























By the way.. utk sesape yg tak tahu Madam Tussauds ni menatang apa.. tempat ni sbnrnya tempat patung2 wax selebriti2 atau orang2 terkenal sama ada yg masih hidup atau pun dah mati. Kebanyakan org masuk sini utk ambik2 gambar dgn org2 terkenal ni.. Almaklumlah nak jumpa mmg susahkan.. So bayar 200 yen dptla bergambar sesuka ati. Nak peluk ke nak cium ke.. nak duk atas riba ke.. takde sape nak marah. Lebih kurg sejam gak kitorg berlegar2 ambik gambar. Lepas siap sume.. kitorg melilau2 plak kat tempat souvenir. Dapat aku rembat satu mug.. Kat kaunter, staf dia tunjukkan gambar kitorg yg dorg ambik masa dgn Johnny Depp kat entrance mula2.. Oleh sebab aku rasa cun.. aku pun beli la.. Sbb nak jadikan kenangan terindah utk keluarga itik ni.. so aku pun belilah 3 keping.. itupun sbb dia bagi promotion kat aku.. Kalau beli sekeping gambar harga dia 1000 yen (est. rm30).. tapi kalau beli 3 keping dapat diskaun 700 yen.. so 3 keping gambar sekali dengan frame biasa dan sampul harga dia cuma 2300 yen (est. rm72). Nah hambek sorg satu gantung kat rumah. Lagi satu.. kalau beli gambar dia.. kat resit akan ada password utk download gambar dlm bentuk softcopy. Masuk laman web dia yg tertera kat resit tu dan masukkan password... tadddaaaaaa....


Lepas dah settle Madam Tussauds.. perut mesti dah lapar kan.. so kitorg pun terus menuju ke Aqua City Odaiba. Tapi sebelum ke Aqua City, Onie nak masuk Daiso sbb katanya nak cari Glove.. dah tak tahan sangat kesejukan sampai beku sume jari kaki jari tangan. So layankanla dulu permintaan dia.



Bandar Odaiba |

Asalnya aku nak bawa dorg ni makan kat The Oven (western meal). Tapi sbb aku terjumpa restoran Surabaya dlm map dorg.. so aku rasa lebih baik kitorg isi tekak dan perut memasing dgn nasi dan lauk. Takut lapar tak cukup tenaga sbb nak pegi tempat lain plak lepas tu. Restoran Surabaya ni Restoran Indonesia. So basically menu2 dia memang kena dengan selera kita org Malaysia ni dan yang penting Halal... Selain Surabaya ni.. korg boleh gak try Restoran The Oven yg aku sebut tadi. Tapi menurut Halal Navi.. hanya chicken je yg halal.. meat lain tak halal so kalau korg nak makan better order menu yg berasaskan ayam jer... korg boleh tanya pada staf restoran tu juga. Satu lagi restoran halal kalau korg nak cari makan ialah Khazana. Restoran ni restoran Pakistan/India so basically makanan mcm kebab, roti naan, nasi dan kari. Restoran ni bukan kat Aqua City.. tapi di Decks Tokyo Beach (5F). Kalau korg nak ke The Oven... boleh cari di Aqua City tingkat 6 (6F). Manakala Surabaya pula ada di Aqua City tingkat 5 (5F). Nak cari Surabaya ni agak tricky.. sbb restoran dia agak ke dalam. So kena cari satu2 melalui segala jalan atau lorong yg ada.

Disbbkan masa tu dah menghampiri pukul 3... so keadaan restoran tu mmg kosong.. hanya ada kitorg bertiga je duduk di satu sudut. Kitorg order nasi goreng dan ayam sambal. Rata2 harga makanan mmg 1000 yen. Air kitorg order mineral water.. tapi staf dia cakap (staf dia berbangsa Indonesia so boleh ckp indon/melayu) botol mineral dia sangat besar. So kitorg order sebotol dulu.. yer.. mmg besar.. boleh minum 2 3 org.. Lepas dah makan kenyang2.. kitorg terus gerak ke train station untuk ke destinasi seterusnya. Lepas ni aku nak bawa dorg ke Ueno pulak sbb dari smlm sibuk tanya bila nak pegi cari souvenir. Okay aku harap2 di Ueno dorg akan jumpa apa yg dicari.





Patung Liberty (yg blkg bukan yg depan tu) |
Dari Aqua City kitorg menuju ke Odaibakaihinkoen station. Kira-kira 2 minit dari Aqua City. Sebelum ke station.. dorg sempat bergambar dgn patung liberty kat luar bangunan. Patung liberty ni ala2 mcm mercu tanda Odaiba juga selain patung Gundam. Di belakang bangunan Aqua City ni juga terletaknya bangunan HQ stesen TV antara yg terkenal di Jepun iaitu Fuji TV. Fuji TV ni TV swasta. Kalau TV govenrment kat sana ialah NHK. Sepatutnya dalam jadual kitorg akan ke NHK studio park kat Shibuya. Tapi tak sempat. Inshaa Allah kalau ada rezeki mungkin di masa lain.
![]() |
Bangunan Fuji TV |



Sampai di Ueno aku bawa dorg ke arah Ameyoko Market atau nama panjangnya Ameya Yokocho. Market ni adalah antara market yg terkenal di sekitar Ueno. Kat sini sume barang2 basah.. segar sampai ke barang2 souvenir sume ada. tshirt.. makanan.. beg2.. kasut.. jam.. sume lah.. Disbbkan kaki aku makin sakit selepas bbrp hari bertahan.. aku lepaskan anak2 itik aku utk mencari brg2 yg ingin dicari di sekitar market tu.. aku pula singgah kejap kat kedai eletronik berhampiran market tu dan beli ole2 utk family aku. Kedai yg sama ni aku penah pegi masa last time aku dtg. Kat sini la mak aku belikan jam utk adik aku. Harga2 jam kat sini sgt berpatutan dan berkualiti.. so aku borongla utk seisi keluarga. Lepas aku dh settle hal aku kat situ aku lepak kat starbucks berhampiran station. Dari train station ke Ameyoko Market lebih kurg 3 minit je. So aku pesan pada anak2 itik.. cari aku kat starbucks ni lepas dorg dah settle. Disbbkan waktu tu waktu kemuncak org balik dari ofis... even starbucks pun penuh. Lepas dh dpt ruang utk duduk lepak sambil minum2 kopi panaskan badan.. aku melayan internet sementara menunggu anak2 itik habis bershopping.. lebih kurg sejam stgh.. akhirnya dorg kembali ke pangkal jalan. So kitorg terus bergerak balik ke Yokohama. Esok kitorg perlu keluar lebih awal utk ke Mt. Fuji. Perjalanannya lebih panjang dan berliku.. chewah!!
![]() |
Ameyoko Market |

to be continued....