Saturday, May 19, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 3

Gaduh...


Kelat gila wajah Elin. Sekejap-kejap dia memandang aku. Sekejap-kejap dia memandang Fina. Fina buat tak layan dan aku masih mengeraskan muka. Insiden yang berlaku dalam kereta tadi benar-benar membuatkan aku bengang pada Elin. Kalau tak kerana mulut dia yang laju tu, hal sebegini tidak akan berlaku.

"I'm sorry lah Mi. Sungguh aku tak sengaja. Aku excited bila lepas jumpa Zul tadi," Elin memuncung.

"Mi... Janganlah marah aku. Aku menyesal ni," Elin cuba memujuk aku lagi. Dikuis-kuisnya lengan Fina dan memberi isyarat supaya Fina membantu dia memujuk aku.

"Eh, aku tak campur," Fina terus mengembalikan fokusnya pada TV.

Aku masih berkeras. Hati aku masih panas dengan perbuatan Elin. Sejelas-jelasnya Elin lebih tahu tentang segala hal yang berlaku antara aku, Lisa dan Naim. Tetapi, dia jugalah yang mengusutkan keadaan.

"Mi.. Kesianlah aku. Betul aku tak ada niat pun. aku terrrrrrcakap," usahanya berterusan untuk memujuk aku.

"Banyakla kau punya tercakap! Kau ni kan, selalu sangat macam ni. Selalu cakap tak berfikir. Lepas dah cakap baru nak fikir. Nak buat apa? Dah terlambat. Kau dah tahu situasi tu. Tak boleh ke untuk kesekian kalinya kau diamkan mulut tu dan jangan cakap apa-apa. Sebab kau, Lisa dah tarik muka, tak nak cakap dengan aku, tak nak angkat call aku. Kau fahamkan perangai dia," aku cuba memperlahankan nada suara sedikit demi sedikit.

Bukanlah terlalu marah aku pada Elin. Tetapi sedikit sebanyak perasaan geram tu menguasai diri. Sejurus saja selepas pertemuan aku dengan Naim dan Zul, aku telah mengingatkan berkali-kali pada Elin supaya jangan bercerita hal pertemuan kami pada Lisa. Sesuatu yang sangat terlarang apa yang berlaku ketika itu. Bila mana aku dan Lisa masing-masing tahu tentang hal perasaan masing-masing pada Naim. Mujurlah sebelum Lisa tiba, Zul dan Naim telah beredar kerana perlu bergegas ke Pulau Pinang malam ini juga. Tetapi kerana terlalu gembira bertemu kekasih lama, Elin terlepas cakap dan menyebabkan Lisa sentap. Aku faham perangai Lisa. 11 tahun berkawan dengan dia, tak pernah sekali pun aku akan menyebut nama Naim di depan dia. Lisa memang kuat cemburu. Menyebut nama Naim walau sekali pun dari mulut aku boleh membuatkan dia berhenti bercakap dengan aku selama seminggu. Selepas kami tamat persekolahan, bukan sahaja aku, bahkan Lisa juga terputus hubungan dengan Naim dan sejak dari itu kami tidak pernah betemu. Ya, mereka bercinta waktu kami bersekolah dulu. Tetapi aku sendiri tidak tahu sejak bila mereka putus. Mungkin sebelum kami tamat sekolah atau selepas itu aku sendiri pun tidak ingin ambil tahu. Cukup aku hidup dengan dunia aku dan tak perlu aku tahu tentang hal peribadi mereka berdua.

"Habis sekarang macam mana ni? Aku rasa bersalah sangat ni. Nanti aku tak boleh tidur tau fikir hal ni," Elin seolah-olah hampir menangis.

"Masa kau bercerita tu, tak ada la pula kau terfikir kau boleh tidur ke tak malam ni?" aku berkata sinis.

Elin menundukkan mukanya. Fina menoleh dan memberikan isyarat matanya kepada aku. Fina menggeleng-geleng meminta aku berhenti dari terus menyiksa Elin.

"Apa yang dah berlaku, kita tak boleh nak rewind balik. Betul tak?" aku mula cool.

Elin mengangguk-angguk perlahan sambil wajahnya masih menunduk.

"Lisa tu marah tak lama. Esok okay la tu kot dia. Esok pagi-pagi kau pergi office dia, kau belikan dia nasi lemak Mak Jah yang dia suka sangat tu. Kau pujuk dia, kau explain la apa benda pun kat dia sampai dia okay balik. Aku tak nak tahu sama ada pujukan kau berhasil ke tak. Aku cuma nak, bila aku call dia petang esok, dia dah okay. Sekian, wassalam!" aku terus bangun dan menuju ke bilik.

Sebelum aku menutup pintu bilik, aku sempat menjeling ke arah Elin. Tergelak kecil aku tengok keadaan dia ketika itu. 'Alahai... Kesian kawan aku....'

bersambung.... (kunjungan)

No comments:

Post a Comment