Wednesday, April 22, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 4 (DAY 3)

Pagi ni destinasi kitorg ialah Disneyland.. last time aku ralat sgt sbb tak dpt pegi tempat ni.. masa tu katanyer golden week so org sgt ramai. Dorg nasihatkan tak payah pegi.. so okay fine.. Tapi kali ni tidak mungkin aku melepaskan peluang ini.. echehh..


Seawal jam 9 pagi (xde la awal sgt pun). Dari Koganecho station kami perlu turun di station paling berhampiran iaitu di Maihama station. Mcm smlm, kitorg kena turun diYokohama station melalui Keikyu line ke arah Shinagawa. Dari Yokohama station, kitorg kena tukar line plak iaitu Tokaido main line menggunakan JR line. Haaa.. kali ni kitorg kena keluar dari area local train dan ke seberang plak menuju area JR line.. seberang tu takdela seberang sgt pun.. semua line2 train tu ada dlm bangunan yg sama.. cuma tricky sikit sbb kena tahu line yg mana satu. So lepas beli tiket kat mesin JR line.. kitorg kena ke platform 7/8 melalui Tokaido main line menuju ke arah Tokyo station. Dari Tokyo station kitorg kena kena berpindah train lagi melalui Keiyo line. Sepatutnya mengikut maps google kitorg kena naik train yg menuju ke Kazusaichinomiya tapi masa tu kitorg nampak ada train menuju ke arah yg sama dan berhenti di Maihama station so kitorg naik je sbb tgh kosong... sblm tu kitorg ada singgah jap farmasi sbb nak beli stokin utk support kaki aku yg semakin sakit.. Alhamdulillah dapat kurgkan sikit kesakitan.. walaubagaimanapun tetap tak selesa dan sakit.. huhuhuuu... :(



Lebih kurang 6 station, kitorg turun di Maihama station. Cuaca hari tu diramalkan sedikit panas dan berawan.. bukan sedikit panas yer.. memang panas.. Memang aku berpeluh2 gakla seharian tu. Dari Maihama station, kena berjalan kaki sikit ke entrance dia lebih kurang 6-8 minit. Tapi kalau berhenti ambik gambar posing2 sikit mungkin dalam 10-20 minit baru sampai entrance.








Disebbkan masa tu masih agak awal pagi (lebih kurang kul 10.30 pagi waktu Jepun) so org yg masuk kat entrance tak berapa nak ramai lagi. Sebab aku dh beli tiket online, so masa masuk aku tak perlu beratur beli tiket lagi.. just gunakan kertas yg dh di print tu dan scan barcode kat tempat masuk dia..

1st sekali yg kitorg buat lepas masuk tu of cozla bergambar2 dulu.. di kwsn luar depan pintu masuk.. haaaa jangan pelik yer.. dalam ni ada banyak giler pintu masuk.. aku pun tak tau mana satu sbnrnya pintu masuk sebenar. Masa kitorg tgh bergambar guna monopod tiba2 staff kat situ tegur kitorg sbb dia kata kitorg tak boleh guna monopod di kwsn tu.. pelik?? aku pun tak tau kenapa.. nak tanya takut bertambah tak faham.. tapi mungkin sbb boleh menganggu pengunjung2 lain dan takut terkena kepala ke apa batang monopod tu kot.. wallahualam. Sebelum masuk.. kitorg sbnrnya rasa lapar.. so kitorg lepak2 dulu kat kerusi depan tu utk makan sandwich yg telah dibungkus oleh chef-chef kehormat.. sandwich pagi tu adalah tuna campuran telur rebus hancur campuran orange juice dan peanut butter... hmmm aku pun tak sure resipi dari mana tu.. tapi hentam je la asal masuk perut.  Lepas dah kenyang (sbnrnya tak kenyang sgt pun tapi buat2 kenyang) kitorg pun masuk ke dalam.. belah luar tadi mcm ala2 opening je la.. kat dlm ni highlight yg sbnr.. sepanjang laluan tu hanya ada kedai2 dan cafe yg berkaitan dgn karakter2 dlm Disneyworld.. ada juga satu dua kedai yg kitorg sempat masuk dan aku sempat jugala rembat satu dua brg Minnie Mouse.. (excited lebih).








Lepas laluan tu, kitorg terus keluar ke satu kwsn yg sangat luas.. dari situlah bermulanya pengembaraan dan cubaan menakluki semua jenis permainan kat situ. Masa kitorg masuk tu, sedang berlangsungnya parade show. Aku malas sgt nak tgk so aku cari kerusi duduk sbb nak rehatkan kaki aku yg semakin berdenyut2.. hanya Onie dan Lai yg ke depan tgk parade tu. Masa aku duduk tu, aku terpandangkan sorg staff kat situ.. keje dia kat situ senang jer.. jaga tong sampah.. dia duduk sambil pegang tong sampah dan akan sambut sampah2 yg org nak buang dlm tong sampah tu. Ada masanya dia nampak org nak buang sampah, dia sendiri akan tolak tong sampah tu mendekati org tu.. hebat tak?? sgt polite cara dia menerima sampah.. tapi bagus betul.. dorg sgt jaga kwsn tu sampai make sure tong sampah pun dijaga oleh manusia. Bermakna takdela org buang sampah merata atau baling je mana mampu sampai bersepah tepi2 tong sampah. sbnrnya keje tu juga beri peluang kpd sesiapa yg memerlukan keje. Sgt details segala urusan dorg.. i like!!
Bentuk kawasan tu adalah bulat.. so kitorg bermula dgn sebelah kiri sbb itu je yg paling dekat dgn kitorg dan nampak menarik iaitu pirates of carribean.. waktu menunggu masa tu ialah 20 minit. Nampak mcm pendek je line dia.. rupa2nya line dia berpusing2 so panjangla juga...beratur punya beratur sampaila giliran kami naik boat.. awal2 lagi kitorg dah dpt seat paling blkg.. mula2 aku ingat tempat tu tempat adventure ada hantu bagai... sampai ada org tu suspek boat blkg kitorg adalah lanun yg tgh kejar kitorg... rupa2nya biasa jer..  dh nama pun Disneyland... ingatkan adalah basah2 kena air ke.. layan je kan.. tapi sbnrnya hanya naik boat sambil tgk hasil2 kreatif dorg menggunakan patung2 watak filem tu dalam bentuk penceritaan.. tapi dalam bahasa Jepun... so tgk je la.. fahamnya idok... ada la dlm 5 minit kot kitorg naik boat tu.. Lepas kitorg naik boat tu.. kitorg ke bangunan sblhnya pulak. Mula2 Lai ajak naik western train.. tapi sbb aku pening tgk jumlah org yg beratur tu dan aku pun rasa mcm boring jer.. so aku suh je dorg berdua naik.. tapi sblm tu kitorg masuk satu tempat ni.. mula2 ingatkan menarik.. rupa2nya... aloha!!!  hahaha.. musical show lilo & stich menggunakan patung2 burung.. burung2 menyanyi dan menari.. hmmmm okay... Lepas keluar dari tempat tu dan dicarut oleh Onie  dan Lai, dorg pun terus beratur utk naik western train tu.. so sementara tu aku cari kerusi dan lepak2 situ.. Masa tu kaki aku jgn ckp la.. dh mcm2 rasa dah. tapi sbb aku rehat sekejap (lama juga sbnrnya tunggu dorg naik train tu) so kaki aku dlm keadaan yg okay sikit..




Lepas kitorg berkumpul semula kitorg terus ke next destination. Kali ni Lai nampak cruise so dia kata dia nak naik.. aku tak berapa rasa nak naik cruise tu so aku lepaskan dorg berdua utk naik.. sekali lagi aku cari kerusi dan melepak sekejap sambil mencuci2 mata... satu benda yg kitorg bertiga perhatikan.. budaya kat sana sangat tertib.. satu stroller parking kat satu kwsn kosong.. akan ada stroller2 lain menyusul.. yg bagusnya sume tersusun cantik dan takde sape nak rembat. Kalau kat sini.. sekejap je tu.. hilang dh kalau tinggal je mcm tu.. kagum aku.. sungguh kagum.. Lepas dh selesai impian Lai nak naik cruise kitorg ke tempat seterusnya..


Konon2 nak beli churro (dorg kata satu2nya benda yg boleh makan kat situ) tapi maybe masa tu waktu lunch so mana2 je sume penuh dgn org.. Kitorg naik sekejap kwsn splash mountain... konon2nya  Lai nak cari fresh juice.. kesudahannya juice tak jumpa, kitorg terjebak beratur beli churro dan soft drink. Sedap gak churro ni. 1st time aku makan.. menyesal lak beli 1 je.. tapi sbb nak menampung perut, so layankan je la.. nak beratur lg mmg dh malas dah. Sementara nak ke tempat lain, kitorg terserempak dgn karakter Pocahontas. Lawa Pocahontas tu.. anak sape ntah.. Pocahontasnya org putih so berbual2 la kejap kitorg dlm bhs omputih.




Selepas splash mountain kitorg lalu kawasan fantasyland pulak.. kat situ kitorg masuk tempat snow white adventure.. lepas tu kitorg masuk ke tempat 'it's a small world' (basically patung budak2 kecil dari seluruh dunia menyanyi 'world song' dan naik boat juga).. oleh kerana kesuntukan masa.. kitorg terpaksa skip bnyk tempat dan rushing ke castle cinderalla.. sbnrnya masa kitorg banyak habis dgn beratur.. masa sampai kat castle cinderella tu pun dh kul 5 ptg.. Kebanyakan attraction kat situ tutup sekitar jam 5 atau 5.30 ptg sbb selepas jam 6 hanya yg ada night pass je boleh masuk.. sblh mlmnya biasanya ada show lain tapi attraction tak dibuka. So lepas castle cinderella, kitorg tak sempat pun nak masuk ke toonland dan futureland. Semua ni terjadi kerana ramalan cuaca yg sangat tepat.. hahah.. Mungkin sbb rakyat jelata Jepun tau yg ari ni cuaca baik sepanjang ari, so dorg berpakat2 bawa anak2 dorg ke Disneyland.. couple2, budak2 sekolah semua ada.. mmg ramai giler.. sampai kitorg tertanya2, adakah anak2 mereka dipontengkan sbb ari tu adalah ari Isnin dan bukan public holiday (yg ni aku dh check kalendar dorg). Kesimpulannya... Disneyland ni sesuai dikunjungi oleh family yang ada anak2 sbb attraction kat sini sume light2 dan fun2 jer.. Kalau nak lebih adventure aku nasihatkan korg pilih Disneysea.





Kul 6 ptg siren dibunyikan menandakan dorg dh nak close utk day part. Tapi sblm kitorg keluar kitorg sempat lagi bergambar2 sat.. Sebelum ke train station kitorg sempat singgah kedai souvenier dia yg paling besar iaitu 'Bon Voyage'. Kat situ aku beli tshirt utk anak buah aku dgn kakak ipar aku... sekurang2nya adalah juga buah tangan kan.. dan aku beli mug minnie mouse utk aku sendiri sbg kenangan. Oleh kerana dari pagi tak mendapat bekalan makanan yg mencukupi. So misi kitorg adalah mencari makan. Tapi bincang punya bincang kitorg fikir nak masak kat bilik je memandangkan masing-masing dah penat dan bajet sikit. Tapi sblm tu aku nak bgtau korg.. tips ni pun aku dpt dari blog lain.. Kat Disneyland kalau korg nak mkn ada satu restoran namanya Eastside Cafe.. dia berdekatan dengan laluan kedai2 dan cafe masa masuk tu.. Kat situ takde makanan halal tapi ada vegetarian meal.. so kalau rasa nak lunch dgn agak kenyang sila2kanlah mencuba sbb kitorg pun tak sempat nak masuk restoran tu.




Sebelum balik ke hotel, aku dgn anak2 itik decide nak beli sikit brg2 makanan. Terutamanya roti sbb roti kitorg dh abes bedal. dari Halal Navi aku dpt tau kat area Yokohama ada satu kedai jual brg2 kering dan basah halal mcm daging, ayam, sos cili, makanan dlm tin, biskut2, maggi dan sbgnya. Semua brg2 tu diimport dari negara2 mcm Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Pakistan dan lain2 negara yg provide makanan halal.. Kedai ni dekat area Tsunashima. Dari Maihama station kitorg terus naik train dan turun di Hatchobori station. Dari situ kitorg kena tukar ke Hibiya line menuju ke arah Nakameguro dan turun di last station iaitu Nakameguro station. Kemudian kitorg kena naik train Tokyo Toyoko line ke arah Motomachi Chukagai dan turun di Tsunashima station. Dari Tsunashima, hanya kurg seminit dh sampai ke kedai dia. Kedai dia hujung sekali.. tapi agak malang nasib kitorg ari tu, sampai kat kedai, kedai tutup. Hati berat nak melangkah balik sbb perjalanan kitorg nak ke situ tadi sangat jauh.. sedih dan tak puas hati kitorg menjenguk2 kedai dia sambil berfikir nak buat apa lepas ni. Tengah2 berfikir tu tiba2 dtg seorg lelaki india tegur kitorg.. suspek lelaki tu mcm ada kaitan dgn kedai tu aku tanya dia kedai ni close ke.. Lelaki tu kata (dlm bhs omputih) kedai dia mmg tutup setiap hari Isnin. Hari lain buka.. ooohhh so memang dialah pemilik kedai tu. Katanya, Isnin je tutup.. So kpd korg sume.. ingat yer.. kalau nak gi kedai dia jgn gi hari Isnin.. pegi hari lain..


Dgn muka kesian dan kecewa kitorg berdiri di situ sambil berfikir dan memandang muka dia.. lama jugala dlm seminit dua.. akhirnya lelaki tu tanya kitorg apa yg kitorg nak beli.. kitorg ckp 'bread only' okay.. baca betul2 yer.. 'bread ONLY'... so lelaki tu agaknya kesian dgn kitorg, dia open sekejap kedai dia utk kitorg. Kedai dia kat tingkat 1 so kena naik tangga sikit.. kedai dia kecik je tak besar macam supermarket tapi cukup utk memuatkan segala jenis barang. Owner dia sangat baik dan banyak membantu.. katanya dari Sri Lanka.. dari 'bread only' akhirnya mata menjadi rambang dan segala mcm nak beli almaklumlah satu2nya kedai halal yg tak payah nak fikir boleh beli ke tak.. masa tu la tiba2 rasa miss Malaysia kan... Roti mcm gardenia tu dia tak jual, tapi dia offer kitorg roti paratha.. rembat je la asalkan roti.. Selain tu kitorg beli sos cili, biskut dan sikit keperluan lain. As a bonus, owner dia bagi kitorg sikit garam sbb kitorg tanya ada jual garam ke.. dia kata garam boleh beli kat kedai biasa.. tapi sbb kitorg nak guna garam sikit je.. so dia bagi kitorg garam dalam sepeket kecik.. F.O.C.. Alhamdulillah... moga bertambah rezeki dia.. dia tanya kitorg dari mana dan dari mana aku dapat info pasal kedai dia..  katanya dia dh buka kedai ni 14 tahun dan ramai muslim yg dtg beli.. bagus2.. semoga kedai dia sentiasa wujud utk membantu org2 mcm kitorg ni...
Lepas dah dapat yg diingini, kitorg pun balik ke hotel.. dari Tsunashima station kitorg turun di Yokohama station dan tukar ke line Keikyu line menuju ke Uraga dan turun di Koganecho station. Kali ni tak perlu keluar dari area local train sbb Tokyo Toyoko line adalah line yg sama iaitu local train.. so kitorg hanya pindah platform je.. Sebelum balik hotel kitorg singgah jap kedai feveret kitorg iaitu Aeon utk beli telur.. haaa sape kata sana takde Aeon.. sana pun ada okay... Lepas dh settle everything maka kitorg pun balik ke bilik dan menikmati makan malam kami yg dh nak hampir kul 11 mlm.. lauk mlm tu ialah kari ayam dan telur dadar.. hmmmm sungguh menyelerakan...


to be continued...

No comments:

Post a Comment