Saturday, May 19, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 3

Gaduh...


Kelat gila wajah Elin. Sekejap-kejap dia memandang aku. Sekejap-kejap dia memandang Fina. Fina buat tak layan dan aku masih mengeraskan muka. Insiden yang berlaku dalam kereta tadi benar-benar membuatkan aku bengang pada Elin. Kalau tak kerana mulut dia yang laju tu, hal sebegini tidak akan berlaku.

"I'm sorry lah Mi. Sungguh aku tak sengaja. Aku excited bila lepas jumpa Zul tadi," Elin memuncung.

"Mi... Janganlah marah aku. Aku menyesal ni," Elin cuba memujuk aku lagi. Dikuis-kuisnya lengan Fina dan memberi isyarat supaya Fina membantu dia memujuk aku.

"Eh, aku tak campur," Fina terus mengembalikan fokusnya pada TV.

Aku masih berkeras. Hati aku masih panas dengan perbuatan Elin. Sejelas-jelasnya Elin lebih tahu tentang segala hal yang berlaku antara aku, Lisa dan Naim. Tetapi, dia jugalah yang mengusutkan keadaan.

"Mi.. Kesianlah aku. Betul aku tak ada niat pun. aku terrrrrrcakap," usahanya berterusan untuk memujuk aku.

"Banyakla kau punya tercakap! Kau ni kan, selalu sangat macam ni. Selalu cakap tak berfikir. Lepas dah cakap baru nak fikir. Nak buat apa? Dah terlambat. Kau dah tahu situasi tu. Tak boleh ke untuk kesekian kalinya kau diamkan mulut tu dan jangan cakap apa-apa. Sebab kau, Lisa dah tarik muka, tak nak cakap dengan aku, tak nak angkat call aku. Kau fahamkan perangai dia," aku cuba memperlahankan nada suara sedikit demi sedikit.

Bukanlah terlalu marah aku pada Elin. Tetapi sedikit sebanyak perasaan geram tu menguasai diri. Sejurus saja selepas pertemuan aku dengan Naim dan Zul, aku telah mengingatkan berkali-kali pada Elin supaya jangan bercerita hal pertemuan kami pada Lisa. Sesuatu yang sangat terlarang apa yang berlaku ketika itu. Bila mana aku dan Lisa masing-masing tahu tentang hal perasaan masing-masing pada Naim. Mujurlah sebelum Lisa tiba, Zul dan Naim telah beredar kerana perlu bergegas ke Pulau Pinang malam ini juga. Tetapi kerana terlalu gembira bertemu kekasih lama, Elin terlepas cakap dan menyebabkan Lisa sentap. Aku faham perangai Lisa. 11 tahun berkawan dengan dia, tak pernah sekali pun aku akan menyebut nama Naim di depan dia. Lisa memang kuat cemburu. Menyebut nama Naim walau sekali pun dari mulut aku boleh membuatkan dia berhenti bercakap dengan aku selama seminggu. Selepas kami tamat persekolahan, bukan sahaja aku, bahkan Lisa juga terputus hubungan dengan Naim dan sejak dari itu kami tidak pernah betemu. Ya, mereka bercinta waktu kami bersekolah dulu. Tetapi aku sendiri tidak tahu sejak bila mereka putus. Mungkin sebelum kami tamat sekolah atau selepas itu aku sendiri pun tidak ingin ambil tahu. Cukup aku hidup dengan dunia aku dan tak perlu aku tahu tentang hal peribadi mereka berdua.

"Habis sekarang macam mana ni? Aku rasa bersalah sangat ni. Nanti aku tak boleh tidur tau fikir hal ni," Elin seolah-olah hampir menangis.

"Masa kau bercerita tu, tak ada la pula kau terfikir kau boleh tidur ke tak malam ni?" aku berkata sinis.

Elin menundukkan mukanya. Fina menoleh dan memberikan isyarat matanya kepada aku. Fina menggeleng-geleng meminta aku berhenti dari terus menyiksa Elin.

"Apa yang dah berlaku, kita tak boleh nak rewind balik. Betul tak?" aku mula cool.

Elin mengangguk-angguk perlahan sambil wajahnya masih menunduk.

"Lisa tu marah tak lama. Esok okay la tu kot dia. Esok pagi-pagi kau pergi office dia, kau belikan dia nasi lemak Mak Jah yang dia suka sangat tu. Kau pujuk dia, kau explain la apa benda pun kat dia sampai dia okay balik. Aku tak nak tahu sama ada pujukan kau berhasil ke tak. Aku cuma nak, bila aku call dia petang esok, dia dah okay. Sekian, wassalam!" aku terus bangun dan menuju ke bilik.

Sebelum aku menutup pintu bilik, aku sempat menjeling ke arah Elin. Tergelak kecil aku tengok keadaan dia ketika itu. 'Alahai... Kesian kawan aku....'

bersambung.... (kunjungan)

Thursday, May 3, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 2

Pertemuan....

Hampir sejam aku menunggu. Dah dua trip penumpang yang keluar dari balai ketibaan. Tapi bayang Lisa masih tak kelihatan. si Lisa ni sesat ke?

"Mi, mana Lisa ni? Dah bercicit aku tunggu ni," Elin mula merungut. Elin juga merupakan salah seorang teman rapat aku. Aku, Elin, Lisa dan seorang lagi kawan akrab aku, Fina, merupakan sahabat baik sejak kami di bangku sekolah lagi. Membesar dan melalui pengalaman hidup bersama-sama, membuatkan kami rapat dan sentiasa selesa bersama.

"Aku rasa la kan, Lisa ni salah flight ni. Tak pun, dia salah tempat tunggu beg. Haa!! Entah-entah, beg dia tak keluar-keluar kot. Ini mesti beg dia dah tersalah masuk kapal ni," Elin memulakan teori-teorinya. Aku berpura-pura seperti tidak mendengar apa-apa.

"Eh, Mi..Mi..Mi.. Ko nampak tak dua lelaki yang kat Gate 4 tu? Macam kenal pula," Elin memuncung ke arah yang dimaksudkan.

"Mana? Siapa?" aku tercari-cari lelaki-lelaki yang dimaksudkan.

"Tu ha... Tu.. tu.. tu.. Dorang macam pandang kita je. Alamak! Dorang macam nak datang sini je," Elin mula menggelabah. Kedua-dua lelaki itu semakin menghampiri kereta kami.

'Tuk tuk!' Tingkap cermin sebelah Elin diketuk oleh salah seorang lelaki itu. Dalam perasaan yang bercampur baur, Elin mula menurunkan cermin sedikit.

"Erlina Hashim kan? Elin? Kau tak kenal aku ke?" Lelaki itu seperti dalam kegembiraan.

"Zul? Zulhafiq Syakirin bin Mohammad Fatah??' Amboi sampai nama penuh Elin menyebutnya. Secara perlahan-lahan aku mula cam pada lelaki ini. Zul, antara punca masalah aku masa zaman sekolah dulu.


"Haaa!! Ingat juga kau kat aku. Tak sangka kau masih ingat nama penuh aku."


"Mestilah ingat. Boyfriend lama," Elin mula gedik-gedik.

"Apa dia?" Zul merapatkan mukanya ke cermin yang masih dibuka suku.

"Eh, tak ada apa. Tak ada apa. Heheh.." Elin merenyih gedik lagi. Kali ini, Elin mula membuka pintu dan keluar dari kereta.

"Mi, Keluarlah. Ni Zul la. Budak sekolah kita dulu. Eh, Zul! Kau ingat lagi tak pada Amy?," Elin memandang Zul dan seraya memandang aku. Kemudian dia memandang lelaki di sebelah Zul itu.

"Eh, yang sebelah kau ni macam......" Elin seolah-seolah terkedu seketika.

Ketika itu juga aku sedang membuka pintu dan mula keluar dari kereta. Tatkala itulah aku baru terperasankan lelaki kedua yang berada di sebelah Zul.

"Amy? Amiyana? Kau dah makin cun la sekarang. Dasyat.." Zul membeliakkan matanya sambil melihat aku dari atas ke bawah.

Wajah aku yang sedang melemparkan senyuman, mula berubah. Aku tak sangka, di sini dan dengan cara ini aku akan menghadap perkara ini. Berdiri di depan aku sekarang bukan hanya salah satu punca masalah aku, tetapi punca kepada segala punca masalah aku yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Naim Hamidi, budak lelaki yang pernah aku suka masa zaman-zaman sekolah dulu. Zaman cinta monyet. Dialah cinta pertama aku, dan dialah orang pertama yang menolak cinta aku, membuatkan aku terluka hingga mengubah segala kehidupan aku hingga ke hari ini.Tak pernah aku duga yang aku akan bertemu dia sekali lagi. Apa perasaan aku ketika ini aku pun tak pasti. Gembira? Kerana dapat bertemu dengan orang yang pernah atau masih aku cintai? Marah? Kerana aku sudah tidak mahu melihat mukanya lagi seumur hidup aku. Sedih? Kerana luka lama berdarah kembali? Entah? Aku tak tahu nak berperasaan apa dan aku tak tahu bagaimana nak menghadapi saat ini. Kaki terasa lemah dan wajah terasa kebas. Dalam hati hanya terdetik kata-kata ini. AKU BENCI KAU NAIM!!!

Bersambung... (Gaduh)

Wednesday, May 2, 2012

Getaran Cinta Di Jiwa Part 1

Tugas...

Letih pula rasa hari ni. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Memang tugas seperti ini berat. Tapi sememangnya, tugas inilah yang aku impikan sejak dari sekolah lagi. Doktor haiwan atau doktor veterinar. Macam best tak kerja aku? Hahahaha. Dikelilingi dengan haiwan-haiwan yang comel memang sangat menghiburkan hati. Walaupun kebanyakan yang datang ke sini dalam keadaan berpenyakit, tapi itu semua tidak menghalang untuk aku lebih menyayangi makhluk Allah yang dicipta selain manusia ini.

"Doktor, semua barang-barang di luar kami dah kemaskan. Semua patient pun kami dah masukkan dalam 'wad' masing-masing," Zara, pembantu aku tiba-tiba muncul di pintu.

"Okay, thank you Zara. If you guys nak balik dulu, just go on. Saya ada sikit lagi nak selesaikan. Oh, jangan lupa pesan kat Amar periksa stok ubat hari ni. Dia syif malam ni kan?"

"Yup! Nanti saya pesan pada dia," Zara melemparkan senyumannya. Aku hanya mengangguk.

'I.. I Love you like a love song baby... I.. I love you like a love song baby... I.. I love you like a love song baby.. And I keep hitting repeat-peat-peat-peat-peat-peat...' berserta vibration handphone aku mengalunkan lagu Selena Gomez. Tertera 'unknown caller' di skrin. Siapa pula ni?

"Hello," aku menjawab.

"Assalamualaikum wbt," suara seorang wanita mula memberikan salam.

"Waalaikumussalam wbt. Siapa ni?" Jawab aku malas-malas.

"Hoi! Baru seminggu aku out-station, kau dah lupakan aku?"

"Errrr...." siapa pula la ni. Serious aku tak tahu.

"Mi... ni Lisa lah!!" keras suaranya.

"Adoiiii... Hahahahaha. Kau ke Lisa? Kenapa suara kau lain ni?" aku ketawa kecil.

"Aku demam la Mi. Seminggu dah ni. Kau jadi tak datang jemput aku? Ingat tau, Flight aku pukul 9 malam ni. Jangan lambat tau!"

"Eh, aku tak pernah lambat. Aku cuma risau Flight kau yang lambat atau beg-beg kau yang beranak pinak tu yang lambat."

"Alah, kalau lambat pun bukan salah aku. Bukan aku yang bawa kapal terbang tu," jawab Lisa selamba. Eh, loya buruk pula dengan aku minah ni.

"Yerla, aku datang jemput kau malam ni. Tapi, apa habuan aku?"

"Haaa.. Kalau untuk best friend aku mesti ada punya. Aku tak pernah lupa, " Lisa ketawa manja.

"Oklah aku dah nak boarding ni. Karang tak pasal-pasal nama aku kena announce. Bye, Assalamualaikum," Lisa terus memutuskan talian.

"Waalaik..." tak sempat aku membalas salamnya. Memang huru hara la pompuan sorang ni. Tak habis-habis dengan out-station dia. Hampir setiap minggu dan yang menjadi mangsanya siapa lagi? Aku la, yang kena menghantar dan menjemput dia di airport. Segala fail-fail aku tutup dan letakkan di sudut meja. Aku mula mengemas barang-barang dan masukkan ke dalam beg tangan. Malam ni, aku ada part time job lain. Apa lagi? Jadi supir cik Halisa Mazliela Abidin.


bersambung.... (Pertemuan)