Friday, April 17, 2015

JELAJAH YOKOHAMA DAN TOKYO PART 3 (DAY 2)

Bersambung kisah nasi yang tak masak semalam... hmmmmm.. Pagi2 Oni bangun dgn penuh harapan moga2 beras yang dimasak selama sehari smlm akan bertukar menjadi nasi untuk dimakan... namun harapan hanya tinggal harapan... keadaan nasi masih sama mcm smlm... aku yg sedang lena diulit mimpi hanya mampu mendengar tung tang tung tang dorg keluar masuk bilik.. rupanya dorg decide nak masak je nasi tu dlm microwave smlm... berkat usaha gigih dan ketabahan mereka.. akhirnya pagi tu kami dapat makan nasi yg dh direndam semalaman tu.. terima kasih chef-chef kerana menyediakan sarapan pagi yg menyelerakan.Jam 9.30 pagi kami bergerak ke Koganecho station. Pagi ni nak menuju ke taman Sankeien atau Sankei-en Garden di area Honmokusannotani, Yokohama. Taman ni salah satu taman di daerah Yokohama yg sangat terkenal. Kiranya must-go place lah. Kat sinilah kalau nak menghayati keindahan Sakura sangatlah sesuai. Selain daripada bunga Sakura, ada juga bunga2 yang lain. Masa aku pergi dulu Sakura dah takde.. so aku pergi taman ni dalam keadaan kosong tak banyak sangat bunga.. kali ni pergi dgn harapan suasananya akan berbeza. Sepatutnya call time pagi ni kul 9 pagi.. tapi biasalah kalau dh anak2 itik.. delay jugala masanya.. apa2 pun tak menjadi masalah pun sbb itulah kelebihan bergerak sendiri..



Dari Koganecho station melalui keikyu line ke arah Shinagawa kami menuju ke Yokohama station sbb dari situ kami kena tukar line. Untuk ke Sankei-en Grarden kami perlu melalui Minatomirai line ke arah Motomachi Chukagai dan berhenti di Motomachi Chukagai station. Motomachi ni last station utk Minatomirai line.




Tetapi utk ke Sankei-en Garden, kitorg kena naik bas sbb kalau berjalan kaki mengambil masa hampir 45 minit perjalanan.. mak tak larat nakkkkk oiiii.... Maka bermulalah adegan menaiki bas sbb ini pun mmg first time aku naik bas di Yokohama. Sblm ni naik juga tapi bas yg aku naik tu bas pelancong yg mmg round2 area tu. Disebbkan google maps bagi aku nama station dlm tulisan kanji.. makanya aku pun confius nak menuju ke bus stop yg mana.. tapi sblm nak fikir nak naik bas yg mana, masalah nak cari bus stop kat mana dulu.. sbb aku x tahu hala tuju nak ke bus stop mcm mana... yg paling best bila tanya org2 yg lalu lalang situ, sorg pun tak tau bus stop kat mana.. ada org Jepun ni suggest kitorg suh tanya kat pondok polis berhampiran.. so kami pun poyo2 la nak pegi tanya polis.. Pegi pondok polis nak tanya polis.. tengok2 polis tak ada... lerrrrrr... dengan hujan rintik2 yg semakin membasahi, kitorg ni tunggula juga depan pondok tu tapi xde plak kelibat polis kat situ.




Aku x puas hati ni.. tetap juga google pakai pocket wifi.. mujur ada pocket wifi masa tu.. disbbkan nak jimat bateri aku tak on sentiasa pocket wifi tu. Lepas google aku pun ikutlah arah tuju ke mana lokasi bus stop.. cari punya cari jumpala bus stop.. rupanya mmg dekat je pun dgn station yg kitorg turun tadi.. Kat situ aku tak tau nak tanya sape.. betul ke bus stop ni yg kitorg tunggu. Kang salah haluan lagi.. sementara menunggu bas dtg.. ada sorg aunty Jepun ni dgn suami dia pun sama2 menuggu kat bus stop ni.. Masa bas dtg, aku dgn niat konon nak bertanya pada driver bas tu.. rupa2nya aunty Jepun tu pun nak pegi tempat yg sama dgn aku. So dia dah bertanya dulu pada driver bas tu. Nak tau mcmana aku tau? Sbb aku dgr dia sebut 'Sankei-en'. Aku pun dgrla perbualan dorg berdua.. dari apa yg aku dpt tangkap.. driver bas tu kata kena ke bus stop sebelah sana utk ke destinasi tersebut. So aku pun bgtau anak2 itik aku, jom kita follow aunty Jepun ni sbb dia nak pergi tempat yg sama dgn kita... aunty Jepun ni pun maybe 1st time nak gi Sankei-en Garden ni kot... sbb dia pun tak berapa pasti aku tengok.. kitorg pun membontoti dia dan suami dia dari blkg.. dh stgh jalan tu, sbb aku takut aunty Jepun ni suspek kitorg nak merompak dia plak.. so aku pun ckpla dgn dia dlm bahasa Jepun... Mula2 aku tanya dia boleh tak ckp omputih.. tapi dia kata sikit2.. so aku pun cuba jayalah berckp bhs Jepun.. aku tak sure satu perkataan so aku terpakasa guna phone utk buat translation on the spot..  aku ckp dgn dia kami nak pergi sankei-en juga.. boleh ke kami ikut dia. Aunty tu pun beriya2 jwb dlm bahasa dia... mcm biasala dari 4 5 ayat yg pajang2 tu.. aku hanya dpt tangkap 3 4 perkataan je pun.. kesimpulannya aunty ni kata dia pun tak brp sure nak naik bus mana.. tapi apa2 pun ikut je la dia katanyer.. so kitorg pun ikut je la dia dari blkg.. sangat baik aunty ni.. masa naik bas dia pastikan yg kitorg turun di tempat yg sama dgn dia..


Dari bus stop yg kitorg tunggu tadi ada lebih kurg 10 perhentian. So di perhentian ke-11 iaitu perhentian Yamashita-Cho, di situlah kitorg perlu turun. Dari perhentian tu kitorg kena berjalan kaki lebih kurg 5 minit utk ke Sankei-en Garden. Biasalah kalau berjalan dgn org2 Jepun ni.. laju je dorg.. Manakala kitorg ni plak.. jalan pelan2 sambil mengambil2 gambar sekitar. Kwsn yg kitorg lalu ni kwsn perumahan. Oleh sbb cuaca yg agak sejuk pagi tu, rasa penat tu pun agak berkurangan. Sesampainya kami di depan Sankei-en garden, ada ramai juga manusia2 yg dtg ke situ.. dan ada juga beberapa foreigner mcm kami.. Cuma setakat ni kami belum jumpa org Malaysia.. Hanya org Indonesia je yg kitorg selalu jumpa... dan mungkin juga daerah tu dareah mcm sub urban sikit so dorg mcm kagum tgk kitorg maybe sbb kitorg bertudung. Kalau kat korea aku faham knp ahjumma ajusshi sume kagum ngan kita org Malaysia ni.. sbb mata kita besar so dorg suka mata2 besar ni.. Tapi org Jepun mata dorg tak sepet dan ramai juga antara dorg mata besar2 dan tak perlu plastic surgery sgt pun.. tetap juga dorg mcm kagum tgk kitorg. Maka utk menambah kemesraan tu.. kami pun ucaplah selamat pagi dlm bahasa dorg setiap kali bertembung. Aku suka budaya dorg yg sangat sopan dan mesra.




Lepas kami beli tiket di kaunter yang berharga 500 yen (est. rm16) so kitorg pun masuklah. Hampir sejam lebih juga kitorg berlegar2 menikmati keindahan Sakura. Di taman tu selain bunga2 ada juga tasik yg cantik yg didiami oleh ikan2 dan itik2.. Di situ juga ada sebuah shrine tapi atas bukit la.. (yg tu aku tak larat nak naik). Kitorg berehenti berehat sekejap di sebuah gazebo tengah2 tasik.. Org depan kitorg punyalah sedap berkelah makan tako2 la makan tempurala mkn sushi la mkn ayam la.. kitorg ni hanya mampu buka biskut kering dgn air mineral je.. sedihhh.. takde plak org depan kitorg tu nak offer kitorg sikit.. hmmmm..








Dah pusing2 kwsn sekitar, Lai dgn Onie nak naik ke kwsn shrine tu.. Sementara menunggu Onie dan Lai naik ke atas.. aku sekadar melepak2 kat kerusi sekitar menghayati keindahan taman tu.. Sebenarnya.... aku lebih menikmati kesejukbekuan cuaca kot dari menikmati bunga2.. hahaha... tulah berlagak sangat pakai jacket denim yg nipis je pastu lengan pun 3 suku.. hahh mendapat kesejukan sorg2 kat situ.. bajet2 mcm tak sejuk sangatla ari ni kan. Ramai org kata kaji cuaca di Jepun 99% adalah sangat tepat. Mlm sblm tu aku mmg ada google pasal cuaca.. siap pesan pada anak2 itik suh bawa payung sbb berkemungkinan besar akan hujan.. tapi aku sendiri tak ambik pot pasal suhu.. hari tu suhu agak sejuk 6-8 celcius... so menggigil la kesejukan sambil dibasahi hujan2 rintik2 sbb payung pun aku tak bawa.. padankan muka.








Lepas menunggu hampir stgh jam barulah anak2 itik aku turun dan kami decide nak gerak ke tempat seterusnya plak sbb masa tu pun dh lunch time. Kononnya aku nak bawa lunch di Shinyokohama Ramen Museum.. Menurut Halal Navi Jepun, tempat tu adalah salah satu tempat yg kita boleh makan ramen tanpa was2.. sbnrnya ramen tu tak diiktiraf halal.. tapi ada sstgh restoran offer vegetarian meal so ramen tu boleh dimakan tanpa rasa ragu inshaa Allah.. Perjalanan kami dari Sankei-en ke Shinyokohama Ramen Museum perlu menaiki bas terlebih dahulu ke Negishi station. Sekali lagi bus stop yg kami tunggu tu adalah bus stop yang bertentangan.. tu pun aku tau lepas aku tanya driver bas. So lepas dh duduk di bus stop yg betul dan naik bas ke Negishi station, kami pun menuju ke arah Yokohama station balik melalui train ke Omiya. Dari Yokohama station kami perlu menaiki Yokohama line ke arah Hachioji dan turun di Shinyokohama station. Dari situ kami berjalan kaki ke Shinyokohama Ramen Museum kira2 6 minit. Masa tu sbnrnya kaki aku dh start sakit.. mula2 kondisi kaki aku sgt baik.. sampai aku pun jalan tak ingat dunialah.. tapi mungkin sbb kasut aku yg agak licin dan jalan yg basah kerana hujan menybbkan aku kena control jalan selalu.. so berlaku sedikit keseliratan urat di kaki kiri aku.. Makanya perjalanan ari tu agak menyukarkan aku sbb mood dh down.. Tapi demi anak2 itik, aku gagahkan jua..





Untuk masuk kami perlu membeli tiket sebanyak 310 yen seorg (est. rm10). Untuk makan ramen kami perlu ke level basement sbb floor entrance hanyalah tempat jual2 brg berkaitan ramen shj. Rupa2nya malang menanti kami.. mungkin sbb hari tu hari Ahad dan kebetulan sume org sibuk nak makan ramen time hujan2 ni.. tempat tu sangat penuh dgn org hinggakan kitorg perlu beratur panjang utk makan ramen. Kecewa rasa di hati. Dgn kaki yg sakit aku pun tak larat nak beratur lama2.. perut lapar hati sakit kami pun buat keputusan utk balik ke hotel dan makan di hotel sahaja. Sepatutnya mengikut jadual, dari situ kami akan terus masuk ke Tokyo dan menuju ke Akihabara. Konon2 nak tgk cosplay sbb selalunya hari Ahad ramai org akan turun utk cosplay. Tapi disbbkan hujan dan cuaca tak berapa baik, ada org nasihatkan aku tak payah pergi sbb mungkin ramai yg x turun dlm keadaan cuaca sebegitu.. so aku pun decide utk kembali ke hotel je.. Kalau nak ke Cosmo Clock pun aku yakin org akan tetap ramai. Jadi dgn rasa yg agak kecewa ditambah kesakitan yg menjadi2.. aku pun bawala anak2 itik balik ke hotel dgn janji utk bawa dorg jalan2 sekitar hotel di mlm hari.






Sesampai di hotel, menu kami utk hari tu adalah ayam masak lemak paket segera.. Sblm tu kami singgah di kedai runcit utk beli telur dan sedikit sayur.. So lunch + dinner ari tu (sbb dh lewat ptg) dptla side dish telur dadar microwave dgn sayur salad. Aku sempat juga beli strawberry.. tapi strawberry dia kali ni agak mengecewakan sbb tak semanis dulu.. strawberry kali ni masam dan tak sedap.. tapi apa2 pun aku hentam jer.


Lepas tido2 ayam sekejap, dlm jam 8 malam aku bawa anak2 itik aku ke kedai Lawson 100 yen berdekatan hotel. Sume brg situ harganya 100 yen (est. rm3). Dari hotel kami tu lebih kurg 5 minit la berjalan kaki.. disbbkan dorg sibuk sgt nak ke kedai 100 yen so aku layan kan jer.. Hasilnya, dptla dorg plastik utk packing sandwich esok paginya sbb esok kami akan ke Disneyland dan di situ sudah tentu susah nak dptkan makanan yg halal.. Lepas merayap2 sekitar2 situ kami pun pulanglah ke hotel dan layan program TV jer. Mlm tu aku jadi pesakit sbb ada doktor dgn nurse tolong rawat kaki aku.. hahah... harapnya esok pagi kaki aku akan okay sbb perjalanan kitorg ni masih jauh.








to be continued...





No comments:

Post a Comment