Thursday, May 3, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 2

Pertemuan....

Hampir sejam aku menunggu. Dah dua trip penumpang yang keluar dari balai ketibaan. Tapi bayang Lisa masih tak kelihatan. si Lisa ni sesat ke?

"Mi, mana Lisa ni? Dah bercicit aku tunggu ni," Elin mula merungut. Elin juga merupakan salah seorang teman rapat aku. Aku, Elin, Lisa dan seorang lagi kawan akrab aku, Fina, merupakan sahabat baik sejak kami di bangku sekolah lagi. Membesar dan melalui pengalaman hidup bersama-sama, membuatkan kami rapat dan sentiasa selesa bersama.

"Aku rasa la kan, Lisa ni salah flight ni. Tak pun, dia salah tempat tunggu beg. Haa!! Entah-entah, beg dia tak keluar-keluar kot. Ini mesti beg dia dah tersalah masuk kapal ni," Elin memulakan teori-teorinya. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

"Eh, Mi..Mi..Mi.. Ko nampak tak dua lelaki yang kat Gate 4 tu? Macam kenal pula," Elin memuncung ke arah yang dimaksudkan.

"Mana? Siapa?" aku tercari-cari lelaki-lelaki yang dimaksudkan.

"Tu ha... Tu.. tu.. tu.. Dorang macam pandang kita je. Alamak! Dorang macam nak datang sini je," Elin mula menggelabah. Kedua-dua lelaki itu semakin menghampiri kereta kami.

'Tuk tuk!' Tingkap cermin sebelah Elin diketuk oleh salah seorang lelaki itu. Dalam perasaan yang bercampur baur, Elin mula menurunkan cermin sedikit.

"Erlina Hashim kan? Elin? Kau tak kenal aku ke?" Lelaki itu seperti dalam kegembiraan.

"Zul? Zulhafiq Syakirin bin Mohammad Fatah??' Amboi sampai nama penuh Elin menyebutnya. Secara perlahan-lahan aku mula cam pada lelaki ini. Zul, antara punca masalah aku masa zaman sekolah dulu.


"Haaa!! Ingat juga kau kat aku. Tak sangka kau masih ingat nama penuh aku."


"Mestilah ingat. Boyfriend lama," Elin mula gedik-gedik.

"Apa dia?" Zul merapatkan mukanya ke cermin yang masih dibuka suku.

"Eh, tak ada apa. Tak ada apa. Heheh.." Elin merenyih gedik lagi. Kali ini, Elin mula membuka pintu dan keluar dari kereta.

"Mi, Keluarlah. Ni Zul la. Budak sekolah kita dulu. Eh, Zul! Kau ingat lagi tak pada Amy?," Elin memandang Zul dan seraya memandang aku. Kemudian dia memandang lelaki di sebelah Zul itu.

"Eh, yang sebelah kau ni macam......" Elin seolah-seolah terkedu seketika.

Ketika itu juga aku sedang membuka pintu dan mula keluar dari kereta. Tatkala itulah aku baru terperasankan lelaki kedua yang berada di sebelah Zul.

"Amy? Amiyana? Kau dah makin cun la sekarang. Dasyat.." Zul membeliakkan matanya sambil melihat aku dari atas ke bawah.

Wajah aku yang sedang melemparkan senyuman, mula berubah. Aku tak sangka, di sini dan dengan cara ini aku akan menghadap perkara ini. Berdiri di depan aku sekarang bukan hanya salah satu punca masalah aku, tetapi punca kepada segala punca masalah aku yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Naim Hamidi, budak lelaki yang pernah aku suka masa zaman-zaman sekolah dulu. Zaman cinta monyet. Dialah cinta pertama aku, dan dialah orang pertama yang menolak cinta aku, membuatkan aku terluka hingga mengubah segala kehidupan aku hingga ke hari ini.Tak pernah aku duga yang aku akan bertemu dia sekali lagi. Apa perasaan aku ketika ini aku pun tak pasti. Gembira? Kerana dapat bertemu dengan orang yang pernah atau masih aku cintai? Marah? Kerana aku sudah tidak mahu melihat mukanya lagi seumur hidup aku. Sedih? Kerana luka lama berdarah kembali? Entah? Aku tak tahu nak berperasaan apa dan aku tak tahu bagaimana nak menghadapi saat ini. Kaki terasa lemah dan wajah terasa kebas. Dalam hati hanya terdetik kata-kata ini. AKU BENCI KAU NAIM!!!

Bersambung... (Gaduh)

No comments:

Post a Comment