express. Kalau kitorg naik Narita Express kitorg kena spend lebih kurang 3500 yen.. tapi kalau naik sky access hanya spend lebih kurg 1740 yen sahaja.. So of coz la anak2 itik aku akan pilih yg murah tu kan.. hahah.. Okay cubaan mencari tempat nak membeli tiket.. Masa tu aku malas dah nak pikir pasal nak beli tiket kat mesin.. aku terus je ke kaunter.. menggunakan skill bahasa Jepun yg x berapa nak hado ni.. berlakulah urusniaga.. Maintain cantik jer mula2 org kaunter tu reply aku dlm bhs inggeris.. tetiber lepas aku dh purchase dia bagi explanation dlm bhs Jepun.. ko rasa?? Ada la dlm 3 4 perkataan kot aku dpt tangkap.. selebihnya.... hmmmmm.. krik krik krik...


Anak2 itik stranded di train station
Gigih mencari seteguk air mineral
Selesai beli tiket satu masalah lagi bila aku  tak tau nak menuju ke arah mana.. Nasib baik polis yg jaga palang masuk tu pandai cakap omputih.. so dia tunjukla jalan yg lurus kat kitorg ni.. waktu menunggu train lebih kurg 10-15 minit.. so sementara tu aku meround mencari air mineral.. kat sini sangat senang nak beli air terutamanya mineral.. walaupun xde kedai2 runcit sekitar yg berhampiran tapi mesin jual air sgt banyak dan merata2.. harga sebotol air kalau kat mesin air biasanya dlm 110-130 yen (rm3.50-rm4) bergantung pada jenis mineral dan area membeli. Satu tips membeli.. bila nak membeli apa-apa tu.. jgnla convertkan ke duit kita.. nescaya anda tak sanggup membeli apa-apa.. so redhakan.. layankan jer... kat sana 100 yen tu lebih kurg mcm rm 1 je kat negara kita ni.. so kebanyakan brg mmg rata-rata harganya 100 yen dan ke atas. Bila train dh sampai, kami pun naik lah.. Alhamdulillah time tu seat bnyk kosong.. So dptla kami merehatkan kaki sementara waktu..
Dlm train menuju ke Shinagawa

Perjalanan nak masuk ke area tokyo mengambil masa lebih kurg sejam sbb Narita ni lebih kurg mcm KL ke KLIA. Memandangkan hotel kami di area Yokohama, masa perjalanan berdouble kerana dari Tokyo ke Yokohama umpama dari KL ke Seremban gitu. Satu lagi tips aku nak bagi. Kalau korg gunakan train berpandukan google maps, aku nasihatkan korg guna actual time atau google waktu sebenar korg masa nak naik train tu.. Sebab setiap time, line dan jenis train berubah-ubah. Jgn jadi mcm aku.. google maps sebulan sblm, print siap tapi masa naik train, dpt train ke lain. Itulah pentingnya ada wifi atau internet supaya korg boleh google maps setiap masa atau guna apps lain yg boleh check jenis train utk naik ke destinasi yg diingini. So kesimpulannya spttnya arahan maps yg ada kat tangan aku ke arah keikyukurihama tapi akhirnya tak sampai pun sbb train yg aku naik xde ke arah tu ketika itu.. Nak tak nak aku dan anak-anak itik terpaksa turun di Shinagawa dan terpinga-pinga di Shinagawa station sbb x tau nak naik train mana plak lepas tu.. Sekali lagi menggunakan skill x brp nak ada ni aku pun bertanyalah pada pekerja station situ.. lepas dpt maklumat aku dgn yakinnya angkut anak-anak itik ke destinasi yg dituju... satu lg tips... kalau korg xde line internet waktu nak naik train.. pastikan korg tau korg nak turun di stesen mana.. sbb maps train line yg disediakan di airport akan sgt2 membantu korg. Di maps train tu tersedia jenis2 line dan jenis2 train yg menghubung ke setiap station.





Maps train line
Walaupun ada lebih 100 line tapi kalau korg teliti dan study dgn sabar dan tabah.. inshaa Allah korg akan menuju kejayaan.. Nasib baik aku ada anak-anak itik yg cekap sbb masa aku tgh mencari arah tujuan, sempat dorg rembat maps train line tu.. so mmg sangat-sangat membantu aku sepanjang 8 hari tu. Sepatutnya ikut maps yg di tangan, aku perlu turun di Yokohama... tapi nasib baik sbb line aku naik dari Shinagawa tu adalah Keikyu line, so train tu terus ke Koganecho station iaitu station yg aku perlu turun utk ke hotel. Jam 1.30 ptg, dari Koganecho station ke hotel aku hanya mengambil masa dlm 2 minit perjalanan dgn berjalan kaki.. kalau jalan laju sikit seminit je dh sampai...

Muka teruja tak??
Sepanjang perjalanan ke hotel, kitorg sangat-sangat teruja melihat pokok2 bunga sakura bersepah di depan hotel. Dulu masa aku datang, aku tak perasan pun pokok2 tu sbnrnya adalah pokok sakura sbb masa tu time sakura dh abes.. So sblm masuk hotel apalagi.. berselfie la memasing... Nasib kami sekali lagi baik sbb kitorg dibenarkan masuk bilik walaupun check in sbnrnya pukul 3 ptg.. tapi sbb bilik dh sedia so dia pun bagi kami masuk. Masa check in tu aku collect sekali pocket wifi aku yg dh sampai.. comel kecik je pocket wifinya.. mmg sgt sesuai utk masuk dlm pocket je.. laju juga.. dan boleh digunakan secara serentak oleh 3 4 fon dlm masa yg sama. Sesampainya kami di bilik masing2 perut dah lapar.. so acara unpacking brg pun bermula.. segala periuk kuali dikeluarkan.

Pokok Sakura depan hotel







Triple room
Nampak tak microwave kat belakang tu?
Sebelum masuk bilik tadi kitorg teruja sekali lagi sbb depan lif ada microwave.. dan bilik kami sgt berhampiran dgn lif.. mmg rezeki.. Selesai mengemas barang maka bermulalah acara masak memasak... Lai mengambil tugas memasak lauk segera yg dibawa dari Malaysia.. Menu pilihan hari pertama kami ialah ayam masak merah.. Onie mengambil tugas memasak nasi menggunakan periuk nasi comelnya.. dan aku pula mengambil tugas utk tunggu makanan siap dan makan.. hahah,,, Tapi nasib yg baik ku sangkakan hingga ke ptg.. rupa2nya nasib tak baik muncul di tghari... nasi yg dimasak tak juga masak2 setelah sejam menunggu... mungkin sbb voltan terlalu rendah.. kitorg decide utk tido dulu dgn harapan bbrp jam lagi akan masak.. sementara tu kami yg kelaparan bantaila roti dan biskut2 yg ada.. lepas dh tido, buka mata, tgk nasi, tak masak2 juga... hmmm... x boleh jadi.. hari dah gelap.. (Pukul 6 dah maghrib) perut dh makin lapar.. so aku pun mengoogle restoran2 halal berdekatan Yokohama untuk dinner dengan harapan sekali lagi yg nasi akan masak lepas kitorg balik dari makan. Bolehlah buat breakfast nanti. Aku decide utk bawa anak2 itik makan di restoran Al-Ain, sebuah restoran Arab di kawasan Yayoicho.





Dari hotel, kitorg kena naik subway kira-kira 4 minit berjalan kaki dari hotel. Bandobashi station namanya... dari Bandobashi kitorg kena menuju ke Isezakichojamachi station lebih kurg seminit. station bersebelahan je.. Bersebelahan pun agak jauhla juga kalau nak jalan kaki pun... hehehe.. Sbnrnya dari hotel ke restoran Al-Ain tu lebih kurg 10 minit berjalan kaki.. jauh tak jauh tak?? Jauh kannnnn.... Sampai je kat Isezakichojamachi station.. satu hal plak nak cari celah mana restorannya.. google maps pun tak membantu sangat sbb dia bawa kitorg tawaf satu kawasan.. lepas menjelajah pusing2 barulah kitorg jumpa.. rupanya dekat je dgn station tadi.. tapi google maps bawa kitorg berpusing2.. kasi hangin satu badan..


Restoran dia kena turun ke bwh melalui tangga. Masa kitorg masuk x bnyk sgt customer yg ada dlm restoran tu.. kitorg disambut oleh owner dia yg berbangsa Jepun.. tapi tukang masak dan waiter dia of coz la org Arab.. Aku tau restoran ni halal sbb ada dlm list Yokohama halal place.. tapi saja la nak pastikan so aku tanya kat owner dia halal ke tak.. owner dia jwb halal so okayla at least makan dgn rasa yakin. Owner dia bgtau kitorg yg dorg ada performance mlm ni.. Belly Dance.. so dia nak tau kitorg ok ke tak sbb performance tu kitorg kena tambah 500 yen per person. Oleh sbb perut yg lapar dan malas dh nak fikir, kitorg pun ok je la.. katanya persembahan Belly Dance tu akan mula lebih kurg 10 minit lagi.. So sementara tunggu Belly Dance kitorg pun order la makan.. Harga makanan dia sekitar 1000-3000 yen.. Harga standard di sekitar Tokyo dan Yokohama.. rata2 restoran mmg itulah harganya.. lebih kurg 1000 yen.. (est. rm 30++).

Bergelek kemain dia..
Lepas kitorg order nasi berlaukkan daging kambing dan makanan pun dah sampai maka
Lai bergelek sakan
Bergambar bersama owner...
bermulah acara Belly Dance.. yg menari tu pun aku ingatkan Arab sekali org Jepun... so kitorg layankan jer.. Mengulit2 dia menari ikut rentak lagu Arab.. Seksi tak payah ckpla.. kulit halus mulus sampai aku pun tak sanggup nak tgk lama2.. hahaha.. yg melayan sungguh2 si Lai la.. aku sibuk makan jer. Masa dia tarik utk menari, Lai sporting je join bergelek sama.. cayalah Lai..

Lepas makan kitorg pun balik semula ke hotel dan perkara pertama yg kitorg check ialah nasi dlm periuk... hmmmmm tak masak juga.... tapi kitorg tetap simpan harapan menggunung moga-moga esok pagi ada sinar untuk nasi kami di dalam periuk itu...


Balik tido kecewa nasi x masak...



to be continued...

No comments:

Post a Comment