Monday, April 27, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 5 (DAY 4)

Semalam kitorg ke Disneyland, akhirnya hari ni kitorg baru betul2 nak masuk bandar Tokyo. Memang Disneyland kat Tokyo tapi bukan di central Tokyo.. lokasi dia terletak di outlying area jadi x berapa nak Tokyo sangatlah. So hari ni kitorg nak menuju ke lokasi pertama iaitu Tokyo Skytree kat Sumida Ward berhampiran area Asakusa. Tokyo Skytree ni terletak di kawasan utara Tokyo. Oh ya.. sarapan pagi ni ditaja oleh chef-chef berkaliber.. tapi paratha yg beli smlm jadi roti gebu lagi rangup cicah kari ayam. Walau apapun tima kasih chef2 ku.. kenyang perut dpt makan.

Kali ni kami keluar lebih awal,, seawal jam 8.30 pagi. Memang kebiasaan di waktu begini, waktu agak puncak bagi warga Jepun sbb waktu ni la masing2 sibuk nak gi keje,, nak gi sekolah dan sbgnya. Jadi demi menambahkan kesibukan, kami pun joinla mereka2 ni... suasana train agak sesak.. setiap train memang takde langsung seat.. so redhakan je la berdiri buat sementara waktu. Dari Koganecho station, sama seperti sblm ni, kitorg kena turun di Yokohama. Tapi bukan untuk tukar line.. hanya utk tukar train shj.. melalui line yg sama, Keikyu line tapi menuju ke arah Aoto.. train ni akan bertukar menjadi line Asakusa lepas Sengakuji station.. tapi ntah mcm mana.. aku pun confius gak.. Sengakuji ni jadi station terakhir utk train tu.. so kitorg kena tunggu train ke Aoto di situ. Dari Sengakuji station, ada 13 station yg perlu dilalui sblm sampai ke Oshiage station.. station ni antara station yg paling dekat utk ke Tokyo Skytree. Sbrnya ada 2 cara utk ke Tokyo Skytree.. sama ada turun di Oshiage station atau Tokyo Skytree station.. kedua2 station ini hanya memerlukan lebih kurang 3-5 minit berjalan kaki utk sampai ke Tokyo Skytree.. sangat dekat.

Lepas sampai di Oshiage station, misi mencari halatuju menggunakan google maps.. agak kurg best cuaca ari tu sbb tgh mendung diiringi hujan rintik2.. sangat tidak sesuai nak tgk view dari atas. Tapi demi schedule yg telah ditetapkan, maka dgn redhanya kitorg pun layankan je la.. 

Sebelum sampai di entrance ada kedai souvenier dan utk naik ke entrance, perlu masuk melalui mall dan naik ke tingkat 4.. kat situ boleh beli tiket.. kalau dtg dgn group yg besar.. kena beli tiket dan masuk di di entrance tingkat 1. Last time aku dtg, tak berkesempatan nak pegi sini sbb waktu tu Skytree ni masih baru dan masih menjadi tumpuan org ramai termasuk rakyat dia sendiri. So suasana agak sesak. Kali ni pengunjung tak ramai sangat berkemungkinan sbb masih pagi atau hari bekerja atau org mmg dh tak berminat nak naik Skytree ni. Tiket ke Tembo Deck (350 meter) ni harganya 2,060 yen (est. rm65).. lepas beli tiket kami terus menuju ke bhg lif utk naik ke atas.. utk naik ke Tembo Deck mengambil masa kurang dari 1 minit dgn kelajuan yg sgt laju (sbnrnya aku tak ingat brp laju dia..tapi mmg sgt laju)... cuma yg tak bestnya tu kita tak dpt tgk luar sbb keadaan lif tertutup sepenuhnya. So tau2 dah sampai ke Tembo Deck. Dari situ.. boleh nampak area sekitar Tokyo. Boleh nampak Tokyo Tower.. boleh nampak Mt. Fuji... boleh nampak Disneyland... Yokohama landmark pun boleh nampak.. tapi sayangnya sume tu kitorg tak berapa nak nampak sbb keadaan sekitar masa tu diselubungi dengan awan dan kabus.. so hanya boleh nampak sikit2 je.. tapi mcmana pun.. view dia mmg terbaeeekkk.. cantik!! Mashaa Allah.. 

Disbbkan kaki aku yg dh mula start mengada2.. aku teringin sgt nak cari tempat merehatkan kaki.. kat area tu mmg takde satu pun kerusi kecuali kat cafe. Itupun seat dia limited.. sbhgian yg minum kat situ pun kena berdiri.. untuk duduk kat kwsn tu aku kena beli drinks dia.. so aku order coffee dan cari seat kosong.. nasib baik ada satu space yg muat2 utk aku sorg.. sbnrnya, tempat tu pun limited utk minum je.. apa2 drinks tak boleh dibawa keluar atau diminum di area lain. Lepas dah lega merilekskan kaki.. aku bergabung semula dgn Lai dan Onie utk turun ke bawah. Spttnya plan asal kitorg adalah utk naik ke Tembo Gallery (450 meter) tapi disbbkan cuaca yg tak berapa nak best.. so kitorg decide utk tak naik. Kalau nak naik ke Tembo Gallery, tiket hanya boleh dibeli di Tembo Deck sahaja. Harga tiketnya pulak 1,030 yen (est. rm33). Kalau naik tadi, naik lif.. skrg nak turun kena turun satu tingkat ke satu tingkat menggunakan eskalator. Di setiap tingkat ada kedai souvenier dan ada juga restaurant dan cafe. Alang2 dh lalu kedai souvenier tu.. apa lagi kan.. shoppingla sikit.. buat ole2 utk diri sendiri dan family.

Oleh sebab time tu pun dh nak menghampiri 12 tghari.. perut pun dah lapar, kitorg mula bergerak ke area Asakusa.. melalui Halal Navi, ada 5 tempat makan halal di sekitar Asakusa.. Naritaya (Ramen), Shitamichi Shokudo Ippin (Ramen), St. Marc Cafe Asakusa Ekimise (coffee and bread), Saray Kebab dan Sekai Cafe (western meal). Aku decide utk bawa anak2 itik makan Halal ramen memandangkan di Jepun, ramen adalah antara makanan yg terkenal.. Nama restoran tu ialah Naritaya Halal Ramen

Masa kitorg turun.. kitorg bertembung dgn 2 org student lelaki Malaysia.. Adik2 ni sbnrnya belajar di New Zealand dan tgh travelling di Jepun, esoknya dorg nak ke Korea pulak.. lepas tu dorg akan kembali ke Jepun semula dan ke Osaka.. wah2.. berjalan sakan korg yer! Mula2 tu kitorg bersembang2 biasa jer tapi akhirnya kitorg terjumpa balik masa nak naik train ke Asakusa.. Dorg ni plan nak ke Ueno tapi decide nak ikut kitorg isi perut dulu kat Asakusa. Kalau ikut plan asal ari ni.. spttnya kitorg pun akan ke Ueno sebelah petang.. tapi disbbkan kekangan masa, aku pindahkan schedule tu ke hari esoknya. Untuk ke Asakusa, kali ni kitorg naik train kat Tokyo Skytree station. Dari Tokyo Skytree station melalui Tobu Skytree line kitorg berhenti di Asakusa station lebih kurang 3 minit.


Dari Asakusa aku cari laluan ke Naritaya Ramen menggunakan google maps..memang tricky jalan yg dibawa memandangkan kitorg kena melalui kwsn sekitar shrine yg dipenuhi dgn pelancong2... ditambah plak dengan 2 lagi anak itik baru.. sblm ni bawa 2 je anak itik.. skrg ni kena bawa 4 anak itik.. bertambah2 cabaran mak itik demi mencari sesuap nasi.. Sepanjang mencari restoran tu.. dorg ni asyikla bergambar.. kepala aku masa tu dah malas nak fikir pasal gambar2 bagai ni.. sbb matlamat aku nak cari lokasi tempat makan tu je.. tapi nasib baik dgn kedegilan anak2 itik ni.. dapat juga share gambar2 yg spttnya aku enjoy tapi tak dapat enjoy sgt disbbkan banyak berfikir mencari jalan.. Nasihat aku kepada ketua tour.. jangan sibuk nak cari jalan jer.. kalau ada kesempatan rileks2 cari sambil menikmati kawasan sekeliling.. kecuali kalau betul2 nak kejar masa.
Dlm tengah melilau mencari destinasi tu.. terjumpa dengan group kak Sofi.. actually group ni adalah group yg kitorg akan join utk ke Mt. Fuji nanti.. Sebab tak nak pening2 untuk ke Mt. Fuji sendiri.. aku decide utk tumpang group dorg.. Kak Sofi n group sbnrnya baru sampai ke Tokyo awal pagi tu. Dlm bnyk2 tempat kat Jepun ni.. kitorg boleh terjumpa kat situ.. rupa2nya dorg pun baru lepas lunch kat restoran yg sama yg kitorg nak pegi ni.. So disbbkan berpusing2 arah mencari jalan, dorg pun tunjukkan jalan yg lurus kat kitorg.. Tapi malangnya.. sesampainya kami di situ.. kedai dah nak close dan hanya akan dibuka semula kul 5 petang sedangkan masa tu baru kul 2.. Kecewanya hati ditambah dengan perut yg lapar.. Disbbkan kaki aku dah mula meragam.. aku tiba2 rasa mcm penat sgt.. rasa kecewa.. nak marah pun ada.. hihihh.. emosi bila tak dapat makan nampak tak.. tapi demi nak mengisi perut sendiri dan anak2 itik.. aku cuba cari tempat makan lain yg berdekatan.. Aku cuba google maps Sekai Cafe.. satu lagi tempat mkn halal.. Dari situ kitorg perlu berjalan lebih kurg 5 minit. Dgn doa yang menggunung moga2 restoran ni buka sepanjang hari.. kami pun sampai di depan restoran.. Alhamdulillah doa kami termakbul..

Restoran ni simple jer.. hidangan2 dia more to western.. ada spaghetti.. ada chicken chop.. lamb chop.. tapi masa tu chicken chop dah abis.. so yg tinggal hanya ada lamb chop.. lamb chop ni setnya dgn nasi.. Aku, Onie dan Lai order benda yg sama.. Set menu ni sekali dgn pilihan air.. hanya 1000 yen sahaja.. (est. rm30) dihidangkan sekali dgn wi-fi free.. hihihhh... Sambil menyembang kitorg pun interviewla sikit adik2 ni.. yg sorg dari Kedah (org kampung Onie).. yg sorg lagi org Bangi.. (org kampung aku)... Kat situ juga kita boleh minta utk diberi ruang solat.. actually kat situ takde prayer room.. tapi kat depan bilik air, ada sikit ruang kecil yg boleh dijadikan tempat utk solat.. yang bagusnya, masa aku solat, laluan tangga utk ke bilik air tu staf kedai tu block. So tak adala org akan naik ke situ masa kita tgh solat.
Selesai makan.. adik2 lelaki yg join kitorg ni pun mula gerak ke Ueno.. Sempatlah juga bertukar2 laman FB... Aku dan anak2 itik pulak berjalan2 dulu sekitar Asakusa street.. Asakusa street ni dipanggil sbg Nakamise Shopping Street.. kat situ ada mcm2 benda dari souvenier kecik2 hingglah ke kimono.. dptla rembat satu dua souvenier kat situ.. harga pun lebih murah dan berbaloi.

Sekitar kul 4.30 mcm tu, kitorg mula bergerak ke Tokyo Tower. Tokyo Tower terletak di bahagian Selatan Tokyo di kwsn Minato berhampiran Odaiba. Dari Asakusa station, kitorg kena naik train ke arah Shibuya melalui Ginza line dan turun di Ginza station. Dari Ginza station melalui Hibiya line ke arah Nakameguro kitorg kena turun di station berhampiran iaitu Kamiyacho station. Dari Kamiyacho station sbnrnya kitorg kena berjalan kaki ke Tokyo Tower dlm 10 minit. Tapi disbbkan kaki aku tak mengizinkan utk aku belasah lagi jauh, aku decide utk bawak anak2 itik naik bas.. so dari Kamiyacho station kitorg ke Kamiyacho Eki-Mae bus stop kira-kira 3 minit dari station. Melilau juga mula2 nak cari bus stop ni..
Dari situ kitorg naik bas menuju ke Tokyo Tower melalui satu perhentian dan dlm bas tu pun hanya ada kami bertiga dan dua omputih yg nak turun di tempat yg sama.. betul2 bas tu berhentikan kitorg depan Tokyo Tower. So dari situ, kitorg ke entrance dan beli tiket. Memandangkan cuaca dh mcm elok masa tu.. kitorg decide utk beli tiket Main Observatory (150 meter) dan Special Oservatory (250 meter). Kalau ikutkan Tokyo Skytree 2 kali ganda lebih tinggi dari Tokyo Tower.. tapi memandangkan Tokyo Tower ni mcm mercu tanda Tokyo.. kalau tak pergi tu mcm tak sampai Tokyo la gamaknya. Alhamdulillah wpun cuaca makin gelap tapi sbnrnya cuaca agak baik dan berkemungkinan view clear dari atas. Aku rekemenkan utk ke Tokyo Tower di sblh petang sbb Tokyo Tower waktu mlm adalah sgt cantik.. Lebih elok kalau sampai kat situ sejam sblm maghrib sbb korg ada peluang utk tgk dlm 2 keadaan. masa cerah dan masa gelap. Last time aku dh sampai ke Tokyo Tower.. tapi masa tu aku pergi waktu pagi sama mcm masa ke Tokyo Skytree tadi.. so kali ni aku bersyukur sbb dpt tgk view Tokyo Tower time waktu malam pula. Mashaa Allah.. sangat cantik...

Harga tiket untuk ke Main Observatory ialah 900 yen (est. rm28) dan Special Observatory ialah 700 yen (est. rm22).. so kalau nak naik kedua2 observatory, tiket boleh dibeli di luar entrance dengan harga 1,600 yen (est. rm 50).. dari entrance kitorg kena naik lif menuju ke 2F. Kali ni best sikit sbb lif dia visible dan kitorg boleh tgk pemandangan luar masa naik. Sampai di 2F, kitorg dapat tgk Tokyo Skytree, Mt. Fuji dan Disneyland..  dari view 150 meter. Lepas round2 sekitar 2F.. kitorg masuk ke entrance utk Special Observatory.. kitorg kena naik bbrp tangga dan satu eskalator utk ke lif Special Observatory. Kali ni lebih menggerunkan.. lif yg kitorg naik ni visible kat tiang2 sekeliling tower so mmg agak gayatla lebih2 lagi lif dlm keadaan laju. Sampai kat situ, area dia agak kecik dari 2F, tapi view dia lebih better. Lepas dah berlegar-legar sekitar Special Observatory, kitorg turun ke 1F pula. Kat situ, ada Lookdown Window. Bolehla berposing2 atas cermin kaca yang visible nampak semua benda kat bawah. Tapi aku tak berani nak pijak.. takut ranap plak.. hihihihhhh...
Kat situ view malam dia tersangatlah cantik. Kitorg lepak2 kejap minum kopi kat cafe sambil menghayati pemandangan luar. Lepas tu kitorg terus turun ke bawah dengan lif.. kat tempat turun tu kitorg keluar ke kawasan souvenier. Tips utk korg.. kat kedai souvenier tu jangan beli2 lagi sbb ada satu lagi kawasan souvenier masa nak keluar nanti. kawasan tu ada banyak booth.. ada banyak jenis souvenier (terutamanya fridge magnet) dan harga lebih murah. So boleh rambang mata. Lepas dah shopping2 mengumpul pertambahan berat luggage.. kitorg keluar dari kawasan Tower.. untuk balik ke hotel kitorg kena ke Daimon Station.

Dari Tokyo Tower ke Daimon station mengambil masa 13 minit berjalan kaki. Memang takla kan.. so kitorg pun tunggu bus di bus stop. Untuk ke Daimon station, kena tunggu di bus stop yang bertentangan jalan. sbb bus stop yang yg paling dekat ke arah lain dan bus dia pun ada jadual tertentu. Time tu kitorg kena tunggu lebih stgh jam. Sambil menunggu tu sempat lagi berposing2 kat bawah tower... Subhanallah... memang lawa giler tower dia sebelah malam.. macam kilauan emas.

Dari bus stop Tokyo Tower kitorg lalu 6 stop sebelum sampai kat Daimon station. Dari Daimon station, kitorg kena ambik Asakusa line ke arah Keikyukurihama. Line ni akan bertukar jadi Keikyu line lepas Sengakuji station so kitorg terus je stay dlm train sampai ke Yokohama. Dari Yokohama kitorg maintain line yg sama tapi tukar train ke arah Uraga. Sebelum balik ke hotel kitog singgah kedai wajib Aeon utk beli air mineral dan keperluan lain. Sampai je hotel, kitorg masak dan makan malam macam biasa yang ditaja oleh Chef itik pulang petang... hehehe...




to be continued...

No comments:

Post a Comment