Assalamualaikum w.b.t...
kata2 dan ayat2 yg aku taip ni bukan hanya utk cik salmah cik salmah di luar sana je... cik salman cik salman pun kena la ambik tahu juga.. bukan apa... utk renungan bersama...
dlm zaman.. dlm dunia... dlm abad yg semakin pelik dan jelek ni... amatlah seriusnya kita utk jgn sekali2 tidak mengendahkan peribahasa ini -'don't judge book by it's cover'.. walau pun kita2 ni sume selalu guna.. tapi rupa2nya mmg x sia2 omputih yg cipta statement ni... zaman skrg ni.. itulah yg mmg kita kena selalu amalkan walau di mana walau di saat mana pun...
dari sehari ke sehari aku perhatikan org2 di sekeliling... bukanlah nak kata aku ni dh hidup lama sgt sampai dh boleh kenal setiap peribadi manusia... mahupun mengatakan aku ni handal sgt membuat teori sendiri yg ntah betul atau tidak... no.. no... no.. aku cuma ingin memberikan sedikit pendapat dan luahan melalui pengalaman yg telah aku lalui selama hampir 28 tahun ni... sekarang ni... antara sedar atau x sedar.. ramai antara kita yg terlalu suka berpura2 dan hipokrit x bertempat... tidak mahu menunjukkan rupa sebenar walhal menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari menjadi 'dua alam'... ada pulak satu lagi jenis perangai yang kita x boleh jangka...wpun dia tunjuk peribadi sebenar dan itulah sifat2 dia... namun di sebaliknya rupa2nya sikap negatif dia adalah lebih dasyat drp org yg mmg dh nampak sifat kenegatifannya.. x faham??? xper2.. jap gi aku bagi contoh2nya...
ni yg aku nk highlightkan ni.... bukan tujuan nak mengata atau mebanding2kan... tapi ini realiti depan mata yg bukan sekali dua berlaku.. tapi dh berkali2 berlaku... dan melalui pengalaman silam aku yg suka menilai org ikut luaran ni... eloklah aku berkongsi dgn sume supaya jgn silap langkah cam aku ni ha... dan aku rasa dh ramai pun yg tau realiti dan hakikat ni... cuma kita ni manusia selalu mengulang benda yg sama...
yang bersongkok berketayap berserban bertudung labuh berlitup sampai dh serupa mumia... rata2 mesti kata org2 alim warak... yg tutur bicaranya sopan... tertib tersusun x meninggi suara... mesti ramai yg terpersona dan confirm dari hujung rambut sampai hujung kepala perfectly 100% SYURGA!!! cop sirim halal apa lagi?? sume cop ada... tiba2 yg pakai baju pun serupa x cukup kain... baju sendat mcm xde saiz... gelak ketawa hilaian mcm penghuni2 hutan... bertepuk tampar dgn laki pompuan... confirm dari hujung rambut sampai hujung kaki sume perfectly 100% NERAKA!!!! nauzubillah min zalik.. hurrmmmmm.... tapi mmg itulah hakikat sedara2 sekalian... (dh mcm ceramah umum plak ni)... pernah x kita terfikir tempat kita sendiri sebelum menilai dan melihat org lain...?? x salahkan kalau menegur...?? yesss... menegur tu satu kemestian... kadangkala bila menegur... kita sampaikan sesuatu yg sedap didengar... yg org boleh terima... dan apa yg kita sampaikan tu... sampai ke hati org yg ditegur tu.. biar dia menerima... berfikir... dan menilai kembali... bila berfikir dan menilai dgn hati yg tenang... insyaAllah pintu hatinya akan terbuka luas.... bukan dgn sindiran.. perli2an atau kutuk2an... confirmla ko mmg kena maki balik kan... andai kata bila kita dh tegur dgn sebaik mungkin... teguran tu x diterima secara cepat mahupun lambat... kita pun dh berusaha sebaik mungkin.. kita berserah dan berdoa je pada Allah bukakan pintu hati dia lambat laun nanti... tapi yg x perlunya tu... sudahlah x menegur... mengata belakang2... kalau kita rasa diri kita baik sgt... alim sgt... dan kita rasa kita confirm antara ahli2 syurga... fikir sekali lagi... adakah anda yakin dgn jwpn anda??? adakah kita tahu apa yg tertulis dlm buku amalan kita?? adakah kita tahu yg mana lebih berat?? amalan kanan atau kiri??? kalau masing2 x tahu... makanya x perlulah kita melabelkan seseorg itu sbg ahli neraka atau ahli syurga... kerana itu semua adalah urusan Allah s.w.t.... hanya Dia maha mengetahui kedudukan sebenar setiap org... adakah setap dari kita yg bermula dgn baik akan berakhir dgn baik juga...??? dan adakah kita semua pasti... insan2 yg sememangnya dh bermula dgn kehidupan yg buruk menjalani hidup yg buruk... pengakhiran hidup mereka akan buruk juga...??
bukan nak ceramah... sbb aku pun bukanlah tinggi sgt ilmu agama sampai layak nak bagi ceramah... tapi cuma nak berkongsi apa yg aku tahu... bila kita suka menegur org.... dan mahukan teguran kita diterima... kita perlu bertindak yg sama di sebaliknya... apabila ditegur org lain... terima teguran itu seadanya dan renungkan kembali teguran itu... kadang2 setiap teguran boleh membetulkan salah faham... jgn suka jadi org yg suka membuat komplen... mengkritik org... menegur dan membetulkan org lain... tapi x boleh menerima apabila dikomen dikritik dan ditegur kembali... sbb itu menandakan kita merasakan kita adalah sempuna... dan bila kita merasakan diri kita sempurna... kita adalah manusia yg paling angkuh.... hati2 bila menilai org... kerana kadang2 hanya dgn menilai org secara negatif... kita tercalon utk ke neraka...
satu lagi jenis perangai manusia yg aku rasa kita sume perlu hati2 ialah manusia 'dua wajah'... kita akan mengenali sifat dan perangai seseorg itu bila kita berkawan dgnnya setiap hari... wpun kita x akan mengenali diri dia 100%... namun... makin lama kita berkawan... kita akan semakin tahu cara dan perwatakan... level mood... dlm keadaan atau situasi apa berubaha kepada apa... benda yg disukai dan dibenci dan kisah2 silamnya kalau kita dijadikan antara org yg dipercayainya... melalui apa yg aku baca dan apa yg aku ketahui... manusia hanya akan menunjukkan sikapnya yg sebenar2nya hanya pada org2 yg paling dipercayai.... kerana itulah... antara org pertama yang paling kenal akan kita selain drp keluarga adalah rakan2 rapat... kerana dgn org yg kita percaya.. kita berani menunjukkan sikap2 negatif atau kelemahan kita... dan di situlah kawan memainkan peranan penting utk menegur sikap2 negatif terlampau... tapi bukan ini yg aku nak sampaikan sbnrnya... aku nak cerita mengenai org yg kita berkawan tetapi x serapat kwn2 yg dipercayai... org2 seperti ini lebih sesuai kita kenali dgn nama 'kenalan'... kenalan ni mungkin ramai di tempat kerja... di laman sosial mcm FB, twitter, ym dsb... kenalan nilah yg kita selalunya perlu berhati2... kerana pada mereka... kita bukan antara org2 yg mereka percaya.. maka mereka hanya akan mempamerkan sehingga 50-60% sahaja sikap sebenar mereka... itulah yg paling BAHAYA.... bila kita terlalu cpt menilai... kta akan nampak... si A pendiam orgnya... x bnyk ckp.. bila kita mengumpat2... si A diam je buat keja dia... x pandang kiri kanan... x ambik port... jeling2 pun tak... pendek kata... mmg x ambik kesah la... kita senyum... dia senyum... kita cakap 'hai'... dia pun kata 'hai'... bila minta tolong... dia tolong... x ckp apa pun... sibuk ke... x nak buat ke...rasa susah ke.... dlm hati kita... "baik betul A ni... suka menolong... aku sukalah berkawan dgn dia..." cuba tgk si B... dh lah tergedik2... menunjuk2... suka menonjol diri... kalau bercakap... dia sorg jer yg ada suara... ada mulut... kalau nak marah org... main lepas jer... kalau minta tolong... merungut2... tapi buat juga sambil membebel2... dlm hati kita "eeee.... mmg xde sapelah nak kwn dgn ko ni B..."
bayangkan itu tahun pertama mengenali 'kenalan2' ni... walaupun setahun kenal tapi sbb kita x rapat dgn mereka.. so kita x kenal mereka dgn lebih dekat... masuk tahun kedua kita akan nampak sesuatu... dan tahun ketiga akan lebih jelas lagi... tahun berikutnya... lebih nampak lebih nampak lebih jelas... dan akhirnya hingga satu tahap sama ada kita masih boleh bersama dgn org2 tersebut atau menjauhkan diri...
hakikatnya sbnrnya... setiap manusia ada kelamahan dan kelebihan... si A mmglah surfacenya nampak baik dan antara jenis2 manusia yg selesa dijadikan kawan.. tapi x ramai yg tahu... si A adalah antara jenis org2 yang suka merungut di blkg... nampak ikhlas sbnrnya tidak... suka memasang telinga namun berpura2 tidak mendengar... dan menyampaikan setiap gosip yg didengar kepada org lain... dan tidak tahu menyimpan rahsia... manakala si B... membebel adalah hobinya... kadang2 dia mmg panas baran dan suka merungut2 kerana stress... tapi itulah sikapnya yg dia berani tonjolkan... tapi apabila kita di saat kecemasan dan tiada siapa sudi membantu... si B adalah org pertama yg akan menghulurkan bantuan wpun kita x pernah cuba rapat atau berkwn dgn dia... dan B tidak pernah mengungkit setiap pertolongan yg pernah dihulurkan
akhirnya... siapa sbnrnya layak dijadikan kwn?? renung2kanlah... ini cuma contoh2 jenis manusia... tidak berkaitan dgn sesiapa pun yg hidup mahupun yg dh xde dlm dunia ni... just rasa nak share sbb dgn berkongsi.. aku dpt sentiasa mengingatkan diri aku juga supaya tidak tergolong2 dlm golongan2 yg ada dia atas ni sume... oh yer... berhati2 juga dgn jenis2 manusia ni...:
1. yg suka ckp x kisah... x kisah... x sentap... x sentap.... (sbnrnya adalah org yg paling kisah dan paling suka sentap)
2. yg suka membuka cerita yg x perlu ditanya... dan suka bercerita rahsia org lain yg telah diamanahkan pada dia utk dirahsiakan... (jenis ni mmg ular berbisa... ular sawa... mak pak sedara tok nek ular besar yg suka patuk dari belakang... jenis x leh simpan rahsia... mulut terbakar agaknya kalau x tutup sehari...)
3. yg diam jer.... bila minta pendapat... no komen... bila minta pendapat... no komen memanjang (berkemungkinan dia ni lalang... xde pendirian... dan hanya akan ikut arah tiupan angin yg mana lebih kencang... extra careful)
4. yg ckp lembut giler... manis jer ayat... kadang2 dia wujud depan kita pun mcm biskut kejap ada kejap xde... (sila berhati2 dgn jenis ni... kerana berkemungkinan dia suka membelai anda *kaum berlawanan dgnnya* dgn usap2an dan belai2an tangan anda sambil berbicara lembut dan menegur "x manis lelaki dan perempuan bertepuk tampar"...)
5. yg kononnya akan sentiasa ada di sisi tiap ketika diperlukan.. ke sana ke mari bila diminta... selalu mengambil berat dan akan keluarkan sponsor bila perlu... (jenis ni mmgla baik... tapi hati2 kalau dpt yg jenis merungut blkg2 dan mengungkit bila dia rasa dia x penting atau usaha gigih dia x dihargai.. pendek kata.. x ikhlas.....)
6. yg nampak mesra dgn semua org... friendly... peramah... rendah diri... x sombong.... (uuuu... paling BAHAYA antara sume2 di atas... sbb kadang2 org mcm ni... HIPOKRIT PALING BESAR... sbnrnya nk berkawan pilih bulu... kalau x suka sekali pandang tetiber nak menyampah2 kat sume org... dia jer perfect... org lain mcm sampah... ambil kesempatan??? huyoooo dialah raja/ratu....)
anda antara kelompok di atas??? wallahualam... minta Allah jauhkan kita dgn sikap2 dan sifat2 negatif... semoga aku dan kawan2 sume sentiasa beringat... amin...
Sunday, June 19, 2011
Tuesday, April 19, 2011
meneruskan kehidupan...
hampir seminggu...
banyak perkara yg aku buat kadang2 terasa trauma...
makin hari makin terasa kehilangan...
mula nampak... siapa kawan di kala suka duka...
mula sedar... hakikat sebenar benar kehidupan...
mula kesal... dgn sikap manusia yg x mahu menepis ego masing2 hanya utk sebaris ucapan takziah...
persepsi berubah... kehidupan sendirian bukan sesuatu yg aku cari lagi...
aku mahu berkeluarga... dan menjadikan keluarga aku keluarga yang besar...
kesunyian dan sendirian itu adalah sesuatu yg sepi...
yang tidak akan berubah selamanya...
kasih sayang aku pada keluarga... dan kerinduan aku pada dia...
thanks kawan2 yg sentiasa beri aku support...
thanks edna... sbb ko sentiasa ada bila aku perlukan ko...

Friday, April 15, 2011
Perginya abang tersayang...
Tarikh 13 April 2011... telah mengubah segala2nya... x pernah aku menyangka... pada tarikh ini... tuhan telah memberikan dugaan terbesar dalam hidup kami sekeluarga...
Pagi itu seperti biasa... cuma kelainan yang aku rasakan... aku mudah bangun dari tido... walaupun aku hanya tido selama 3 jam dan aku adalah seorang yang sgt susah utk bangun lebih2 lagi kalau kurang tido... ditambah dengan demam yang baru beransur baik... tapi aku membangunkan diri seperti biasa dan ditambah lagi bila aku membuat keputusan utk memakai baju kurung... kebiasaanya.. kalau aku malas utk bangun awal... dan malas utk bangun lebih awal utk menggosok baju... aku akan ke pejabat memakai seluar dan blaus saja... tak aku menyangka... aku ke pejabat berbaju kurung dan pulang ke rumah dgn satu tujuan...
seperti biasa jam 6.20 pagi, aku dan mak bergerak ke pejabat... kerana keretaku masih belum siap... aku menumpang kereta mak setiap hari... sepanjang jalan dan di ofis dlm jangka masa itu... tiada apa2 petanda yang dirasakan... hinggalah pada jam 7 lebih... mak call aku... dengan nada suara yang panik... mak ajak aku balik... katanya... "jom balik!! Qairil... Qairil... dia dh x bergerak... mulut dh berbuih2..." demi Allah... hanya tuhan yg tahu apa yg ada dlm hati aku ketika itu... aku bergegas turun menunggu mak di pintu ofis aku... sesampainya mak dan ketika aku membuka pintu kereta... terdengar suara mak bercakap di telefon dgn adik aku... "ko jgn main2 acap... ckp betul2..." sambil mak dah menangis2... aku kelu... masih diam x bersuara... masih belum ada apa2 perasaan pun... mak dh mula menangis... kereta yang dia bawa masa tu pun dh mcm x betul... aku suruh mak berhentikan kereta dan biarkan aku memandu...
sepanjang aku bawa kereta... mak dh mula meraung dan menelefon semua sedara mara yg terdekat... aku??? aku masih diam... bukan x berperasaan apa2... cuma ketika itu... aku masih belum boleh menerima hakikat tersebut... dalam hati aku masih yakin sesuatu boleh dilakukan dan abang boleh diselamatkan... aku berharap sgt mereka di rumah menelefon ambulans secepat mungkin... tapi aku x mampu berkata apa2... kerana aku x mahu mendengar apa2... dlm hati... aku mash terus berdoa pada Allah... semoga Dia berikan keajaiban dan dapat menyelamatkan abang aku... aku berdoa dan terus berdoa... hingga adik aku menelefon aku dlm keadaan menangis memberitahu aku yg abang dh xde... aku masih tenang dan menyuruh dia jgn menangis dan panggil ambulans cepat.... aku masih belum mahu terima hakikat pemergian dia selagi aku belum sahkannya dengan mata kepala aku sendiri...
sesampainya di rumah... ambulans telah pun tiba... aku dan mak bergegas masuk ke perkarangan rumah... ramai jiran terdekat telah pun ada... aku lihat adik aku sedang menangis di kerusi dan ayah aku di depan pintu sedang bercakap2 dgn paramedik.. melihat mak... adik aku terus memeluknya dan terus menangis... aku masih diam... tidak mahu berkata apa2... aku lihat sekeliling... cuba menerima hakikat... aku dengar jiran meminta yg ada di situ utk mengalihkan semua kerusi meja di ruang tamu... aku tahu tujuannya utk mengosongkan ruang... aku tahu utk apa... tapi.... kenapa aku masih belum boleh menerimanya...? aku lihat ayah aku masih mendengar paramedik berkata sesuatu... sehelai kertas diserah kan pada ayah aku.. dan dia berkata... "sabar encik atas kehilangan anak encik.."
sekali lagi.... sesungguhnya hanya Allah yang tahu apakah dunia ini utk aku tika dan saat itu... aku ke luar dari perkarangan rumah dan menuju ke jalan depan... org pertama dlm fikiran aku ketika itu adalah YB... aku call YB... dan ketika memberitahu berita itu kepada YBlah emosi aku mula pecah... aku tak tahu betapa kuat tangisan aku ketika itu... dan aku rasakan sesuatu yg sangat berat lepas keluar dari dada aku... namun... sebanyak mana pun beban yg aku lepaskan... masih ada banyak lagi beban yg tersarat dan masih belum mampu dikeluarkan... otak dan akal telah menerima hakikat itu... tapi hati..........
aku duduk di situ dan x mahu masuk ke dlm rumah seketika... kerana masa tu aku betul2 x mahu melihat dia... aku x yakin yg aku mampu melihat dia... menerima dia dan melihat dia dlm keadaan begitu... akhirnya... aku gagahkan diri juga utk masuk ke dlm rumah... ketika mereka mengangkat jenazah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu... sekali lagi aku menangis... dan ketika itulah aku melihat kakak iparku turut keluar dan sedang menangis... sebeban yg aku rasa... 10 kali ganda yg dia rasakan... dan aku sendiri x mampu bayangkan seberat mana kesedihan yg dia sedang alami tika itu...
Arwah selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan di masjid UPM dan dikebumikan pada jam12 tengahari di Tanah Perkuburan Islam UPM... menurut cerita kakak ipar aku... abang meninggal sewaktu sedang tido... berkemungkinan sesak nafas atau jantung... apapun... alhamdulillah... arwah pergi dgn senang... dan segala urusan pengkebumiannya juga berjalan dengan mudah dan senang tanpa sebarang halangan... arwah pergi meninggalkan dua orang anak... Adly dan Alya... Alya masih belum faham apa2... dan mungkin di saat ini... dia masih belum sedar pemergian ayahanda tercintanya... Adly... pada mulanya seperti tak mengerti... tapi matanya setiasa berair... sehinggalah sewaktu jenazah dan siap dikafan... ketika kami semua melihat arwah buat kali terakhir... Adly mula faham... yang babahnya sudah tidak bergerak lagi... sayu melihat dia menangis... aku memeluk dia dengan erat... dan memesan... "Adly jgn nakal... Adly kena jadi anak yg baik... kena jaga mama... kena jaga Alya..." hanya itu yg mampu aku lafazkan...
malam itu selepas tahlil... kami sekeluarga tidur beramai2 di ruang tamu... aku rasa.. aku masih belum kuat utk tido berseorangan... dan mungkin itu juga yg dirasakan ahli keluargaku yg lain... setiap kali aku berseorangan... tiap kali itulah aku akan teringatkan dia... kenangan bersama dia terlalu jelas... kali terakhir aku melihat dia adalah mlm sebelum itu... tapi kami tidak bercakap apa2... dan buat hal masing2... tak sangka... itu kali terakhir aku melihat dia masih bergerak... mlm pertama pemergian arwah... kami tido dlm keadaan yg tidak lena... dan aku sendiri terjaga beberapa kali kerana asyik teringatkan arwah... saat yang paling lemah aku rasakan adalah selepas menunaikan solat subuh... pada waktu itu... kehilangannya terlalu aku rasakan... betapa kuat rindu aku pada arwah... dan air mata aku akan kekal berlinang bila terlihatkan namanya di BBM aku... setiap kali membaca ucapan takziah dan doa2 rakan2nya di wall FB arwah juga... membuatkan aku terus menangis... terharu dgn doa semua untuknya... dan saat paling menduga bila Adly mula bertanya soalan2 yg aku buntu utk menjawab.... "kenapa babah x boleh hidup balik? Allah x sayang dia.. kalau sayang mesti babah hidup balik... sbb Allah x sayang babah x boleh hidup balik..." jwpn apa yg aku harus beri pada setiap soalan ini??? aku x mampu... dan aku takut pada soalan2 yg seterusnya...
Walaupun aku x rapat dgn arwah... tapi aku dh hidup sebagai adiknya selama 27 tahun.... semasa kecil... kami sangat rapat... dan mungkin kerana usia... hubungan yg rapat itu mula renggang... walau apapun... aku tetap sayangkan dia... aku berdoa dan terus berdoa agar Allah ampunkan segala dosa2nya... dan semoga Allah melindungi rohnya dan mempermudahkan segala urusannya di sana... amin....
Qairil Anwar Abd Rahman
29.12.1980 - 13.04.2011
Kami semua sayangkan kau..... al-Fatihah...

Thursday, March 3, 2011
Dudong semakin tua....
semalam... tanggal 2 mac 2011... aku, semah, yebeng, tyra dan jemputan khas kami zaly haripin dan pijie (bukan nama sebenar... ;p) telah meraikan birthday dudong yg ke.... errrrrrrr... jap nak kira jap..... ermmmm yg ke.... 24 kot... hahahahaha.... wpun sbnrnya bday dudong 1 mac... tapi sbb ada mslh teknikal yg x dpt dielakkan yg disbbkan oleh pegawai cukai berdedikasi.... maka kami sambut sehari lewat... perancangan telah dibuat bbrp hari sebelum.. namun.. xdela merancang sgt pun... plan awal just nak kuar makan2 n celebrate jer pun... sorila dudong x dpt nak tepung tawar cam yg lepas... kitorg tau kali ni x la best mcm yg ko penah kena... kalau ko nak... boleh jer buat special request.. kwang3... ahahahaha... papepun... seperti description kat album bday dudong kat FB aku tu... mlm smlm sgt meriah wpun ada bbrp org jer dan x perlu nak jerit2 baling tepung pun utk rasa meriah dan fun... as long xde si 'killing the fun' segalanya gerenti akan fun...!! anyway dh lama kot x lepak dgn semua2 sekali... selalunya kalau kitorg kuar... kalau keluar sama ada yebeng xde... or tyra xde... or dudong xde... or aku yg xde... tapi kalau aku keluar si semah mesti ada dgn aku.. hahahahah... smlm juga hampir2 aku rasa nak mengamuk kot bila sume plan yg dirancang dh siap tapi tetiber si dudong call kata dia kena stayback sampai kul 10... x ke hangen satu badan.... abes nak celebrate kejadahnya kalau org yg diraikan xde... nak x nak... dlm kehangenan satu badan aku nekad nak keluar jugak... kalau dia xde kitorg makan2 jer... abeskan kek tu tanpa dia... ataupun kitorg tunggu depan OCBC sampai dia keluar... ekekekekeke.... tepat kul 8 yebeng jemput aku depan rumah... menuju ke LRT bangsar utk jemput semah dan tyra tu aku terfikir... kadang2 si dudong ni suka main2kan aku... ckp jer nak balik kampung laaa... stayback la... kang ada jer muncul kat bangsar tu... motipp sampai nak suruh rakan sekerja dia sendiri ckp kat phone bgtau aku dia betul2 kena stayback?? eee terlampau... dan kerana yebeng ada masalahnya sendiri dan x boleh keluar sampai lewat mlm aku terpaksa paksa dudong utk keluar awal jugak... sesampainya kami semua di full house... kami pun order la dulu makanan... kek yg dibeli kami serahkan pada pekerja2 kat full house tu utk dorg simpan sementara tunggu dudong... dh stgh mkn barulah dudong sampai dgn tag kerja OCBC dia tergantung lagi kat leher... owhhh sgt cemerlang berkerja... ;p hanya tinggal sorg lagi yg belum sampai iaitu zaly haripin... katanyerrrr melalui BBM... dia stuck dalam jem di sentul... oleh kerana katanyerrrr lagi di FB... rindu nak jumpa aku... kami sanggup tunggu dia yg sampai dgn kwn dia (pijie) yg boleh tahan sengal gak... wakakakakaa!!! sementara menunggu zaly.... kami pun bawaklah keluar kek yg disimpan... bila munculnya kek tu... dudong plak tetiber nak malu2 hayam kat situ... sampai merah2 muka pehal... mujurlah kitorg x bawak gi makan chillis atau TGI... kalau x best gak sume nyan
a wpun... kah3!!! dan slps itu... aku, semah, ajoy dan adila bantai karok kat PUSAT LATIHAN NYANYIAN ALADDIN.. hahahaha... pusat latihan nyanyian ok...
dh mcm akademi fantasia gitewwww... 58 lagu... tahniah sume!!! mmg hebat... hahahaha... oh yer.. ini jugak ada satu pesanan kepada pihak2 yg agak sentap kononnya... x taula sentap ke x.. tapi just nk clearkan ok... perancangan kitorg gi karok dgn dorg bukan plan last minute.. mmg plan tu dh dirancang lama... cuma masa x mengizinkan... dan kitorg dh pun berjanji dgn ajoy utk karok pada hari tu melalui BBM sehari sblm... so kalau dorg x sengaja x pergi event korg tu... bukan kitorg yg tahan dorg... kitorg pun x tau korg pegi tgk free show...
dan pada selasa yg lepas... nora buat pertama kali masuk ke konti KLFM dan masuk dlm siaran muzik aktif sebagai wakil Tomokianz... bangga siot!!! bila dpt berckp pasal fc dan fanbase dan membuka peluang utk org ramai mengenali lebih dlm tentang tomokianz... great job girl!! u deserve it... hope Tomokianz akan terus sukses dan akan lebih dikenali di seluruh malaysia... i give u my full support!!! thanks jugak pada deqsue n k.KA sbb dtg... k.KA dtg sebagai wakil Mila FC... dan kerana peluang sebegini kita dpt bertemu dan berkenalan... bertambah
rakan... :) dan yg paling bestnyer... all the DJs sgt sporting dan giler2... habis live.... muaz muzikfm pulak menunggu di luar dan apa lagi bergambar la ramai2.... dh mcm artes2 dan kelab peminat masing2... hahahahaha.... yeahhhh!!! that's all for this week!!!! bnyk kenangan baru tercipta dan it's been a really great week!!!HAPPY 24TH BIRTHDAY DUDONG A.K.A SHNDONG A.K.A NUAR AZIZ!!!!!!!!

p/s: sgt x sabar nak pegi konsert suju.... this is my first time join the concert... can't wait nak jerit utk shindong!!!!! :D
Wednesday, February 2, 2011
Cinta dan Persahabatan... Keliru???

Dah lama pulak aku x tgk citer Taiwan ni... sejak2 dh tumpu citer Jepun pastu beralih plak ker drama Korea... aku ter 'hold' skjp drama2 menarik Taiwan.... lagipun sbb rasanya xde kot citer2 yg menarik skrg ni... last sekali aku tgk pun citer Brown Sugar Machiato kot... mak aihhhhh lama giler dh x tgk... pastu ada gak citer2 lain aku tgk mcm black & white, momo love... tapi sume x selesai lagi... hahahahah.. ntah biler nak selesai aku pun x tau....

nih nak citer sikit... satu drama Taiwan yg aku tgh tgk... sbnrnya citer ni dh lama pun dibuat penggambarannya... tapi disebbkan typhoon yg melanda Taiwan tahun lepas... penggambaran terpaksa ditangguhkan dan kemudian watak heroin tarik diri... so dorg terpaksa tukar heroin baru dan buat penggambaran semula... sbb utama aku tgk citer ni pun adalah kerana Aaron Yan a.k.a Yan Ya Lun yg juga merupakan ahli bongsu kumpulan Fahrenheit... ishhhh.... kalau nk citer pasal dia ni... 10 hari 10 mlm pun x selesai.... :p
heroin dia aku x kisah sgtla sbb aku pun brp familiar sgt dgn dia... tapi bila dh tgk... ok gakla... selepas drama Mysterious Incredible Terminator a.k.a Pi Li Mit a.k.a The Clue Collector... aku x sabar2 nak tgk lakonan Aaron dlm drama lain sbg watak utama... that's whyla bila keluar jer citer ni dan english sub... aku terus nonton...
Love Buffet mengisahkan tentang persahabatan antara 2 lelaki dan seorg perempuan yg juga berjiran... dlm pada berkawan tu... mcm biasala... ada antara mereka yg jatuh cinta dgn satu sama lain... bermulalah kisah cinta tiga segi antara mereka... Aaron membawa watak Xing Yi Cheng atau Ah Yi... seorang yg sgt cool, x bnyk ckp dan penah kecewa bercinta...
watak heroin pulak merupakan watak yg agak lembab2 sikit tapi cute... ha
ruslah kan kena cute... kalau x... xdela hero dgn second hero jatuh cinta... but anyway aku suka dgn watak heroin iaitu Xiao Feng... Xiao Feng ada daya tarikannya sendiri wpun dia xlah secantik atau selawa heroin2 perempuan yg lain.. bahkan kalau nk bandingkan dgn watak villain perempuan pada awal cerita... lagi lawa kot... tapi seperti yg aku katakan... watak tu ada daya tarikannya sendiri.. kalau dh tgk mesti korg akan tau...watak second hero pulak dipegang oleh salah seorang ahli kumpulan Fahrenheit juga iaitu Calvin Chen... Calvin ni baw
ak watak Da Ye seoarang lelaki yg sgt baik hati, ceria dan very gentleman pada perempuan... disbbkan sifat dia tu la... dia sgt mudah menjadi perhatian semua perempuan kat kolej dia... yg menjadi mslhnya... dia ni... x penah bercinta... dan katanyerrr x tau cinta tu camna... oleh kerana itulah.. bila ada girl yg confess kat dia... dia terpaksa rejek sbb dia kata dia x de perasaan yg sama... dia x tau cinta tu apa... errrrr.... ni manusia ke robot ni? anyway... watak dia pun best dan menarik apatah lagi menjadi pesaing hebat kepada watak Aaron iaitu Ah Yi... Ah Yi dan Da Ye ni sbnrnya sepupu.. so dorg tinggal serumah dan berjiran dgn Xiao Feng...Maka yg menjadi mslhnya skrg... cinta tiga segi dorg ni amatlah rumit... pada awal perkenalan... Xiao Feng suka pada kedua2 mereka tapi hanya sbg kawan... dan kerana layanan Da Ye yg terlalu baik pada Xiao Feng... mnybbkan Xiao Feng mula jatuh cinta pada Da Ye kerana merasakan Da Ye memandang dia sbg seorg yg istimewa... dlm proses Xiao Feng mencari peluang utk confess pada Da Ye... Ah Yi yg tau perangai Da Ye yg suka merejek org tu... mula jatuh cinta secara perlahan2 pada Xiao Feng tanpa dia sedari... dan selepas Xiao Feng direjek oleh Da Ye... Ah Yi mula mendekati Xiao Feng
konflik mula menjadi hangat bila bekas makwe Ah Yi dtg mencari dia kembali... Ah Yi mula tersepit antara dua perempuan dan dua perasaan yg berbelah bagi... antara Xiao Feng yg dia suka kerana sikap beraninya... dan antara bekas makwe yg dia kesiankan sbb selalu x dpt perhatian boyfriend dia yg skrg... so yg mana satu Ah Yi nk pilih ni... dlm masa yg sama jugak... Ah Yi masih ada perasaan pada bekas makwe dia tu... bekas makwe dia ni lebih tua sikit dari dia... dan Da Ye turut masuk campur sbb Da Ye x mau tgk Xiao Feng terluka sekali lagi...
itulah antara jalan cerita yg aku dh tgk setakat ni... masih menunggu episod seterusnya dan apa yg akan terjadi bila bekas makwe Ah Yi menagih cinta daripada Ah Yi semula... kesian Xiao Feng... dgr khabar angin... Xiao Feng akan dikecewakan oleh Ah Yi dan akan kembali ke pangkuan Da Ye... gitewwwww... papepun... citer ni sgt best sbb pelakon2 dia... susunan jln cerita dan part2 kelakar yg mnybbkan aku gelak2 pecah perut kat dpn lappy.... dan semestinya dan seharusnyalah kan... Aaron sgt hawwwwwwtttttttt dlm ini drama.... haihhhhh..... :D
so korg2 kalau berminat nk tgk bolehla carik kat site2 streaming yg ada... dlm citer ni gak aku sgt suka dan dh jatuh cinta dgn lagu ending... Wu Hui (Mistake) oleh Fahrenheit... salah satu band boy Taiwan yg aku paling minat selain kumpulan Lollipop... ntah apa cerita Lollipop skrg lepas Wang Zi a.k.a Prince dan Xiao Jie a.k.a Brian tinggalkan kumpulan ni... by the way... Fahrenheit dh kuar album baru bertajuk Super Hot... xdela baru sgt pun... tahun lepas lagi dh kuar... hik3... mmg sgt hot imej baru mereka dan lagu2 pun sgt best.... tryla dgr... :)

SEGALA GAMBAR2 BUKAN HAK MILIK SAYA... CREDIT KEPADA TUAN PUNYA..
ALL THE PICTURES ARE NOT MINE... CREDIT TO THE OWNER...
p/s: skrg... tgh sibuk follow Athena : The Goddess of War, Dream High, The Princess dan berusaha sedaya upaya nak habiskan Personal Taste... aiyaaakkkkkk....
Tuesday, February 1, 2011
Sehening Pagi Wilayah....

Tanggal 1 Feb 2011... tepat jam 6.30 pagi... wahhhh dramatik gitewww... biasanya... org kalau bangun time2 camni nak kejar solat subuh... ataupun gi keje... tapi time2 ari cuti gini kan best kalau dpt sambung tido balik... tapi apa nak buat... dh kata berkhidmat utk negara... sejurus lepas bangun, mandi manda dan menunaikan apa yg patut ditunaikan... aku terpaksa menghidupkan enjin kereta dan menuju ke destinasi hari wilayah iaitu opis...

ari ni of cozla jln amat lengang... tambah2 sampai kat angkasapuri ni.. lagila lengang... maka berlengganglah aku naik ke opis mengambil segala keperluan sebelum menuju ke konti KL Aktif... ari ni tetamu KL Aktif adalah Ana Rafali dan Black... Cik Ana seperti biasa sgt sweet dgn berbaju kurung.... Black yg tiba lewat sikit turut mengecohkan konti dgn kenakalannya... tapi kelakar jugak Black ni... aku kat blkg tu gelak jer la... yg korg sume nampak kat TV itu pun dh cukup bising... apatah lagi bila time kamera x on...
bersesuaian dgn sambutan hari Wilayah ni... KLFM turut menyediakan acara memotong kek... kek durian uooolllssss... hambek ko berbau satu konti tu dgn bau durian... kek ni telah disponsor oleh Norrizan Bakers... t. kasih ..... sedap gak bila makan.... lps je abis siaran langsung kami sume dijemput utk makan2 di foyer wisma radio... sambil lalu tu aku sempat singgah ke konti muzikfm dan bertemu dgn Muaz.. dh alang2 sembang2 kat situ kitorg pun ajak dia mengjoinkan diri sekali utk melantak kat foyer... eleh... mula2 malu2 konon... last2 join gak kan... kui3... dgn adanya presiden mu ini... redah jer... ahahahahahah.... lps makan2... sembang2... mengata2 sikit... kami pun bersurai dan sambung urusan masing2... jap gi... cabutttttttt!!!!!
dlm pada tu sempat lagi bergambar dgn DJ
utk siaran ari ni dan juga bakal artesssss uooolllssssss..... ;p SELAMAT HARI WILAYAH SUME!!!!!
Monday, January 31, 2011
Rahsia Puding Karamel Tersedap di Dunia... kui3..

boleh tak tetiber rasa nak share resipi ni dgn sume org... ramai gak yg tanya aku sblm2 ni camna nk buat... tiap kali tula aku kena buatkan utk dorg... haihhhh letih mak ayam... benda ni pun sbnrnya senang jer nk buat.. tapi tang gula hangus tu yg dtgnyerrrr M.A.L.A.S.S.S.S.S.... duhhhh.... lagi satu... tang mengemas yer tuan2 dan puan2...
baiklah rahsia di sebalik kesedapan puding ni adalah segala jampi serapah yg dibaca ketika membuatnya... kui3... astaghfirullah... xdelah... itu sume khurafat tu... ish3.... sbnrnya kalau nk sedap apapun mknn yg kita buat... kenalah membuatnya ikhlas dari hati.. mmg akan effect pada rasa mknn tu sendiri.. x caya..??? x caya sudahhh!!!! apapun... perlulah dimulakan dgn bismillah...

puding ni ramai yg kata x hanyir sbb rahsianya adalah terletak pada susu krimer pekat yg digunakan... kebanyakan org pakai susu cair... haaaa... tuan2 dan puan2 sume... susu cair itu adalah punca kehanyiran puding tersebut... errrrmmmm... dh mcm chef wan dh haaaa....
satu lagi... kebanyakan puding agak keras sikit sbb ada yg campurkannya dgn tepung jagung... tapi puding dari resipi saya ni sgtlah lembut sbb x perlukan apa2 tepung melainkan tepung custard dan dlm jumlah yg kecil sahaja... berikut adalah senarai bahan dan cara2 membuatnya.... jeng jeng!!!
bahan A:
1 cawan gula pasir halus
1/3 cawan air
cairkan gula sampai berwarna keemasan (api jgn kuat sgt nanti cepat hangus)... bila sume gula dh cair... tutup api... masukkan air sikit2 secara perlahan sambil kacau (utk elak gula melekat2...) terus kacau sampai dia likat dgn air....
bahan B:
7 biji telur
1 cawan air
1 cawan susu krimer pekat (bukan susu cair... susu yg selalu guna buat teh tarik atau milo tu...)
1 sudu kecil tepung custard
1 sudu besar esen vanilla
pukul telur hingga kembang.... ketepikan telur...
dlm bekas lain... masukkan air, tepung custard dgn susu.... kacau sebati.... campurkan sume bahan ni ke dalam bekas yg ada telur tadi.... kacau sebati... masuk esen vanilla... kacau sebati....
masa nak kukus nanti... letak bahan A dulu dlm loyang pastu baru letak bahan B.... kukus lebih kurg 20 minit dgn api sederhana... dh tu nanti masukkan dlm peti ais... dh sejuk baru terbalikkan dari loyang dan makan.... :)
kalau ada apa2 pertanyaan... silalah bertanya... saya sudi berkongsi pendapat dgn anda... kalau x jadi... jgn salahkan saya... kerana nampak sgt anda mmg x reti masak... kui3... selamat mencuba!!!!!!
p/s: waaahhhhh.... apa ni?? dh mcm rancangan memasak ni.....
Subscribe to:
Posts (Atom)